ARISSA menanti penuh debaran. Esok, majlis pertunangannya dengan Tuah. Hari ini dia perlu jumpa Tuah dan dia ingin berterus terang dengan lelaki itu. Terpulang pada lelaki itu untuk menerimanya setelah lelaki itu tahu apa yang telah berlaku.
Malam tadi Tuah menghubunginya ingin berjumpa di taman tasik itu. Mungkin Tuah ingin berbincang tentang hal pertunangan.
Lama Arissa menanti di tepi pondok. Matanya merenung ke arah air tasik yang beralun-alun ditiup angin petang. Tanpa sedar, air matanya mengalir ke pipi. Terasa hidupnya sudah kosong. Tiada lagi yang berharga dan tiada lagi yang perlu dibanggakan. Dia pasrah andainya jodohnya tidak dengan Tuah. Lelaki mana yang sanggup mengambil seorang perempuan yang sudah ditebuk sebagai isteri. Air mata yang mengalir disapu perlahan.
Wajah Adam mula terbayang di mata. Saat ini, dia mula berubah riak. Lelaki itu begitu tega meragut kesuciannya pada malam itu. Jadi selama ini cinta lelaki itu adalah atas dasar nafsu semata-mata.
Aku benci kau Adam!! Jerit Arissa kuat. Air mata laju menitis.
Arissa..
Arissa pantas berpaling. Dia tergamam. Tuah sudah tercegat di belakangnya. Dia menelan liur. Apakah Tuah sudah mendengar apa yang dikatakannya tadi Perlahan Arissa bangun dan menapak mendekati Tuah.
Bi..bila awak sampai Arissa sudah tersekat-sekat menutur kata.
Baru je..kenapa dengan awak ni Awak marah siapa Tuah menghampiri Arissa yang sudah tunduk.
Eh, mana ada Saya saja je tadi.. Arissa cuba mengukir senyum.
Ni untuk awak! Tuah menghulurkan sejambak bunga ros putih dan sehelai shawl sutera berwarna firus kepada Arissa.
Arissa tergamam. Tudung itu dipegang lembut.
Saya nak sangat tengok awak pakai tudung. Tuah tatap wajah ayu Arissa.
Sekali lagi air mata Arissa tumpah.
Saya harap, hari pernikahan kita nanti, awak rasmi pakai tudung tu.. Tuah menambah.
Terima kasih... Arissa tidak dapat menutur. Terasa sebak. Dia mencium ros putih seketika.
Tuah mengajak Arissa duduk di bangku di tempat orang ramai lalu lalang. Dia lebih selesa berjumpa di restoran sebenarnya dari taman tasik itu.
Ada apa awak nak jumpa saya ni Arissa memulakan bicara.
Awak dah bersedia jadi isteri saya Tuah pandang Arissa yang masih tunduk.
Arissa mendongak. Maksud awak
Saya ingat kita tak perlu bertunang. Kita nikah terus. Macam mana Tuah melemparkan senyuman. Sayangnya pada Arissa sudah lama bertapak di hati.
Arissa tersentak. Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan ketika ini. Sepatutnya berita itu disambut dengan gembira tetapi nyata dia tidak mampu menunjukkan reaksi seperti itu. Air matanya sekali lagi menitis.
Arissa...kenapa ni Kan saya dah cakap, saya serius nak awak jadi isteri saya. Tuah senyum. Dia faham dengan makna air mata Arissa.
Memang itulah reaksi perempuan bila diberitahu tentang hal seperti itu. Itu juga dilihatnya dalam drama tv.
Arissa hanya mampu memandang lelaki itu yang begitu jujur dalam perhubungan mereka. Wajah Tuah ditatap seketika. Begitu jujur dan telus cinta Tuah padanya sedangkan saat ini dia sudah tidak layak lagi buat jejaka itu.
Tuah...saya tak layak untuk awak. Awak sepatutnya mendapat gadis yang lebih baik dari saya. Hanya itu yang mampu Arissa luahkan. Tak terluah rasanya untuk dia menceritakan perkara sebenar.
Arissa..hanya awak dalam hati saya. Saya cintakan awak sejak di kampus lagi. Balik Malaysia, saya cari di mana awak tinggal dan sebab tulah saya turut tinggal di Villa Indah tu. Saya terlalu lama simpan perasaan cinta saya pada awak. Please..dont say that to me. I love you... Tuah mula merasa tidak sedap hati.
Arissa tunduk lagi. Kali ini air matanya semakin laju menitis. Sebak mendengar pengakuan Tuah. Memang dia perasan lelaki itu semasa di kampus dulu tetapi dia bukan jenis yang suka mencari kekasih.
