Langkah tersebut memberi petanda yang sangat baik kesan keperihatinan negara luar serta rasa kemanusian akan teruji pada keadaan yang kritikal ini. Perbezaan ideologi serta kepentingan merupakan aspek yang sentiasa menjadi tembok penghalang yang boleh menjejaskan kesungguhan dalam menghulurkan bantuan. Namun komitmen untuk meringankan beban mereka amat dipuji.
Sebanyak 5 negara yang menerima kesan teruk dalam bencana tersebut. Negara tersebut adalah Indonesia, Thailand, India, Sri Langka dan Malaysia. Bantuan kemanusiaan yang diperlukan adalah agak tinggi kerana terdapat banyak kerosakan infrastruktur, kekurangan air dan makan serta kerugian ekonomi dari industri perikanan dan pelancongan. Penyakit Epidemik juga boleh berlaku di kawasan yang ditimpa musibah.
Ia adalah disebabkan kepadatan penduduk yang tinggi dan iklim tropika yang sesuai. Malah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB telah menjelaskan bahawa ini mungkin akan menjadi operasi kemanusian yang terbesar dalam sejarah.
Perkara pertama yang menjadi kebimbangan organisasi bantuan adalah mengenalpasti dan menanam mangsa yang telah terkorban, kelewatan bertindak menanam mereka akan menyebabkan penyakit Epedemik, Kolera dan Demam Kepialu. Bank Dunia PBB menganggarkan jumlah bantuan yang diperlukan adalah bernilai USD 5 bilion.