Dude! I'm Getting Married - 19
BAB 19

JAI pandang jam. Dah lima setengah petang. Semua laporan analisa disusun di atas rak kecil atas meja.

Nik, nanti baca keputusan ujian semalam ya. Pukul enam nanti baru boleh bilang bakteria tu. Jai bangun. Dia jenguk inkubator. Pukul enam nanti baru cukup 48 jam untuk pembiakan bakteria.

Baiklah..tapi yang mana satu Nik garu kepala.

Jai sengih. Lupa yang Nik tak buat ujian tu.

Petri dish yang hujung sekali. Ujian untuk Enterobacter sakazakii. Minggu lepas, ada sampel susu tepung. Hari Isnin nanti client dah nak result tu. Ada kes bayi sakit.

Nik angguk-angguk,

Abang Jai nak ke mana Macam nak cepat je Nik sengih.

Abang ada hal sikit. Kalau tak ada yang penting, memang abang nak stay back. Jangan lupa tau! Jai capai beg sandang dan helmet sebelum keluar dari makmal.

Tergopoh gapah Jai letak motosikal sebaik memasuki kawasan letak motosikal di depan Amcorp Mall. Dia dah janji dengan Acik.

Jai!!

Jai panjangkan leher ke arah pintu utama pusat beli-belah tu. Acik dah tersengih kat situ.

Ada apa kau nak jumpa aku kat sini Kat rumah tak boleh ke Jai buka sarung tangan hitam. Helmet dikepit bawah lengan.

Kat rumah buat apa Ni..kau dah makan Acik senyum. Dia paut bahu Jai.

Belum, kenapa

Jom! Aku belanja!

Mereka berjalan beriringan menuju ke Restoran Sri Melaka.

Mahal ni! Jai pandang pintu masuk ke restoran tu.

Alahaku belanja! Acik tarik tangan Jai masuk ke dalam restoran. Dia segera panggil pelayan restoran.

Sepuluh minit kemudian, makanan yang dipesan sampai. Ada ikan siakap kukus, sayur kailan ikan masin, sotong goreng tepung dan udang goreng mentega.

Uih! Ni macam nak makan besar ni. Habis ke semua ni Terbeliak Jai melihat makanan yang banyak di atas meja.

Makan je la! Acik sua nasi dalam mangkuk kepada Jai.

Mesti ada benda penting kau nak bagi tahu aku ni..dah belanja sedap macam ni Jai ambil seekor udang. Dah orang nak belanja, bedal je la!

Acik senyum. Dia pandang ke arah pintu.

Kau tengok apa

Acik tak jawab. Matanya masih menghala ke arah pintu restoran. Dia jenguk jam tangan. Hampir enam petang. Mana Ucu ni Takkan tak habis lagi kerja

Apa yang kau tengok tu Makanlah! Jai tepuk bahu Acik. Terjenguk-jenguk..entah apa yang dia cari.

Acik tak hiraukan Jai. Dia senyum. Orang yang ditunggu dah sampai. Sengaja dia ubah jadual. Sepatutnya mereka bertiga berjumpa di McD MidValley esok.

LANGKAH Seri terhenti. Tergamam. Dia genyeh mata berkali-kali. Betul ke apa yang aku nampak ni Macam mana abang aku kenal Jai Dari jauh, dia lihat abangnya dah tersenyum sambil lambai tangan.

Nak pergi ke tak nak Dah la Jai tu ada sekali. Ingatkan ajak aku sorang je..aduih..parah macam ni! Silap hari bulan aku yang tak makan nanti, asyik berdebar je pandang muka Jai tu Seri teragak-agak.

Ah! Aku dari tadi tak makan semata-mata nak makan dengan abang aku..kalau aku tak pergi, rugilah! Seri terpaksa tebalkan muka. Dia melangkah perlahan ke arah restoran Sri Melaka.

Assalamualaikum! Seri senyum. Pura-pura tidak kenal Jai.

Jai dongak. Seri

Waalaikumussalam..meh duduk! Acik tepuk kerusi di sebelahnya.

Seri senyum. Dia letak beg tangannya di sebelah kerusi dekat dengan Jai. Meja bulat macam tu, duduk kat mana pun rasa dekat.

Jai pandang Acik. Dia menelan liur.

Maaf, lambat sikit. Ada hal sikit tadi.. Seri senyum kelat. Dia jeling Jai di depannya.

Tak apa..jom makan. Acik sengih. Dia dah buat rancangan, dia akan tinggalkan Seri berdua dengan Jai.

Jai pandang pula pada Seri. Siapa Acik pada Seri

Err..siapa ni Seri jeling Acik. Pura-pura tak kenal Jai.

Oh ya..ni Jai! Acik tunjuk jarinya ke arah Jai.

Seri angguk. Dia betulkan kerusi.

Jai menelan liur sekali lagi. Biar betul minah ni. Takkan tak kenal aku

Mereka bertiga mula menikmati makanan bersama.

Seri terus ambil lauk dan mengunyah dengan penuh selera. Lapar! Dah tak hiraukan Jai dan Acik. Kalau aku ikut

hati aku yang berdebar dup dap ni..mati kebulur la aku. Dia tidak sedikit pun pandang Jai. Laju degup jantungnya, sama laju dengan kunyahannya.

