Umar dan Joshua saling berpandangan.
Beberapa bulan yang lalu, Datuk Kahirul menyenaraikan Mednex Laboratories dalam senarai syarikat-syarikat yang akan menghulurkan bantuan dalam misi bantuan keamanan di Somalia. Sejumlah besar ubat-ubatan akan dihantar ke Somalia. Ujar Cobe.
Maksud kau, dia mahu menyeludup emas-emas tu ke Somalia Begitu Joshua terkejut.
Dengan wang yang dimilikinya, dia boleh merasuah sesiapa sahaja termasuklah petugas misi bantuan. Percayalah, kontena tu takkan sampai ke Somalia. Ia akan ditukarkan dengan kontena ubat-ubatan sebenar sebelum sesiapa pun menyedarinya. Ujar Cobe tersenyum.
Umar menarik nafas panjang. Brilliant idea!
Josh, telefon pihak misi bantuan dan tanya mereka di mana kontena tu mungkin berada. Dan tanyakan juga bila misi bantuan tu akan bergerak ke Somalia. Arah Umar seraya mengeluarkan telefon bimbitnya sendiri. Inspektor Hanif harus segera dihubunginya dan dimaklumkan tentang berita ini.
Sebuah bot kecil baharu sahaja meninggalkan perairan Pulau Tengah. Di dalamnya terdapat beberapa orang lelaki berpakaian serba hitam lengkap bersenjata sedang mengawasi suasana di perairan itu. Tidak jauh dari situ, berdiri seorang lelaki sedang tercegat memerhatikan ke arah pulau yang baharu sahaja ditinggalkan. Dia mendengus kasar. Hatinya berang kerana terpaksa meninggalkan pulau miliknya begitu sahaja.
Seorang wanita melangkah ke arahnya, lalu turut sama-sama memerhatikan ke arah pulau yang pasti kini sudah dipenuhi dengan ramai anggota-anggota polis.
Lepas ni apa Bagaimana dengan rancangan kau seterusnya Soal wanita itu ingin tahu.
Datuk Kahirul atau lebih dikenali sebagai Mr. Kay berpaling lalu merenung wanita di sampingnya. Bibirnya diketap rapat. Amarahnya tidak mampu disorokkan lagi.
Aku akan kenakan Cobe dan Tim cukup-cukup. Selain dari aku dan kau, mereka berdua sahaja yang tahu tentang tempat ini. Aku yakin mereka berdua yang dedahkan tempat ni pada pihak berkuasa. Gumam Mr. Kay berang.
Wanita itu ketawa kecil. Lucu mendengar kata-kata lelaki itu.
******
Mr. Kay merenung wajah itu dengan sorot tajam. Amarahnya memuncak kerana merasa seperti diperlekehkan wanita itu.
Apa yang kelakar sangat Herdik Mr. Kay menyinga.
Wanita itu menghentikan tawanya lalu menggeleng. Aku hanya lucu tengok Mr. Kay yang selama ini kuat dan ampuh boleh dikalahkan seperti ini. Bersusah payah kau dapatkan gelaran datuk dan bina Mednex Laboratories dengan cara yang sah kononnya, tapi dalam sekelip mata semuanya musnah. Mungkin kalau kau tak bunuh Adnan dahulu, semua ini takkan berlaku. Ejek wanita itu.
Mata Mr. Kay terbeliak mendengar kata-kata yang menyakitkan hatinya. Dia segera meluru ke arah wanita itu, lalu mencengkam pangkal leher wanita itu. Kali ini kesabarannya tak mampu lagi bertahan.
Jangan sakitkan hati aku Ara. Kau hanya cuba cari fasal dengan aku, tapi jangan sampai menyesal. Herdik Mr. Kay.
Mata wanita itu melorot tajam ke arah Mr. Kay. Ketawanya mati. Namun matanya memancarkan api kemarahan.
Ingat sikit siapa yang bantu kau larikan diri dari pulau tu. Kalau bukan sebab aku, dah lama kau dan emas-emas kau terkubur di situ. Balas wanita itu sinis.
Mr. Kay terdiam. Perlahan-lahan batang leher wanita itu dilepaskan. Dia kalah dengan hanya satu ucapan penamat wanita itu. Wanita yang pernah menjadi wanita simpanan kesayangannya suatu ketika dahulu. Tapi wanita itu cukup licik dan berjaya mendominasikannya dalam apa jua keadaan. Dan kini perniagaannya di luar negara diuruskan wanita itu. Malah dadah yang diproses di kilangnya tak mungkin dipasarkan ke luar negara jika bukan kerana wanita itu yang mempunyai banyak kenalan berpengaruh. Sebut sahaja nama wanita itu, seluruh gangster di Asia akan mengenalinya. Malah ada yang menganggap wanita itu yang paling menakutkan dalam organisasinya. Diam-diam dia juga menyimpan getar yang sama. Apatah lagi dia yakin kematian Zahlia juga ada kaitan dengan wanita di sampingnya itu.
Wajah Wirda memucat. Perkhabaran yang didengarnya dari mulut Filman membuatkan suasana yang menyelubungi mereka tiba-tiba hening. Bunyi riuh rendah suara beberapa remaja yang sedang bergelak ketawa di meja berhampiran dengan mereka seolah-olah tenggelam timbul.
Dia mengangkat mukanya lalu merenung Filman dalam-dalam. Anak matanya sedang cuba menyelidiki kebenaran kata-kata Filman. Namun ternyata dia kalah sebelum sempat dia berkata sesuatu pada lelaki itu. Berita yang Filman bawa ke telinganya seolah selumbar yang sedang menikam setiap rongga di dadanya.
Fil tahu Wirda susah nak terima semua ini. Tapi entah kenapa, Fil tetap rasa Wirda perlu tahu segala-galanya. Tentang Danira, tentang Aliff dan juga tentang sebab kematian Firdaus yang sebenarnya. Ujar Filman tenang. Sejak dia menghubungi Wirda, dia sudah bersedia sepenuhnya untuk berterus-terang dengan Wirda apa yang telah berlaku enam tahun yang lalu. Wanita itu berhak mengetahuinya walaupun Wirda sudah tidak ada apa-apa kaitan dengannya lagi.
bersambung
Bab akan datang:
Apakah perasaan Wirda setelah mengetahui segalanya Bagaimanakah penerimaanya pula