CINTA SEJATI SEORANG PLAYBOY - 19
SANA SINI ada saja budak-budak yang berlari. Yang tua pula sibuk berbual mesra. Maklum sudah lama tidak bersua muka. Pada yang baru berkenalan, saling bertukar cerita. Mengeratkan silaturrahim yang baru terjalin.

Suasana rumah papan milik mak long dan pak long Qaireen berubah wajah. Meriah dengan kehadiran saudara mara Qaireen dan Adwan. Mereka bertamu di situ meraikan majlis perkahwinan Qaireen dan Adwan.

Sebenarnya sudah lama rumah itu tidak dikunjungi tetamu. Bertahun jugalah selepas kali terakhir mak long dan pak long Qaireen menyambut menantu bongsu. Itu pun 5 tahun yang lepas.

Bro, jangan duduk relaks aje. Ingat sikit banyak periuk besar dekat belakang rumah tu.

Adwan menoleh pada Akid yang tersengih sambil menari-narikan kening. Adiknya, Zuhayr Affan juga tumpang sekaki bila dia diusik begitu.

Aku tahulah, dia menjeling geram.

Baru nak lepaskan lelah selepas seharian melayan tetamu yang hadir, Akid dah ingatkan dia tentang tugas yang memang dikhaskan untuk pengantin baru. Mentang-mentanglah Akid dah jadi bapa orang, katakata yang keluar dari mulutnya pun dah ala-ala bapa yang ada anak 10.

Kau masih boleh bersabar, kan Akid semakin galak mengusik.

Aku tak gelojoh macam kaulah. Buat anak pandai tapi malas nak jaga. Kesian adik aku tu, pantas Adwan menumbuk lengan Akid.

Bengang Adwan dengan soalan adik iparnya ini. Rasa macam nak ketuk aje kepala Si Akid ni. Menyesal pula dia hanya menumbuk lengan aje tadi.

Betul ke, Along Zuhayr Affan turut provok.

Hesy Tak cakap banyak giliran Zuhayr Affan pula mendapat habuan. Selepas itu Adwan lempar jelingan tajam.

Kenapalah si Angah ni termakan cakap adik ipar sengal dia. Nama aje doktor. Karang bagi tazkirah percuma ada dia kena balik semula. Lagilah bila dia tengok senyuman senget yang tersungging di bibir Akid.

Meletus tawa Akid dan Zuhayr Affan.

Q

AIREEN kuis daun-daun kering yang hampir memenuhi kubur almarhum emak dan ayahnya selepas memberi salam. Dia dah minta izin dengan mak longnya. Mahu menziarahi kedua orang tuanya. Cuma dia terlupa nak beritahu Adwan. Dia terlupa yang dia sudah bersuami. Sedangkan tujuan dia ke sini adalah kerana lelaki itu.

Reen dah menikah, mak, ayah. Dia mengusap batu nisan di atas kubur emaknya sebelum beralih pada batu nisan milik ayahnya.

Alhamdulillah, dia seorang lelaki yang baik untuk Reen. Dia berjanji nak jaga Reen dan adik-adik. Dia terima Reen seadanya, mak, ayah dibelek cincin yang terlekat di jari manisnya.

Teringat saat manis tika acara membatalkan air sembahyang pagi tadi. Adwan tenang sahaja menyentuh dia. Itulah pertama kali Adwan berbuat begitu. Lelaki itu betul-betul sudah berubah. Malah dari 2 tahun lepas pun lelaki itu tak pernah menyentuh dia. Mungkin kerana dia berkawan baik dengan Amanda.

Kak long!

Qaireen berpaling. Kelihatan Nourman, adik keduanya berdiri selang beberapa buah kubur dari kubur almarhum ayah dan emak mereka.

Mak long suruh balik. Pak usu dah nak balik tu, beritahu Nourman.

Qaireen angkat tangan. Suruh Nourman tunggu dia.

Nanti kita berbual lagi. Reen nak jumpa pak usu. Assalammualaikum, mak, ayah, bingkas dia berdiri. Merapati Nourman dan beredar dari situ.

