Suhani : Hafiz, esok standby untuk forum okay. Esok akan ada tiga slot untuk persembahan kelas kita. Tayangan video, forum dan sembang santai. So well prepared okay.
Aku : Eh, cakap tak jadi. Aku tak prepare apa-apalah. Zul yang cakap dengan aku hari tu, cakap tak jadi.
Suhani : Jadilah. Ada perubahan. Apa-apa, check facebook okay.
Facebook lagi. Dah dekat setahun aku takde Facebook. Takkan diorang tak tahu-tahu lagi. Adoi, ketenangan dan kebahagiaan aku tadi dah diragut oleh berita ni. Nasib baik Suhani beritahu. Kalau tak, memang esok aku datang buat bodoh jela sebab aku tak tahu apa-apa. Untuk forum esok, Suhani jadi moderator. Aku rasa dia pun kalut tu. Aku sebenarnya tak kisah kalau kena berforum. Cuma aku tak suka kalau kena buat kerja last minute. Yela, nak berforum ni bukan main cakap je. Cakap-cakap kita semua kena berfakta. Bukan auta. Aku pun tak study apa lagi. Maklumat pun kena cari sikit. Tak boleh guna maklumat sedia ada. Macam mana nak ada percambahan ilmu. Betul tak kawan-kawan
Balik tu, terus aku on laptop. Cari maklumat. Print slideshow. Buat flash card untuk forum esok. CapitalM mesej pun aku tak layan. Aku harap dia sabar tunggu aku. Jangan merajuk sudah. Tapi dia bukan jenis yang kuat merajuk. Aku je selalu yang merajuk dengan dia. Aku anak bongsu. Dia anak sulung. Jadi dia pandai memujuk. Sebab adik-adik dia pun macam aku. Selalu merajuk. Tepat pukul 12.00 malam, baru aku mandi. Lepas solat Isyak, capai Al-Quran. Baca dua hingga tiga page, aku tutup. Barulah aku mesej dia CapitalM. Dia faham. Aku dah cakap. Dia memang cool. Thanks sayang.
Persembahan tu mula pukul 10.30 pagi. Patutnya pagi tu ada kelas. tapi disebabkan lecturer kami Missing In Action, jadi kami preparelah apa-apa yang patut. Put yang incharged video tengah buat last touch up. Sebenarnya video tu dia dah upload dekat facebook. Tapi aku mana ada facebook. Jadi aku decide nak tengok video tu bila ditayangkan masa persembahan nanti. Aku dengan geng-geng forum pulak standby untuk forum nanti. Bermoderasi tentang isi-sisi yang akan diutarakan dan set masa untuk forum nanti. Kalau lama sangat, mesti penonton bosan nanti.
Tiket aku pukul 4.00 petang. Kelas habis pukul 1.30. Sempatlah aku nak gerak ke TBS nanti. CapitalM ada cakap nak hantar aku TBS. Aku cakap tak payah sebab aku boleh balik sendiri. Lagipun aku lelaki. Jarang orang perempuan hantar orang lelaki. Kalau lelaki hantar perempuan tu selalulah jugak. Nanti dia nak balik dari TBS ke kolej sorang-sorang. Memanglah aku tak izinkan. Bahaya okay. Aku risau. Dah la TBS tu jauh dengat kolej aku. Macam-macam dah aku fikir dalam kepala aku. Bukan aku fikir negatif, tapi mencegah tu lebih baik daripada merawat. Kan
Pagi tu sempat aku jumpa dia kejap. Lepas hujan. Tanah basah, lecak. Sejuk. Aku suka suasana macam ni. Hujan di pagi hari. Sejuk. Melegakan sedikit tekanan.
CapitalM : Nak jumpa tak Awakkan nak balik hari ni.
Aku : Hm boleh jugak. Awak dekat mana ni Takde kelas k
CapitalM : Sy dekat library ni. Takde kelas. Patutnya tadi ada kelas tapi pensyarah cancel. Saya pulak dah sampai sini. Nak balik bilik, hari hujankan.
