Suasana parti. Renee masuk dengan memakai gaun seksi.
GALLIMARD: 1963. Parti di Kedutaan Austria. Meriah betul parti tu. Semua orang akan bercakap pasal parti tu walaupun kami sampai sekarang pun tak boleh nak ingat nama Duta Austria tu. (kepada renee) Cuma satu saja jawapan saya pada amerika, Diem kena pergi. Sebab apa, Amerika nak orang vietnamhormatkan diaorang tapi tengoklah siapa yang diaorang lantik jadi presiden Orang yang kakak iparnya jauh lebih glamor kerana kempenkempen moral dia yang melampau tu. Saya bagitahu awak ya.. perempuan-perempuan timur ni, kalau diaorang baik, memang melampaulah baiknya. Tapi kalau dapat yang tak baik tu, mulalah salahkan itu ini. Penganut agama kristian lah, itulah, inilah.
RENEE: Oh ya
GALLIMARD: Dan awak
RENEE: Saya belajar lagi. Ayah saya bisnes ekspot barang-barang ke negara-negara miskin. Barang-barang murahan yang tak berguna pun.
GALLIMARD: Tak berguna macamana tu
RENEE: Pistol mainan, gula, hula hoop..
GALLIMARD: Adalah jugak yang berguna, gula..
RENEE: Saya belajar bahasa Cina kat sini. Dua tahun.
GALLIMARD: Dua tahun!
RENEE: Semua orang akan cakap benda yang sama.
GALLIMARD: Dah berapa lama awak di sini
RENEE: Baru tiga minggu.
GALLIMARD: Dan
RENEE: Dan saya rasa saya suka jugak tempat ni walaupun diaorang ni masih agak kolot lagi. Lagipun apa pilihan yang saya ada. Kalau nak pandai bahasa cina, sinilah tempatnya, ye tak
GALLIMARD: Kenapa bahasa Cina
RENEE: Entah. Saya rasa macam penting je untuk satu hari nanti.
GALLIMARD: Ya
RENEE: Saya rasa lah, tapi tak taulah satu hari tu bila.
GALLIMARD: Saya setuju sebenarnya dengan pendapat awak tu. Bagus, awakada pandangan yang sangat jauh.
RENEE: Ya Tapi ayah saya rasa lain. Dia kata saya ni dah gila.
GALLIMARD: Satu hari nanti dia akan menyesal dan berterima kasih pada awak pulak.
RENEE: Maksud awak, bila orang-orang cina ni mula berminat nak beli hula hoop dia tu ke
GALLIMARD: Ya. Rakyat China ni ramai tau. Berbiliun.
RENEE: Kalaulah diaorang ni cukup kuasa nak menakluk dunia.. tapi waktu saya pun harus bersyukur jugak sebab saya pandai bahasa diaorang, kan
GALLIMARD: Tapi buat masa sekarang ni,saya tak nampaklah itu akan berlaku pun..
RENEE: Awak tau tak apa yang saya yang tak suka dengan negara ni
GALLIMARD: Maafkan saya. Apa awak cakap tadi
RENEE: Bukan. Kat sini malamnya sunyi sangat. Tak ada benda langsung yang boleh dibuat.
GALLIMARD: Pergi parti lah. Macam sekarang ni. Di sini. Macam apa yang orang-orang lain buat.
RENEE: Ya,tapi parti jam 10 dah habis dah. Lepas tu
GALLIMARD: Nak buat macamana.. melainkan kalau
awak nak pergi ke parti orang-orang Cina lah.. lantai tanah dengan muzik seruling.
RENEE: Awak dah beristeri
GALLIMARD: Dah. Kenapa
RENEE: Saja tanya.. saya macam bosan je..
GALLIMARD: Saya faham maksud awak tu..
RENEE: Okei. Saya tunggu awak di luar. Maaf, saya tak tau pun nama awak..
GALLIMARD: Gallimard. Panggil saya Rene.
RENEE: Eh, kebetulan. Nama saya pun Renee. (renee keluar)
GALLIMARD: (kepada audiens) Itulah pertama kalinya aku rasa aku betul-betul curang. Renee tu perempuan yang sangat sangat sempurna, macam model-
model yang kita tengok dalam majalah tu. Punyalah sempurna sampai kalau aku tutup mata aku ni, aku takkan dapat bezakan yang mana satu betul, yang mana satu imaginasi aku tentang model-model tu. Tapi yang penting, dia tak takut untuk berbogel dengan aku. Walaupun dia tu kadang-kadang agak melampau juga tak malunya sampai kadang-kadang aku rasa macam dia tu lelaki pulak.. (lagu chuck berry berkumandang dan renee masuk sambil
mengelap rambutnya yang basah) RENEE: burung kau tu okei jugak.
