Aku, Dia Dan Somtam - 19
BAB 19

WAKTU yang ditunggu tiba jua. Setelah berhempas pulas menelaah dan menyiapkan tesis, akhirnya segala-galanya selamat dilalui. Suasana meriah di sekitar dewan mula terasa. Seawal lapan pagi, Anis sudah terpacak di luar foyer dewan. Hari yang begitu dinantikan. Sesekali dia membetulkan topi yang mula senget. Jubah konvo berwarna biru tua dan beralas warna kuning di leher cukup membuatnya merasa bangga. Empat tahun pengajiannya di universiti itu akhirnya tamat juga.

Anis sempat bergambar dengan ibu dan Aira yang sudah seminggu di Kuala Lumpur semata-mata ingin menghadiri majlis konvokesyen.

Anis!!!

Dari jauh Izara melambai-lambai ke arahnya. Di tangannya penuh dengan jambangan bunga. Anis turut membalas lambaian Izara.

Tahniah! Anis peluk Izara erat.

Kau pun sama! Izara senyum lebar.

Makcik! Apa khabar Izara mencium tangan Puan Ainon yang berdiri di sebelah Anis.

Alhamdulillah..ni Izara kan Puan Ainon senyum.

Izara angguk.

Eh, mana bunga kau Izara pandang Anis yang hanya memegang skroll ijazah.

Alah..aku datang ni bukan nak bunga. Aku nak ni! Anis tunjuk skroll ijazahnya kepada Izara.

Memanglah! Tak apa..kau tunggu sini! Laju saja Izara melangkah pergi.

Anis hanya menggeleng sambil tersenyum. Zara..Zara..

Izara kembali bersama keluarganya. Dia pandang pula Imran yang segak mengenakan jubah berwarna merah hati yang sememangnya untuk graduan lulusan kejuruteraan.

Tahniah Anis! Kak Dina hulur sejambak bunga daisi.

Terima kasih kak..susah-susah je.. Anis mengucup tangan Kak Dina. Semua mata memandang ke arah Anis.

Izara terkedu. Selama ini dia tidak pernah mencium tangan kakak kandungnya. Babak Anis tadi cukup membuatkannya terkesima. Malu pada diri sendiri.

Tahniah Anis..ni dari makcik. Puan Zaharah turut menghulur sejambak ros merah kepada Anis.

Anis senyum dan mula mencium tangan Puan Zaharah. Imran pula hanya diam dari tadi. Terpana melihat kesopanan gadis itu terhadap orang yang lebih berusia. Selama ini dia tidak ambil kisah itu semua. Jarang sekali mencium tangan mama.

Anis, ni bunga dari aku. Kau suka mawar putih kan Izara senyum. Sekali lagi dia memeluk Anis.

Imran yang tidak hiraukan perbualan Anis dan Izara tadi mula menoleh. Wajah Anis ditatap lama. Masih berteka-teki, mencari jawapan dari kata-kata Izara sebentar tadi.

Terima kasih. Tak bagi bunga pun tak apa Zara..cukuplah ucapan tahniah.. Anis merendah diri. Dua jambak bunga diberikan kepada ibunya.

Im!!

Masing-masing berpaling. Zafran termengah-mengah berlari.

Kau apa hal lari macam tak cukup kaki ni Imran tepuk bahu Zafran yang menahan mengah.

Aku cari kau tadi..kat sini rupanya. Err..Anis pun ada Kebetulan..nah! Zafran menghulurkan sejambak bunga lavender kepada Anis.

Teragak-agak Anis menyambut. Dia pandang Izara yang mula senyum. Imran pula hanya diam membisu bila melihat Zafran berbuat begitu.

Err..terima kasih Anis tunduk. Dia jeling pula ibunya yang tersenyum dari tadi.

Zaf! Kau ni nak mengorat Anis ke Izara mula mengusik.

Salah ke Aku memang dari dulu sukakan Anis! Zafran berterus terang.

Imran pantas menoleh. Terkedu mendengar pengakuan berani Zafran di depan mereka semua. Biar betul mamat ni. Terang-terang cakap depan keluarga Anis.

