Aku memang tak boleh ubah fikiran kau lagi kan Suara Tim mendatar.
Cobe melemparkan senyuman ke arah lelaki itu. Mata mereka bertaut buat kali terakhir. Entah suatu hari nanti, apakah dia masih punya kesempatan untuk bertemu dengan Tim dan Badak lagi. Dua teman dan pengikutnya yang paling setia!
******
Melihat Danira tunduk di hadapannya, Joshua tersentak. Umar di sampingnya turut terkejut. Dia segera meluru ke arah gadis itu.
Bangun Nira, jangan buat macam ni. Please. Rayu Joshua.
Gadis itu mengangkat wajahnya dengan mata yang basah. Wajah Danira terlihat sayu dan kecewa. Joshua hanya mampu menggelengkan kepalanya. Sungguh jika diikutkan, dia sendiri tidak sanggup mahu melibatkan Naufal, tapi ini harus dilakukan jika mereka mahu mendakwa Datuk Kahirul dan orang-orangnya.
Semenjak gadis itu menjejakkan kaki ke firma Evy & Co, airmata Danira tak henti-henti mengalir. Berkali-kali Danira merayu sehingga dia jadi bingung dibuatnya. Umar di hadapannya hanya mendiamkan diri. Lelaki separuh umur itu seperti sedang memikirkan sesuatu.
Di muka pintu bilik itu, Evelyn berdiri di suatu sudut. Memerhatikan ke arah Danira dengan penuh simpati. Sejak dia mengetahui cerita sebenar tentang Danira dan Naufal, Evelyn merasa amat kesal kerana pernah buruk sangka terhadap gadis itu. Cemburu membuatkan dia hilang pertimbangan diri. Pelbagai kata nista dilemparkan ke atas gadis itu sedangkan Danira lebih mulia dari apa yang disangkakannya. Kerana mahu melindungi adik sendiri, gadis itu sanggup mengaku membunuh Firdaus. Dan pengorbanan itu terlalu besar untuk dilakukan seorang gadis seperti Danira.
Tolonglah saya Josh. Saya minta hanya untuk kali ini sahaja. Tolong jangan pisahkan saya dan Naufal lagi. Tolonglah. Rayu anak gadis itu tidak pernah putus asa.
Saya memang mahu membantu Naufal, Danira. Bukti-bukti yang ada dalam dua rantai yang dimiliki Danira dan Naufal sebenarnya cukup untuk mendakwa mereka. Tapi dalam kes pembunuhan Firdaus, jika kita dapat buktikan Datuk Kahirul dan Faruk yang memberi arahan, maka hukuman ke atas mereka akan lebih berat lagi. Saya janji yang saya akan membela Naufal di mahkamah dan merayu hukuman yang lebih ringan untuknya. Ujar Joshua, cuba menyakinkan anak gadis itu.
Danira memandang Joshua dengan wajah kesal. Dia tidak sangka Joshua akan menolak permintaannya kali ini. Hatinya berlagu pilu. Jiwanya seperti dirabik-rabik. Naufal! Apa kakak harus buat untuk selamatkan Naufal
Danira Suara Umar pula kedengaran. Danira berpaling lalu bertembung pandang dengan renungan lelaki tua itu. Lelaki yang mengatakan dirinya adalah kawan lama ayahnya dahulu.
Pakcik tahu, Danira sukar nak menerima semua ini. Selama ini Danira dah tanggung banyak kesusahan disebabkan Naufal. Kali ini biarlah Naufal terima hukumannya supaya dia dapat jadi insan yang baik. Pakcik ada jumpa Naufal kelmarin. Dia kata pada pakcik, dia sanggup terima semua hukumannya kerana Danira. Sebab katanya dia tak mahu terus dihantui rasa bersalah pada Danira dan Filman lagi. Sanggupkah Danira hidup bersama dengan Naufal yang akan terus dihantui rasa bersalahnya setiap masa Kalau Danira benar-benar sayangkan Naufal, lepaskanlah dia buat sementara waktu. Nasihat Umar tenang.
Danira terpaku. Bicara lelaki itu menjeruk perasaannya. Lepaskan Melepaskan seseorang yang paling disayanginya, merupakan perkara yang paling sukar untuk dilakukannya. Mampukah dia untuk menerima sahaja semua ini sedangkan bukan orang lain yang merasai derita yang dirasakannya
Joshua mengeluh panjang. Dia benar-benar merasa serba-salah ketika ini. Matanya berpapas pandang dengan Evelyn yang entah sejak bila berada di situ.
Tak ada cara lain lagi Josh Soal Evelyn ingin tahu.
Joshua hanya menggelengkan kepala. Pandangannya dialih ke wajah Danira yang muram. Mari saya hantar Danira ke hospital. Saya nak berbual dengan Naufal. Ujar Joshua.
Danira menurut. Perlahan-lahan dia bingkas bangun dengan kelopak mata yang masih basah. Dia sudah tidak berdaya lagi untuk memujuk Joshua dan Umar, atau memujuk rawan hatinya yang sedang risau dan cemas.
Belum sempat mereka mahu beredar dari situ, langkah Joshua tiba-tiba terhenti. Lelaki itu segera menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan telefon bimbit yang berdering. Joshua segera menjawab panggilan tersebut. Beberapa saat memasang telinga di talian, wajah Joshua tiba-tiba berubah. Lelaki itu berpaling ke arah Umar.
Kenapa Josh Umar terpegun. Wajah Joshua membuatkan dia diterpa perasaan ingin tahu.
Cobe. Jawab Joshua sepatah.
Umar mengerutkan dahinya. Hairan mendengar nama itu disebut Joshua. Danira turut menoleh.
bersambung
Bab akan datang :
Mengapa dengan Cobe Apa yang telah terjadi padanya