Mencari Kiblat Cinta - 182
Alif minum dulu. Jangan bercakap, keadaan Aliff masih lemah. Suruh Filman. Dia memandang ke arah Danira.

Pegang gelas ni, saya nak panggilkan doktor.

Danira menurut sahaja. Apabila kelibat Filman menghilang dari bilik, dia memandang Aliff yang turut memandangnya. Bibir Danira segera melakar senyuman yang dipaksa-paksa bersama airmata yang terus berlinang.

Kakak berdoa tiap-tiap hari agar Naufal selamat. Syukurlah, ALLAH tunaikan doa kakak. Bisik Danira sebak. Namun anak muda itu sekadar merenung kosong ke arahnya.

******

Mendengar perkhabaran tentang Aliff, Tengku Saida orang yang paling gembira dan lega. Dia segera bersiap-siap hendak ke hospital sebaik dimaklumkan Filman tentang keadaan Aliff. Najla turut merengek-rengek ingin ikut bersama. Semua isi rumah kelihatan teruja mahu menemui Aliff kecuali Tengku Amar. Lelaki itu acuh tak acuh sahaja apabila diberitahu tentang keadaan anak muda itu.

Kenapa awak ni bang Awak tak nak ikut saya pergi tengok Aliff ke Soal Tengku Saida hairan. Semenjak dua menjak ini, dia perasan wajah Tengku Amar tidak ceria. Mulanya dia menyangka puncanya adalah kerana masalah yang membelenggu keluarga mereka sejak akhir-akhir ini. Namun melihat gerak-geri suaminya yang kelihatan dingin ketika mendengar perkhabaran tentang Aliff, hatinya sedikit sebanyak mula ditumbuhi sangsi.

Saya ada urusan penting hari ni. Balas Tengku Amar acuh tak acuh.

Apa yang lebih penting selain dari Aliff Tingkah Tengku Saida.

Tengku Amar memandang isterinya. Bibirnya diketap rapat. Wajahnya merah padam memandang wanita itu.

Suka hati awaklah bang nak pergi atau tidak. Tapi kalau Aliff tanya saya fasal ayahnya, apa saya nak jawab nanti Rungut Tengku Saida, lalu keluar meninggalkan suaminya bersendirian.

Sepeninggalan isterinya, kelopak mata Tengku Amar bertambah berat. Ada dengusan halus muncul dari bibir. Ada seribu kekesalan menjengah diri. Dia ingin menjerit dan marah-marah, namun bibirnya seakan terkunci rapat. Dia ingin menyumpah seranah, namun dia tidak tahu pada siapa dia harus melepaskan kemarahannya. Dia merasa tertipu. Dia menyayangi seorang anak tanpa menyedari siapa sebenarnya anak yang diselamatkannya enam tahun yang lalu.

Daus! Ayah bersalah pada Daus. Ayah telah membawa pembunuh Daus masuk ke rumah kita dan menyayanginya sepertimana ayah menyayangi Daus dulu. Tapi hakikatnya dia bukan seperti apa yang ayah sangka. Dialah pembunuh Daus sebenarnya! Apa patut ayah buat Daus Ayah ingin membencinya. Ayah cuba membencinya. Tapi kasih sayang yang telah ayah curahkan enam tahun dahulu bukan dapat dipadamkan dengan sekelip mata. Suka atau tidak, ada sesuatu yang kekal dalam hati ayah untuk Aliff. Dan perasaan itu sama seperti perasaan ayah pada Daus dulu.

Tengku Amar memicit kepala yang terasa pusing. Dia benar-benar merasa tidak berdaya pada ketika ini. Apa yang berlaku dalam keluarganya ketika ini memberi tamparan besar padanya! Yang pasti dia hampir hilang kudrat diri. Ketabahannya juga semakin menyusut.

Umar terkelip-kelip memandang rantai plat berwarna silver yang kini berada di tangannya. Sejurus lelaki itu mengalihkan pandangan ke arah Filman. Wajahnya berkerut. Joshua di sampingnya turut tercengang.

Dari mana kau dapat rantai ni

Dari ibu aku. Filman tersenyum tenang. Dia masih ingat bagaimana dia terpaksa berbohong dengan ibunya semata-mata mahu mendapatkan rantai milik Aliff yang disimpan ibunya. Mujurlah wanita itu tidak mengesyaki yang bukan-bukan bila dia mengatakan Aliff yang meminta rantai tersebut.

Aku tak faham Filman. Umar masih bingung.

Naufal dan Aliff, orang yang sama. Enam tahun lalu, ayah aku selamatkan Naufal bila dia nyaris dipukul sehingga mati oleh orang-orang Faruk. Jelas Filman.

Maksud kau, selama ini Naufal tinggal dengan keluarga kau Sampuk Joshua hampir tidak percaya. Patutlah dia melihat Danira tidak habis-habis menangis ketika merangkul anak muda yang ditembak Faruk itu. Ketika itu fikirannya dipenuhi dengan pelbagai persoalan. Namun suasana cemas yang menyelubungi mereka ketika itu lebih sukar mahu ditanganinya.

Filman sekadar mengangguk.

Kau kata tadi Naufal dipukul orang-oang Faruk. Macamana Faruk boleh kenal dengan Naufal Soal Umar pula ingin tahu.

Filman tidak ada pilihan lain. Dia terpaksa bercerita tentang segala peristiwa yang berlaku dari mula sehingga akhir. Seperti yang diduga, wajah kedua-dua lelaki itu membayangkan rasa terkejut mendengar cerita yang disampaikannya.

Jadi Naufal sebenarnya yang berada di tempat kejadian ketika itu Dia yang bunuh Firdaus Joshua terkejut besar. Itukah sebabnya kenapa Danira begitu melindungi pembunuh Firdaus ketika itu

Ya, dia yang bunuh Firdaus. Tapi aku tak fikir dia sengaja melakukannya.

Kau percayakan dia Joshua cuba menduga.

Filman menarik nafas panjang. Wajahnya merenung lesu ke arah Joshua yang inginkan jawapan.

bersambung

Bab akan datang:

Bagaimanakah reaksi ibu dan ayah Filman jika mengetahui keseluruhan cerita ini