KAK MINAH, bagaimana dengan keadaan mak Teruk sangatkah Macam mana mak boleh jatuh pengsan, sampai macam tu sekali
soal Elly kepada Minah Jebo, sebaik sahaja tiba di lobi hospital. Elly menerima panggilan kecemasan dari mak ngahnya, sebaik sahaja tiba dari Genting Highlands, yang mengatakan bahawa ibunya, telah jatuh pengsan di rumahnya dan diusung ke hospital. Dia segera berangkat pulang ke kampung halamannya, tanpa meninggalkan sebarang pesan kerana terlalu bimbang dengan keadaan ibunya yang dikatakan agak kritikal. Setibanya di hospital, dia terus mendapatkan Minah Jebo untuk penjelasan lanjut. Walaupun mak ngahnya turut berada di situ, tetapi Elly lebih senang berbicara dan bertanyakan khabar mengenai ibunya itu dari Minah Jebo.
Selama ini, Minah Jebolah yang banyak membantu menengoknengokkan keadaan ibunya dan dia jugalah yang paling banyak mengambil berat soal kesihatan Mak Cik Markonah. Resam dunia, terkadang jiran dan sahabat handai lebih mengambil berat berbanding dengan sanak saudara sendiri. Malahan, Minah Jebolah yang mula-mula sekali terjumpa sekujur tubuh Mak Cik Markonah, terlentang di biliknya masih memakai telekung. Barangkali dia jatuh pengsan ketika mahu atau sudah pun menunaikan solat. Dan kebetulan pula, Minah Jebo datang bertandang untuk menghantarkan kuih kesukaan ibu tua itu. Dengan segera, dia memaklumi orang-orang tertentu di kampungnya untuk sama-sama menghantarkan Mak Cik Markonah ke hospital, bagi mendapatkan rawatan segera.
Bertenang, Elly. Kita semua masih menunggu keputusan dari doktor. Mak Elly masih berada di dalam unit kecemasan, untuk diperiksa. Jangan bimbang. Insya-Allah, mak Elly tak apa-apa,
beritahu Minah Jebo.
Kalau dia tak apa-apa, macam mana dia boleh pengsan Ya Allah, apa sebenarnya yang dah berlaku pada mak ni Serius sangatkah penyakitnya itu,
rintih Elly pula.
Sabar. Apa-apa pun, kita kena tunggu keputusan dari doktor dahulu. Harap-harap, mak cik tak apaapalah,
ujar Minah Jebo cuba menenangkan Elly. Tidak lama selepas itu, doktor pun muncul. Barangkali membawa kemungkinan akan keputusan analisis yang telah dilakukannya ke atas Mak Cik Markonah. Kesemua kaum kerabat dan tetangga sekampung Mak Cik Markonah, menunggu dengan penuh debar akan perkhabaran mengenai status penyakitnya, yang bakal disampaikan oleh doktor muda bernama Doktor Haris itu.
Doktor, bagaimana dengan keadaan ibu saya Apa sebenarnya penyakit ibu saya itu, doktor
desak Elly kerana terlalu buru-buru untuk mengetahui situasi sebenar penyakit ibunya. Warga kampung dan sanak-saudara yang turut berada di situ juga, bersilih-ganti menerjah soalan yang gagal ditangani serentak oleh Doktor Haris.
Bawa bertenang, semua. Kita tak perlu kecohkecoh di sini. Saya cuma perlukan waris terdekat Puan Markonah untuk ikut saya ke bilik dan diberi penerangan, sekarang,
tegas Doktor Haris pula.
Saya anaknya, doktor
beritahu Elly dengan segera. Doktor Haris mengarahkan Elly menurutinya ke biliknya. Pada mulanya, Elly bertekad untuk sendirian sahaja ke bilik tersebut. Namun, tiba-tiba sahaja dia berasa tidak cukup kuat untuk mendengar keadaan sebenar penyakit ibunya. Bagaimana jika doktor memberi perkhabaran duka nanti Rasanya, dia masih belum bersedia untuk menghadapi semua itu. Elly sendiri tidak mengerti mengapa hatinya berkatakata bahawa ada sesuatu penyakit yang serius sedang menggangu kesihatan ibunya.
