EPILOG KITA - 19
RYAN hempaskan tubuh ke katil dengan wajah keletihan. Sempat dia menilik jam yang tergantung.

1 pagi!

Sebelah tangannya mengurut lembut kepalanya sambil mata dipejam. Stress! Dia betul-betul tertekan saat ini. Bukan sebab kerja, tapi sebab Hani! Hampir seminggu dia cuba menghindari Hani namun ada sesuatu dalam hatinya meronta-ronta untuk mendekati jiwa halusnya.

Kadang-kadang dia terasa macam ditarik roh supaya mendekati Hani. Kepala dia pula jangan nak cakap! Rasanya hampir dua puluh empat jam, berpusing-pusing terfikirkan minah tu. Minah tu ada bela hantu ke sampai dia jadi macam ni

Banyak la hantu! Memang bela hantu pun! Hantu cinta!

Ingin dibuka mata untuk melihat ke arah pintu yang menghubungkan biliknya dan bilik Hani, tapi dia tak berdaya. Dia betul-betul letih! Dan orang yang bertanggungjawab atas keletihannya adalah Hani!

Apa kau dah buat dekat aku Apa kau dah letak dalam kepala aku hah soalnya dengan mata tetap terpejam.

Ada kemungkinan ke, Hani bedah otak dia malam-malam dan masukkan cip nama gadis tu. Sebab tu otak dia abnormal. Asyik Hani sepanjang masa. Kadang-kadang dalam bilik mesyuarat pun dia asyik tersebut nama Hani. Nampak sangat dia dah gila!

Gila Bukan virus buih-buih cinta ke

Entah berapa lama dia asyik bermonolog soal Hani sebelum dia tertidur. Ada dengkuran halus mula bergema. Penat! Dia terlalu penat!

PELUH membasahi dahi licin Hani. Tubuhnya seakan kejang dengan kepala mengiring ke kiri dan ke kanan.

Zara...zara jangan tinggalkan Hani. Zara... Zara jangan..jangan...

Dalam tidurnya, dia meracau. Air mata mula merembes di tepi matanya. Mengalir jatuh terus ke bantal.

Zara...zara...zara... jeritnya dengan tangan mula tergagau-gagau. Zara!!! Pap!

Pintu terbuka. Muncul Ryan di sebalik pintu. Mukanya nampak cemas. Mana tak cemasnya.

Tengah sedap tidur, tiba-tiba ada yang menjerit. Zara!!!

Ryan bingkas mendapatkan Hani. Sebelum menghampiri gadis itu, sempat punat suiz lampu ditekan. Terkejut dia melihat dahi Hani yang sudah basah dek peluh. Kalut punya pasal, laju dia melompat ke arah Hani. Duduk di tepi gadis itu dengan tangan mula menampar lembut pipi cantik itu.

Hoi...bangun...bangun.. suruh Ryan dengan tangan tak berhenti menampar lembut pipi itu.

Tapi, sayang, Hani seakan tak mendengar dirinya. Gadis itu nampak sudah bersatu dengan dunia mimpi.

Hani! Ryan bengang. Bahu Hani pula jadi mangsa.

Tapi, Hani tetap tak beriak. Air matanya terus meluncur laju dengan bibir masih terkumatkamit memangil Zara. Ryan hilang sabar. Tangan kekarnya yang mencengkam bahu Hani, terus menarik gadis itu hingga terduduk.

Hani!!!

Hani tersedar. Matanya terbuka luas dengan degupan jantung yang mencapai tahap maksima. Dia tergamam tidak bergerak.

Kau dah sedar. Woi, kau kenapa soal Ryan ketat. Ketat suara tu pun, ada nada bimbang dalamnya.

Nak lingkupkan hidup Hani konon! Baru tengok minah tu mimpi sikit macam tu dah risau.

Memang tak ada makna la kau nak lingkupkan hati perempuan kau sayang tu kan Ryan Ada suara seakan mengejeknya.

Aku tak sayangkan dia bodoh!

Hani masih diam. Cuba menenangkan hatinya yang meliar tiba-tiba. Wajah Zara, adiknya seakan bermain di mata. Kenapa dia bermimpi Zara lagi sedangkan gadis kecil itu sudah lama pergi sejak kecil lagi. Sejak berumur lapan tahun. Kenapa dia masih tak mampu lupakan saat kematian Zara

Tiba-tiba saja air mata Hani mengalir perlahan. Rindunya pada Zara seakan mencengkam dirinya.

Hei, kau menangis ni kenapa Ryan kalut balik.

Ini bukan Hani yang dia kenal! Kenapa la dia tertengok air mata perempuan ni Dua kali pula tu! Air mata yang buat kubu keegoannya sudah tak selamat.

Hani tak menjawab sebaliknya esakan mula kedengaran di bibirnya. Rindu pada Zara, rindu pada mama dan kakak long. Semuanya bercampur menjadi satu dan...

Rindu pada Ryan yang dulu!

Kau jangan menangis. Aku ada dekat sini. Kau mimpi buruk je bukan nak kena bunuh pun. Sudah la tu.

Lagi kuat esakan Hani dibuatnya. Tak senang duduk Ryan dibuatnya. Dia mana ada pengalaman nak pujuk orang menangis! Kali terakhir dia pujuk pun, enam tahun lalu. Saat cintanya dan Riana diuji. Hilang sudah semua skill nya.

Mendengar esakan Hani betul-betul di tepi telinganya, Ryan rasa hatinya pahit. Kalau boleh nak saja dia tutup mulut minah tu. Tapi, nanti tak bernyawa, mati pula perempuan ni. Jadi duda pula aku! Tak semena-mena dia terpandangkan tangan Hani yang berlabuh di atas lantai. Matanya memandang Hani dengan tangan mula bergerak.

