Idlan berjumpa kedua orang tuanya Seolah-olah, dia rela menyambung semula pertunangan dengan
Idlan.
Tak semudah itu. Lagipun, Idlan tak sebut soal cinta. Lelaki itu cuma beritahu, dia mahu gembirakan Che Jah. Apa, sanggup ke dia terima lamaran Idlan demi membahagiakan Che Jah
Ika memukul perlahan sisi kepala. Bingung dengan situasi dihadapinya sekarang. Apa yang diluah Idlan, mewujudkan simpati pula. Tapi, betul ke alasan diberikan Idlan itu
Betul ke niat Idlan hanya ingin tunaikan impian Che Jah Atau, lelaki itu hanya mahu jadikan dia yang kedua kerana dah tak bahagia dengan isteri pertama
Oh, apabila Idlan tak bahagia, dirinya pula akan dijadikan galang ganti Huh... banyak handsome muka Idlan Nampak sangat lelaki tu tak ikhlas dalam menyampaikan hasrat. Okey, dia takkan terpedaya.
Cincin tersarung di jari manis, diperhatikan seketika. Namun, perhatiannya beralih apabila telefon bimbitnya berbunyi. Dia malas nak jawab panggilan apabila nama Idlan muncul atas skrin.
Beep! Beep!
Nada WhatsApp pula berbunyi. Masih tertera nama yang sama. Dia mencebik. Tapi, tak sampai hati nak buat tak peduli. Lalu, WhatsApp itu dibaca.
Idlan:
Abang call kenapa Ika tak jawab
Ika mendengus. Tak tahu nak balas apa. Nak menipu Boleh saja, tapi dia memang tak pandai berbohong. Pasti penipuannya senang-senang dapat dihidu lelaki itu.
Ika:
Ika sengaja tak nak jawab
Idlan:
Kenapa
Ika:
Tak ada sebab apa-apa. Memang Ika sengaja tak nak jawab
Idlan:
Okey, tak nak nak jawab call tak apa. Tapi, kita WhatsApp kejap boleh
Ika:
Ok. Kejap aje. Lepas ni Ika nak tidur
Idlan:
Tak kan dah nak tidur Kan awal lagi ni
Ika:
Mata ni dah ngantuk sangat. Tak kira awal ke, lewat ke. Kalau dah ngantuk tu mengantuklah
Idlan:
Ika macam tak suka aje abang WhatsApp
Ika:
Zzzzzzz....
Idlan:
Abang nak tahu jawapan Ika
Ika:
Jawapan apa
Idlan:
Tentang perkara abang cakapkan siang tadi. Jangan senyap aje. Jangan biarkan abang tunggu lama-lama. Abang nak tahu jawapannya sekarang.
Ika meneguk liur. Dada diusap perlahan. BerWhatsApp dengan Idlan ibarat berbual secara berdepan dengan lelaki itu. Sekarang dia boleh bayangkan bagaimana rupa Idlan. Muka kemerahmerahan, bibir diketap-ketap, mata dikecilkan dan wajah mendekat. Macam tulah muka Idlan kalau terdesak.
Ika:
Ika tak boleh terima lamaran abang. Ika tak mahu dikatakan perosak rumahtangga orang. Walaupun abang kata, abang dah tak bahagia dengan dia.
Telefonnya senyap. Tiada balasan WhatsApp seterusnya dari Idlan. Dia menarik nafas lega. Biarlah Idlan diam. Biarkan Idlan tak membalas. Biar lelaki itu terima keputusannya dengan berlapang dada.
Tapi, jelas lelaki itu tak berputus asa apabila telefon bimbitnya berbunyi semula. Dia melepas keluhan ringan dan kembali menyentuh skrin.
Idlan:
Biarlah apa orang nak kata. Itu semua tak penting. Abang tahu hati Ika macam mana. Mak dan ayah abang pun dah kenal hati budi Ika. Jadi, untuk apa Ika nak kisahkan cakap-cakap orang yang tak ada kena mengena dengan kita
Ika:
Ika kisah sebab kita hidup bermasyarakat. Lebih-lebih lagi kat kampung ni. Abang jangan buat-buat tak faham.
Idlan:
Tapi, abang tak hairan dan abang tak kisah. Peduli orang nak kata apa. Kita bukan hidup atas ehsan orang lain.
Ika:
Abang ni suka mendesak betul la... Ika tak suka sikap lelaki macam ni. Abang lebih dewasa dari Ika. Sepatutnya fikiran abang lebih matang.