Belum lagi tu..kalau suka tentu kau tahu bunga apa yang Anis suka.. Izara sengih lagi. Dia jeling Anis yang turut tergamam mendengar pengakuan dari mulut Zafran tadi.

Imran pandang Izara yang menjeling ke arahnya sambil mengenyit mata. Matanya beralih pula pada Anis. Bunga lavender masih digenggam erat di tangan gadis itu.

Anis! Zara!

Izara menoleh ke arah suara yang memanggil namanya dan Anis. Atikah dan Linda sedang melambai-lambai sambil tersenyum.

Anis! Jom kita jumpa Atikah dan Linda. Cepat saja tangan Izara menarik tangan Anis menuju ke tempat Atikah dan Linda.

Imran dan Zafran mula memandang empat sekawan itu. Seronok melihat mereka bergambar bersama dengan jubah masing-masing. Topi di kepala dilemparkan ke atas. Cukup seronok melihat aksi begitu.

Err..takkan nak borak kat sini je. Jomlah kita pergi makan. Puan Ainon tak join sekali Puan Zaharah mula mengajak untuk makan tengah hari.

Haah..yalah..marilah.

Mereka mula melangkah ke arah medan selera. Imran masih memerhati Anis. Di kepalanya ligat memikirkan kata-kata Izara.

Anis, adik! Jom makan! Irdina melaung dari jauh.

ANIS mula minta diri untuk pulang. Selepas menjamu selera, Anis bersalaman dengan keluarga Izara. Dia ingin segera pergi dari situ. Padanya, dia tidak betah berlama di situ. Imran

dan Zafran saling menjeling ke arahnya. Izara pula tidak habis-habis menyakat.

Lega kerana dia tidak perlu lagi bersua muka dengan kedua jejaka itu. Kini masing-masing membawa haluan sendiri.

Anis..tahniah. Maafkan saya kerana telah buat awak terkejut dengan pengakuan saya tadi. Saya tak sedar apa yang saya cakap tadi..maaf ya Zafran segera mendekati Anis. Riak wajahnya seperti sudah bersalah.

Tak apaitu hak awak. Saya pergi dulu. Anis mula melangkah pergi bersama ibu dan anak buahnya.

Imran pandang Zafran yang masih berdiri di situ sambil memerhati Anis pergi. Dah jatuh cinta ke mamat ni Haru ni!

Abang cemburu ke Izara mencebik. Geram dengan sikap Imran yang nyata jual mahal. Namun dari riak wajahnya sebentar tadi, seolah ada reaksi tidak senang dengan Zafran.

Cemburu Kirim salam sikit! Imran menghabiskan jus epal yang sudah tinggal separuh.

Izara sengih. Dia pandang mama dan kak Dina yang turut senyum melihat tingkah Imran.

Imran buat muka selamba. Faham senyuman adik kembarnya. Pandangannya beralih pada Zafran yang masih

memandang ke arah Anis dan keluarganya yang sudah berlalu pergi.

Kalau ya pun..takkanlah tengok pun dah kenyang Tuh! Nasi dalam pinggan tu minta disuap! Imran tepuk belakang Zafran yang dari tadi tidak lepas pandangannya dari melihat Anis.

Err..kau ni kan! Zafran segera betulkan tempat duduk. Hampir tersembam mukanya pada meja makan.

Tu la..depan rezeki jangan nak berangan! Imran sengih. Cuba menutup rasa hatinya yang mula pelik.

Biarlah dia berangan, sekurang-kurangnya Zaf ni berani. Tak macam abang, suka tapi ego! Izara pula menyokong Zafran.

Puan Zaharah dan Irdina hanya melihat babak menarik tiga sekawan tu. Masing-masing tak mahu mengalah.

Bila masa abang suka

Dari riak abang tu..sudah jelas la bang! Betul tak mama Izara peluk bahu Puan Zaharah.

