Demi Ajai - 19

bab 19

AJAI tidak sabar lagi untuk beraksi. Dia sedang berada di zon pecutan PMR. Bebarapa bulan sahaja lagi dia akan menjadi satu-satunya calon Orang Asli pertama yang akan menduduki PMR di pusat peperiksaan SMK Lembah Pantai. Sejarah terlakar. Jika dia berjaya, pihak sekolah akan menjulangnya.

Dialah yang pertama dan pemula. Dia akan membuktikan bahawa teori kebanyakan eksperimentalis tidak tepat. Dia sebagai bahan eksperimen. Dia akan pastikan eksperimen pertama tidak semestinya gagal!

Matahari sudah naik tepat di kepala. Pepohon ghairah merebut cahaya yang mencerlang dari atas. Rerumputan turut sama memeriahkan persaingan. Tengah hari begini manusia akan lari, mahkluk lain pula tercaricari.

Seperti Rabu sebelumnya, selepas waktu rehat merupakan giliran Cikgu Maznah menjadi tetamu di kelas itu. Seisi kelas akan berpurapura tekun, menegakkan tulang belakang yang

selalunya tunduk. Paling sukar, menyengkang mata yang senantiasa digoda angin kantuk.

Pada tanggapan mereka, mata pelajaran Sejarah amat membosankan. Mempelajari sesuatu yang silam serupa mengajak kembali ke zaman kelam.

Tidak bagi Ajai. Sejarah mengajarnya bangkit dan jaga. Membangun bersama jiwa lantaran pengalaman yang tua adalah bekalan paling enak bagi mendepani cabaran mendatang. Disebabkan itulah dia paling cergas sedang pelajar lain culas meladeni fakta-fakta yang kompleks dan berlingkar.

Baik, semua dah faham Cikgu Maznah menggugah sekalian di depannya.

Faham, cikgu, murid-murid menjawab serentak. Tetapi sedikit meleret. Mungkin sudah tidak termakan bengis cikgu perempuan itu.

Lemau saja semua. Kenapa ni Nak saya tanya soalankah

Masing-masing berubah giat. Menyelaknyelak buku teks sambil tangan setiap seorang setia bersama pena.

Cikgu, boleh saya tanya Ajai bangkit. Pelajar lain sudah bermuka-muka. Begitu juga seteru utamanya, Kameena. Mereka bosan dengan lagak Ajai yang perasan cerdik.

Boleh, tanyalah.

Mengapa Dato Onn Jaafar tidak dijulang Sedangkan beliaulah antara yang lantang membangkitkan semangat nasionalisme sewaktu penubuhan Malayan Union, soal Ajai. Cikgu Maznah mengangguk. Ajai kembali melabuhkan punggung. Puas meluahkan isi hati.

Bukan tidak dijulang. Malah dia seorang negarawan. Cumanya, segelintir masyarakat kita yang buta sejarah telah menggelapkan jasa dan perjuangannya, jawab guru itu. Cikgu Maznah kagum dengan Ajai. Selalu sahaja akan timbul suara berontaknya.

Jadi, mengapa dia tidak diberi gelaran yang ada bapa Bapa kemerdekaan jatuh ke tangan Tunku Abdul Rahman. Apa sahaja jasa Perdana Menteri pertama itu Ajai makin menggila. Pertanyaannya tidak terjangkau dek akal pelajar lain.

Ajai, bukankah Tunku Abdul Rahman yang berusaha mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah Itu sudah pun tercatat dalam buku, jelas Cikgu Maznah lagi.

Mendapatkan kemerdekaan dengan memperjuangkan kemerdekaan, berbeza cikgu. UMNO sendiri ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar. Malah dia akhirnya dipinggirkan selepas itu. Hanya kerana ideologinya tidak diterima

Pelajar lain memandang Ajai tanpa berkedip. Kali ini mereka betul-betul cergas.

Termasuk Kameena. Gana juga takjub melihat keghairahan sahabat lamanya itu.