Aku : Hm okay. Tunggu dekat pondok depan library. Fiz otw ke sana ni.
CapitalM : Okay =)
Lepas baca mesej tu, aku terus ke library. Depan tu memang ada pondok. Ala-ala gazebo. Untuk student duduk-duduk. Aku sampai sana, dia belum muncul. Amboi, takkan dia pulak nak suprisekan aku.
Aku mesej dia yang aku dah ada dekat sini. Tak sampai seminit, dia muncul. Bersama beg plastik berwarna merah. Aku tak pasti apa isinya. Biarlah.
Fiz nak balik petang ni. Jangan rindu-rindu okay Aku
Tak rindu pun. Jangan perasan okay. Hm, dengan siapa gerak ke TBS petang ni CapitalM
Takpelah kalau tak rindu. Selalu macam tu, tak nak mengaku. Gerak sorang je. Ala, dah biasa ke TBS. Memang selalu naik bas dekat sana Aku
Orang nak teman tak bagi. Dah tu habis kelas pukul berapa Tiket pukul berapa Nak gerak ke sana pukul berapa CapitalM
Bukan tak bagi. Tapi bahayalah. Nanti Fiz risau. Habis kelas pukul 1.30. Tiket pukul 4.00 petang. Gerak ke sana dalam pukul 2.30 petanglah kot Aku
Apa yang bahayanya Saya dah biasa sorang-soranglah. Hm amik ni, ada sikit buah tangan dari Melaka. Sorrylah kalau awak tak suka. Saya tak pernah belikan lelaki barang-barang. Ni first time saya belikan barang untuk lelaki CapitalM
Eh apa ni Susah-susah je. Fiz tak mintak apa-apa pun. Fiz tak kisah pun lah awak. Orang dah bagi. Takkan Fiz nak complain lebih pulak. Tu tak bersyukur namanya Aku
Dahla orang tu salah eja nama. Sedih betul. Masa tu nak cepat. Dalam kereta baru tahu salah. Takpelah. Kalau awak tak suka, awak buang je. Saya tak kisah pun CapitalM
Apa awak cakap ni. Tak baik cakap macam tu. Fiz tak cakap apa-apa pun. Awak nak bagi tak ni Aku
Hm sorry. Awak amiklah. Bukak dekat bilik nanti tau CapitalM
Awak, Fiz pergi kelas dululah. Nanti orang nampak, orang cakap apa pulak. Lagipun Fiz ada forum lepas ni. So kena standby sikitlah dengan kawan-kawan Aku
Okay, good luck CapitalM
Thanks eh untuk hadiah ni. Take care. Nanti Fiz mesej okay Aku
Aku balik kelas. Dia masuk Library. Nak study sikit katanya. Yela, final is just around the corner. Jadi, baguslah dia study. Jadi, forum tu berlangsung dengan jayanya. Tapi pada aku, banyak lagi kekurangannya sebab apa yang aku harapkan ialah forum dua hala. Maksudnya akan ada respond dari penonton. Tapi pada pandangan aku, ramai yang jadi pendengar pasif. Mungkin faktor cuaca sejuk, ditambah lagi masing-masing baru lepas brunch. Jadi ramai yang mamai dalam dunia sendiri. Video yang Put buat pun not bad. Good job dude. Sembang santai pun best. Ramai yang bagi respond. Mungkin sebab masing-masing kena attack dengan moderator untuk jawab soalan. Jadi masing-masing tak tenanglah kot.
Habis kelas, aku terus balik bilik. Barang satu apa pun aku tak kemas.
Aku nak ke Bukit Jalil ni. Kau nak gerak pukul berapa Nanti aku hantarlah kau ke LRT Qiu
Tak tahu lagi. Nanti aku inform kau Aku
Qiu nak keluar. Alang-alang dia boleh hantar aku. Tapi masalahnya CapitalM merajuk dengan aku. Dia ingat aku tak sudi kalau dia hantar aku ke TBS.