Kak Minah, boleh tak temankan Elly ke bilik doktor Elly takutlah. Risaupun ada,
rayu Elly pada Minah Jebo setelah Doktor Haris berlalu dari situ. Minah Jebo yang memahami apa yang dirasai Elly ketika itu, menuruti sahaja permintaannya tanpa banyak bersoal jawab lagi. Dia tahu, saat itu Elly memerlukan teman untuk menghadapi segala-galanya. Minah Jebo juga pernah mengalami pengalaman yang serupa, di saat pemergian ibunya suatu ketika dahulu. Jadi, rasa-rasanya tiada insan lain yang lebih mengerti perasaan Elly, selain darinya.
Apa sebenarnya penyakit ibu saya, doktor
soal Elly tanpa membuang masa, sebaik sahaja melabuhkan punggungnya bersama Minah Jebo, di bilik Doktor Haris.
Maafkan saya, Cik Elly. Setelah menjalankan CT Scan terhadap Puan Markonah, kami telah berjaya mengesan tumor di dalam hatinya dan kami dapati ianya telah berada pada stage 4, iaitu tahap yang agak merbahaya,
ujar Doktor Haris membuka bicara. Kata-kata Doktor Haris itu, sudah tentunya mengundang keresahan dan kesedihan di hati Elly. Dia tidak menyangka, bahawa selama ini ibunya menderitai penyakit yang sedemikian.
Astaghfirullahalazim! Bagaimana dengan harapan ibu saya, doktor Bolehkah dia diselamatkan
Saya tidak boleh menjanjikan apa-apa lagi sekarang. Kami perlu melakukan beberapa ujian lagi terhadap Puan Markonah, termasuk ujian biopsy untuk menentukan jenis tumor yang terdapat dalam hatinya. Dan juga, kami perlu mengetahui saiz sebenar tumor tersebut. Apa yang boleh saya katakan sekarang, peluangnya agak sukar. Jangka masanya juga, semakin suntuk,
sambung Doktor Haris lagi.
Maksud doktor, ibu saya akan mati
tanya Elly, dan air matanya sudah mengalir deras, membasahi pipinya. Minah Jebo yang berada di sampingnya, turut terdiam dengan penjelasan Doktor Haris itu. Dia tidak menyangka, ketidakstabilan kesihatan yang dialami oleh Mak Cik Markonah sejak akhir-akhir ini, menjurus kepada penyakit yang lebih kronik. Minah Jebo hanya mampu mengurut belakang Elly untuk menenangkannya.
Berapa lama lagi masa yang ada untuk ibu saya itu, doktor Tolonglah lakukan sesuatu untuk menyelamatkannya. Saya tak sanggup kehilangannya, doktor. Dialah satu-satunya yang saya ada di dunia ini,
rayu Elly.
Segala rawatan khusus, harus dilakukan dengan segera dalam tempoh kurang dari setahun bagi menyelamatkannya atau sekurang-kurangnya, memberi sedikit masa lagi, sebelum kaedah-kaedah lain dikenalpasti. Apa yang membimbangkan saya sekarang, jika tumornya berada berhampiran dengan salur utama pembuluh darah, yang masuk ke hati. Jika tumor merebak ke bahagian itu, lalu menutupinya maka akan mengakibatkan complete blockage. Bila ini terjadi, dia hanya mampu bertahan tidak sampai sebulan, sebelum menjurus kepada koma ataupun kematian,
jelas doktor itu lagi. Sekali lagi, Elly terperanjat dengan penjelasan doktor tersebut. Seolah-olahnya, masa semakin suntuk untuk memberi peluang kepada ibunya meneruskan kehidupan. Kalau boleh, dia tidak mahu itu terjadi. Dia mahu ibunya terus hidup untuk bersama-sama dengannya. Dia tidak rela kehilangan ibunya secepat itu.
Doktor, tolonglah saya. Apa yang boleh saya lakukan, bagi menyelamatkan ibu saya
Biarlah saya berterus-terang saja, Cik Elly. Kaedah rawatan konvensional sebenarnya, tidak mampu membunuh tumor dalam hati, sepenuhnya. Kecuali dengan kaedah pembedahan iaitu menggantikan organ hati dengan organ yang bersesuaian. Itupun tidak menjamin bahawa tumor itu, tidak akan kembali menyerang. Sekali lagi, kita tetap perlu mendapatkan penderma yang bersesuaian dengan pesakit,
jelas Doktor Haris lagi.