GALLIMARD: Apa dia
RENEE: Burung kau tu. Okei.
GALLIMARD: Oh, terima kasih. Aku..
RENEE: Apa Tak pernah ada orang puji kau ke
GALLIMARD: Bukan, bukan.. kau macam yakin sangat bunyinya..
RENEE: Aku faham. Tak semua perempuan akan cakap terus terang macam aku ni kan
GALLIMARD: Ya.. dan cara kau panggil burung tu
RENEE: Aku tau. Tak semua perempuan panggil benda tu burung, kan
GALLIMARD: Ya.. bunyinya macam..
RENEE: Macam kecik Aku tau..
GALLIMARD: Bukan. Aku nak sebut perkataan muda tadi..
RENEE: Betullah tu. Kecik, muda, samalah maksudnya tu. aku tau lelaki memang sensitive dengan benda ni. Macam kekasih aku kat Denmark tu. selalu sangat kitaorang bergaduh semata-mata sebab perkataan burung tu.
GALLIMARD: Kalau aku, aku selesa dengan zakar je.
RENEE: Ya. Tapi saintifik sangatlah bunyinya. ada jugak yang panggil anu tapi anu tu macam kita tengah bercakap pasal orang je.
GALLIMARD: Betul jugak tu. masalah jugak rupanya benda ni..
RENEE: Tak adalah masalah sangat. Aku suka panggil burung sebab ..entah.. burung kan.. bila kita dapat tangkap burung, kita sebenarnya tak tau nak buat apa dengan burung tu..
GALLIMARD: Ya ke Aku rasa kau okei je..
RENEE: Terima kasih. Tapi maksud aku tadi tu.. apa sebenarnya fungsi burung tu sebenarnya Pernah tak kau betul-betul tengok dan fikirkannya
GALLIMARD: Entahlah. Tak lah kut. Bila satu-satu benda tu dah jadi sebahagian dari kita, kita tak fikir sangat pun tentang dia..
RENEE: Betullah tu.. tapi kau perasan tak.. benda ni cuma seketul daging yang tergantung je.. tapi banyak betul kesannya pada manusia. Aku rasa, perang berlaku dalam dunia ni sebab semua orang pakai baju. Bila kita pakai baju, tak ada siapalah yang tau siapa punya burung yang besar, siapa punya burung yang kecik. Jadi kalau aku lelaki yang berburung kecik, dah tentulah aku akan bina bangunan yang paling tinggi atau aku akan beli tanah yang paling besar atau aku akan tulis buku yang paling panjang untuk tutup kekurangan aku tu, kan Tapi masalahnya, benda tu tak efektif pun. Maksud aku, tak kiralah kau menakluk dunia pun.. selagi kau berbaju, selagi tu lah kau tak tau siapa yang betulbetul hero sebenarnya. Dan itulah kita sekarang ni. Dunia kita ni dikuasai oleh lelaki-lelaki yang berburung kecik sebenarnya. (Renee keluar)
GALLIMARD: (kepada audiens) Aku tak boleh terima apa yang dia cakap tu. (bunyi loceng yang sangat nyaring berkumandang. Song dalam pakaian Butterfly muncul dipentas. Dia berada dalam keadaan muram. Badannya terhuyung-hayang ketika dia sedang cuba menyusun bunga di dalam pasu) tapi hubungan sulit aku dengan dia tu berterusan agak lama jugak. Berbulan. Dan aku rasa sebab utamanya adalah Butterfly. Dia tau aku ada hubungan luar. Tapi dia tak macam perempuan-perempuan barat yang akan buat bising dan merajuk dan buat benda yang bukan-bukan. Aku teringat kata-kata Madame Butterfly:
SONG: Noi siamo gente avvezze/ alle piccolo cose/ umili e silenziose.
GALLIMARD: Aku ini cuma rakyat/ yang tau sedikitsedikit sahaja/ rendah diri dan pendiam. Aku menonton pinkerton dan butterfly dan apa yang keluar dari mulut butterfly kalau dia dapat tau pinkerton curang.. takkan ada apa-apa. Apa yang dia buat hanyalah menangis sendiri-sendiri. Itulah yang membuatkan aku teruja sangat untuk terus curang tu..
