Aduhh, bosannya ikut mamat ni! Lebih baik naik teksi aje tadi. Lagi senang. Ni kalau dia balik, mesti Zainura dah menunggu kat depan pintu. Entah-entah dengan bercekak pinggangnya.
Okey, dah buat keputusan... Tiba-tiba suara Zairis bergema.
Kita akan buat event bersama para artis tak lama lagi. Bila, tempat kat mana dan waktu akan diberitahu kelak, beritahu Zairis.
Bella sekadar mendengar saja. Nazim pula sudah tahu terlebih dahulu.
Kau ikut ya.... Suara Zairis berbisik di telinga Syakila.
Tak naklah!
Ikut! Kalau takk...
Kalau tak apa
Aku cium kau sekarang! Zairis acah-acah mendekatkan bibir pada wajah Syakila.
Buk! Syakila menendang lutut Zairis di bawah meja. Dia tersenyum sinis melihat lelaki itu.
Aduh.... Dahi Zairis berkerut menahan sakit.
Memang Syakila ni kerjanya asyik belasah orang aje!
Kenapa, Ris Soal Nazim hairan.
Tak ada apa-apa...
Lebih baik kau ikut sebab nama kau dah ada dalam list tu... Zairis berbisik lagi.
Apa!! Rahang Syakila terjatuh. Mulutnya sedikit ternganga. Buruk benar apabila menunjukkan reaksi seperti itu.
DALAM perjalanan pulang, mata Syakila asyik merenung wajah Zairis. Pandangannya begitu tajam. Macam nak tembus pula ke mata lelaki itu.
Apa Zairis merenung sekilas apabila terperasan dirinya direnung. Begitu lama. Sehingga dia yang sedang memandu, jadi tak selesa pula.
Syakila tidak mempedulikan respon lelaki itu. Renungannya masih statik. Sedikit pun tidak berganjak. Tidak seperti sebelum datang. Matanya selalu dilemparkan ke luar tingkap. Tapi, selepas berjumpa dengan Nazim untuk berbincang mengenai event tersebut, dia jadi begini. Sebab dipaksa ikut sekali. Gila ke apa!
Aku ni terlalu kacak ke sampai kau pandang macam tu Senyum terlakar di bibir Zairis.
Syakila rasa nak pitam mendengarnya. Kacak Tolonglah! Karang dia rebah tak bangun-bangun dengar pengakuan lelaki itu.
Jangan nak perasan sangatlah. Muka pecah rumah
ada hati nak cakap kacak, kutuk Syakila selamba. Terus pandangannya dibuang ke luar tingkap.
Kalau kacak, katakan kacak adindaku Zairis dah mula melalut. Siap adindaku bagai ni apahal
Kau belum kena dengan aku. Kau jangan cari pasal. Tak pasal-pasal, ada yang tak boleh makan esok, Sengaja Syakila mengugut sebegitu. Biar lelaki itu fikir sendiri maksudnya.
Wuuu, takutnya. Kau nak buat apa Cuba cakap
Nak buat apa lagi Kau memang nak makan siku akulah! Aku tak nak ikut event tu. Kau tak faham ke Yang kau pergi masukkan nama kenapa Nak kena tendang Nak mati
Ku sanggup mati bersamamu, wahai adindaku Zairis ketawa mendengar apa yang terluah di bibirnya. Mata masih fokus pada jalan raya.
Aku seriuslah, wehh Syakila tarik muka. Tak jalan juga ugutan tu. Lelaki itu memang sengaja nak bakar perasaan dia.
Sabarlah. Kan dah nak balik ni. Apa lagi yang kau nak
Tak payah tukar topiklah. Kita tengah bincang pasal event tu. Balik tu, memang betullah. Aku debik kang baru tahu!
Shhh. Zairis letakkan jari di bibir. Memberi isyarat supaya diam. Kemudian, suasana kembali sunyi.
SELESAI menukar pakaian di tandas, Syakila segera naik ke tingkat atas. Ketika itu Zairis baru selesai menghantarnya.
Sampai di hadapan apartmen, belum sempat mahu dipulas tombol pintu. Tiba-tiba ada yang membuka dari dalam. Kelihatan Zainura di hadapan pintu. Seperti yang sudah diagak, Zainura sedang bercekak pinggang. Gadis itu memandang Syakila yang berpakaian t-shirt dan seluar jean itu.
Kau ke mana Nak dekat pukul 2 pagi baru balik
Syakila menghela nafasnya. Sudah dijangka perkara ini akan berlaku.
Aku jenguk saudara aku kejap tadi. Tumpang mak cik aku. Itu yang balik lewat. Cerdik betul Syakila memberi jawapan. Kalau tak macam tu, memang Zainura akan bertanya lagi.
Betul ke ni Ke kau pergi majlis tu Tadi aku nampak kau kat sana duga Zainura pula.
Tak adalah. Nak buat apa aku pergi ke sana
Mana tahu kau pergi sana Aku agak aje
Hesy, jangan mengarutlah! Syakila terus masuk ke dalam rumah. Dia segera masuk ke dalam bilik
Tubuh dihempaskan ke katil. Syakila melepaskan nafas lega. Nasib baik dia sempat menukar pakaian, dan bawa beg plastik. Kalau tak, memang kantoilah yang dia pergi ke sana.
Tiba-tiba Syakila teringat kejadian dia hampir terkantoi dengan Zainura di tandas wanita tersebut.
SYAKILA menutup wajah. Bila Zainura mula mendekati lagi, dirasakan tubuhnya semakin kaku. Dia menggeledah beg tangan. Mencari sesuatu yang boleh melindungi wajahnya dari diketahui.
Hahh, topi! Topi yang berada di dalam beg tangan diambil. Disarung topi tersebut di kepalanya. Topi tersebut ditundukkan sedikit. Tidak mahu Zainura mengesyak kehadirannya.
Okey, Syak. Waktu nilah yang sesuai untuk kau larikan diri. Bersedia satu, dua... dan tiga!! Bisik hati Syakila seraya beredar sepantas mungkin. Akan tetapi kelibatnya dapat menarik perhatian kawan Zainura. Sehingga gadis itu bersama kawan-kawannya turut mengekori langkahnya.
Lamunan Syakila terhenti apabila terdengar bunyi mesej di telefon.
Zairis: Yes or no
Mesej daripada Zairis, Syakila biarkan begitu saja. Malas hendak memberi jawapan lagi. Dia tak tahu nak ikut ke tak. Dia bukan nak pun ikut. Lelaki itu yang beria-ia sangat. Entahlah, tak tahu kenapa tiba-tiba jadi macam tu. Suka sangat memaksa orang!