Im..kalau kau suka, berterus terang jelah. Tak payahlah belok sana, belok sini. Pusing sana, pusing sini. Buat pening saja! Jalan lurus ada, nak cari yang bengkang bengkok! Zafran habiskan nasi dalam pinggan. Nescafe ais diteguk sampai habis.

Definitely! Izara menyokong sekali lagi.

Eii!! Susahlah cakap dengan orang tak faham bahasa ni. Imran bingkas bangun.

Izara ketawa. Faham sangat dengan sikap kembarnya yang suka lari dari masalah. Mereka turut membuntuti Imran selepas membayar harga makanan.

IMRAN sangkut jubah konvokesyen di dalam almari. Penat masih terasa. Balik dari kampus tadi, mereka sekeluarga mengabadikan kenangan sempena konvokesyen di studio. Banyak potret diambil.

Aahhlega! Imran hempas tubuh di atas katil. Terlentang. Kedua tangannya disilangkan di belakang kepala. Kaki pula silang pangku sambil memandang siling putih. Fikirannya menerawang jauh. Segala kata-kata Zafran dan Izara silih berganti berulang-ulang di benaknya ketika ini.

Hmmaku ni suka ke kat minah somtam tu Imran bermonolog sendiri.Cuba tanya hati sendiri.

Dia mengiring pula ke kanan. Matanya tertancap pada sehelai baju yang digantung kemas dalam almari yang terbuka. Baju kemeja yang dipulangkan oleh gadis somtam itu direnung sekejap.

Dia memang menepati janji. Aku suruh basuh, dia basuh.

Imran bingkas bangun dan mendekati almari. Baju kelabu yang disangkut itu diambil.

Agaknya dah lepas geram la ni. Baju aku jadi mangsa Imran sengih melihat bajunya yang sudah berkedut seribu. Baju itu diletak semula di tempatnya.

Boleh mama masuk

Imran berpaling ke arah pintu. Mama dah tersenyum di situ.

Masuklah mama.

Apa yang abang senyum dari tadi

Hah Senyum Bila Imran menggelabah. Agaknya mama dah lama memerhati tingkahnya dari tadi.

Alah..mama tahu apa yang abang fikir tu..pasal Aniskan Puan Zaharah duduk di sebelah Imran di hujung katil.

Mama ni macam tukang tilik pula. Boleh baca fikiran manusia. Imran sengih.

Mama teka saja. Kalau dah suka tu, cakap sajalah. Mama pun berkenan dengan Anis tu. Cukuplah dengan apa yang telah berlaku dulu. Mungkin ada hikmahnya abang putus dengan Natasha tu. Rupanya Allah nak bagi yang lebih baik untuk abang. Puan Zaharah usap rambut anak bujangnya.

Apa yang mama cakap ni Abang tak ada apa-apa pun dengan dia. Jodoh di tangan tuhan.

Memanglah jodoh di tangan tuhan tapi kita kena cari jodoh tu. Macam juga rezeki, Allah yang bagi dan kita tak tahu banyak mana rezeki kita tapi kita kena usaha mencari.

Abang muda lagi ma. Baru nak masuk dua puluh empat tahun. Macam mana nak kahwin kalau ekonomi tak stabil Nak bagi makan pasir Imran cuba mencari alasan.

Macam yang mama kata tadi, tak salah kita berkahwin dan dalam masa yang sama kita mencari rezeki halal. Sebut pasal kerja ni. Kak Dina dah bagi tahu belum Puan Zaharah pandang Imran yang mula berdalih.

Bagi tahu apa

Mulai bulan depan, abang kena kerja di Stephen Holdings. Kak Dina dah buat surat perlantikan. Abang kan tahu, kak Dina hanya menjadi pemangku je sekarang ni sementara menunggu abang habis belajar. Puan Zaharah begitu mengharapkan anak lelakinya dapat menyambung legasi perniagaan keluarga mereka.

Hah Cepatnya!

Tu pun dah kira lambat. Sepatutnya abang kena masuk kerja minggu depan tapi mama kesian tengok abang. Penat belajar masih belum habis lagi.