Macam tak sempat-sempat nak pergi ziarah, Mak long menggelengkan kepalanya sebaik melihat Qaireen dan Nourman muncul di pintu belakang rumah.

Qaireen hanya menundukkan wajah sebaik melihat riak wajah mak long. Dia tahu dia salah.

Dah, pergi ajak Adwan tu. Pak usu dah kat kereta, arah mak long.

Qaireen hanya tersenyum. Dia bekejar ke beranda rumah mencari kelibat Adwan. Dia rasa Adwan duduk dekat situ dengan adik-beradiknya.

Awak! Dia menggamit Adwan di pintu utama rumah.

Adwan menoleh. Keningnya ternaik bertanya Qaireen mahu apa. Sudahlah dua orang sengal ni asyik nak bahankan dia. Memang panggilan Qaireen tak kena masanya.

Wooo! Akid dan Zuhayr Affan bersorak hingga saudara mara Qaireen yang ada di halaman rumah menoleh.

Kau orang pergi baliklah. Menyemak betul. Adwan bangkit. Sambil berjalan mendekati Qaireen dia acu penumbuk pada Akid dan Zuhayr Affan.

Tahulah dah halal. Berlagak. Akid semakin rancak mengusik. Siap main mata dengan Zuhayr Affan. Tawa mereka berdua meledak lagi.

Abang! Amanda yang duduk sambil memegang baby Azaim tidak jauh dari Akid dah jegilkan mata. Janganlah anaknya nanti terikut-ikut perangai nakal si ayah. Boleh terbalik rumah jadinya.

Dari tadi lagi dia perhatikan galak betul si suami mengusik abangnya. Kesian Along tu. Merah padam jugalah muka menahan malu dan geram.

Sayang nak, eh Akid menari-narikan keningnya. Langsung tak kisah dengan amaran Amanda. Lagi dia mengusik si isteri tu adalah.

Buang tabiat ke! Semakin besar bebola mata Amanda.

Ikut hati nak aje dia cubit-cubit perut si suami. Boleh pula cakap macam tu depan-depan orang. Hailaa, suami siapalah agaknya ni.

Akid, kau jangan nak 18SX sangatlah! Rimas aku, tahu tak

Adwan yang sudah berdiri di sebelah Qaireen menjerit pada Akid. Tak toleh kiri kanan masa mengungkap kata-kata begitu. Biarlah orang lain nak dengar. Adik ipar sengal dia ni kena bagi amaran sikit.

Aku tak ada cakap apa-apa yang berkaitan 18SX pun. Kau tu aje yang pandai-pandai buat andaian. Lain kali tanya dulu apa yang aku nak cakapkan, wajah Akid berubah serius. Merenung Adwan tajam.

Sudahlah kau. Ingat aku nak percaya. Adwan menggeleng.

Ingat dia nak percaya ke kata-kata Akid tu. Tengok sekarang ni. Akid dan adiknya sakan ketawakan dia.

Ada apa, sayang Fokusnya kembali pada Qaireen yang sabar menanti dia selesai berurusan dengan dua orang sengal dan poyo tadi.

Pak usu, adik almarhum ayah nak balik. Jumpa dia sekejap, jom.

Tanpa menunggu jawapan balas Adwan, Qaireen melelar pergelangan tangan Adwan. Menarik Adwan menurut langkahnya untuk turun ke halaman rumah mak long.

Amboi, rakusnya. Adwan mengusik. Dia terpaksa melebarkan langkahnya. Menurut langkah Qaireen yang laju berjalan.

Tak ada rakus-rakus ya, Encik Zulfan Adwan. Pak usu dah masuk dalam kereta tu. Mak long dah bising suruh panggil awak dari tadi lagi. Qaireen menjeling. Tak suka diusik dengan kata-kata begitu.

Dah tahu mak long bising kenapa awak lambat sangat panggil saya, sayang soal Adwan lagi.