Doktor, ambil saja hati saya ini. Saya rela dermakannya demi keselamatan ibu saya,
pinta Elly pula.
Faktor keturunan dan darah daging tidak menjamin kesesuaian organ hati yang dimiliki oleh Cik Elly. Lagi pun, terlalu banyak prosedur yang perlu kita patuhi. Tambahan pula, kosnya terlalu tinggi.
Kali ini, Elly pula yang terdiam, membisu. Terasa hilang ikhtiarnya untuk menyelamatkan ibu kesayangannya itu. Apalah dayanya, dalam situasi yang sedemikian terlalu tipis usahanya. Soal kos rawatan, turut menjadi masalah besar untuknya.
Apa alternatif lain yang kita ada untuk menyelamatkan Mak Cik Markonah, tuan doktor
tibatiba terpacul soalan dari Minah Jebo yang hanya mendiamkan diri, sejak tadi. Urusan pejabat di Tajul Holdings pada waktu pagi, agak sibuk. Rata-rata kakitangannya menyiapkan kerja masing-masing dengan tekun dan rajin sekali. Mereka mendapat suntikan semangat baru untuk memulakan pekerjaan, setelah puas berehat dan berlibur semasa program Hari Keluarga syarikat di Genting Highlands, tempoh hari. Boleh dikatakan, kebanyakan dari mereka amat berpuas hati dengan kekesanan program percutian kali ini.
Tiada insiden yang tidak diingini terjadi, seperti tahun-tahun yang lepas. Apa yang menghairankan, kali ini, perempuan yang digelar wanita kerek sepanjang zaman, Che Ros, tidak banyak menggugat kelancaran perjalanan program Hari Keluarga tersebut. Tidak dinafikan, ada juga satu dua hal yang ditimbulkannya, namun tidak seteruk tahun-tahun yang lalu, sehingga ada yang hampir mencetuskan pergaduhan. Mungkin, Che Ros sudah mulai sedar yang dirinya tidak disukai oleh teman-temannya, ataupun barangkali kerana Tuan Fahreen telah memberikan amaran kepada Che Ros untuk tidak menimbulkan apa-apa kekecohan. Oleh kerana terlalu sibuk dengan aktiviti yang tersusun padat, tiada seorang pun dari mereka yang menyedari akan kehilangan Alyssa, yang pulang lebih awal dan juga kelibat Tuan Fahreen yang tiba-tiba lenyap dari pusat peranginan tersebut. Kecuali Che Ros, yang lain lebih gemar menyibukkan diri mereka dengan program yang amat meriah itu.
Tiada seorang pun mempedulikan Che Ros, apabila dia bertanya mengenai kehilangan kedua insan tersebut dari mata ramai. Tuan Fahreen pula, hanya sempat meninggalkan pesanan melalui sms yang menyatakan bahawa dia harus pulang ke Kuala Lumpur dengan segera, atas urusan peribadi. Hari itu, di pejabat, kekecohan Che Ros bermula kembali. Jika pekerja yang lain sibuk dengan tugas masing-masing, Che Ros pula, seperti biasa, sibuk mencari kesalahan orang lain. Mula-mula, dia bikin gamat di bahagian Elly bertugas. Dia bisingbising kerana Elly tidak hadir bertugas, pada hari itu tanpa menyelidiki sebab-musababnya. Namun, mulutnya terkunci dan malu seketika, apabila Arul memaklumkan bahawa Elly terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana ibunya sakit tenat di kampung. Bahagian Sumber Manusia juga, sudah dimaklumkan mengenai perkara tersebut.
Kecoh betul radio karat tu. Maklumlah, dah lama tak berbunyi, hari ini dia nak test power baliklah tu,
sungut Arul, apabila Che Ros berlalu meninggalkan ruangannya.
Ayam, kalau dah biasa makan taik tak ingin makan dedaknya, Arul,
sampuk Atikah, dalam bidalan yang amat tajam sekali buat Che Ros.
Serentak dengan itu, kesemua kakitangan di bahagian Elly bertugas itu ketawa terbahak-bahak hingga kedengaran pada Che Ros, walaupun sudah agak jauh. Che Ros berasa geram kerana mereka menyindirnya, akibat dari kesilapan bengapnya.
