Abstrak Cinta Aku & Dia - 19
BAB 19

Zeta Bar, Hilton Kuala Lumpur

TIDAK ramai pengunjung pada waktu ini. Mungkin kerana ianya bukan hari minggu. Badli melangkah perlahan menuju ke kawasan island bar lalu duduk di salah sebuah kerusi yang kosong di sebelah Aaron.

Badli sudah sedia maklum, bar ini memang tempat kegemaran Aaron bersantai. Sambil mendengar muzik, sambil minum. Kebanyakan pekerja bar ini sudah mengenali Aaron sebagai salah seorang pengunjung setia.

Aaron sedar kehadiran Badli di sebelahnya tetapi dia hanya memandang dengan ekor mata. Tidak menegur. Malas untuk menegur. Pasti ada sebab kenapa Badli datang ke sini mencarinya setelah tidak bertegur sapa buat beberapa ketika. Keakraban persahabatan mereka telah tercalar.

Don. Panggil Aaron, setelah mendiamkan diri selama lima minit. Don, si pelayan bar hadir dengan senyuman.

Yes sir Soal Don.

Aaron hanya membuat isyarat kepala, mengarahkan Don untuk mengambil pesanan Badli. Don menurut.

Your drinks sir Soal Don kepada Badli.

Ginger Ale. Jawab Badli. Don mengangguk lalu pergi untuk menyediakan pesanan.

Dah insaf ke Perli Aaron.

Badli hanya tersenyum tawar. Apa yang dia mahu minum, bukanlah masalah Aaron.

Aaron meneguk sedikit minuman dalam gelas sebelum berpaling ke arah Badli. Whats up

Badli tidak menjawab.

Aaron ketawa sinis. Just spill it out, bro. Aku bukan mind reader yang boleh baca apa yang ada dalam kepala otak kau.

Kau nak balas dendamkan Suara Badli mendatar.

Balas dendam Aaron menggeleng, tersenyum sedikit. Aku bukan macam kaulah, Bad. Suara Aaron kali ini lebih serius.

Kalau bukan itu tujuan kau, kenapa kau nak rapat dengan Izzy Badli menyoal lagi.

Itu aje sebabnya kau datang jumpa aku Kau cuma nak tanya pasal Izzy

You are crossing the line. Kau tahu aku sayangkan dia. Balas Badli, sedikit meninggi.

Sekali lagi, Aaron tersenyum sinis.

BadBad. Bukan Izzy saja perempuan yang ada dalam dunia ni. Berapa ramai yang dah jadi koleksi kau

Izzy tak sama.

Your drinks, sir. Don datang membawa pesanan Badli. Setelah meletakkan gelas, dia segera beredar.

Kau tahu aku sayangkan Izzy. Sebab itu kau sengaja rapat dengan dia. Kau masih dendamkan aku pasal Emily. Badli terus menuduh.

Wajah Aaron berubah sedikit bila Badli menyebut nama Emily. Sedikit sebanyak, tuduhan Badli berasas. Emily bekas kekasihnya.

Mereka putus kerana Emily curang dengan Badli.

Aku dah cakap banyak kali. Masa tu aku dengan Emily tengah high. Aku tak sangka yang aku boleh terlajak

Bad, aku dah lama lupakan kes Emily. Emily pun dah kahwin dengan orang lain. Tak payah kau nak ungkit lagi. Aaron pantas memotong kata Badli.

Jadi, kenapa kau sengaja nak rapat dengan Izzy Setelah meneguk sedikit minuman, Badli bertanya.

Kenapa tak boleh

Because I love her!

Aaron ketawa menyindir.

Badli merengus kasar.

Bad, kau sedar tak yang kau dah bertunang Kau dah nak kahwin tak lama lagi. Suara Aaron kembali serius.

Bukan aku nak sangat kahwin. Itu semua family aku yang nak. Aku langsung tak cintakan perempuan tu.

Still, kau kena kahwin jugak kan dengan dia.

Badli merengus lagi.

Atau.. kau rasa kau boleh kahwin dua

Badli mendiamkan diri.