TOULON: (dari luar pentas) gallimard! (Toulon masuk. Gallimard berpaling ke arah Toulon. Untuk babak yang seterusnya, Song terus menari dengan bunga, tarian yang agak ganas di mana dia menghancurkan kelopak-kelopak bunga tersebut.) Diaorang akan bunuh dia.
GALLIMARD: Siapa
TOULON: Kau tak kesah ke aku datang lewat malam macam ni
GALLIMARD: Eh, tak.. tak apa..
TOULON: Ha.. tunggu sampai kau dengar rahsia yang aku nak cerita pada kau ni. Nak minum champagne
GALLIMARD: Emm.. terima kasih.
TOULON: Janganlah terkejut Gallimard. Ini ada kena mengena dengan benda yang kau nak sangat.. tapi bukan naik pangkat ya.. itu lain hari punya cerita. Ini hal dunia kita ni. Kau mungkin tak perasan sangat benda ni tapi ada gossip di kalangan perisikperisik kita gossip yang diaorang dengar dari orang amerika sendiri..
GALLIMARD: Apa dia tu
TOULON: Amerika akan bagi kebenaran pada pegawai tentera Vietnam untuk isytiharkan darurat .. dan lepas tu akan bunuh Presiden Diem. (loceng yang nyaring tadi berkumandang lagi. Toulon berdiri kaku diposisinya. Gallimard memandang ke arah butterfly yang sedang menari sambil memtik bunga dari pasu. Gallimard kembali berpaling ke arah Toulon)
GALLIMARD: Saya rasa.. itulah yang sepatutnya! (Toulon kembali bergerak)
TOULON: Memang itu yang kau percaya dari dulu lagi. Jom minum!
GALLIMARD: MUngkin akan jadi benar tak lama lagi.
TOULON: Mungkin juga tidak. untuk gallimard! Semoga apa yang diperkatakannya akan benar belaka! (mereka minum. Loceng nyaring berkumandang lagi. Toulon pegun. Gallimard memandang kea rah butterfly. Butterfly memetik sekuntum lagi bunga)
GALLIMARD: Moga-moga
TOULON: Ya.moga-moga ianya benar. Pada firasat aku, pegawai tentera tu pasti akan mengharamkan komunis. Kalau itu terjadi, kau akan jadi hero. Tapi kalau berlaku sebaliknya, habislah kau. Tapi aku rasa tak mungkin lah akan terjadi macam tu. tapi kadang-kadang aku rasa lebih elok kalau diaorang tak dengar apa yang cakap tu.
GALLIMARD: Tapi itu pendapat tuan..
TOULON: Ya. Pendapat peribadi aku.
GALLIMARD: Jadi maksudnya, kita seiya sekata lah dalam hal ni.
TOULON: Tapi bukan pendapat aku yang ditulis dalam kertas tu. pendapat kau. (Toulon berpaling dari gallimard dan minum. Dalam masa yang sama Song mengambil pasu dan menghempasnya ke lantai. Song terduduk dan menyanyi kecil seperti kanakkanak menyanyi lagu rakyat)
SONG: (ulang jika perlu) dalam dunia ini, kelasi mengembara kemudian melabuhkan sauh dimana saja dia suka. Hidup ini tidak bermakna selagi dia tak bertemu dengan gadis paling cantik di setiap daerah (gallimard berpaling kea rah audiens. Song terus menyanyi)
GALLIMARD: Marah betul aku dengan orang tua tu. penakut! Dia yang buat keputusan lepas tu diletakkannya akibat keputusan dia tu atas bahu aku!
Dalam kekusutan aku tu, aku pergi ke rumah renee. Tapi bukan itu yang aku perlukan buat masa ni. Gadis bodoh yang mempersoalkan fungsi burung dalam masyarakat moden dia tu. apa yang aku perlukan sekarang ni adalah satu tempat untuk aku lepaskan kemarahan aku. Tempat aku lepaskan segala yang terpendam dalam hati aku ni. Tempat aku lepaskan dendam kesumat aku. Aku perlukan Butterfly. Selepas berminggu aku tak jumpa dia.. (Gallimard masuk ke rumah song) SONG: Rene! Katalah semua ini mimpi!