Ooohhhh....kamu semua perli aku, ya Tunggulah, suatu hari nanti, aku pasti akan kenakan kamu semua,
desis hatinya. Che Ros masih mundar-mandir di pejabat itu, masih mencari kalau-kalau ada orang yang dapat ditempelaknya kerana melakukan kesilapan walaupun sebesar hama. Padahal, di atas mejanya sendiri telah terlonggok pelbagai kerja yang perlu diuruskannya segera. Namun, dia rela menangguhkannya sematamata kerana nafsunya untuk menyibukkan hal orang. Matanya masih melilau mencari, siapakah bakal mangsa teguran seterusnya. Dia terpandangkan Kak Arfah yang sedang mundar-mandir di bahagian akaun. Tampak agak sibuk dan langkahnya agak kucar-kacir. Terdetik di hati Che Ros, untuk mencakar kekalutan Kak Arfah dengan lidah bisanya. Apa lagi apabila Che Ros melihat ketiadaan Alyssa, di tempatnya. Dia mula mereka-reka alasan yang tidak munasabah, mengenai ketidak hadiran Alyssa di pejabat hari itu. Kak Arfah yang menyedari kehadiran wanita gedik itu, hanya sempat mengerling dan merasakan penyibuk seperti Che Ros itu tidak perlu diendahkan.
Kesiannya, saya tengok Kak Arfah ni. Tertunggang-tunggek, tunggang-terbalik sendiri. Hai, inilah namanya, kalau dah tua-tua tapi terpaksa duduk bawah telunjuk orang-orang muda,
sindir Che Ros, bertujuan untuk menghangatkan hati Kak Arfah. Kak Arfah yang menyedari sejak awal lagi, akan tujuan Che Ros bertandang ke jabatannya itu, sematamata untuk mencari propa, hanya menjeling kelat. Tidak kuasa dilayannya, perempuan yang berperangai kebudak-budakan itu. Che Ros berasa tidak puas hati apabila kata-katanya tidak diendahkan sama sekali. Apa lagi oleh orang bawahan seperti Kak Arfah. Che Ros sememangnya sentiasa ingin dihormati dan dikagumi oleh rakan-rakan sekerjanya.
Kak Arfah, ke manakah perginya eksekutif muda kesayangan akak tu Tentu dia keluar jalan-jalan dan memonteng, tetapi dia meninggalkan workload dia yang berlambak-lambak tu pada Kak Arfah, kan Hai kesian, dah tua-tua begini pun masih jadi balaci jugak,
perli Che Ros lagi.
Che Ros, kita semua yang bekerja di pejabat ini sama saja tarafnya, balaci kepada majikan kita. Apa yang dia arahkan, kita semua kena ikut. Tetapi, jikalau balaci-balaci ini semua tak ikut arahan majikan, itu lagi teruk. Kita boleh digelar sebagai balaci yang makan gaji buta. Tak baik makan gaji buta tau, haram,
giliran Kak Arfah pula untuk memulangkan paku buah keras kepada Che Ros.
Hai, Kak Arfah ni macam perli saya saja,
sungut Che Ros yang tiba-tiba masam mencuka.
Kak Arfah tak perli Che Ros, tapi cuma menegur. Sama ada duduk di atas atau di bawah, kita tetap punyai tanggung jawab sendiri. Jika tidak, tak perlulah kita makan gaji di syarikat ni.
Muka Che Ros bertambah kelat. Kalau tak diingatkan mereka berada di tempat mencari rezeki mahu ditamparnya mulut Kak Arfah itu.
Kau tunggulah bila aku dah kahwin dengan Tuan Fahreen nanti, Kak Arfah!
bisik hati kecilnya penuh dendam.
Apa lagi yang kita nak, Che Ros Syarikat dah berikan segala-galanya untuk kita, seperti kenaikan gaji, insentif, elaun, claim, bonus dan company trip. Jadi sebagai pekerja, kita kenalah laksanakan tanggungjawab kita dengan penuh dedikasi lagi. Kalau kita asyik sibuk pasal hal orang lain saja, bila kerja kita nak siap. Akak takut nanti, Tuan Fahreen pula yang naik angin dengan kamu, Che Ros,
sambung Kak Arfah lagi. Pada mulanya, Che Ros memang berniat untuk membakar perasaan wanita separuh umur itu, tetapi akhirnya, dia sendiri yang jadi abu. Namun, dia masih tidak berpuas hati. Terlanjur menyiram minyak petrol, biar sampai hangus jadi debu.