Pelik juga dia dengan sikap Qaireen. Kalau betul mak long dah menyuruh Qaireen panggil dia sedari tadi, kenapa Qaireen tak berbuat demikian Bukannya Qaireen kena buat apa-apa kerja pun.

Errr Qaireen menoleh pandang Adwan. Bibirnya dikemam kuat. Tak tahu nak terangkan kenapa dia lewat panggil Adwan.

Qaireen Langkah Adwan terhenti. Keningnya terjongket tinggi.

Biarlah mak long nak marah. Buah hati dia tengah buat muka yang boleh buat jantung dia rasa nak tercabut. Qaireen macam sembunyikan sesuatu.

Kita jumpa pak usu dulu. Nanti saya beritahu. Qaireen menarik semula tangan Adwan mengikuti langkah dia. Cuba mengajak Adwan keluar ke halaman rumah.

Adwan keraskan tubuhnya. Sedikit pun dia tak bergerak.

Awakkk Qaireen berpaling. Memujuk. Lembut dia mengalunkan suaranya.

Adwan tarik wajah serius. Langsung tak makan dengan pujukan Qaireen.

Reen, pak usunya dah nak gerak ni! jerit mak long kuat.

Qaireen angkat kening. Mengukir senyuman paling manis.

Mahu atau tidak Adwan mengorak langkah juga tetapi hati dia masih tertanya-tanya. Nantilah dia akan tanya juga dengan Qaireen.

S

ELANG setengah jam elok sahaja kereta pak usu Qaireen hilang dari pandangan, keluarga Adwan pula meminta diri untuk pulang ke Johor Bahru. Maklumlah hari sudah semakin gelap. Mereka tidak mahu berlengah. Takut bertembung dengan kesesakan. Biasalah cuti hujung minggu yang panjang macam sekarang ini selalu membuatkan keadaan lebuhraya memang sukar untuk dijangka.

Along, jangan nakal-nakal tau. Kawan orang ni naf orangnya. Amanda kenyit mata.

Qaireen mencubit lengan Amanda. Geram pula dengan si teman merangkap adik iparnya ini. Boleh pula bergurau macam tu.

Jangan risau. Shes in a good hand. Adwan raih tubuh Qaireen dekat dengannya. Selamba tangannya melingkar pada bahu Qaireen. Dia memeluk Qaireen erat.

Tingkah Adwan membuat Qaireen tertunduk malu. Spontan perut Adwan dia cubit manja.

Good handlah sangat. Akid main mata dengan Amanda. Menari-narikan keningnya.

Kannn Amanda semakin seronok mengusik bila dilihat wajah Qaireen sudah bertukar rona.

Adik, pergi balik! Adwan dah besarkan mata. Bila Akid dan Amanda bergabung mengusik memang teruklah kena bahan.

Sayang, jomlah. Jangan kacau pengantin baru ni. Bagi peluang dekat mereka berdua. Akid tarik Amanda mendekati kereta mereka. Sengaja dia hadiahkan satu kucupan pada kepala Amanda.

Mama, resepsi Along nanti pastikan budak dua orang ni jangan ada. Tak datang lagi bagus! Adwan menjerit pada Datin Afia yang baru hendak masuk ke dalam kereta yang terletak agak jauh dari kereta yang dinaiki Akid dan Amanda.

Hello! Kalau orang tak ada, majlis Along tak jalan tau. Lupalah tu dia yang lantik kita jadi dia punya wedding planner. Amanda mencebik.

Yalah, yalah. Dah pergi balik. Along nak relaksrelaks dengan isteri tersayang ni, pelukan Adwan semakin kuat pada bahu Qaireen. Nak tunjuk pada Akid yang dia pun dah ada orang yang halal untuk dipeluk. Bukan Akid seorang saja yang ada.

Aku balik dulu, Reen. Hati-hati dengan Along aku ni. Amanda kenyit mata. Baby Azaim diletakkan dalam baby car seat di bahagian belakang. Budak kecil itu dah terlena dari tengahari lagi.

Adwan buat aksi nak cekik.

Thanks, Amanda. Terima kasih untuk semuanya. Qaireen leraikan pelukan Adwan.