Bro, aku tahulah. Dalam agama kau, lelaki boleh kahwin sampai empat. Tapi kau rasanak ke tunang kau dengan Izzy tu, bermadu Aaron menyindir.

Damn it, Aaron. Kenapa kau pun beria sangat dengan Izzy

Sebab aku suka dia. Kenapa Kau ingat, semua perempuan dalam dunia ni patut sembah kau sorang

Kurang ajar.

Aaron ketawa. Sudahlah Bad. Buang masa kita nak fight pasal ni. Kau pun tahu, aku tak akan bergaduh dengan kawan-kawan hanya sebab perempuan. Thats just not me. Aaron bersuara.

Tapi aku mengaku, aku suka dia. Aku suka Izzy. Dan kau Bad...aku perlu ingatkan kau sekali lagi. Dah tiba masa kau ubah perangai. Kau dah nak kahwin, Bad. Sampai bila kau nak teruskan perangai buaya kau tu Sambung Aaron.

Heh! Kau siapa nak nasihat aku Soal Badli.

Kawan kau.

Badli menggeleng lalu ketawa. Kawan Kawan takkan tikam belakang macam nilah.

Kau sepatutnya lebih tahu pasal tu, Bad. Kawan memang tak patut tikam belakang.

I knew it. Kau memang dendam pada aku.

Aaron ketawa perlahan lalu menggeleng. Tak habis-habis Badli menuduhnya berdendam. Dia tidak berdendam. Malah kes Emily sudah lama dilupakan walaupun diakui, perkara itu membuatkan dia terkilan.

Should I say that, this is Karma Aaron berkata, sengaja mengapi.

Badli merengus lagi. Dia tidak pernah rasa seperti ini. Dia tidak pernah rasa suka dengan seorang perempuan seperti mana dia sukakan Farizah. Dan apabila rakan baiknya mahu menikam dari belakang, dia benar-benar berang.

Okay, fine. Kita bertaruh, siapa yang boleh dapatkan Izzy. Badli mencabar.

Aaron ketawa. Tak sangka Badli akan bertindak kurang matang hanya kerana seorang perempuan.

Sudahlah Bad. Takkan pasal perempuan, kau nak bertaruh

Kalau kau tak nak, then leave her alone.

Aaron menarik nafas panjang. Kejengkelan jelas tergambar di wajahnya. Fine! Kalau itu yang kau nak. Aaron membuat keputusan untuk mengikut saja rentak Badli.

Apa yang aku dapat, kalau aku menang Aaron berkata dalam nada mendatar.

Badli mendiamkan diri. Berfikir.

Mereka tak akan pertaruhkan wang kerana wang bukanlah masalah besar kepada mereka. Walaupun hidup Aaron kelihatan lebih low-profile, dia sebenarnya adalah anak orang berada juga. Bapanya seorang tauke balak bertaraf Tan Sri di Sabah dan juga merupakan seorang ahli politik. Jadi, wang tidak akan dijadikan pertaruhan. Apa yang dipertaruhkan di sini, adalah harga diri.

Apa yang aku dapat, kalau aku menang Soal Aaron lagi. Kali ini lebih kuat.

The loser, will have to call Sir to the winner.

Is that it

Badli mengangguk.

Aaron menggeleng. Mahu saja muka Badli ditumbuknya. Marahkan diri sendiri pun ada. Entah macam mana boleh terjebak dengan pertaruhan bodoh seperti ini hanya kerana perempuan. Tapi, perempuan itu adalah Farizah.

Aaron menghembus nafas kasar. Dia memang menyimpan perasaan pada Farizah walaupun dia tahu, Farizah tidak mempunyai perasaan yang sama. Walaupun manja di luaran, hati Farizah keras beku seperti air batu. Badli pula, perlu diajar. Lelaki seperti Badli perlu diajar bagaimana mahu menghargai wanita dan dia tak mahu Farizah jatuh ke tangan Badli begitu saja.

Don! Aaron memanggil dengan kuat. Sekeping duit lima puluh ringgit dicampakkan saja di atas meja bar.

Aaron menandang Badli dan kemudian dia bangun. Badli ditinggalkan saja di situ.