SENYUMAN sudah sampai ke telinga. Puas bila segala apa yang dirancang sudah separuh berjaya. Semalam muka Fariz sudah keliru.
Penasaran! Felisha mengemas semula pakaiannya ke dalam almari. Jenuh dia mencari alasan untuk menginap di hotel di Cameron Highlands.
Lega. Otak aku ni tak payah lagi fikir benda tu semua.Felisha mengambil udara sejuk dari balkoni tingkap.
Felisha mengenakan tudung semula. Jam di pergelangan tangan dilihat sekilas. Hampir tengah hari.
Hmm..aku nak makan tengah hari kat mana ya Dagu diusap lembut. Perlahan Felisha melangkah ke arah lobi hotel. Menu di ruang makan hotel dibelek sekilas. Tidak ada yang menarik minatnya.
Felisha mula berjalan-jalan sekitar perkarangan hotel yang cantik dihiasi pokok bunga yang hanya boleh tumbuh dalam cuaca sejuk.
Jumpa lagi kita kat sini kan
Felisha menoleh ke kanan. Suara yang pernah didengarnya dulu.
Cik Melissa. Awak buat apa kat sini Felisha agak terkejut. Takkan dia ni ikut aku sampai Cameron Highlands
Kenapa Ni bukan tempat peribadi sampai saya tak boleh datang sini. Melissa senyum sinis. Felisha dijeling sekilas.
Memang la. Saya pun tak kata yang tempat ni tempat peribadi. Sesiapa pun boleh datang. Felisha mengetap bibir. Nak sindir pun biarlah logik sikit!
Baguslah. Sekejap lagi saya nak jumpa Fariz. Dia sudah berjanji nak jumpa saya di tempat sejuk ni. Tapi hairan ya, kenapa awak pun ada kat sini Melissa mengusap dagu.
Felisha jeling Melissa. Eh, minah ni tanya aku pulak. Dia yang tiba-tiba terjongol depan aku.
Saya berada di mana pun, itu bukan hal cik Lissa. Dan untuk pengetahuan cik Lissa, saya baru balik dari rumah opah Fariz. Sengaja Felisha bercerita hal tu.
Melissa ketap bibir. Oh ya Saya sebentar lagi pun nak ke rumah opah Fariz. Fariz datang jemput saya di sini.
Felisha diam. Lantak kaulah! Aku peduli apa! Dia melangkah meninggalkan Melissa menuju ke sebuah restoran yang terletak tidak jauh dari hotel.
ALIA tak lekang dari senyuman. Puas hati. Akhirnya dia berjaya pujuk opah supaya paksa abang Fariz datang ke Cameron Highlands jenguk kak Sha.
Bang, kita bermalam di hotel malam ni nak Alia sengih. Fariz di sebelahnya dipandang tak berkelip.
Nanti mama marah. Fariz jeling Alia yang dari tadi asyik tersengih-sengih. Dah terlebih gula ke apa
Adik dah beritahu mama sebelum bertolak tadi. Mama angguk je! Alia senyum lagi. Kali ni dah sampai ke telinga.
Fariz pandang Alia. Amboi! Cepatnya minta izin mama.
Alia dah cakap kat mama. Kita bermalam di sini dan pulang sekali dengan kak Sha. Kan dia tumpang kita masa datang semalam Alia jenguk keluar tingkap kereta. Cermin kereta diturunkan. Sejuk dan nyaman.
Adik tahu ke dia menginap di hotel mana
Tahu, adik call kak Sha tadi. Dia menginap di hotel Equitorial. Alia senyum lebar.
Hah Equitorial Mahal tu! Banyak duit minah tu!Cepat je Fariz mencelah.
Alahbukannya selalu. Abang ni kedekut la! Kita bermalam satu malam je. Itu pun nak berkira ke Alia mencebik. Kedekut tahi hidung masin!
Bukan kedekut. Kan ada banyak lagi resort atau hotel yang murah-murah. Fariz jeling Alia yang sudah merajuk.
Tak kira! Adik nak menginap di hotel tu jugak! Alia mengetap bibir. Dia mengalih muka ke luar tingkap.