Aku : Bukan macam tu. Tadikan Fiz dah cakap. Fiz risaukan awak. Nanti lepas Fiz naik bas, awak nak balik dengan siapa Takkan sorang- sorang Bahayalah sayang.
CapitalM : Dah la hari ni awak balik kampung. Lepas ni jauh. Kalau tak nak takpelah. Orang dah offer ni. Nanti jangan rindu-rindu pulak.
Aku serba salah. Betul jugak apa yang dia cakap. Lepas ni kami dah jauh. Padahal boleh je mesej. Tapi manalah nak sama mesej dengan jumpa. Aku balik kampung seminggu kot. Lama tu. Takut nanti rindu-rinduan pula. Tapi aku tetap risaulah. Nanti dia nak balik macam mana Tak bahaya ke Kalau jadi apa-apa, macam mana Aku buntu. Masa terus berjalan ni. Aku mesej CapitalM
Aku : Hm okay-okaylah. Jom hantar Fiz. Nanti rindu-rinduankan Haa
CapitalM : Eleh perasan. Tau pun takut.
Aku : Awak tunggu dekat KL Sentral. Kejap lagi Fiz pun nak gerak ni.
CapitalM : Baik.
Aku : Hati-hati
CapitalM : Jangan risau sangatlah
Siap kemas barang, solat Zuhur, aku gerak ke Kerinchi. Jumpa Qiu, aku cakap dengan dia yang aku kena gerak awal sikit. So thankslah sebab nak hantar okay. Memandangkan CapitalM naik tren dari Stesen U, terpaksalah aku naik dari Kerinchi. Dan aku rasa dia dah gerak dulu ni. Aku pun gerak ke Kerinchi. Suasana kolej tenang je. Yela, study week. Suasana memang macam ni. Walaupun kami tak dibenarkan balik, tapi ramai daripada kami yang balik.
Aku mesej CapitalM,
Aku : Awak dah sampai mana
CapitalM : Dah sampai Stesen U. Awak
Aku : Saya baru sampai Kerinchi.
Tren sampai. Aku naik. Dua coach. Orang taklah ramai sangat. Tapi tak sesak jugak. Jadi masih boleh bernafaslah. CapitalM reply,
CapitalM : Awak, saya rasa kita satu trenlah
Aku : Yeka Mana awak tahu
CapitalM : Saya nampak awak dari sini. Hee =P
Aku : Eh awak dekat mana Jangan nak main stalker2 eh. Awak dekat coach belakang atau depan
CapitalM : Belakang.
Aku usha-usha. Tapi memang aku tak nampak dia. Orang tak ramai tapi tetap membataskan penglihatan aku. Aku nampak perempuan pakai tudung pink. Tapi muka dia tak jelas. Aku budget ni mesti dia. Sebab aku suka pink. Mesti dia pakai tudung pink ni. Tu mesti dia.
Aku : Tudung pink eh
CapitalM : Salah. Hitam. =)
Aku : Eh salah ke Awak dekat mana ni
Dia tak balas. Sampai KL Sentral, lambat-lambat aku keluar tren. Aku nak cari dia. Tapi aku kalah. Dia yang nampak aku dulu. Kami tergelak. Ya, memang dia bertudung hitam. Nasib baik aku tak tegur gadis bertudung pink tadi. Kalau tak, buat malu je.