Dia mendekati Amanda. Tubuh temannya itu dipeluk. Kejap. Ada titisan air mata pada pipinya. Amanda bukan sahaja kawan di masa senang sahaja. Amanda tak jemu menolong dia di kala susah juga.

We will remain as a best friend. Forever. Amanda mengurut lembut belakang Qaireen.

Lama juga keduanya melayan perasaan sebelum mereka merungkai pelukan.

Sayang. Akid yang sudah berdiri di bahagian sebelah pemandu memanggil Amanda.

Aku balik dulu, Reen. Orang balik dulu, Along. Assalammualaikum.

Adwan dan Reen mengangguk. Salam yang diberi dijawab perlahan. Mereka berdua menunggu hingga kereta-kereta yang membawa keluarga Adwan bergerak keluar dari halaman rumah mak long Qaireen.

Nada Qaireen. Adwan menyeru nama Qaireen lembut.

Qaireen tidak memandang. Menunduk menekur tanah.

Maaf sebab saya berprasangka pada awak. Adwan kesal.

Mudah sangat menuduh Qaireen tanpa usul periksa. Kisah Qaireen ke kubur almarhum mentuanya itu pun dia tahu dari adik iparnya. Kalau Nourman tak bercerita sampai ke sudahlah dia tak tahu.

Saya bukan tak nak beritahu awak tapi saya nak bersendiri. Nak bercerita dekat emak dan ayah yang anak dara dia ni ada juga yang sudi ambil jadi isteri. Anak orang kampung. Seorang gadis yang biasa-biasa. Qaireen masih tidak memandang Adwan. Kakinya menguis-nguis tanah.

Adwan tarik tangan kanan Qaireen. Dia sulamkan jemari mereka. Dia menggenggamnya kemas-kemas.

Saya yang beruntung, Qaireen sebab ada juga orang yang sudi terima saya. Seorang pendosa.

Qaireen panggung wajah. Tersenyum sedikit sebelum kalih pandang.

Terima kasih, Qaireen. Adwan renung wajah Qaireen yang memandang ke arah jalanraya.

Wajah Qaireen menoleh kembali pada Adwan. Dia ukir senyuman manis.

Saya janji akan buat awak bahagia, Nada Qaireen Mohd Noh, sulaman jemari mereka Adwan bawa ke mulut. Dia mengucupnya penuh kasih.

Entahlah. Qaireen berpura-pura mengeluh. Ekor mata mengerling Adwan yang terkebil-kebil memandang dia. Senyuman dikulum takut Adwan perasan.

Qaireen, dont you trust me Soal Adwan sedikit cuak.

Apa bercengkerama dekat tengah-tengah laman ni Pergi masuk dalam sana, suara mak long mencelah. Mengganggu saat romantik Qaireen dan Adwan.

Errr... Adwan pamer senyuman kelat. Malu. Lupa pula yang dia dan Qaireen masih lagi berada di luar rumah. Bukannya di dalam bilik tidur pengantin.

Dengar tak mak long cakap tu Awak masuklah dulu. Saya nak tolong kemas sekejap. Qaireen cuba melonggarkan genggaman jemari Adwan. Dia ingin membantu saudara maranya yang lain yang sedang berkemas.

Jangan harap nak biar saya sendirian dekat dalam sana. Saya masuk awak pun kena masuk. Adwan besarkan mata.

Eee, takutnya. Qaireen mengusik. Ada tawa di hujung kata-katanya.

Dont worry, sayang. Saya tak akan buat awak sakit. Sikit pun tidak. Adwan kenyit mata.

Adwan! Jemari Qaireen selamat mencubit lengan kekar Adwan. Malu dengan usikan nakal Adwan.

Ya Allah, budak berdua ni! Tak dengar ke apa aku cakap tadi Sudahnya mak long berdiri di depan Qaireen dan Adwan. Siap bercekak pinggang. Pakej mata yang membulat besar dan gigi yang diketap. Garang.

Kami masuk, pantas Adwan terus menarik tangan Qaireen masuk ke dalam rumah.