Merajuk la tu! Kereta Fariz membelok ke arah Brinchang selepas keluar dari tol Simpang Pulai menuju ke hotel Equitorial. Sebaik selesai check in, mereka mengambil angin di sekitar kawasan tidak jauh dari hotel.
Abang! Jom kita ke sana! Alia tarik tangan Fariz menuju ke Kea Farm yang terletak hanya bersebelahan hotel penginapan mereka.
Nak buat apa kat sana
Laakat situ macam-macam ada. Bunga segar pun ada. Alia laju melangkah ke arah deretan kedai yang menjual berbagai-bagai jenis produk dari Cameron Highlands.
Bunga buat apa Bukan boleh makan pun! Dari buang masa pilih bunga, kan elok kita ke ladang strawberri. Fariz melangkah malas membuntuti Alia yang sudah ke depan.
Ala..strawberri bukan ada kat ladang je. Kat sini pun ada. Tu! Alia tuding ke arah sebuah gerai. Terpampang besar tulisan di papan tanda Kea Farm Chocolate Berry.
Itu coklat! Bukan buah! Fariz luku manja kepala Alia.
Cuba abang tengok betul-betul! Berlambak strawberri kat depan kedai tu! Alia panjangkan leher melihat deretan bakul yang penuh dengan buah strawberri segar.
Tak sama dengan ladang. Fariz masih tak nak mengalah.
Suka hati abanglah! Adik nak ke sana kejap! Langkah Alia laju menuju ke sebuah gerai cenderahati yang menjual pelbagai jenis key chain bertemakan strawberri. Dia biarkan saja abangnya berjalan seorang diri mencari apa-apa yang dikehendakinya.
Jangan pergi jauh-jauh! laung Fariz bila melihat Alia terlalu teruja dengan barangan yang dijual di situ. Kedai cenderahati agak jauh dari kedai lain.
Hmmbanyak jugak barang dijual di sini. Strawberri pun dibungkus cantik dan kemas. Siap dicelup dengan coklat lagi. Fariz membelek sebuah bungkusan strawberri di atas meja yang dipamer di situ.
Riz!!
Fariz menoleh. Siapa pulak panggil nama aku Seorang gadis dengan rambut agak perang melangkah laju ke arahnya.
Melissa Fariz menelan liur.
Riz! Tak sangka jumpa you kat sini! Melissa senyum lebar. Sebaik tiba di tempat Fariz, dia berdiri rapat di sebelah Fariz.
Errawak buat apa kat sini Tak kerja ke Fariz berkerut kening. Seingatnya sudah hampir dua tahun dia dan Melissa tidak berjumpa. Sejak tamat pengajian. Melissa
pula merajuk kerana sampai saat ini aku tidak pernah melayan kehendaknya.
I ada seminar tiga hari. You Melissa paut lengan Fariz.
Err..saya temankan adik. Saja ambil angin di kawasan sejuk ni. Fariz lepaskan perlahan tangan Melissa yang selamba memaut lengannya tadi.
Oh ya Mana dia Melissa lihat sekitar.
Dia ada kat gerai cenderahati tu. Fariz belek lagi produk strawberri. Melissa di sebelahnya tidak dihiraukan.
Rizkenapa you dingin je dengan I Melissa paut lagi lengan Fariz.
Dingin Apa maksud awak
Masa di kampus, you tak macam ni. Kita happy je. Selalu belajar bersama, makan bersama, jalan-jalan bersama Melissa buat muka merajuk.
Opss! Pembetulan! Bukan bersama tapi beramai-ramai. Fariz jeling Melissa yang tersenyum sengih. Minah ni dah nyanyuk ke apa Tak pernah sekalipun aku keluar berdua dengannya. Setiap kali makan ke, belajar ke, jalan-jalan ke, aku memang selalu ajak Ojak, Adi dan Oleen sekali. Dia je yang terhegeh nak join sekali. Bukan ajak pun!
Rizkenapa ni Apa yang kurang I ni pada you Melissa tarik tangan Fariz. Mamat ni buat tak reti pulak!
Kurang apa Awak cakap apa ni Look! You dengan I, nothing! Fariz rentap tangannya dari genggaman Melissa.
Butmengapa you layan I dulu Melissa tak puas hati.
Layan apa Suara Fariz sudah naik satu oktaf.