Lecehlah macam ni. Abang ingat nak relaks dulu. Setahun ke, dua tahun ke.

Eh budak ni! Orang lain tak sabar-sabar nak kerja, dia pula nak enjoy! Tak habis-habis nak enjoy! Tadi kata nak kukuhkan ekonomi Abang nak bagi makan pasir ke kat isteri nanti Puan Zaharah mula membebel.

Yalahyalah. Abang kerja. Imran sengih.

Macam tulah anak mama! Kan tadi kata nak kukuhkan ekonomi dulu. Nilah masanya! Tapi jangan jadi workaholic pula. Asyik kerja saja sampai lupa nak kahwin! Puan Zaharah senyum. Tangannya mengelus lembut rambut keperangan Imran. Warna asli yang diwarisi dari arwah suaminya.

Imran turut senyum.

Mama masuk tidur dulu. Tapi sebelum tu..mama nak tanya sikit..

Apa dia

Abang sukakan Anis

Imran diam. Apasal dia orang ni obses sangat dengan minah somtam tu. Macamlah tak ada orang lain.

Perlu ke abang jawab soalan tu Abang akan jumpa ramai lagi gadis lain di luar sana ma. Nanti bila abang jumpa gadis yang sesuai dan berkenan di hati, abang bagi tahu mama. Imran cuba mengambil hati ibunya.

Hmm..jadi abang rasa Anis tu tak sesuai untuk abang

Mungkin juga. Dia tu terlalu banyak pantang larang. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Imran mula teringat kata-kata Anis dulu.

Maksud abang

Yalah..dia tu kan muslimah sikit. Ada banyak yang tak boleh dari boleh! Pada abang..kalau nak couple, mestilah kena kenal. Bila nak kenal, kenalah keluar sekali. Maksud abang..nak mengenali hati budi pasangan kita. Jadi semua tu abang rasa dia tak suka. Imran buat muka kesian.

Oh..jadi abang memang ada niat la nak buat benda tak senonoh kat Anis Puan Zaharah mula tidak senang.

Bukan macam tu..mama tahu tak, Anis tu dah macam lelaki.. Kasar! Cakap pun kasar. Lebih-lebih lagi dengan abang. Ada je yang tak kena. Takkan gadis macam tu mama nak buat menantu Mama tak kesian ke kat abang dapat isteri garang macam tu Imran semakin berdalih.

Garang Anis tu mesti ada sebabnya. Dia pun nak pertahankan maruah dia juga. Mama suka cara dia. Tak macam makwe abang yang dulu-dulu tu. Berkepit dengan abang tanpa segan silu. Nak cari isteri biarlah yang pandai jaga kehormatan diri. Puan Zaharah menasihati Imran yang nyata sudah tersasar jauh kelakuannya.

Aik Dulu bukan main lagi mama tak kisah semua tu. Mama juga yang cakap, mama tak kisah soal pakaian, sikap, yang penting pandai masak. Sekarang ni dah macam lain pulak. Imran sengih.

Memanglah tapi mama tak kata maruah diri boleh dijual beli. Pergaulan kena jaga. Sejak mama kenal Anis, mama sedar, ciri-ciri yang ada pada Anislah yang sebenarnya yang mama mahukan. Tengok adik kamu tu, sejak dia rapat dengan Anis, dia sudah berubah. Dah pakai tudung. Dah tak keluar malam-malam dah. Puan Zaharah mula teringat sikap liar Izara dulu.

Imran diam. Jauh di sudut hati dia mengiakan semua kata-kata dari bibir orang tua itu. Namun kerana ego, semua itu bagai masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri.

Abang fikirlah baik-baik..mama nak tidur dulu. Sambung Puan Zaharah sambil berlalu pergi.

Selamat malam mama.. Imran mencium tangan ibunya.

Imran merenung jauh ke luar jendela yang terbuka di balkoni biliknya. Dia mendongak ke langit. Bintang berkerlipan bertaburan di serata tempat di langit yang luas terbentang.

Ya Allahberilah petunjuk kepadaku..