GALLIMARD: Kau mabuk
SONG: Aku tak boleh tidur, jadi saya minumlah..tapi tak lah banyak.. kalau tak nanti saya akan mimpi yang bukan-bukan. Rene, lamanya awak tak datang tengok saya.. dekat 3 minggu.
GALLIMARD: Tau. banyak sangat perkara yang berlaku dalam dunia ni.
SONG: Nasib baik saya mabuk sekarang. Jadi saya boleh cakap apa saja yang saya suka. Ini bukan masalah dunia, rene. Ini masalah kita berdua. Masalah biasa untuk orang yang dah bosan bercinta. Orang yang dah bosan menyentuh kulit yang sama untuk beberapa lama. Tapi saya tak tau macamana nak buat. Saya tak tau macamana nak jadi yang lain dari ini. Jadi yang baru..
GALLIMARD: Aku ada permintaan.
SONG: Awak dah fikir masak-masak Awak dah tak suka dengan isi apartment ni kan
GALLIMARD: Dah cukup lama aku memikirkannya. Tapi aku tau kau takkan suka dengan apa yang aku mintak ni.
SONG: Tak jadi hal pun. Penting ke dengan apa yang saya suka Awak ingat saya suka tidur di sini berseorangan, menunggu dan menunggu bila awak akan datang Tolonglah. Janganlah jadikan itu satu yang merisaukan awak.
GALLIMARD: Aku nak tengok kau.. bogel. (Senyap)
SONG: Bukan ke kita dah bincang hal ni Dan awak kata awak faham dan terima malu saya tu. jadi sekarang awak nak saya buat apa Tanggalkan baju saya satu persatu macam perempuan koboi tu pakai baju dalam yang bercahaya Atau awak nak saya angkat kimono saya ni dan menjerit yahoo awak Ni langsung tak menjaga maruah saya.
GALLIMARD: Bukan ke kau dah gadaikan maruah kau untuk aku dulu
SONG: Ya. Dan sekarang awak gunakan benda tu balik untuk hentam saya. Saya tak percaya benda ni berlaku pada saya sekarang. Selama ni saya ingatkan saya ni mangsa pada kepercayaan kolot saya pada orangorang saya yang lembik dan orang-orang awak yang saya rasa jauh lebih hebat. Tapi sekarang, ternyata saya salah. Kita semua, tak kisah apa pun bangsa kita sama saja.
GALLIMARD: Aku cuma..
SONG: Apa
GALLIMARD: Aku cuma nak satu-satunya halangan dalam hubungan kita ni terlerai.
SONG: Cukuplah rene. Janganlah nak berselindung di balik kata-kata awak yang manis tu. tolonglah untuk sekali ni, jadi diri awak sendiri dan mengaku hakikat yang saya ni sangat cintakan awak dan sanggup buat apa saja untuk awak, walaupun untuk perkara yang paling teruk sekalipun. (senyap) jadi tunggu apa lagi Tanggalkanlah baju saya ni. Apa pun yang jadi selepas ni, itu adalah untuk permintaan awak. Masa depan hubungan kita ni semuanya dalam tangan awak. Saya berserah saja. (Gallimard mula bergerak mengadap audiens)
GALLIMARD: (kepada audiens) Aku tak buat pun apa yang aku kata. Untuk apa Untuk aku jumpa ben-
da yang sepatutnya aku jumpa Benda yang akan menjahanamkan kebahagiaan aku selama ni Kebahagiaan yang susah untuk aku dapat selama aku hidup ni.
Pada saat itu, aku hanya terbayangkan macamana Pinkerton menjahanamkan kebahagiaan Butterfly. Aku rasa hina yang amat sangat sampai terduduk aku dibuatnya. Dan di saat aku merangkak ke kaki dia, imej pinkerton hilang dari kepala aku tiba-tiba. Berganti dengan satu imej yang sangat biasa tapi jarang sekali dipraktikkan oleh manusia dalam dunia ni. Perkara yang sangat dekat dengan cinta. (Gallimard memeluk pinggang butterfly dan mengusap rambutnya) butterfly, maafkan saya.
SONG: Rene
GALLIMARD: Maafkan saya, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Untuk semua perbuatan saya.
SONG: Saya..
GALLIMARD: Saya nak..
SONG: Saya mengandung, Rene. Saya mengandung. Saya mengandung.
GALLIMARD: Saya nak kahwin dengan awak!