Tersimpul mati!

Hani angkat muka. Terkejut! Sejuk tangannya digenggam satu tangan yang lebih besar darinya. Wajah selamba Ryan dipandang. Entah kenapa hatinya semakin sebak. Esakannya muncul lagi.

Sudah! Dia melalak lagi!

Hei, kau ni kenapa Hesy! Jangan buat aku risau boleh tak! marah Ryan dengan perasaan mula tak ketahuan.

Aduh! Parah!

Ryan risau dia Lagi kuat Hani melalak. Dia rindukan Ryan. Ya! Dia rindukan lelaki tu saat ni. Semuanya datang tiba-tiba. Dia tak tahu kenapa dia rindu, tapi dia rasa rindu. Ryan mengeluh berat. Tangan mereka yang bertaut, ditarik naik ke pahanya. Sebelah lagi tangannya terangkat menuju ke kepala Hani. Dengan satu tarikan, kepala Hani melekat di dadanya.

Jangan menangis dah. Aku ada dekat sini. Kau mimpi je tadi. Tarik nafas. Tenangkan diri. pujuk Ryan perlahan.

Terjuih bibir Hani dek rasa terharu. Tersedar dia begitu dekat dengan Ryan namun dirinya tak membenarkan dia rungkaikan rangkulan itu. Berada di dada Ryan dengan tangan bertaut membuat dirinya terasa selamat dan ada rasa hangat mula meresap dalam jiwanya.

Siapa Zara

Hani menyandarkan kepalanya lebih rapat ke dada Ryan. Saat Zara menghembuskan nafas terakhirnya, terbayang di ruang mata. Saat yang paling buruk baginya. Saat yang menjadi saksi dia kehilangan satu-satunya ahli keluarga kandungnya.

Adik saya. jawab Hani. Tangan kirinya mengelap air matanya yang bersisa.

Mana dia soal Ryan.

Entah kenapa, ada rasa sejuk mengalir di dalam tubuh badannya saat Hani begitu dekat dengannya. Seminggu menghindari Hani, dia rasa macam nak gila. Dia tak tahu kenapa, tapi dia rasa memang nak gila! Dan bila dapat peluang macam ni, seminggu dia menggila tu seakan terhapus. Tanpa sedar bibirnya ditarik ke tepi. Senyuman gembira terlahir di bibirnya.

Dah tak da.

Maksud kau

Dia meninggal akibat paru-paru berair.

Ryan mengerutkan dahi. Hani ada adik Macam mana Hani ada adik kalau Hani tu anak luar nikah Tak kan la adik Hani pun...

Adik angkat kau siasat Ryan dengan sifat ingin tahu yang muncul tiba-tiba.

Adik kandung.

Ryan terdiam. Adik kandung Ingin ditanya lebih lanjut pada Hani, tapi bila Hani bergerak membetulkan kedudukannya, hasratnya mati. Dia mengeluh. Agak lama mereka terdiam. Tangan Ryan sedikit pun tak lepas dari merangkul tubuh isterinya. Ada rasa tenang dalam jiwanya saat ini. Rasa tenang yang sudah lama tak dirasakannya.

Hani terasa lenguh. Bau dari badan Ryan seakan menggodanya. Mesti mahal minyak wangi lelaki tu! Tanpa isyarat, dia mula mengangkat kepalanya. Tersentak Ryan dibuatnya hingga tangannya yang menggenggam, terlepas.

Maaf, saya dah kejutkan awak. ujar Hani tanpa pandang Ryan.

Mukanya naik merah bila tersedar dia bersandar di dada itu agak lama. Parah kau Hani! Tadi kau sandar, kau tak ada rasa malu. Kalau boleh kepala tu macam nak bagi tembus dada Ryan tu. Sekarang baru nak malu.

Tak pa. Aku bukan tidur pun tadi. Aku buat kerja tadi. Dengar kau menjerit. Aku ingat ada penyamun masuk bilik kau tadi.

Hani kemam bibir. Dah kerek balik suara mamat ni!

Ryan sebenarnya saja buat-buat suara yang kerek sebab dia pun dah rasa malu. Macam mana tangan dia langgar adat! Kenapa dia pergi genggam erat-erat tangan gadis tu Tangan kau memang pengkhianat! Dia mula bangun.

Bila melihat Ryan bangun, kepala Hani terdongak. Ada rasa tak puas berbual dengan Ryan saat ni. Sudah! Apa dah jadi dengan dirinya ni

Aku masuk bilik dulu. Kau kalau mimpi pun cover sikit suara tu. Jangan buat aku terkejut dengar jeritan kau tu. Tak pasal-pasal nanti aku tidur tak cukup!

Eh mamat ni! Macam la mimpi tu boleh cover. Mana la dia tahu berapa high volume dia menjerit sebab mimpi. Dia memang selalu menjerit bila bermimpi. Dah itu habit dia nak buat macam mana!

Oh ya, sebelum aku pergi aku cuma nak ingatkan kau cuma ada dua minggu je lagi. Baik kau fikirkan macam mana nak selamatkan diri kau dan kerjaya kakak kau tu dari menjerit tengah-tengah malam! dengan ayat tu, Ryan berlalu pergi.

Tersejat Hati Hani dibuatnya! Ryan tu kenapa Sekejap macam caring sangat. Lepas dia dah terbuai sikit dengan sikap Ryan tu, boleh pula lelaki tu ingatkan dia pasal janji tu! Dah tak sabar nak halau dia dari rumah ni ke

Lantak kau la! Kau memang tak kan berubah sampai bila-bila! Jerit Hani geram dengan nada ditekan-tekan.

Sekelip mata jiwa, hempedu, pakreas semuanya sakit!