Cikgu Maznah termenung sejeda. Barangkali berusaha menyusun kata-kata supaya soalan Ajai mati setakat itu.

Benar. Dia dipinggirkan kerana cadangannya tidak selaras prinsip UMNO. Meski pun dia berjuang dalam parti yang baharu, tidak ramai yang mahu menyokongnya. Ini bermakna, cadangan itu memang tidak sesuai untuk masyarakat ketika itu. Memang patutlah dia dipinggirkan. Dalam erti kata lain, dia gagal memenangi hati rakyat.

Walaupun apa yang diperjuangkan itu benar dan bermanfaat untuk masa hadapan Pejuang selalunya akan terpinggir, nada suara Ajai semakin melembut. Entah apa pula yang difikirnya kali ini.

Hati Kameena terjentik. Dia nampak semangat Ajai hari ini tidak seperti kebiasaannya.

Ada sesuatu yang dibawa bersama dalam sesi kali ini. Semangat apa pula Dia mahu berjuangkah Untuk apa

Sudahlah, Ajai. Tak ada dalam sukatan pelajaran pun persoalan kau tu. Baca yang ada dalam buku teks sudahlah. Tak perlu peningpeningkan kepala lagi, suara seorang pelajar bernama Farid jelas didengari. Langsung melata mengisi ruang kelas.

Pelajar lain mengangguk. Bersetuju dengan pendapat Farid. Tetapi, Kameena tidak. Dia suka suasana kolokium seperti itu kerana dia pelajar pintar.

Baiklah semua. Jangan lupa tekankan bab Malayan Union. Tajuk ini gemar ditanya oleh penggubal soalan. Bacalah. Setiap tahun akan keluar soalan ni. Kalau tak keluar, pasti masuk.

Satu kelas riuh menampung gelak tawa pelajar-pelajar yang menggeladak. Cikgu Maznah menamatkan sesi pembelajaran dengan jenakanya.

Ajai tidak menyertai mereka. Dia masih melangut memikirkan nasib kaumnya di kampung. Apakah mereka sedar berjuang itu sukar Mampukah untuk dia berjuang hanya kerana satu patah kata Kata yang sudah lama diterima orang, masakan akan lenyap Ajai memejamkan matanya rapat-rapat. Bersatu bersama roh yang membawanya ke fantasi inderaloka.

MEMO di atas meja ditekuni. Cikgu Isa menongkat dagu sambil mengangini angin yang melayah di hadapan mukanya. Penat seluruh badan dilepaskan dengan hembusan bertubitubi.

Cikgu Isa, sila uruskan pengenalan Ajai segera.

Lembaga Peperiksaan akan mengarahkan setiap pengetua sekolah mendaftarkan pelajar. Selesaikan segera sebelum September. Pengetua.

Cikgu Isa merenung kalendar yang tergantung di belakangnya. Sudah di pertengahan bulan Julai. Ada lebih kurang sebulan lebih sahaja lagi. Urusan pengenalan Ajai perlu disiapkan secepat mungkin. Selagi nafasnya tidak terhenti, selagi nadi masih berfungsi, tidak boleh tidak tanggungjawabnya itu perlu dibereskan. Tetapi, bagaimana

Puas dia bergelintar mencari. Di pejabat JHEOA tiada data mengenainya. Di Kampung Kelipuk juga tiada siapa yang tahu asal-usul Ajai. Di mana dia mahu mencari lagi. Di Jabatan Pendaftaran Negara Usah bermimpi!

Pantas hatinya mensyairkan munajat kepada Ilahi. Hanya doa sahajalah yang setia bersamanya. Setiap hari dia akan terus berdoa, berdoa dan berdoa. Dia yakin suatu hari nanti akan terlerai juga kebuntuan ini. Setidak-tidaknya, jika masih tidak selesai, pihak Lembaga Peperiksaan akan bermurah hati untuk membantu. Adakah seyogia pelajar yang ingin menduduki peperiksaan dihalang atas alasan birokrasi Sudah tentu tidak, fikirnya. Tetapi atas pinta Cikgu Omar selaku pengetua sekolah, dia cekalkan jua.

