Anak muda itu menggeleng. Ekor mata Aliff mula beredar ke wajah Filman yang muram di hujung katilnya. Dia juga nampak kelibat Joshua dan Umar yang baru pertama kali ditemuinya. Apabila wajah Danira dipandang lagi, dia melihat sisa-sisa airmata berbekas di wajah itu. Hatinya serta-merta luluh. Sepanjang hidup kakaknya menangis. Dan kali ini dia sudah nekad untuk tidak mahu membuatkan anak gadis itu menangis lagi.
Kak, Naufal akan serah diri. Ujarnya tenang.
Danira tersentak. Bulat matanya memandang Aliff yang sedang melemparkan senyuman kosong ke arahnya.
Lepas Naufal dah sembuh, Naufal akan beri keterangan di balai polis. Naufal akan mengaku semua perbuatan Naufal dulu. Sambung Aliff lagi.
Jangan nak bergurau. Kakak tak izinkan. Sampuk Danira pantas. Dia pura-pura melihat ke arah lain. Tapi jauh di sudut hati, jiwanya sedang merintih dan menangis pilu.
Kak, selepas Naufal dah ingat semua perkara, tak sesaat pun dalam hidup Naufal yang tidak merasa bersalah terhadap keluarga Naufal sekarang. Naufal dah rampas anak mereka, sudah sepatutnya Naufal terima apa sahaja hukumannya. Sekurang-kurangnya ini boleh menebus rasa bersalah Naufal pada mereka. Dan yang paling penting, Naufal boleh tebus salah Naufal pada kakak selama ini. Ujar Aliff turut sebak.
Danira menggeleng. Perasaannya bertukar berat. Entah kenapa dia benar-benar tidak menyukai kata-kata Naufal kali ini.
Naufal cuma berat hati nak tinggalkan kakak seorang. Naufal dah banyak susahkan kakak. Sejak kecil, Naufal tak pernah tunaikan amanat ayah supaya jaga kakak. Sebaliknya Naufal herdik dan maki kakak. Naufal lupa dengan segala pengorbanan kakak menjaga Naufal selepas ayah dan umi meninggal. Maafkan Naufal kak.
Gugur sebutir mutiara jernih di kelopak mata Aliff ketika menuturkan kata-kata itu. Danira segera meluru lalu memeluk anak muda itu. Ada kekesalan menapak dalam dirinya. Ya Allah, kenapa aku merasakan seolah-olah perpisahan antara aku dan Naufal sedang berlaku. Kenapa
Kakak sayangkan Naufal. Kakak tak boleh berpisah dengan Naufal lagi.
Semua manusia akan berpisah kak. Tapi kakak akan tetap di hati Naufal untuk selama-lamanya. Bisik suara itu.
Jangan buat macam ni dik. Naufal kan kata nak jaga kakak. Kalau Naufal serah diri, siapa akan tengok-tengokkan kakak nanti Provok Danira sebak.
Aliff memperhalusi wajah Danira sedalam-dalamnya. Setiap garis di wajah itu dipandangnya tidak berkelip.
Kakak cantik, macam umi. Naufal hampir terlupa bagaimana wajah umi. Tapi memandang kakak saat ini, seolah-olah seperti Naufal sedang memandang umi. Bisik Aliff tersenyum. Airmata Danira semakin lebat membasahi pipinya.
Kalau Naufal tak ada nanti, kakak kena janji dengan Naufal. Jaga diri kakak baik-baik. Naufal tahu kakak akan baik-baik sahaja. Macam ayah kata dulu, kakak anak perempuannya yang paling cerdik dan baik hati. Ke mana sahaja kakak pergi, kakak akan disayangi semua orang.
Danira sudah tidak mampu menahan perasaan. Kata-kata Aliff tidak kasar, namun kenapa dia merasakan dirinya seperti dilapah satu persatu dengan bicara anak muda itu yang menghiris perasaan Kenapa
Mata Aliff kini menghala ke arah Filman pula.
Abang, sebelum Aliff serah diri. Aliff minta abang pertemukan Aliff dengan ayah dan ma. Aliff kena mengaku segala-galanya pada ayah dan ma. Aliff tak sanggup mereka dengar segalanya dari mulut orang lain. Pinta anak muda itu.
Filman tidak memberi sebarang reaksi. Dia seperti patung cendana yang sedang tegak berdiri. Kata-kata Aliff menjadi luka yang enggan sembuh di hatinya kali ini.
Di luar pintu, sesusuk tubuh terjelepuk lemah di hadapan muka pintu wad kelas pertama yang dihuni Aliff. Telinganya sudah mendengar segala-galanya sedari tadi. Namun apa yang didengarinya membuatkan kepalanya pusing.
Najla yang sedang melangkah dari suatu arah terkejut melihat ibunya yang tersungkur di hadapan bilik itu. Dia segera meluru ke arah ibunya sambil menjerit-jerit. Sejurus kemudian, beberapa susuk tubuh keluar dari bilik itu. Melihat kelibat ibunya, Filman terkejut besar.
******
Tengku Saida menangis teresak-esak sebaik mendengar penjelasan Filman. Najla di sisi ibunya juga tak henti-henti menangis. Apa yang diberitahu abangnya ketika ini tak mampu dipercayai. Dia langsung tak percaya Aliff yang selama ini disanjunginya adalah penyebab kematian abangnya Firdaus. Tak mungkin!
Abang tipu Naj kan Tak mungkin Aliff yang bunuh abang Firdaus, Jerit Najla enggan percaya. Bahunya tersengguk-sengguk menahan tangis yang semakin lebat. Filman memeluk anak gadis itu dengan erat.
Its true Naj. Bisik Filman dengan perasaan yang amat sukar.
Mengapa mesti dia Fil Tengku Saida sebak.
Fil juga pernah tanya soalan yang sama ma. Kenapa dalam banyak-banyak orang, dia adalah Aliff. Aliff yang kita sayang selama ini.
bersambung
Bab akan datang:
Apakah Tengku Saida akan membenci Aliff juga