Senyap. Telefon tak berbunyi lagi selepas WhatsApp terakhir. Dia pejam mata seketika. Sekejap lagi pasti terlelap. Itu yang dia harapkan supaya bunyi WhatsApp kiriman Idlan tak menangkap pendengarannya lagi.
Namun, apa yang diharapkan tak menjadi apabila lelaki itu menghubunginya melalui talian pula. Aduhai... rasa macam nak tempeleng muka Idlan masa ini juga!
Hello! Keras Ika menjawab.
Cakap perlahan-lahan. Pekak telinga abang nanti.
Biar pekak asalkan abang faham Ika tak suka abang mendesak.
Abang tak ada niat nak desak atau paksa Ika.
Habis, yang tadi tu apa Tolong jangan buat kelakar, okey!
Abang tak buat kelakar. Kalau Ika ada depan abang, Ika akan nampak macam mana serius muka abang sekarang.
Ika mencebik dan mengajuk-ajuk perbualan Idlan di hujung talian.
Ika, lembut Idlan memanggil.
Ika meraup wajah seketika, Ika minta maaf. Ika tak boleh terima abang. Abang dah kahwin. Abang
suami orang. Sedarlah...
Tapi, abang masih ada kekosongan...
Aduuuuhhhh... ya Allah abang ni. Masih juga tak nak faham! Tinggi suara Ika memarahi Idlan.
Apa yang abang tak faham
Ika tak nak. Ika tak mahu. Jangan desak Ika lagi. Keputusan Ika muktamad. Ika tak mahu terima abang. Ika tak suka berkongsi kasih seorang lelaki dengan perempuan lain. Ika tak boleh dan Ika belum cukup kuat nak berdepan sebarang masalah yang mungkin timbul kemudian hari.
Terdengar keluhan Idlan di hujung talian, Ika berwajah serba salah. Bunyinya sangat kejam apabila dia memutuskan begitu.
Ika... tolong beri abang peluang. Ika tak kesiankan abang Abang pun nak bahagia berpanjangan macam orang lain. Bertahun-tahun abang kahwin, cuma setahun dua abang dapat rasa kebahagiaan tu. Yang selebihnya, Ika faham-faham sendiri. Abang dah pernah ceritakan pada Ika, suara Idlan sayu dan separuh merayu.
Ika garu kasar kepala yang tak gatal. Susah betul nak tangani sikap Idlan yang suka memaksa.
Dulu masa kita ditunangkan, kenapa abang tak hargai Ika Kenapa abang tinggalkan Ika dan biarkan Ika tunggu kepulangan abang Abang sorok perkahwinan abang dari pengetahuan kami di sini. Dan sekarang, abang nak Ika balik semula dengan abang Sebetulnya, atas dasar apa abang nak kita bertunang semula Abang ada tiga pilihan jawapan. Sama ada, abang cintakan Ika atau abang nak jadikan Ika sebagai ganti atau abang cuma nak tunaikan impian mak abang Pilih antara tiga jawapan tu dan abang fikir baik-baik. Kalau tak yakin dengan jawapan abang pilih, istikharah adalah jalan paling akhir.
Ika serius nak abang buat istikharah Soal Idlan. Nadanya ceria dihujung talian.
Ika meneguk liur perlahan. Apakah dia terlepas cakap sekali lagi Tiada pilihan kerana sudah terlajak kata, Ika mengiakan saja. Besar harapannya supaya istikharah Idlan tak menjadi. Aduhai, jahatnya dia.
Terima kasih sebab beri abang peluang. InsyaAllah, peluang yang Ika beri, tak mungkin abang siakan. Ini janji abang.
Jangan berjanji dulu. Kalau abang mungkir, takkan ada peluang lain untuk abang. Walaupun usia Ika jauh lebih muda dari abang, tapi Ika rasa... Ika lebih kuat. Fikiran Ika jauh lebih matang kalau nak dibanding dengan abang, Ika memuji diri dalam tak sedar.
Erm, yalah. Betullah tu. Kalau tak, masakan abang boleh terpikat dengan Ika.
Bohonglah, Ika menempelak.
Apa abang dapat kalau berbohong
Abang akan dapat Ika. Lagi mahu tanya Bidas Ika. Geram!
Terdengar tawa kecil Idlan melantun keluar, Ika jauhkan telefon dari telinga. Kemudian, didekatkannya semula.