Cikgu Isa terus berdoa lagi. Dia yakin akan termakbul. Tambahan pula inilah masanya

dia mengungkit kebaikannya yang lalu. Sejak dia ditimpa penyakit kronik itu, dia sering beribadah. Setiap malam dia memperhambakan diri ketika manusia lain sedang lazat bermimpi yang indah-indah. Moga segala amalan itu layak ditebus dengan satu permintaan yang mustahil.

Cikgu Isa teringat pertemuannya dengan Pak Teh dan Mak Teh minggu lalu. Sudah lama rupanya mereka merahsiakan hajat mereka. Cikgu Isa serba-salah. Dia sendiri memang tidak tahu siapa sebenarnya bapa Ajai. Bagaimana pula dia dapat menceritakan kepada bekas jirannya itu

Macam mana boleh jadi sampai macam tu

Entah. Yang saya tahu, kelahiran Ajai memang tidak didaftarkan. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli pun tidak menyimpan rekod

peribadinya.

Datuknya yang menjaga Si Ajai tu berbelas-belas tahun takkan tak ambil tahu

Datuknya tu pawang, Mak Teh. Mana dia nak hairan soal pengenalan Ajai. Lagi pun, Orang Asli kebiasaannya begitu. Ada pula jenis ibu bapa sendiri tidak daftarkan perkahwinan mereka. Itu lagilah besar masalahnya.

Cikgu Isa mengenang kembali tempoh tiga tahun dia menyekolahkan Ajai dengan bantuan guru-guru lain. Untuk peperiksaan besar seperti

PMR, dia tidak akan sesekali melibatkan guru lain. Dia tahu prosesnya agak sukar. Dia perlu merujuk Majlis Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri dan mesti mendapat sokongan daripada itu, daripada ini. Terlalu rumit.

Pokok pangkalnya, bukan masalah pendidikan Ajai sahaja yang menjadi keutamaannya. Asal usul remaja itu juga perlu diselidiki. Supaya tidak berlanjutan masalahnya sampai ke tua. Ajai pasti mahu melanjutkan pelajaran. Kemudian tentu akan melangkahi alam pekerjaan suatu masa nanti. Kesemua itu perlukan kad pengenalan. Masakan dia hanya bergantung kepada bantuan sematamata sehingga akhir hayatnya. Lagi pula, tidak masuk akal jika dia tinggal di Malaysia tanpa kad pengenalan. Pasti dia akan membesar dalam ketakutan. Itu yang sebenarnya dikhuatiri Cikgu Isa.

Dia yakin, jika keadaan terlalu mendesak, Lembaga Peperiksaan tetap akan membantunya. Tetapi jika berterusan begini, bagaimana pula dengan peperiksaan SPM Ajai nanti. Penyakitnya makin ligat. Dia khuatir tiada guru lain yang rela untuk membantu Ajai saat dia sudah pergi nanti.

Loceng tamat persekolahan berbunyi. Lamunan Cikgu Isa terhenti begitu sahaja. Lantas dia mengemas buku-buku yang berselerakan di atas mejanya. Mujur semua sudah bertanda. Pulang nanti boleh dia berehat secukupnya.

DI kantin, Ajai masih menunggu kelibat Cikgu Isa untuk pulang bersama. Tangannya berisi buku latihan. Buku yang kecil, mudah dibawa ke mana-mana, fikirnya.

Menjelang PMR, dia sentiasa berkepit dengan buku-buku. Baginya, masa yang ada perlu dimanfaatkan pada saat-saat akhir ini. Tidak kiralah di mana, hatta di katil pun perlu berbantalkan buku.

Terik petang itu mengontangkan tekaknya. Dia kurang selesa. Beberapa kali dia mendeham.

