Mengapa guna fabrik nilon
Kerana nilon mempunyai takat-lebur (melting point) yang tinggi iaitu setinggi 2300 C. Apa itu takat-lebur Takat-lebur adalah suhu yang diperlukan oleh suatu bahan untuk mencair atau melebur. Ini bermaksud nilon memerlukan suhu setinggi 2300 C untuk cair. Bahan yang berbeza mempunyai takat-lebur yang berbeza. Macam besi mempunyai takat-lebur setinggi 15380 C.
Bagaimana api dapat menerbangkan belon tersebut
Ia dapat difahami dengan konsep teori kinetik. Konsep ini menyatakan, zarah akan bergerak apabila ada tenaga haba. Semakin tinggi tenaga haba, bermaksud semakin tinggi suhu, semakin laju zarah bergerak. Dalam belon udara, zarah yang dimaksudkan adalah zarah udara.
Antara faktor yang membuatkan belon ini naik ke udara adalah ketumpatan. Pemanasan udara dalam belon tersebut membuatkan ketumpatan udara dalam belon tersebut semakin rendah. Ini bermaksud, ketumpatan udara dalam belon udara lebih rendah daripada ketumpata udara di sekelilingnya. Ini yang membuatkan belon udara terapung. Semakin tinggi haba yang dikenakan, ketumpatan akan mula menurun.
Mengapa ketumpatan semakin rendah
Kerana pergerakan zarah dalam belon udara yang semakin laju akibat peningkatan suhu telah mengembangkan belon udara. Lalu, ia memaksa zarah-zarah udara ini keluar daripada belon tersebut melalu lubang yang terdedah di bawah. Kekurangan udara dalam belon tersebut, membuatkan kurangnya ketumpatan udara dalam belon udara berbanding ketumpatan udara di sekeliling.
Selain faktor-faktor di atas, faktor keadaan sekeliling juga memainkan peranan untuk menerbangkan belon udara seperti suhu sekeliling dan kelembapan. Pada hari panas, sukar untuk menerbangkan belon udara kerana memerlukan suhu yang lebih tinggi daripada suhu takat-lebur nilon. Udara dalam belon itu perlu lebih panas daripada suhu sekeliling untuk ia dapat terbang.