Apa patut ma buat Fil Ma tak sanggup lagi nak berhadapan dengan Aliff.
Filman terdiam. Dia mengerti maksud ibunya. Semua ini juga sukar bagi dirinya.
Ma pergilah jumpa Aliff. Dia nak jumpa ma sebelum dia serah diri. Ujar Filman perlahan. Permintaan anak muda itu sudah disampaikan. Hanya dia tidak pasti, apakah ibunya yang penyayang itu akan mampu memaafkan Aliff.
Dia merenung hamparan air laut yang memutih, disinari cahaya matahari yang terik dari batu besar yang didudukinya. Dari jauh dia melihat banyak kapal-kapal yang berlabuh di muara sungai. Kapal-kapal itu kebanyakannya adalah tongkang-tongkang nelayan yang membawa hasil tangkapan ikan. Sebentar lagi dia akan meninggalkan tanahair, menaiki salah satu dari tongkang-tongkang itu. Menurut Tim, mereka akan menyamar sebagai nelayan perairan dan menyelinap masuk ke sempadan Thailand. Dari situ mereka akan menaiki penerbangan ke luar negara. Itu rancangan Tim yang disuarakan padanya beberapa malam yang lalu.
Kita kena tinggalkan tempat ni. Kita semua dah jadi buruan polis. Ujar Tim sebaik pulang dari Mednex Laboratories. Menurut lelaki itu, Mednex Laboratories telah pun disita dan sedang disiasat pihak berkuasa, sama seperti apa yang telah berlaku pada kelab malam The Polka Dots serta beberapa buah premis mereka yang lain. Hanya Datuk Kahirul yang masih menghilang sehingga kini. Semua orang gagal mencari lelaki berjambang tebal yang menjadi tonggak organisasi pengedaran dadah terbesar negara yang kini telah lumpuh. Begitulah tajuk isi berita perdana yang sempat ditontonnya malam tadi.
Kejap lagi kita bertolak. Suara Tim muncul lagi di gegendang telinganya. Dia berpaling lalu terpandang Tim yang sedang tercegat di bawah batu besar yang menjadi tempat duduknya.
Tim, aku nak kau dan Badak tinggalkan tempat ni.
Kau Dahi Tim segera berkerut.
Maaf, aku tak boleh tinggalkan tempat ni. Selagi Datuk Kahirul masih bebas, kita juga takkan hidup aman. Lelaki seperti dia punya segala-galanya. Dengan cepat dia akan bangkit semula dan dirikan semula apa yang dia mahukan. Pada masa itu dia akan memburu kita semua. Aku tak mahu itu semua berlaku lagi. Ujarnya tegas.
Tim terdiam. Keluhan kecil meniti keluar dari bibirnya. Dia memahami maksud Cobe. Selagi Datuk Kahirul masih di luar sana, selagi itu mereka takkan benar-benar bebas.
Kalau macam tu, aku akan tolong kau. Kita suruh budak-budak kita lari dulu. Kalau segalanya sudah selesai, kita akan menyusul mereka. Ujar Tim memberi cadangan.
Tak Tim, biar aku di sini sahaja. Kau, Badak dan budak-budak kita kena tinggalkan tempat ni. Lagipun aku tak berniat nak ikut kau pergi. Ujar Cobe.
Wajah Tim berkerut. Kata-kata Cobe gagal difahaminya kali ini.
Aku dah nekad Tim. Aku nak mulakan hidup baru. Tapi aku harus bersihkan kehidupan lampau aku yang dulu. Aku akan serah diri dan terima hukuman di atas segala kesilapan aku. Ujar Cobe.
Kau dah hilang akal ke Cobe Jangan nak mengarut. Aku takkan benarkan. Bentak Tim dengan wajah merah padam.
Bersusah payah aku selamatkan kau dari Kupih dan ini balasan kau Sambung Tim separuh kesal.
Cobe terdiam. Dia memang berterima kasih pada Tim kerana menyelamatkan nyawanya tempoh hari. Kalau bukan sebab tindakan pantas Tim menembak Kupih sehingga mati, sudah pasti peluru dari muncung pistol Kupih akan menembusi tubuhnya. Tapi tahukah Tim bahawa ketika itu dia sudah bersedia untuk mati Dia lebih dari sanggup untuk menyerahkan nyawanya asalkan keselamatan Danira terjamin.
Tim, aku bukan manusia lagi. Bisik Cobe perlahan.
Tim terdiam. Dahinya berkerut mendengar kata-kata lelaki itu.
Dah lama aku bukan manusia, sehingga aku terlupa siapa diri aku yang dulu. Kalau kau betul-betul kawan aku, biarkan aku jadi manusia semula walau hanya untuk seketika. Pinta Cobe.
Cobe, aku kawan kau. Aku tak boleh biarkan kau ditangkap polis. Balas Tim kesal.
Aku lebih tenang dalam sangkar besi itu berbanding aku berada di luar sini Tim. Aku dah banyak bersalah pada Zahlia. Selama ini aku sangka aku akan jadi penjenayah sehingga aku mati. Aku juga sangka aku takkan menebus salah aku pada Zahlia sampai bila-bila pun. Tapi ternyata Tuhan mengasihani aku. Zahlia masih punya anak yang harus aku lindungi. Sedar tak sedar, inilah peluang terbaik untuk aku tebus segala kesalahan aku. Tolong jangan halang aku Tim. Rayu Cobe.
Tim mengeluh panjang. Wajah Cobe yang penuh berharap ditatap dengan kekesalan. Tapi apa dayanya untuk memujuk lelaki itu mengubah fikiran
bersambung
Bab akan datang:
Bagaimanakah perjalanan hidup Cobe selepas ini