Dalam tren pun nak main stalker-stalker eh Aku
Eh biarlah. Tak sangka kita satu tren. Kejapnya awak sampai Kerinchi. Saya ingat saya sampai KL Sentral dulu tadi CapitalM
Fiz terbang tadi nak pergi Kerinchi. Fiz ada kuasa silap mata Aku
Eleh perasan. Awak tu cakap je lebih CapitalM
Awak tahu tak kenapa kita satu tren Aku
Kenapa CapitalM
Jodoh kita kuat. Jodoh tu memang milik kita. Allah dah tunjuk tu sayang. Betul tadi Fiz ingat kita takkan satu tren. Tapi dengan izin-Nya, kita tetap bersama Aku
Hm yela tu. Eh dah jomlah beli tiket ERL. Nanti lambat pulak CapitalM
Yela mak cik. Membebel Aku
Dia mencebikkan bibir. Kalau dia jelirkan lidah tadi, memang aku potong lidah dia tadi. Dia takutlah tu agaknya. Ada lagi setengah jam untuk tren seterusnya. Dah beli tiket, kami jalan-jalan kejap. Ingat nak beli asikrim tapi aku tak sihat. Dia berkeras tak bagi aku makan aiskrim. Sayang jugak dia dekat aku.
Takde benda dah nak buat, kami turun ke platform. Ada lagi 15 minit. Ruang menunggu lengang. Hanya ada kami berdua. Kami berbual. Kami ketawa. Kami tersenyum. Dia marah, aku ketawa. Dia degil, aku merajuk, dia diam, aku sepi. Begitulah seterusnya. Platform jadi saksi. Ya, ERL akan jadi antara kenangan aku dan dia. Tren sampai, kami terus meluncur laju ke TBS. Waktunya semakin dekat.
Sampai TBS, aku pergi 7 Eleven. Beli roti dan air untuk bekalan dalam bas nanti. Takut lapar. Hujan-hujan ni, senang lapar. Aku beli Slurpee. Untuk kami. Nasib baik dia tak marah. Dia lupa mungkin yang aku ni tak boleh minum sejuk. Fuhh, lega. Lambat lagi ni. Baru pukul 3.00 petang. Tiket aku pukul 4. Sengaja aku datang awal. Supaya kami boleh spending time together lama sikit.
Kejap lagi Fiz balik. Sedihnya nak berpisah Aku
Awak jangan sedih. Awak kena kuat. Nanti kalau awak sedih, saya lagi sedih. Saya lagi sorang-sorang dekat sini CapitalM
Nanti jangan lupa mesej Fiz okay. Kalau rindu, mesej je Aku
Semalam Riz telefon saya. Dia minta awak lupakan saya secara baik. Tapi bila saya mesej, dia tak reply. Tapi bila saya tak reply mesej, dia mengamuk, marah-marah CapitalM
Jadi apa yang awak cakap Riz tu tak nak jumpa Fiz ke Cakap benda ni sendiri dekat Fiz Aku
Dia tak nak. Dia cuma cakap yang dia mintak secara baik dari awak untuk lupakan saya. Dia tahu semuanya tentang saya, tentang kita. Saya tak pernah tipu atau sorokkan apa-apa pun daripada dia CapitalM
Tapi kenapa dia tak nak cakap dengan Fiz sendiri ek Aku
Mungkin sebab dia pun ada rasa salah kot CapitalM
Salah Maksud awak Aku
Sebenarnya dia ada perempuan lain. Masa sebelum awak datang, dia jarang mesej saya. Telefon pun jarang-jarang. Macam bukan couple. Masa tu lah sebenarnya dia mesej dengan perempuan lain CapitalM
Ayah awak tahu Family awak Aku
Tidak. Diorang tak tahu dan saya tak nak cerita apa-apa dengan mereka. Saya tak nak panjangkan cerita. Sebab sekarang dia dah berubah. Sejak awak datang. Dia dah selalu mesej saya, amik berat tentang saya. Sebab tu dia terus jumpa family saya. Minta persetujuan. Minta hubungan yang serius. Ya, saya mengaku dia buat silap tapi saya pun ada tak betulnya. Jadi tak salah kalau saya bagi dia peluang CapitalM
Habis hubungan kita macam mana Aku