Jai sengih. Memang kalut tengok Seri makan. Padanlah dengan gelaran cik Kalut!

Acik senyum-senyum. Dia lihat Seri dan Jai silih berganti. Sorang tunduk, sorang lagi asyik merenung.

Err..korang makanlah dulu. Aku nak ke tandas kejap. Acik bingkas bangun. Belum sempat dia melangkah, Lisa dah menapak ke arah meja mereka. Dah macam gedik belalang! Terloncat-loncat dengan lenggok menggoda.

Hai abang Jai!!

Jai mendongak. Tersembur nasi dalam mulut.

Hish! Tengok perempuan tu janganlah sampai tersembur nasi kat orang!! Seri sapu tudungnya yang terkena nasi.

Eh..Acik pun ada sekali Lisa sengih. Dia melabuhkan punggung sebelah Jai.

Acik tak jadi ke tandas. Dia duduk semula. Apa hal minah gedik ni datang sini Adoi..rosak rancangan aku!

Err..kau dari mana Lisa Seri dongak. Matanya menala pula ke arah Jai. Patut la..tersembur nasi kat aku. Buah hati datang rupanya

Jai dah janji dengan aku.. Lisa berbohong. Dia jeling Jai.

Uhuks!!! Sekali lagi Jai tersedak. Kali ni air yang diminum tersembur ke meja.

Seri tunduk. Jadi benarlah Jai dan Lisa pasangan kekasih..

Ya Acik mencelah. Dia pandang Lisa tidak berkelip. Setahunya Jai tak pernah cerita apa-apa tentang Lisa.

Bila saya janji Jai cepat-cepat mencelah bila dah rasa lega dari tersedak tadi.

Abang ni..selalu lupa. Oh ya! Seri, ni aku kenalkan..boyfriend aku..Jai! Lisa sengih. Dia rapatkan kerusi ke kerusi Jai.

Hah Biar betul minah gedik ni

Err..bila masa saya jadi bf awak Jai jarakkan diri.

Alah..abang Jai ni pura-pura pulak.. Lisa paut lengan Jai.

Seri pandang tidak berkelip. Acik pula menelan liur.

Hish! Jai rentap tangannya dari Lisa.

Jai..kau serius ke dengan Lisa Acik pandang Jai. Tajam.

Mana ada! Cik Lisa, awak tu perempuan. Jaga sikit perangai tu. Jangan pegang lelaki suka hati je. Jai sandar di kerusi. Dia perlu berhemah bila berdepan dengan perempuan gedik macam tu.

Salah ke Lisa pegang lagi lengan Jai.

Ni..buat apa pakai tudung kalau perangai tak senonoh Awak buat macam ni, lagilah orang pandang buruk pada awak tahu tak Jaga sikit maruah tu. Awak tu perempuan. Jai dah geram. Dia bingkas bangun.

Acik dan Seri diam dari tadi. Tengok drama sebabak Jai dan Lisa.

Alah..saya buat pun bukan orang lain.. Lisa masih tak putus asa. Sengaja dia buat gedik depan Seri.

Seri tunduk. Kalau benar Jai sukakan Lisa..nampaknya perasaan dup dap ni terpaksa aku kuburkan.

Err..saya balik dulu.. Seri bingkas bangun.

Acik segera tarik tangan Seri. Takkan nak balik dah

Jai pandang Acik yang selamba pegang tangan Seri. Ada apa-apa ke mereka berdua ni

Ya! Nak balik.. Suara Seri dah sebak. Kenapa dengan aku ni Sepatutnya aku kawal diri sendiri. Tadi boleh buat, kenapa sekarang ni dah lemah semacam pulak

Nanti la dulu.. Acik rapat kepada Seri. Dia letak kedua tangannya ke bahu Seri. Cuba pujuk.

Jai menelan liur. Tindakan Acik cukup membuatkan hatinya tertanya-tanya. Jadi..mungkin ni la makwe yang disorok-sorok selama ni..

Takkan nak balik dah Seri Duduklah dulu. Makanan banyak lagi ni. Lagipun kau kan nak kenal sangat siapa boyfriend aku. Lisa senyum sinis. Puas hati!

Eh, siapa boyfriend awak Jai tenung Lisa. Ni dah melampau minah ni.

Abang la.. Lisa sengih. Terpaksa buat muka tebal lima inci! Nak rebut, biar betul-betul!!

Apa Jai terbeliak. Lisa dah tak ada rasa malu.

Seri sambar tas tangannya dan terus melangkah keluar dari restoran. Matanya dah berair.

Acik pandang Jai dan Lisa. Dia kemudian kejar Seri yang dah hilang di celah orang ramai.

Jai pula terkedu di situ. Dia bingkas bangun dan terus ke kaunter bayaran. Aku pulak yang kena belanja! Ah, tak kisahlah! Janji aku tak makan makanan yang tak dibayar. Haram!