Saya nak tanya sikit boleh Arissa sapu air matanya. Dia mendongak melihat Tuah yang masih tersenyum kepadanya di sebelah.
Apa dia
Andainya kita tak ada jodoh, adakah awak akan benci saya nanti Arissa pandang tepat ke mata Tuah.
Apa awak merepek ni Tuah senyum kelat.
Saya serius. Arissa berkata tegas.
Tidak, awak tetap di hati saya dan saya tetap tunggu awak sampai berjanggut. Tuah ketawa mengekek, cuba buat lawak.
Awak..tolonglah serius. Saya bukan main-main. Saya tidak seperti dulu lagi. Saya tak boleh teruskan perhubungan ni.. Arissa menekup muka.
Tuah mula merasa pelik dengan sikap Arissa. Ingin saja dia peluk gadis itu tetapi cuba ditahan. Minggu depan Arissa akan sah menjadi miliknya.
Kenapa ni Awak jangan mainkan perasaan saya. Saya tak tahu apa yang awak maksudkan tadi tapi apa yang saya tahu, saya nak nikah dengan awak. Tuah pandang Arissa yang menekup muka dari tadi.
Tuah...awak betul-betul sayangkan saya Berkali-kali Arissa bertanya.
Tuah mengangguk.
Awak sanggup terima saya seadanyaTanya Arissa lagi. Wajah Tuah direnung lama.
Tuah mengangguk lagi.
Kenapa ni Tuah mula bertanya.
Saya hanya nakkan kepastian.Arissa mula bingkas bangun.
Ya! Awak cinta saya yang pertama dan tak akan pernah berubah cinta saya pada awak. Kalau pasal wali yang awak risaukan, awak jangan bimbang. Saya dah aturkan segalanya. Wali hakim juga sudah ada. Tuah turut bangun dan dia melemparkan senyuman pada Arissa. Dia tahu Arissa seorang yatim piatu, malah tiada saudara mara.
Saya harap awak ikhlas terima saya. Arissa mula mengukir senyum namun dalam hati dia begitu merasa bersalah pada Tuah.
Macam tulah..jom saya belanja makan. Tak baik menangis macam ni..bakal pengantin baru mana boleh muka sembab macam ni. Pujuk Tuah.
Mereka berdua mula meninggalkan tempat itu.
SETELAH menghantar Arissa ke muka pintu di tingkat lapan, Tuah menapak pula ke rumahnya yang terletak di tingkat sembilan. Tuah rebahkan tubuhnya di sofa. Dia mula memikirkan kata-kata Arissa tadi. Arissa seperti berubah sikap. Kata-kata Arissa seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Kenapa dia tiba-tiba cakap macam tu Tuah berkerut kening. Matanya menala ke siling.
Wajah manis Arissa tidak dapat dihilangkan dari ruang matanya. Wajah itulah yang selalu menjadi igauannya. Tidak sangka, Arissa akhirnya terima cintanya yang dipendam selama ini.
Tuah pandang pada skrin telefon bimbitnya yang ada nada dering sms masuk. Dia mula baca mesej yang diterima.
Arissa tidak layak untuk kau. Kau akan menyesal bila tahu perkara sebenar
Tuah berkerut kening. Dia lihat siapa pengirim mesej itu. Dia cuba menghubungi semula nombor yang tertera di situ. Tiada dalam perkhidmatan.
Siapa dia ni Kenapa nak ugut aku macam tu Tuah bingkas bangun.
Dia mundar mandir di ruang tamu rumah. Dia cuba menghubungi nombor itu sekali lagi. Masih tidak dapat dihubungi.
Ah, tak payah ambil tahu semua ni. Tuah mula menapak ke bilik.
Dia tidak perlu layan semua itu. Minggu depan dia akan bernikah dengan Arissa. Segalanya sudah diatur rapi. Arissa juga sudah bersedia menjadi isterinya.
HARI DEMI HARI berlalu. Tuah dan Arissa begitu sibuk menguruskan persediaan pernikahan mereka. Arissa hanya mampu tersenyum melihat Tuah yang begitu teruja dengan pernikahan itu. Jauh di sudut hatinya mengharapkan agar pernikahannya nanti menemui jalan bahagia. Dia tidak sanggup kehilangan Tuah yang begitu baik padanya. Payah untuk mencari lelaki yang jujur dan tidak pernah mengambil kesempatan ke atas perempuan.
Kenapa ni Cerialah sikit. Esok, kita dah nak nikah. Senyum sikit Tuah pujuk Arissa yang kelihatan sugul.