Kak Arfah, kerja memang tetap kena kerja. Saya ada cara yang tersendiri dalam menyelesaikan kerjakerja saya, sebab saya memang professional. Tetapi, ada rakan sekerja Kak Arfah yang tidak professional, jauh lagi dari berdisiplin. Saya nak tanya dengan Kak Arfah, ke mana perginya Alyssa Dia ghaib sejak di Genting lagi. Saya jadi hairan pula, sebab tiada siapa yang nak ambil peduli dengan kehilangannya itu. Dugaan saya benar belaka, apabila dia tak muncul juga di pejabat hari ini,
soal Che Ros, yang tiba-tiba membangkitkan soal kehilangan Alyssa.
Kamu ingat, akak ni penjaga rasmi Si Alyssakah Bukankah kamu yang lebih tahu pasal semua orang dalam pejabat ni Lagi pun, tentulah dia ada urusan peribadi yang harus diselesaikan dengan segera. Manalah tahu, ada apa-apa emergency. Sebab itulah, dia pulang dengan tergesa-gesa dari Genting tempoh hari,
terang Kak Arfah yang lebih berbaik sangka dari Che Ros.
Ala Kak Arfah, orang semuda Alyssa itu, tidak akan ada masalah lain selain dari duit dan kekasih. Entah-entah, dia ada buat sesuatu dengan kekasihnya, sebab itu dia terburu-buru pulang. Ha, mungkin dia dah pregnant, barangkali, who knows
teka fikiran sempit Che Ros, sambil menghinggutkan bahunya. Kak Arfah hanya mampu mengeleng-gelengkan kepalanya, sebagai membantah tekaan jahat Che Ros itu.
Jangan bercakap ikut sesedap mulut sahaja Che Ros, fitnah namanya. Orang yang membuat fitnah sesama manusia ini, dimurkai Allah. Cukup-cukuplah, orang-orang di sini membenci kamu, Che Ros. Jangan sampai Tuhan pun murka dengan kamu. Tak berkat hidup!
Kata-kata wanita yang berpengalaman seperti Kak Arfah itu bisanya menusuk sehingga ke jantung. Terasa pedih seperti dipanah petir Che Ros ketika itu. Dia berasa tidak betah lagi menunggu di situ. Semakin lama dia di situ, semakin banyak pula leteran pedih keluar dari mulut Kak Arfah. Walaupun kata-kata Kak Arfah itu, bertepatan dengan dirinya, namun Che Ros tetap tidak dapat menerima kekalahannya, apa lagi apabila kena bertelingkah dengan Kak Arfah.
Hai Che Ros, mencuka saja muka tu. Sampai tak nampak saya di sini,
sapa Kamal yang sudah sedia duduk menunggu di sofa berhadapan dengan bilik Tuan Fahreen. Che Ros yang masih lagi marah dengan kata-kata tajam Kak Arfah tadi, kelihatan agak terpaku dengan kehadiran Kamal. Baru dia teringat bahawa, peguam itu telah membuat temujanji untuk bertemu dengan Tuan Fahreen jam sepuluh setengah pagi itu. Namun begitu, dia terlupa mahu memaklumkan temujanji tersebut kepada Tuan Fahreen tadi. Akibatnya, Tuan Fahreen telah terlebih dahulu keluar tanpa menyedari bahawa sahabatnya itu bakal menemuinya. Kebetulan pula, Kamal juga tidak menghubungi Tuan Fahreen langsung berkenaan hal tersebut kerana dia tidak mahu mencampurkan urusan peribadi dan kerja. Sebagai seorang peguam dan sahabat, dia perlu professional.
Maafkan I Encik Kamal kerana membuatkan you menunggu. I tak perasankan you tadi. Sebenarnya, I busy sikit pagi ni,
ungkap Che Ros yang cuba berdolakdalik sambil memikirkan alasan-alasan yang sesuai untuk diberikan kepada Kamal, di atas kecuaiannya kali ini.
Tak apalah Che Ros, I pun belum lama lagi di sini. Tak sampai lima minit pun. So, shall I meet Tuan Fahreen, now
Soalan itulah yang masih belum punya jawapan lagi. Che Ros buntu bagaimana dia harus memaklumkan kepada Kamal, bahawa dia terlupa untuk mengingatkan Tuan Fahreen mengenai temujanji tersebut. Padahal, dia sendiri tahu betapa pentingnya pertemuan itu. Sudah berkali-kali juga, setiausaha Kamal menghubunginya bagi mengingatkannya.
