Mencari Kiblat Cinta - 189
Fil kejam. Fil bagitahu semua ini pada Wirda dan Fil harapkan apa Fil sangka Wirda akan terima sahaja semua ini dan teruskan hidup macam biasa Macam tu Tingkah Wirda dengan wajah merah padam.

Ya, memang itu yang Fil harapkan. Balas Filman tenang.

Wirda mengigit bawah bibirnya berulangkali. Entah kenapa dia teringin mahu tahu di mana pendirian Filman sebenarnya.

Fil nak beritahu yang selama ini keluarga Fil yang jaga dan sara pembunuh Firdaus Dan Fil masih mahu bersama dengan Danira Walaupun setelah Fil tahu tentang siapa dia yang sebenarnya Soal Wirda berang.

Filman menarik nafas panjang. Dia meneguk minuman di hadapannya. Cuba melegakan tekaknya yang terasa berbahang hangat.

Apa ayah cakap fasal hal ni Wirda ingin tahu pendapat Tengku Amar pula. Dia paling tahu sejauh mana bekas ayah mertuanya itu mendendami pembunuh Firdaus.

Filman melemparkan pandangan kosong ke arah Wirda yang seakan hilang pertimbangan diri. Dia menyangka Wirda akan mampu bertenang menerima khabar yang disampaikannya. Namun dia tersilap menduga. Setelah enam tahun, Wirda seakan-akan masih trauma mendengar tentang kes Firdaus. Sedikit sebanyak, dia merasakan ada kehampaan menjenguk tangkai hatinya.

Kenapa Fil diam aje ni Wirda mengulang pertanyaan yang masih belum dijelaskan Filman.

Wirda nak dengar apa sebenarnya Wirda nak dengar tentang kebencian yang ayah tanam sejak enam tahun dahulu pada kita semua Wirda nak dengar tentang dendam yang masih kekal dalam diri kita semua Itu yang Wirda nak dengar Tukas Filman dengan suara meninggi. Entah mengapa dia sudah bosan mengulang kisah yang sama di antara mereka. Dia sudah tidak betah untuk terpaksa membenci sedangkan dia belajar untuk cuba memaafkan dan menyayangi.

Wirda terkedu. Dia merenung wajah Filman yang kelihatan tegang.

Sudah enam tahun Wirda. Kita tak sepatutnya terus berbicara tentang soal dendam atau kebencian. Bukan ini yang Fil mahu ajarkan pada Melly bila dia sudah besar nanti. Bukan ini yang Fil harapkan untuk Wirda juga.

Fil bagitahu semua ini agar kita semua lupakan perkara ini dan mulakan hidup baru. Kemarahan atau kebencian kita pada pembunuh Firdaus tidak akan membawa kita ke mana-mana dan tidak akan menyelesaikan apa-apa pun. Apa yang berlaku pada Firdaus adalah sesuatu yang tidak disengajakan. Dan perkara yang tidak disengajakan ini telah memusnahkan hidup ramai orang yang tak berdosa. Danira dihukum penjara meskipun dia tidak pernah melakukan apa-apa kesilapan. Aliff pula muncul dan menjadi pengganti Firdaus di hati ayah. Dia bawa kebahagiaan yang melimpah ruah pada kami semua. Dan Wirda sangka Aliff tidak merasa bersalah selepas dia tahu dirinya yang menjadi penyebab kematian Firdaus Wirda sangka Danira hanya berdiam diri dan menyembunyikan dirinya Mereka semua terseksa Wirda. Fil dan ma juga terseksa apabila mengetahui semua ini. Tapi apa yang boleh kami lakukan Terus membenci Sampai bila Mata Filman jelas berkaca ketika mengatakannya.

Wirda tunduk sugul. Hatinya sebak mendengar bicara Filman kali ini. Dia tidak pernah menduga perkara ini akan menjadi begini sukar. Tapi anehnya dia mengerti apa Filman maksudkan. Malah dia seakan boleh membaca apa yang Filman harapkan. Sungguh membenci itu tidak pernah sukar. Tetapi memaafkan itu lebih baik. Kalau Filman sendiri mampu memaafkan kekhilafan dirinya, mengapa dia tidak boleh memaafkan orang lain

******

Gerak langkah Filman perlahan di hadapan pintu bilik. Melihat Aliff terlena di atas katil dengan mata terpejam rapat, Filman tidak jadi melangkah masuk. Niat hati untuk melawat anak muda itu terhenti separuh jalan. Dari luar bilik, dia sekadar menatap kujur tubuh anak muda itu. Hatinya terhimbau-himbau kata-kata Aliff malam semalam yang menyengat perasaannya. Begitu juga dengan tangisan ibunya Tengku Saida yang penuh kepiluan, mengundang pelbagai rasa yang membekam dirinya.

Aliff berdosa pada ma dan ayah. Aliff dah berdosa pada semua orang. Maafkan Aliff, ma. Maafkan semua kesalahan Aliff. Bisik anak muda itu terharu.

Ma tahu Aliff tak sengaja. Ma maafkan Aliff. Ma percaya ayah juga akan maafkan Aliff, sebab Aliff adalah kebahagiaan kami selama ini. Ucap ibunya Tengku Saida, cuba menenangkan anak muda itu yang terlihat lemah. Sesekali airmata ibunya jatuh bercucuran mendengar kata-kata anak muda itu, namun mereka sudah berjanji untuk terus tabah dan tidak menangis di hadapan Aliff. Menurut doktor, keadaan anak muda itu tidak berapa baik. Denyutan nadi Aliff agak lemah, maka mereka tidak boleh terus membebankan jiwa anak muda itu.

Abang juga dah lama maafkan Aliff. Aliff jangan banyak sangat fikir, Aliff rehatlah baik-baik biar cepat sembuh. Pujuknya pula.

bersambung

Bab akan datang :

Adakah Tengku Amar akan membenci atau memaafkan