You jangan nak berpura-pura. Jangan nak buat bodoh! Sepatutnya kita dah lama menikah dulu. Melissa mula geram.
Itu awak punya pasal! Saya tak buat salah apa pun! Sekarang ni jangan nak desak saya. Kita tak ada apa-apa. Adi tu dah lama sukakan awak. Sampai sekarang pun dia masih tunggu awak. Fariz pandang Melissa yang sudah merengus.
Mamat skema tu Melissa mencebik.
Skema dia pun, sekarang ni dah jadi engineer berjaya! Fariz mula sentap bila kawan baik sendiri dituduh macam tu.
DARI gerai bunga, Felisha masih memerhati gelagat Fariz dan Melissa.
Hmmjadi betul la kata Melissa tadi. Memang mamat tu datang jumpa dia kat sini. Lama berborak. Patut la beria ajak aku datang kampung opah dia. Dia ada date rupanya. Nak suruh aku jelaskan pada opah konon! Felisha panjangkan leher melihat tingkah Melissa yang dari tadi asyik berkepit dengan Fariz.
Bunga lavender dan ros merah dibeli dua jambak. Felisha mula melangkah meninggalkan gerai bunga. Laju langkahnya meninggalkan Kea Farm menuju ke hotel semula. Bimbang nanti Fariz perasan kehadirannya di situ.
Huh! Nilah lelaki! Felisha terus menapak ke lobi hotel. Sempat dia merebahkan diri di sofa. Terasa lenguh kaki berjalan dari tadi. Hampir dua jam dia merewang di sekitar pusat jualan Kea Farm.
Hmmbaik aku masuk bilik. Berehat kat bilik lagi bagus.
Kak Sha!!
Belum sempat Felisha menapak ke arah lif, seseorang memanggil namanya. Alia
Alia! Felisha senyum.
Akak duduk bilik mana Alia merapati Felisha.
507.
Alhamdulillah. Kalau macam tu bilik kita dekat je la. Bilik Alia selang dua bilik je dari bilik akak, bilik 511. Banyak akak beli bunga Alia cium bunga ros yang dipegang Felisha.
Boleh la. Akak kan jual bunga. Err..Alia datang sini dengan siapa Dengan mama keFelisha jenguk ke belakang Alia. Matanya menala pula ke sekitar lobi hotel. Takkan datang sorang kut.
Dengan abang la. Senyum Alia sudah sampai ke telinga.
Erk! Fariz Felisha menelan liur. Sengaja dia buat terkejut.
Ya. Abang tu sebenarnya bimbang kak Sha sorang kat sini. Sebab tu dia datang jugak temankan akak. Alia berjalan beriringan menuju ke pintu lif.
Felisha jeling Alia yang tersengih-sengih. Ya la tu! Bimbang ke atau nak jumpa awek
Alia nak masuk bilik akak boleh Alia minta izin sebaik pintu lif terbuka di tingkat lima.
Felisha angguk.
Abang tahu ke Alia kat sini
Nanti Alia call dia..
Baik Alia call dia sekarang. Nanti dia cari. Tak pasal-pasal dia marahkan akak nanti. Felisha mengingatkan Alia. Memang Fariz akan salahkannya jugak.
Mereka berdua berehat di bilik Felisha. Alia menolong Felisha menyusun bunga di dalam pasu kecil di atas meja kecil di sebelah meja tv.
Kak Sha! Lepas ni nak ke mana pulak Alia lepak di atas katil Felisha.
Rasanya tak ke mana kut. KenapaFelisha turut duduk di sebelah Alia.
Hmm..apa kata kita pergi makan
Makan Akak baru je makan tadi. Lepas tu pergi Kea Farm tu. Felisha capai novel dari dalam beg pakaiannya yang sempat dibawa.
Akak pergi Kea Farm ke tadi
Felisha angguk. Alia datang sini semata-mata nak jumpa akak ke atau nak temankan abang Fariz tu jumpa makwe dia Sengaja Felisha melontar soalan macam tu.
Makwe Siapa Alia garu kepala. Dahi sudah berkerut seribu.
Felisha hanya perhatikan gelagat Alia. Hmm..nampaknya Alia tak perasan la tadi Fariz dan Melissa sedang bermesra di gerai strawberri.