Lisa senyum. Rancangannya berjaya. Tak sangka, hari tu adalah hari yang bertuah. Dari jalan-jalan buang masa kat situ, dia terserempak dengan Jai dan Seri termasuk abang Seri, Acik.

Jai tenung Lisa yang tersengih-sengih. Awak ni kenapa

Apa yang saya nak..akan saya usahakan sampai dapat. Lisa senyum lagi.

Jai mengetap bibir. Minah ni memang dah gila!! Dia segera beredar dari situ.

SERI hempas tas tangannya atas katil. Dia duduk di birai katil. Pipi basah. Balik dari restoran tadi, dia tak

Iman Fadia Dude! Im Getting Married!

~ 150 ~

hiraukan abangnya yang mengejar dari belakang. Kereta dipecut laju meninggalkan tempat pedih tu.

Air mata yang menitis disapu perlahan dengan hujung jari. Tak sanggup lihat Lisa mesra dengan Jai.

Jadi memang betul Lisa dan Jai sepasang kekasih..mungkin sejak kerja di jabatan perubatan dulu lagi agaknya. Patutlah Jai tak layan aku.. Seri tunduk. Dia belek album kenangan masa menjadi pekerja kontrak untuk projek NHES dulu.

Ucu! Ucu!!

Seri dongak. Suara Acik melantun kuat dari luar pintu biliknya yang berkunci.

Abang nak apa

Bukalah pintu ni dulu!

Seri letak album atas meja studi. Dia menapak malas ke muka pintu.

Abang nak apa

Boleh abang masuk

Seri angguk. Pintu dibuka luas. Dia menapak semula ke katil. Acik turut duduk di sebelah Seri.

Kenapa ni Acik intai mata Seri yang cuba disorokkan darinya.

Tak ada apa.. Seri tunduk.

Acik diam seketika. Dia mengingati kejadian di restoran tadi. Riak Seri berubah sebaik Lisa mengaku Jai adalah kekasihnya. Adik aku ni suka Jai ke

Kalau tak ada apa-apa..kenapa Ucu menangis Acik selak rambut Seri yang menutupi mata bulatnya.

Mana ada menangis.. Seri cuba senyum.

Alah..tak payah nak bohong dengan abang. Tu..mata merah, pipi basah. Jangan nak buat alasan mata masuk habuk pulak.

Lembut Acik bertutur.

Seri diam. Dia masih tunduk. Abang aku ni..sibuk je. Aku dah la bengang dengan Lisa ni

Ucusuka Jai Acik korek rahsia hati Seri.

Seri dongak. Geleng tidak, angguk pun tidak.

Suka tak Ulang Acik lagi.

Seri tunduk semula. Takkan aku nak mengaku. Kalau mengaku pun, dah terlambat. Jai dah pilih Lisa.

Err..jadi ke nak jumpa kawan abang kat MidValley esok Seri ubah topik. Dia cuba mengukir senyum.

Esok Acik pura-pura tanya.

Seri angguk. Kan abang yang janji

Ya la..lupa pulak.hehehe.. Acik sengih.

Tu la..pandai berjanji je abang ni. Jadi tak

Err..tak jadi la..dia ada hal. Lain kali la.. Acik serba salah. Kalau cakap jadi, tentu Seri marah. Jumpa Jai lagi. Tengok riak Seri tu pun dia dah tahu, tentu Seri dah tak suka pada Jai.

Oh..tak apa la.. Seri tunduk semula.

Acik lega. Sekarang ni dia kena cari jalan bagaimana nak jernihkan keadaan. Dia kena cari kepastian, siapa Lisa sebenarnya pada Jai.

Err..Ucu tanya sikit boleh Seri dongak semula. Wajah abangnya direnung seketika. Kacak. Tahi lalat di atas bibir sebelah kiri menambahkan lagi ketampanan abangnya. Memang ada iras pelakon Thailand yang jadi kegilaan ramai tu. Mario Maurer.

Memang patut pun Acik ada iras macam tu. Mama asal Thailand, tambah lagi papa pula kacukan Arab dan Melayu.

Nak tanya apa

Jai tu..kawan abang jugak ke

Acik angguk. Dia lihat riak Seri. Dah okey sikit.

Kenapa

Taktak ada apa..siapa nama kawan abang yang abang nak kenalkan dengan Ucu

Acik menelan liur. Nak jawab ke tak nak jawab. Adoi..haru macam ni..

Ikhwan.. Acik sengih. Ikhwan Hahahaabantai jelah Acik oi! Nak tergelak sebut nama betul Jai. Tak pernah-pernah aku sebut nama tu!

Ikhwan Seri terkejut.

Ya, kenapa

Err..tak..tak ada apa.. Seri berkerut dahi. Setahu aku..nama betul Jai pun Ikhwan jugak. Ah! Dalam dunia ni, beribu orang yang namanya sama.

Hmm..kalau tak ada apa-apa, abang keluar dulu. Acik bangun. Sebelum menapak keluar, dia menoleh semula.

Abang tahu..Ucu suka kat Jai kan Mengaku je la.. Usik Acik.

Buk!!

Bantal peluk dah hempuk tubuh Acik.

Acik ketawa. Dia terus beredar dari bilik Seri.