Kalau dah habis gelak, Ika nak tidur dulu.
Nantilah...
Tolonglah, abang. Ika ngantuk sangat.
Cakap dulu Ika sayangkan abang.
Tak nak...
Cakaplah, sekali pun dah cukup.
Ika tak sayang abang. Langsung tak. Ika menipu.
Kali ini dia benar-benar berbohong.
Ika tak sayang abang
Tak...
Bohong.
Betul.
Tipu.
Suka hati abanglah.
Kalau tak sayang, Ika takkan layan WhatsApp abang. Takkan jawab kalau abang telefon. Takkan berjumpa dengan abang. Ika takkan ganggu abang ketika abang bersendirian di pantai tempohari. Cuba tanya hati Ika sendiri. Betul ke Ika tak sayang dan tak sukakan abang.
Abang, Ika nak tidur. Jangan cakap merepek lagi. Selamat malam. Assalamualaikum.
Puas hati Ika dapat tamatkan perbualan dan tak beri peluang untuk Idlan membalas kata. Telefon bimbit diletak tepi bantal. Dia berbaring. Kedua-dua tangan disorong bawah pipi. Terkelip-kelip mata memandang siling rumah.
IRDIANA resah sendiri. Mundar-mandir dia berjalan sambil leher dipanjangkan mencari kelibat seseorang. Muncul orang yang dinanti-
nanti, dia menarik nafas lega.
Dah lama tunggu I
Tak adalah lama sangat.
So... macam mana Jadi tak you nak ikut plan kita
I tak sampai hatilah. I takut Lan mengamuk nanti. Tak ada cara lain ke
Arash mencebik. Tak sudah-sudah Irdiana nak fikirkan soal hati dan perasaan Idlan. Nampaknya, Irdiana taklah sekejam seperti apa yang disangka.
Sayang... you dah tak ada pilihan. Kita kena buat juga. Kalau tak, habis peluang kita nak bersatu semula. Sampai bila you nak hidup terkongkong You juga mengaku dah tak ada perasaan cinta pada dia lagi. So, you tunggu apa Baik you blah aje.
Irdiana mengetap bibir. I tak sangguplah...
Arash mendengus kasar. Okey. I tak paksa. Tapi, you jangan cari I lagi. Hiduplah dengan suami you sampai ke mati. Hidup dalam kongkongan. Tak bebas dan seolah-olah dijajah. Kalau you kahwin dengan I, you boleh buat apa saja yang you suka. You tak nak sembahyang, tak nak puasa, tak nak masak, I tak kisah. Pemikiran I tak sekuno Idlan. Itu tak boleh, ini tak boleh. Come on la Ir... kita masih muda. Buatlah apa saja kita suka.
Arash... boleh tak you bagi I masa sikit lagi untuk fikirkan semua ni Bukan senang tau I nak buat semua tu Walaupun kita plan nak buat bersama, tapi tak ke nanti akan lebih memalukan keluarga I You tahukan, kedudukan Papa I macam mana Lagipun, dia selalu sebelahkan menantu kesayangan dia tu. I ni macam bukan anak kandung dia pula. Apa saja I cakap dia takkan dengar, tapi kalau Lan cakap, terus saja Lan disanjung-sanjung, dipuja-puja macamlah suami I tu tak pernah buat dosa.
Arash senyum nipis. Dia mendekati Irdiana. Kedua-dua pipi Irdiana diusap perlahan. Dia terpaksa bersabar untuk sedikit masa lagi demi mendapatkan Irdiana semula.
Okeylah. Untuk you, I sanggup tunggu. I masih cintakan you, Ir. Masih sayangkan you macam dulu. Tak luak walau seinci pun. Sebab itu, I berani ambil risiko. Cuma, I tunggu green light dari you aje.
Irdiana memaut mesra tangan Arash. You jangan bimbang. Kita akan buat. Sehari dua lagi, I call dia.
Ermmm... inilah baru betul I punya Irdiana. Kekasih hati yang tak pernah I lupakan dari dulu sampai sekarang. Walaupun you dah bergelar isteri pada lelaki ketinggalan zaman tu, tapi I masih menunggu you. Mengharapkan you untuk kembali jadi milik I semula. Milik yang sah. Kita tak perlu nak jumpa secara sembunyi-sembunyi lagi lepas ni, ujar Arash sambil memaut pinggang Irdiana dan mereka terus beredar.