Err..tak apalah. Malam ni nak makan kat mana Felisha menukar topik perbualan.
Nanti Alia tanya abang. Kak Shaboleh tak Alia tidur di bilik akak
Kenapa
Abang tu..kedekut tahi hidung masin! Dia kata bilik kat hotel ni mahal. Dia ambil satu bilik je. Takkan Alia nak tidur sebilik dengan abang! Boleh tak Alia tidur di sini kak Alia sudah bertukar nada. Manja.
Boleh sangat. Felisha senyum. Fariz pun satu! Adik-beradik pun mana boleh tidur satu bilik kalau dah berlainan jantina! Sekarang banyak berlaku sumbang mahram!
Yea!! Alia nak call abang jap! Alia keluarkan telefon bimbit dari poket seluar. Dia segera menghubungi Fariz sambil menapak keluar dari bilik Felisha.
FARIZ menapak laju ke bilik 507. Pintu diketuk bertalu-talu.
Siapa Laung Felisha dari dalam bilik. Bunyi ketukan semakin kuat. Siapa pulak ni Ketuk pintu macam nak tumbuk pintu tu! Felisha intai dari celah lubang pintu. Fariz
Awak nak apa Felisha bercekak pinggang sebaik pintu dibuka.
Mana Alia Fariz jenguk ke dalam bilik.
Kenapa
Alia! Alia! Fariz tolak tubuh Felisha. Tersandar Felisha di dinding. Dia meluru masuk ke dalam bilik.
Eh! Awak dah gila ke Ini bilik saya! Felisha mengetap bibir.
Alia manaFariz sudah geram.
Felisha bingung. Apa hal mamat ni nak marah semacam je ni Cemas je!
Tadi dia ada di bilik saya. Lepas tu dia kata nak masuk bilik awak ambil pakaian. Carilah kat bilik awak! Felisha menahan marah. Dahlah masuk bilik aku selamba dek dia je.
Sebab kat bilik saya tak adalah, saya datang bilik awak ni! Fariz meninggikan suara sambil bercekak pinggang.
Apa Habis tu dia pergi mana Felisha mula cemas.
Baru nak tanya Fariz pulas tombol bilik air. Alia pun tak ada dalam tu.
Felisha diam. Fariz masih berdiri di tepi katil. Eii! Mamat ni tak reti nak keluar ke Naya je kalau kena cekup!
Yang awak tercegat kat situ lagi kenapa Felisha pandang Fariz yang kaku berdiri di situ.
Alia ada cakap tak dia nak ke mana lepas ambil pakaian dia Fariz masih tak puas hati. Pertanyaan Felisha tadi tidak dijawab.
Tanya saya pulak. Manalah saya tahu. Awak tu abang dia! Sepatutnya awak yang kena tahu dia ke mana. Ni, mana awak tahu dia datang bilik saya Felisha jengil ke arah Fariz.
Tadi dia call. Dia nak tidur di bilik ni tapi suara dia macam cemas. Saya risau kalau ada apa-apa yang tak diingini berlaku. Fariz mundar-mandir di bilik Felisha.
Kalau ya pun, takkan awak nak duduk je dalam bilik ni. Nanti tak pasal-pasal kita pulak kena tangkap basah! Felisha buka pintu seluas yang ada.
Fariz pandang sekeliling. Memang hanya dia dan Felisha saja berada di bilik tu. Belum sempat dia menapak keluar, Melissa sudah muncul di muka pintu yang ternganga luas.
Erk! Awak buat apa kat sini Felisha jenguk ke luar.
Awak ni memang perempuan murah kan Dah habis berseronok Melissa tuding ke muka Felisha.
Fariz dan Felisha saling berpandangan. Terkedu.
Apa yang awak cakap ni Jerkah Fariz.
Berdua dalam bilik macam ni Mustahil kucing tak meratah ikan! Melissa jeling Felisha yang masih berdiri di muka pintu.
Eh, kalau awak tak tahu cerita hujung pangkal, jangan nak menuduh sembarangan! Felisha mengetap bibir.
Sudah! I think you should get out from here! Now! Fariz pandang Melissa yang masih tercegat di sebelahnya.