Tiba-tiba bunyi deham lagi halus terdengar. Telinganya menangkap dengan jelas.

Ajai, tak balik lagi

Alangkah terperanjatnya dia melihat Kameena berdiri di sisinya. Merah padam wajah gadis kota itu.

Tengah tunggu Cikgu Isa. Kau

Kameena tidak terus menjawab. Dia melabuhkan punggung di sebelah duduk Ajai. Aku tunggu pemandu aku, balas Kameena perlahan.

Ajai hairan. Apa pula yang merasuk Kameena sampaikan dia sesopan itu Tetapi, ego Ajai membatasi segalanya. Dia tidak peduli. Kesumatnya masih terkesan.

Kau masih marah aku lagi Kameena

bersuara. Dia nampak Ajai kurang selesa dengan kedatangannya.

Ajai menghantar pandangan ke pondok jaga. Mengerling ke serata. Dari pagar, ke taman kemudian entah ke mana-mana lagi. Dirasakan soalan Kameena tadi tidak utama untuk dibalas.

Ada riak kecewa terpancar di wajah Kameena. Penuh rasa bersalah.

Ajai, hebat kau tadi waktu kelas Sejarah. Kau memang budak bijak. Bukan semua orang mampu berfikir sejauh itu, ujar Kameena. Dia masih tidak berputus asa untuk berbaik dengan Ajai.

Ajai menoleh ke arah Kameena. Berasa hina jika dia pula yang terlampau merajuk. Kau lagi bijak daripada aku. Kau anak orang kaya. Semua kau ada.

Kameena terkedu. Ajai menyindirnya dalam-dalam. Namun dia pasrah. Dia mahu bersahabat dengan Ajai. Dia sedar akan kesilapannya dahulu.

Kini masa yang sesuai untuk dia berubah. Pak Cik Lazim mahu dia jadi gadis sopan. Bapanya juga tidak suka perangainya yang suka menghina tidak tentu arah. Dia masih ingat lagi saat perjalanan pulang dari restoran tempoh hari.

Kameena. Kenapa kamu cakap budak tu

selekeh Kamu tahu papa berasal dari mana Papa juga budak kampung dulu. Kiranya papa selekehlah

Orang tak cakap pun papa selekeh. Orang cakap Ajai. Ajai budak kampung tu.

Pak cik berasal dari kampung juga. Kameena tak patut hina orang macam pak cik dan papa. Tengok papa Kameena. Berjaya juga sekarang ni. Budak kampung yang Kameena anggap selekeh itulah yang bagi Kameena makan, pakai, duit dan segala macam lagi.

Dengar tu, Pak Cik Lazim cakap apa. Kamu dah tahu nak periksa, mana boleh ejekejek orang lagi. Bukan saja dapat dosa, hidup derita tak bahagia dekat dunia ni.

Baik, papa. Nanti orang minta maaf.

Kameena, Si Ajai tu bin apa Pon! Pon!

Kameena, tu Cikgu Isa dah datang tu. Aku balik dulu, ya.

Ajai meninggalkan kesan di kerusi kantin itu. Dibiarkan Kameena asyik termenung dari tadi.

Eh, Ajai!

Terlepas. Kameena menyeranah diri sendiri. Soalan Pak Cik Lazim tergantung begitu sahaja. Bila agaknya dia dapat bertanya lagi. Ajai pula tampak bersungguh membencinya.

Kameena menampar-nampar pipi gebunya.

Buku latihan siapa pula ni

Kameena menjamah kulit depan buku tersebut. Dilihatnya pada ruangan nama. Ajai!

Keraguan bertalu-talu singgah di benaknya. Mengapa tidak ditulis nama bapanya Kameena mencerna ingatan. Ya, di sekolah guru-guru hanya memanggilnya Ajai tanpa menyebut nama penuh. Kameena ragu-ragu. Tidak mungkin namanya seringkas itu Seketul tanpa berbinkan apa-apa Atau barangkali dia....