Arissa cuba mengukir senyum. Dia bimbang, malam pertama mereka nanti akan menjadi igauan ngeri baginya. Sudah tentu rahsianya akan terbongkar. Tidak tahu bagaimana dia harus menghadapi semua itu. Jika Tuah meninggalkannya, dia pasrah.
HARI yang ditunggu sudah tiba. Arissa termenung di bilik. Dia masih merasa tidak sedap hati. Ingin sahaja dia berterus terang dengan Tuah tetapi hatinya berkata jangan.
Arissa, kenapa ni Berpeluh semacam aku nampak Nelissa lap peluh di dahi Arissa yang cantik dengan baju kurung satin kelabu dan dihiasi lace di hujung lengan baju kurung.
Arissa hanya tunduk.
Arissa..kalau kau tak nak kat Tuah tu, kau masih ada masa lagi nak batalkan pernikahan ni. Aku rasa kau ni tergesa-gesa sangat la. Selama aku kenal kau, kau tak pernah ada boyfriend. Alih-alih, kau dan Tuah nak nikah. Kau yakin ke Arissa Nelissa sentuh bahu Arissa yang masih sugul.
Nely..aku..aku.. Air mata yang ditahan tadi tumpah juga ke pipi.
Kenapa Kalau kau rasa terpaksa, kau batalkan saja. Senang cerita. Aku tahu, dalam hati kau ada Adam kan Usik Nelissa.
Pantas Arissa mendongak. Wajah Nelissa yang sudah tersenyum di depannya ditatap seketika. Memang aku suka pada Adam tapi rasa itu sudah perlahan-lahan pergi. Ingin saja dia meluahkan pada Nelissa apa yang dirasa saat ini tetpai mulutnya bagai terkunci rapat menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.
Tuah jujur Nely. Aku terima dia kerana dia baik.. Itu saja yang mampu Arissa jawab.
Kalau itu keputusan kau, aku tak boleh buat apa. Dah, sapu banjir kat pipi kau tu. Hmm..cantik kau pakai tudung ni..macam ustazah.. Usik Nelissa lagi. Tudung warna firus itu memang sesuai dengan kulit putih kemerahan Arissa.
Arissa senyum kelat. Apa yang dikatakan oleh Nelissa tadi sedikit sebanyak menghiburkan hatinya yang gundah tadi.
Dah, kita kena ke masjid ni. Akad nikah kan di sana. Nelissa betulkan tudung dan solekan Arissa.
Mereka berdua mula menapak keluar dari bilik dan bersama kawan-kawan dari makmal yang sudah lama menunggu di ruang tamu, Arissa mula bertolak ke masjid berdekatan Villa Indah.
Arissa...tenang. Tegang sangat muka kau tu. Nelissa bisik ke telinga Arissa.
Mereka mula menaiki kereta menuju ke masjid yang terletak satu kilometer dari Villa Indah. Sebanyak tiga buah kereta dari pihak Arissa.
Tiba di perkarangan masjid, Arissa melihat sudah ramai tetamu dari pihak lelaki. Dia mula merasa serba salah. Dia perasan, ramai orang tua di sebelah keluarga Tuah. Matanya melilau mencari kelibat Tuah. Ternyata Tuah masih belum tiba. Dia melangkah perlahan ke ruang masjid dan bersalam dengan tetamu yang hadir. Para tetamu mula memenuhi masjid untuk upacara akad nikah. Imam dan wali hakim sudah pun bersedia di situ menunggu bakal pengantin tiba.
Semua sudah ada Imam masjid selaku tok kadi mula bertanya.
Err..pengantin lelaki belum sampai tok imam. Jawab salah seorang tetamu dari pihak lelaki.
Semua yang ada di situ mengangguk. Arissa pula tunduk. Nelissa setia menemaninya di sebelah.
Kalau macam tu, kita tunggu sekejap.. Imam masjid itu mengangguk tanda faham.
Terdengar soseh-soseh dari tetamu yang kedengaran bercakap sesuatu tentang kereta Tuah.
Maaf..apa yang berlaku sebenarnya Arissa beranikan diri bertanya kepada salah seorang tetamu dari pihak lelaki tadi.
Tadi..kami datang enam buah kereta. Kereta Tuah pulak kat belakang sekali. Mungkin dia sesat kut.. Jawab seorang lelaki yang agak berumur.
Sesat Takkanlah pakcik..dia tahu jalan ke masjid ni. Arissa berkerut kening. Dia mula tidak sedap hati.
Suasana semakin kecoh bila sudah hampir satu jam menunggu, Tuah masih tidak muncul-muncul.