Patutlah you tak layan I. Jadi perempuan ni pilihan you Melissa paut lengan Fariz.
Yes! Shes my future wife! So whatFariz rentap tangannya dari genggaman Melissa.
Fine! And you, just wait and see! Melissa tuding sekali lagi ke muka Felisha. Dia beredar dari situ.
Awakmaaf. Saya tak berniat nak lukakan hati awak. Pasal kata-kata saya tadi tu, saya hanya nak Melissa blah dari sini. Saya tak bermaksud apa-apa. Fariz mula menapak keluar.
Abang! Alia berlari ke arah bilik 507.
Adik pergi mana
Adik beli air tadi. Abang, boleh tak adik tidur bilik kak Sha malam ni Alia sengih. Air kotak yang dibeli dihulur kepada Fariz dan Felisha.
Fariz angguk. Dia menoleh ke arah Felisha yang masih terkedu di situ. Dia melangkah perlahan ke bilik 511.
Abang! Malam nanti kita keluar makan nak Alia laung dari bilik Felisha.
Fariz berpaling. Dia kemudian mengangguk perlahan.
MELISSA perhati dari jauh. Jelas Fariz tidak pedulikannya sejak kehadiran perempuan yang pakai tak semenggah dulu tu.
Macam mana minah tu boleh berubah macam ni Dulu bukan main lagi dia pakai tak semenggah..selekeh. Nampak sangat dia nak tackle Fariz. Tak apa.. Melissa menghubungi seseorang.
Hello! Lissa here! Aku terima tawaran kau! Melissa senyum penuh makna. Kali ini rancangannya akan dipastikan berjaya. Felisha mesti diajar cukup-cukup! Perampas!
FELISHA hanya diam membisu. Alia di tempat duduk belakang dari tadi tak henti-henti bercakap. Fariz masih tertumpu pada jalan. Sesekali dia menjawab pertanyaan Alia.
Bang, kita nak makan kat mana ni Alia pandang ke luar kereta. Jalan agak gelap.
Ikut je la. Fariz senyum. Keretanya membelok ke kiri bila sampai di satu simpang. Melalui balai bomba dan sebuah masjid.
Dah sampai. Fariz parkir kereta di belakang masjid.
Alia jenguk ke luar. Terpapar nama Restoran Nik Ikan Bakar dan Tom Yam. Restoran itu agak ke dalam sedikit.
Apa lagi Tadi bukan main nak makan. Turunlah cepat! Sejuk ni! Fariz jenguk Felisha dan Alia yang masih berada dalam kereta.
Malam itu mereka menikmati makanan ala Thai dan steamboat. Fariz pula mencuba steak.
Kenapa tak luak nasi awak tuFariz pandang pinggan Felisha.
Saya dah kenyang. Felisha masih menguis nasi dalam pinggan. Fikirannya masih pada kejadian petang tadi.
Kak Sha..akak fikir apa ni Makanlah. Sedap tau! Alia cubit ikan bakar dan letak dalam pinggan Felisha.
Felisha mengunyah perlahan. Tekaknya terasa tersumbat.
Err..saya nak ke bilik air sekejap. Felisha bingkas bangun. Dia melangkah perlahan ke arah bilik air yang disediakan di restoran tu.
Abang..kenapa dengan kak Sha tu Alia cuit lengan Fariz.
Fariz jongket bahu. Selesai makan, mereka bertiga menapak semula ke kereta. Felisha membuntuti Fariz, agak dekat. Dari tadi dia perasan ada sebuah kereta hitam yang pernah dilihatnya dulu turut berada di situ.
Eh, awak ni kenapa Fariz pandang Felisha yang semakin dekat dengannya. Alia di sebelah kirinya juga turut melihat gelagat Felisha.
Err..tak ada apa. Saya rasa tak sedap badan. Felisha jarakkan sedikit dari Fariz.
Kak Sha sakit ke Alia jenguk Felisha di sebelah kanan Fariz.
Tak. Akak rasa tak sedap badan je. Felisha tarik baju sejuk yang dipakai rapat ke tubuhnya. Cuaca dingin semakin mencengkam sehingga terasa ke tulang. Matanya meliar melihat kelibat lelaki yang mengekorinya.