Cobe kata, dia tahu di mana Datuk Kahirul bersembunyi. Dia akan bantu kita dakwa Datuk Kahirul. Katanya dia juga tahu apa yang berlaku sewaktu Firdaus dibunuh. Begitu juga dengan apa yang berlaku pada Profesor Adnan dan isterinya sebelas tahun yang lalu. Ujar Joshua seraya mengerling ke arah Danira.
Umar menarik nafas panjang. Alhamdulillah, mereka sudah dapat saksi yang terbaik untuk mendakwa kumpulan Datuk Kahirul dan orang-orangnya. Dia pasti Cobe akan membantu mereka. Tapi apa yang membuatkan lelaki itu sanggup menyebelahi mereka Diam-diam Umar melirik ke arah Danira yang sedang terpaku seperti patung.
******
Datuk Kahirul beli pulau itu sejak 15 tahun yang lalu. Di situ terdapat sebuah gudang pemprosesan dadah yang diuruskan oleh orang-orang kepercayaannya. Sebenarnya Mednex Laboratories hanya sebagai alat untuk mengelabui mata orang ramai. Gudang dadah yang sebenarnya ialah di pulau itu. Aku yakin dia ada di situ sekarang ini, mungkin sedang merancang hendak melarikan diri ke luar negara. Jelas Cobe.
Macam mana dia nak lepaskan diri daripada pulau tu
Dekat situ ada sebuah tapak pendaratan untuk jet peribadinya. Dia mungkin akan menaiki jet tersebut dan melarikan diri. Tapi dia takkan tinggalkan segala asset-aset yang dimilikinya. Kalau kita bernasib baik, dia mungkin masih di pulau itu. Ujar Cobe, bercerita kepada Joshua dan Umar serta kepada Inspektor Hanif dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik yang akan mengetuai gerakan malam itu.
Awak kata tadi dia ada aset di pulau tu Apa dia Tanya Inspektor Hanif seraya mengerutkan dahinya.
Cobe menarik nafas panjang. Wajah lelaki berkumis itu ditatap serius.
Datuk Kahirul jenis lelaki yang konservatif tetapi agak bijak. Dia simpan separuh dari harta-hartanya dalam bentuk plat emas. Dan rasanya dia akan mengambil masa yang agak lama untuk memindahkan semua emas-emas itu ke lokasi lain. Jadi sebab itu kita masih punya waktu. Ujar Cobe cuba menyakinkan lelaki-lelaki itu.
Dengan maklumat yang Cobe berikan, malam itu beberapa unit anggota polis narkotik yang bekerjasama dengan polis maritim berjaya menyerbu Pulau Tengah yang dikatakan tidak berpenghuni. Pulau itu terletak di Johor Bharu dan dikatakan sukar untuk disinggahi dengan bot biasa kerana laluannya ke pesisir pantai dipenuhi dengan batu-batu karang yang mungkin boleh memecahkan sampan atau bot yang melaluinya.
Tiga buah bot pihak polis terpaksa mematikan enjin dari jarak 50 meter kerana dikhuatiri akan melanggar batu-batu karang itu. Sejumlah hampir 20 anggota narkotik dengan bantuan unit khas dan Jabatan Maritim, diam-diam meredah air laut menuju ke permukaan darat. Itu sahaja caranya untuk mereka sampai ke pulau tersebut.
Setengah jam kemudian, seorang anggota polis berpakaian serba hitam segera menghampiri Inspektor Hanif yang sedang mengawasi suasana di sekeliling kawasan itu.
Laporan tuan. Tempat ini sudah dikosongkan. Tak ada tanda-tanda suspek berada di sini, tuan. Ujar anggota polis tersebut.
Inspektor Hanif menarik nafas panjang. Mungkinkah mereka sudah terlambat
Bagaimana dengan gudang pemprosesan dadah tu
Semuanya dah dikosongkan!
Inspektor Hanif mengetapkan bibirnya. Gagal lagi!
Joshua meletakkan gagang telefonnya seraya berpaling ke arah Umar. Panggilan dari Tuan Hanif. Misi mereka gagal. Ujar Joshua muram. Umar terduduk lemah. Gagal
Cobe yang sedang duduk di atas kerusi, diawasi seorang anggota polis berseragam turut menoleh ke arah Joshua. Dahinya berkerut mendengar kata-kata lelaki itu.
Umar menoleh ke arah Cobe. Kau kata dia takkan tinggalkan emas-emasnya. Berapa banyak sebenarnya emas-emas tu Soal Umar ingin tahu.
Mungkin boleh dimuatkan dalam dua kontena besar.
Kontena Dahi Umar semakin berkerut. Jelas dia sedang memikirkan kata-kata lelaki itu.
Jumlah tu besar. Tak mungkin dia akan memindahkannya menggunakan jet peribadinya. Joshua menggelengkan kepalanya.
Ada satu cara lain. Umar menyampuk.
Kedua-dua pasang mata itu segera menoleh ke arah lelaki itu.
Jet yang mengangkut emas tu mungkin takkan tinggalkan negara ni. Tapi ia akan mengangkut emas tu ke sebuah destinasi menggunakan kontena di pelabuhan. Jelas lelaki itu seraya tersenyum. Joshua mengangguk. Ada betulnya juga pendapat Umar itu.
bersambung
Bab akan datang:
Adakah mereka berjaya menangkap Datuk Kahirul