Mmmmpphh...begini Encik Kamal. Actually, Tuan Fahreen baru saja keluar, ada hal,
beritahu Che Ros tetapi tangannya masih menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
Keluar Bukankah meeting kami hari ini, sudah confirmed By the way, my secretary, Suzana pun dah call you semalam, kan Awak ada beritahu pada Tuan Fahreen ke tidak
bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Kamal yang tidak percaya bahawa Che Ros boleh cuai, kali ini.
Begini sajalah Encik Kamal, apa kata kalau you balik dulu and I akan adjustkan pertemuan ini pada waktu lain. I promise,
ujar Che Ros memberi usul bodoh. Masakan temujanji itu mahu ditunda, sematamata kerana kesilapan mudah itu. Adakah Che Ros lupa bahawa Kamal merupakan seorang peguam yang sentiasa sibuk dengan tugasan hariannya. Jika tidak ke mahkamah, dia harus menyelesaikan kes-kes lain yang bertimbun-timbun di meja pejabatnya. Semua itu menuntut percaturan waktu yang teratur darinya. Dia sudah berada di pejabat Tuan Fahreen, mustahil untuknya berpatah kembali kerana dia sendiri sudah punya temujanji lain yang sentiasa memenuhi diarinya.
Maaf Che Ros, saya tak boleh bertoleransi pada hari ini. Banyak hal lagi yang perlu saya uruskan selepas ini. Lagi pun, perkara ini penting dan perlukan persetujuan segera dari Tuan Fahreen. Saya nak minta tolong pada Che Ros, wherever your bos is, please ask him to come back to the office. Ill be waiting for him here. Now!
arah Kamal. Selama berurusan dan mengenali Kamal, Che Ros tidak pernah melihatnya sebegitu tegas. Ini memaksa Che Ros menuruti sahaja kehendak Kamal itu, tanpa banyak dalih lagi. Lagi pun, memang salah Che Ros, maka dia yang harus memperbetulkannya semula. Mahu atau tidak, dia harus menghubungi Tuan Fahreen dan memintanya kembali segera ke pejabat. Dia tidak mungkin menunda atau mengalihkan masa temujanji ke suatu waktu yang lain.
Bagaimana kamu boleh secuai, ini Che Ros Masakan temujanji yang peting sebegini, kamu boleh lupa. Nasib baik saya belum tiba lagi ke pejabat Datuk Tahar tadi. Nasib baik jugalah, saya tidak membuat sebarang temujanji dengannya hari ini. Just as a walk-in appointment. Kalau tidak, apa pula alasan yang perlu saya berikan kepada dia, disebabkan oleh kecuaian kamu itu,
bentak Tuan Fahreen yang terkejar-kejar untuk kembali semula ke pejabat.
Maafkan saya tuan, saya benar-benar terlupa. Saya tak sengaja tuan. Saya cuba untuk minta Encik Kamal supaya mengubah temujanji ini ke waktu yang lain, tetapi dia tak setuju. Terpaksalah juga, saya minta tuan pulang ke pejabat kerana dia tetap mahu bertemu tuan, sekarang juga. Katanya, dia tak ada masa,
jawab Che Ros sambil menundukkan wajahnya yang sedang merah padam itu ke lantai.
Kamu ingat, semua orang punya banyak masa terluang seperti kamu Inilah padahnya, jika terlalu sibuk menjaga tepi kain orang sampai kerja sendiri pun kamu terlupa,
bentak Tuan Fahreen lagi. Merah padam muka Che Ros menahan malu kerana dimarahi oleh bos kesayangannya itu.
Sudahlah tu, Fahreen. Nak marah sangat pun, tak guna. Biasalah manusia, kadangkala membuat kesilapan, tak kira bagaimana perfectnya dia. Yang penting, kita berdua dah sama-sama ada di sini untuk menyelesaikan documentation yang engkau arahkan tempoh hari,
ujar Kamal, sebaik sahaja memasuki bilik Tuan Fahreen dan menyaksikan Che Ros keluar dengan perasaan kecewa dan sebal apabila dimarahi oleh majikannya. Teguran sahabat baiknya itu, sedikit sebanyak meredakan kemarahan Tuan Fahreen terhadap setiausahanya itu. Secara peribadinya juga, Tuan Fahreen adalah jenis orang yang tidak akan menyimpan lama kemarahannya. Benar juga kata Kamal, tiada manusia yang terlepas dari kesilapannya. Dan kesalahan Che Ros itu adalah suatu kesilapan yang agak mudah untuk diberi kemaafan.