Saya tak tahu. Saya buntu CapitalM
Awak boleh janji dengan Fiz Aku
Janji apa CapitalM
Kalau awak sayangkan hubungan ni, awak cerita semuanya tentang Fiz dengan family awak. Cerita jugak semuanya tentang Rizman dengan family awak. Fiz tak nak pengaruh keputusan awak. Biarlah family awak yang nilai cerita kita. Biarlah family awak yang nilai untuk buat keputusan tentang awak. Awak nak tunang dengan dia pun, family awak yang buat keputusankan Jadi Fiz harap kali ni awak tunaikan janji ni dengan Fiz. Fiz tak nak paksa awak. Kalau keputusan family awak dengan Riz, saya redha. Tapi awak tolong cerita semua ni dengan family awak Aku
Saya cuba. Saya sayang dia. Sebab saya jumpa dia dulu. Kami dah lama. Dan awak datang tepat pada masanya. Tika saya perlukan seseorang untuk bersama. Ketika dia mengabaikan saya. Semua ni terlalu rumit buat saya. Rumit serumit-rumitnya. Saya perlukan awak. Saya perlukan dia. Tapi saya tak oleh nak bangkang keputusan keluarga saya CapitalM
Fiz tak nak pengaruh awak. Ini tak adil buat Riz. Kalau boleh, biarlah awak terima Fiz sebab memang awak nak dekat Fiz. Bukan sebab Fiz pengaruh awak. Sekarang ni kita kena sedia je wak. Menghadapi sebarang kemungkinan Aku
Hm betul ni. Saya dah tak kuat wak. Saya redha je apa je yang jadi lepas ni. Saya redha
Awak, dahla. Tak nak cerita lagi tentang ni. Fiz dah nak balik ni. Takkan awak nak sedih-sedih Aku
Saya okay Capital M
Sengaja aku menghentikan perbualan. Aku tengok mata dia dah berair. Aku tak nak dia nangis. Aku nak balik kampung ni. Nak berpisah dengan dia. Tak naklah dia sedih-sedih. Macam nak meratapi kematian je. Aku tak tahu apa lagi yang boleh aku buat. Aku tak nak paksa dia. Aku tak nak pengaruh dia. Aku hanya mampu berdoa je. Kalau pun jodoh bukan milik aki, aku redha.
Aku turun ke platform untuk menaiki bas dengan 1001 perasaan bercampur baur. Dia menghantar aku sehingga ke depan escalator. Lambaiannya menyentap hati aku. Aku tak tengok muka dia. Aku tak sanggup. Aku balas lambaian dia dengan pandangan kosong. Aku buntu. Aku rasa kosong. Tapi aku tak nak tunjuk dekat dia. Sebab dia lagi lemah. Dia harus tabah. Kalau aku lemah Dia bagaimana pula
CapitalM : Awak, gugur
Aku : Sayang, jangan menangis. Kesatkan air matamu. Allah ada dengan kita. Jangan pernah putus asa.
CapitalM : Saya tak kuat wak. Saya lemah =(
Aku : Awak kena kuat. Awak dan Fiz. Kita kena sama-sama pertahankan hubungan ni.
CapitalM : Kalau kita gagal
Aku : Redha. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita kita. Kita orang Islam. Percaya pada Qada dan Qadrnya.
CapitalM : Terima kasih wak. Terima kasih sebab selalu bagi kekuatan pada saya. Saya sayang awak.
Aku : Sayang awak juga. Fiz dah naik bus ni. Fiz tak boleh mesej. Nanti Fiz mabuk. Fiz muntah.
CapitalM : Hm baik wak. Awak jaga diri. Nanti dah sampai, beritahu ya.
Aku tak balas. Aku masukkan handset dalam poket seluar. Dan aku tak naik bas lagi. Aku rapuh. Aku tak mampu. Maaf sebab terpaksa membohongi awak. Saya terpaksa. Saya tak nak awak nampak saya lemah. Saya tak nak awak nampak yang saya tak kuat. Biar saya hadapi sendiri. Pukul 4.15, bas sampai ke platform. Aku naik. Aku cari seat, aku duduk.
Aku pandang ke tingkap. Aku gugur..