Apa maksud Pak Long tadi Dia menyoal dengan suara meninggi. Dadanya berombak-ombak memikirkan yang bukan-bukan.
Apa bendanya Kamu ni merepek apa ni Nira Lelaki itu tergelak-gelak kecil. Cuba melindungi niat hati yang tersembunyi.
Nira dengar Pak Long kata nak ambil semua harta-harta ayah dengan umi. Rumah ni juga. Ini rumah Nira dengan Naufal, bukan rumah Pak Long. Balasnya kasar.
Kamal menjegilkan matanya. Wajah lelaki itu merah padam menahan marah.
Betul ini rumah kamu dua beradik. Tapi sekarang ni, rumah ni dah jadi hak milik aku. Lagipun kamu kecik lagi, manalah kamu mampu nak uruskan rumah sebesar ni. Tambah lagi mak kamu tu gila! Herdik Kamal.
Pak Long tak boleh sesuka hati nak ambil rumah kami. Ini rumah ayah dengan umi. Dan umi bukannya gila Pak Long. Umi cuma sakit! Bentaknya tidak mahu mengalah.
Memanglah sakit. Sakit gila! Kalau kamu nak tahu Nira, umi kamu tu ada keturunan penyakit gila. Sebab tu gila dia tak baik-baik. Balas Musliha pula. Lancang dan menyebalkan sesiapa pun yang mendengar.
Sampai hati Mak Long cakap macam tu pada umi. Dia mengesat airmata yang mula bertakung di penjuru matanya. Emosinya meledak mendengar kata-kata penghinaan wanita itu terhadap ibunya.
Sudah! Aku tak nak dengar lagi kamu mengarut Nira. Rumah ni dengan harta-harta ayah kamu, semuanya dah jadi milik aku. Faham Kalau kamu tak percaya, ini buktinya. Sehelai kertas digoyang-goyangkan di hadapan matanya. Dia terkedu. Dia tidak faham isi kandungan kertas tersebut.
Mak kamu dah tandatangan surat penyerahan geran rumah ni termasuk tanah-tanah dia dan semua duit di bank pada aku. Sekarang aku dah sah jadi penjaga kamu dengan Naufal. Kalau kamu tak suka, kamu dengan Naufal boleh berhambus dari rumah ni. Bentak Kamal.
Tubuhnya menggigil mendengar kata-kata lelaki itu. Kenyataan yang baru keluar dari bibir Pak Longnya sukar mahu dipercayai. Tanpa disedari, tubuhnya tersungkur lemah ke lantai.
Kakak! Jerit Naufal yang tiba-tiba menerpa ke arahnya. Dia segera merangkul tubuh adiknya bersama titis-titis airmata yang tak henti-henti mengalir di pipi.
Baguslah dua-dua ada kat sini bang. Dah terlanjur dia tahu, kita halau saja mereka dari sini. Ada kat sini pun, menyemakkan mata saya aje. Rungut Musliha sambil memasamkan mukanya. Kamal mengangguk setuju.
Seperti dirasuk, Kamal segera menarik lengannya manakala tangan lelaki itu yang satu lagi memegang tangan Naufal. Musliha menguak pintu selebar-lebarnya. Tanpa belas kasihan, lelaki itu menghumban tubuh-tubuh kecil mereka ke luar rumah. Naufal menangis kuat. Melihat keadaan Naufal, dia segera meluru ke arah adiknya. Tubuh kecil Naufal dirangkul erat, sambil matanya memandang ke arah Kamal.
Sampai hati Pak Long buat Nira dengan Naufal macam ni. Pak Long langsung tak kasihankan kami Tangisnya dalam kesedihan.
Kasihankan kamu Aku cuma kasihankan diri aku sendiri. Kamu dengan mak ayah kamu, tak ada maknanya bagi aku. Balas Kamal bongkak.
Mulai hari ni, kamu dengan adik kamu tu aku haramkan pijak rumah ni lagi. Faham Herdik lelaki itu lalu menghempas pintu di hadapannya.
Dia terkesima. YA ALLAH! Ke mana mereka harus pergi malam-malam buta begini Kalau ayah dan uminya masih ada, mereka berdua takkan dibuli begini! Dia memeluk Naufal lebih erat apabila Naufal menangis tidak henti-henti sepanjang malam itu.
SEORANG lelaki separuh umur menyorong motorsikal kapcainya lalu meletakkannya di bawah sebatang pohon. Selepas itu, lelaki itu melangkah perlahan-lahan ke arah pintu bergrill di hadapannya. Kunci dikeluarkan dari dalam poket sebelum dia memulas anak kunci pada lubang grill. Belum sempat pintu grill itu ditarik, telinganya menangkap satu bunyi. Lelaki itu segera berpaling.
Alangkah terkejutnya dia apabila melihat dua susuk tubuh sedang tidur di tepi warungnya, berkelubung dengan guni beras. Dia menjenguk kedua-duanya. Siapa pulak ni Hatinya tertanya-tanya. Perlahan-lahan guni beras itu ditarik menyerlahkan dua raut wajah yang comot dan kotor.
Nira Astagafirullahalazim. Nirakenapa tidur kat sini Pak Maidin terkejut besar. Lelaki itu segera berteleku di hadapan kedua-dua anak itu.
Dia bingkas bangun sebaik mendengar suara Pak Maidin. Matanya terpisat-pisat memandang lelaki itu, seraya cepat-cepat mengejutkan Naufal yang sedang nyenyak tidur di sampingnya.
Naufal, bangun. Dia cuba mengejutkan adiknya. Adiknya itu memang agak culas mahu bangun pagi. Dia cuba lagi mengejutkan Naufal meskipun separuh hatinya terasa belas menatap Naufal yang membongkok kesejukan. Pak Maidin sekadar memandang perlakuan kedua-duanya dengan dahi berkerut.
bersambung
Bab akan datang:
Apakah yang akan Pak Maidin lakukan terhadap dua beradik itu