Ini dia, segala dokumentasi berkenaan penyerahan kuasa Wadi Afzan kepada yang berhak. Ianya tertulis segala harta yang bakal menjadi milik Puan Nurul Alyssa binti Sulaiman Bakhtiar alias Pak Cik Yuyu. Semuanya sudah lengkap, tunggu tandatangan penyerahan kuasa dari engkau sahaja, Fahreen,
terang Kamal menghulurkan fail yang mengandungi hal-hal berkenaan pertukaran hakmilik salah satu anak syarikat Tajul Holdings itu. Tuan Fahreen segera meneliti dokumen yang disediakan oleh Kamal itu. Rasanya, semuanya lengkap dan jelas. Selama ini pun, Tuan Fahreen tidak pernah meragui urusan-urusan syarikatnya yang dilaksanakan oleh Kamal. Ayat perundangannya ringkas dan mudah difahami. Setelah berpuas hati, dia segera menurunkan tandatangannya ke tempat yang sudah bertanda. Kamal yang dari tadi, hanya memerhatikan sahaja perlakuan Tuan Fahreen itu, lantas mencelah,
Are you sure about this, Fahreen Engkau benar-benar sudah bersediakah untuk menyerahkan Wadi Afzan dan segala urusannya kepada Alyssa Jangan paksa diri untuk lakukan perkara ini dengan terburu-buru. Aku bimbang, kalau-kalau Alyssa memfailkan penceraian terhadap engkau, apabila dia sudah memiliki segala harta yang bakal diserahkan kepadanya nanti.
Tuan Fahreen mengerti akan kegelisahan yang dirasai sahabat baiknya itu. Dia tahu, Kamal masih ragu-ragu dengan keupayaan Alyssa mengurusi harta miliknya. Namun, yang berhak tetap harus diberikan haknya.
Wadi Afzan dan segala harta yang terkandung di bawahnya, adalah milik mutlak Alyssa, Kamal. Selama ini pun, aku hanya sebagai pemegang amanah sahaja. Sekali pun, dia memfailkan tuntutan cerai dari aku selepas ini, segala-galanya itu tetap miliknya dan dia berhak melakukan apa sahaja yang difikirkan baik untuk dirinya,
jelas Tuan Fahreen, sugul.
Fahreen, Fahreen. Aku rasa engkau ini lebih bimbang akan kehilangan Alyssa daripada hartaharta di bawah Wadi Afzan, kan Mata engkau tu, menceritakan segala-galanya. Wanita seperti Alyssa itu, ibarat obor-obor yang lembut, tetapi amat licik untuk dimiliki,
kata Kamal dengan perasaan kecewa.
Dia telah memintas bayang-bayangku, telah mengikat hatiku, telah meyentuh igauku dan telah memenjarakan perasaanku. Aku rasa, segala kehidupanku ini terikat erat kepadanya. Aku yang menjadi bayang-bayangnya sekarang. Dia telah melukiskan suatu panorama yang indah sekali, untuk kukenangi sepanjang hayatku. Ya Allah, betapa siksanya cinta ini kepadaku, Kamal. Dia ada, milik aku tetapi aku tidak mampu memilikinya. Pelikkan, rahsia cinta ni
keluh Tuan Fahreen. Kamal hanya tersenyum mendengar bidalan yang terkeluar dari mulut Tuan Fahreen. Ungkapan dari seorang yang sedang dilamun cinta, lebih hebat dari kata-kata puitis seorang sang pujangga. Kamal gembira kerana akhirnya, sahabatnya itu bertemu gadis yang dicintainya tetapi dia khuatir Tuan Fahreen bakal menderita kerana cintanya. Melihatkan tingkah laku Alyssa, Kamal tidak yakin bahawa wanita itu akan membalas cinta Tuan Fahreen. Kamal tahu segala jalan cerita hubungan aneh itu dan dia tahu agak mustahil untuk Alyssa menerima kehadiran Tuan Fahreen dalam hidupnya.