Mencari Kiblat Cinta - 181
Jadi selama ini Naufal yang Nira cari tu Aliff Kamila bertanya sekadar mahu memastikan. Dia mengangguk lesu, mengakui hakikat sebenarnya. Kamila dilihatnya menarik nafas panjang lantas menjeling Zulbhan yang kelihatan terkejut mendengar kata-katanya.

Sabarlah Nira. Tentu ada sebabnya Nira hadapi dugaan macam ni. Selalunya Allah akan beri kita ujian kerana ia mahu digantikan dengan kebahagiaan sebenar. Ingat cakap kakak ni. Allah takkan beri ujian di luar kemampuan kita menghadapinya. Kakak percaya, Nira seorang yang tabah. Nasihat Kamila.

Dia hanya mampu berdiam diri tanpa sebarang bicara. Hampir satu jam lamanya Kamila menemaninya dan memujuknya dengan kata-kata yang mendamaikan jiwanya. Zulbhan pula dilihatnya menegur Filman yang sejak tadi berada di situ bersama Melia. Melihat kelibat Filman, Kamila mengambil peluang bercakap-cakap sebentar dengan lelaki itu sebelum meminta diri mahu pulang. Usai kepulangan Kamila dan Zulbhan, mata Filman segera beredar ke arahnya. Melihat Filman menuju ke arahnya, dia jadi gugup dan tidak keruan. Cepat-cepat dia bingkas bangun mahu segera beredar dari situ. Namun Filman lebih pantas memerangkap pergelangan lengannya. Dia terkedu sejenak.

Nira nak ke mana Tanya Filman lembut.

Err, saya nak beli makanan. Awak dan Melly duduklah dulu. Ujar Danira beralasan. Dia benar-benar tidak sanggup menentang mata Filman.

Duduk sekejap. Melly nak jumpa dengan Nira. Lepas ni kita pergi makan sama-sama. Usul Filman.

Tak elok begitu. Saya tak boleh tinggalkan Naufal lama-lama. Dia menggeleng. Dia perasan wajah Filman berubah. Dia sendiri sebenarnya serba-salah. Melihat wajah comel Melia yang terkelip-kelip memerhatikannya, dia merasa tidak wajar dia enggan mempedulikan anak itu. Namun dia tidak boleh terus membiarkan dirinya rapat dengan keluarga Filman. Hubungan mereka harus ada jaraknya.

Kenapa Nira nak elakkan diri dari saya Apa salah saya Filman kelihatan kecewa. Danira menghela nafas berat. Pertanyaan Filman menyeksa dirinya.

Awak tak salah Filman, Saya yang salah. Mulai hari ni, saya tak nak jumpa awak lagi. Sebolehnya saya tak nak awak dan keluarga awak jumpa Naufal lagi. Ujarnya.

Kenapa Nira buat begini Kenapa korbankan diri kita berdua kalau semua ini bukan salah kita Saya tahu Nira juga menyintai saya. Dan percayalah, saya tak boleh hidup tanpa Nira. Tekan Filman dengan wajah kecewa.

Saya dah kata saya tak layak untuk awak.

Tipu! Kenapa tak katakan saja yang Nira takut kami tahu fasal Aliff Nira takut ayah dan ma saya tahu fasal Aliff kan Getus Filman.

Danira tersentak. Kata-kata Filman mengejutkannya. Sungguh dia terpanar dan kehilangan kata-katanya kali ini.

Saya tahu siapa penyebab Firdaus meninggal. Aliff dah ceritakan segala-galanya pada saya. Ungkap Filman seraya merenung tepat ke dalam anak mata gadis di hadapannya. Kelopak mata Danira mula bertakung air jernih.

Awak tahu semua ini dan awak masih terima saya Filman, kami bersalah pada keluarga awak. Kami harus terima segala kebencian keluarga awak. Bisik Danira sebak.

Filman mengelengkan kepalanya. Dia memahami rentak bicara gadis itu. Dan dia juga kesal dengan apa yang tertulis dalam kisah mereka. Sepasang mata Danira yang basah direnung penuh kasih.

Saya dah penat untuk membenci. Saya tak ingin berakhir seperti ayah saya yang membenci seumur hidupnya. Saat ini saya hanya ingin mencintai gadis di hadapan saya ini. Saya mahu hidup bersamanya dan menjaganya buat selama-lamanya. Tapi dia harus membuka hatinya untuk saya. Keluh Filman penuh berharap.

Danira tunduk. Gugur jua airmatanya yang cuba ditahan sedari tadi. Ternyata dia gagal menutup dirinya untuk Filman. Dia membenci dirinya bila merasa seperti berdosa kerana menyintai lelaki itu.

Kenapa kakak nangis Kak Nira janganlah nangis, nanti Melly temankan kakak main. Rengek Melia seraya memegang jari-jemarinya. Dia mengalihkan pandangan lalu menatap anak kecil yang kelihatan polos. Melihat wajah Melia yang mencemik-cemik menatapnya, hatinya jadi belas. Dari tadi Melia cuba menagih perhatiannya, namun dia hanya acuh tak acuh terhadap anak itu. Kasihan Melia! Didorong perasaan bersalah, dia segera tunduk lalu memeluk anak kecil itu. Pipi Melia yang gebu dikucup-kucup dengan airmata bercucuran.

Filman hanya mampu tersenyum hambar. Dia ingin mengatakan sesuatu, namun ada sesuatu menagih perhatiannya. Dia melencongkan pandangan lalu terlihat jari-jemari Aliff bergerak-gerak sedikit. Filman turut menyedarinya lalu segera merapati birai katil. Tak disangka-sangka Aliff tiba-tiba membuka matanya. Danira ikut terkejut melihat anak muda itu mulai sedar.

Naufal panggil Danira separuh lega.

Mata anak muda itu terpisat-pisat memandang ke arahnya. Bibir Aliff bergerak-gerak seolah-olah mahu menyatakan sesuatu. Filman segera mengambil segelas air dan sebatang straw lalu dibawa ke bibir Aliff.

bersambung

Bab akan datang:

Adakah Naufal sudah pulih daripada kecederaannya