SEMENTARA ITU, di sebatang jalan menuju ke masjid, Tuah terpaksa berhentikan keretanya di bahu jalan bila ada sebuah kereta menghimpit dan memotong keretanya tadi. Dari tadi keretanya seperti diekori. Dia segera keluar dari perut kereta. Kelihatan seorang lelaki berbadan sasa mendekatinya.
Kau Tuah
Tuah mengangguk. Berkerut dahi memandang lelaki itu yang bertanyakan namanya tadi.
Ini hadiah dari bos aku! Sampul surat berwarna coklat dihulur kepada Tuah.
Apa ni Siapa bos kau Tuah semakin bingung.
Kau akan tahu nanti.
Tuah hanya memandang lelaki itu menaiki kereta semula dan meninggalkan kawasan itu.
Sampul coklat di tangannya ditatap lagi. Perlahan dia buka sampul itu. Satu persatu foto yang ada dalam sampul surat itu ditatap penuh keliru.
Astaghfirullah.. Tuah beristighfar berkali-kali. Tidak percaya apa yang dilihat tadi. Dia tersandar di tepi kereta.
Arissa..kenapa kau buat aku macam ni Tuah meraup muka. Saat ini terkenang kembali kata-kata Arissa yang pernah mempunyai sejarah hitam.
Lama Tuah terduduk di tepi kereta dengan baju melayu satin kelabu. Air matanya tumpah perlahan. Dia keliru dan bingung.
Arissa!! Tuah meraung sekuat hati.
Dia terus memecut keretanya tanpa arah tuju. Rasa kecewanya sungguh tidak dapat ditahan lagi.
ARISSA masih gelisah di masjid. Tetamu lain juga turut merasa gelisah.
Razif, mana adik kamu ni Mak Andak pandang Razif yang turut mundar mandir di situ.
Entahla mak.. Razif juga turut bingung dengan tindakan Tuah yang tidak hadir di situ.
Hish! Budak ni bertuah betullah! Mak Andak mula mendekati Arissa yang masih tunduk dari tadi.
Arissa..sabar ya..kita tunggu sekejap. Mungkin Tuah ada masalah. Razif, cuba kamu call Tuah. Mak Andak menghampiri pula Razif.
Arissa hanya melihat mak Tuah dan lelaki itu sedang serius berbincang di situ. Jelas dia melihat lelaki itu menunjukkan skrin telefon kepada Mak Andak. Sesekali dia melihat riak mak Tuah yang sudah berubah. Ada rona merah di wajah orang tua itu. Dalam hatinya mula merasa tidak sedap hati seolah sesuatu yang buruk akan berlaku nanti.
Arissa...makcik minta maaf. Ni.. Mak Andak hulur telefon bimbit kepunyaan Razif kepada Arissa.
Arissa membaca mesej yang dihantar oleh Tuah kepada Razif.
Batalkan majlis nikah. Saya nak bersendiri buat sementara
Air matanya mula menitis perlahan. Firasatnya, Tuah tentu sudah tahu tentang kejadian pahit malam itu. Mungkin Adam sudah memberitahu Tuah tentang itu atau foto dikirim kepada Tuah.Mungkin!
Majlis terpaksa dibatalkan. Tetamu pula mula beransur pulang. Arissa masih menangis di bahu Nelissa yang terpinga-pinga dengan apa yang telah berlaku.
ARISSA menangis semahunya di dalam bilik. Dia sudah dapat mengagak perkara itu akan diketahui juga oleh Tuah nanti. Dia bingkas bangun. Baju kurung yang dipakainya diganti dengan blaus dan seluar jeans. Tudung ditanggalkan dan dimasukkan ke dalam kotak.
Dia mula mengemas baju dan pakaiannya yang lain masuk ke dalam beg. Dia perlu mencari ketenangan. Dia perlu bersendiri ketika ini. Sisa air mata disapu perlahan. Telefon bimbitnya berdering. Dia hanya membiarkan saja telefonnya melalak sehingga putus talian.
Arissa kemudian baring semula di atas katil. Sarat benaknya memikirkan segala yang berlaku. Sungguh dia merasa malu bila diperlakukan begitu. Jelas di wajah orang tua Tuah tadi ada riak curiga. Seolah apa yang terjadi itu adalah berpunca darinya dan dia tidak nafikan semua itu. Adam, lelaki itulah yang telah merosakkan segalanya.
Adam, aku tak akan maafkan kau. Arissa menekup muka ke lutut yang diangkat dan dipeluk kedua lengannya. Dia menangis teresak-esak.