KAMU SANG PENCULIK - 19
SEMINIT berlalu dan yang berlaku hanyalah renungan yang berbalas antara empat pasang mata. Siapa lagi jika bukan aku, Niel, Munirah dan Faiz. Entah datang dari celah manalah mereka berdua ini. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba sesat di bengkel Mukhriz.

Chupp, kenapa kau dengan Fitri boleh ada dekat bengkel Riz Yang Fitri comot-comot ni kenapa Ini ke hal yang kau cakap tu Jumpa Fitri Munirah mulakan serangan peluru soalannya.

Ini ke Fitri yang awak ceritakan tu Dia pekerja Riz ke Giliran Faiz pula menyoal.

Ya, inilah Fitri tu dan saya tak tahu pun dia kerja dengan Riz. Tak ada sesiapa pun yang bagitahu saya. Tapi, saya pelik kenapa Sha boleh ada dekat sini juga. Memanglah ni adik angkat dia, tapi macam pelik aje dia datang sini waktu lunch hour. Munirah mula keluarkan teori-teorinya.

Mungkin Sha ada hal penting nak bincang dengan Fitri. Riz pun mungkin tak sempat bagitahu yang Fitri kerja sini. Faiz pula yang memandai buat teori sendiri.

Mereka berdua ini lupa agaknya aku dan Niel masih tercongok di sini. Tapi, sekarang memang aku mati kata. Tak akanlah hendak ceritakan hal yang sebenarnya. Itu namanya membuka aib keluarga Niel. Ish gawat-gawat. Hendak buat bodoh sahaja dengan soalan Munirah lagilah sukar. Sudah terang lagi bersuluh aku dan Niel sudah terkantoi.

Bro, bos panggil kau. Suara asing tiba-tiba menjengah. Pekerja Mukriz rupa-rupanya. Dia pandang kami berempat silih berganti dengan kening yang terangkat.

Awak tolong panggil bos awak datang sini. Kakak dia ni nak jumpa, arah Munirah. Raut wajah tegang pekerja itu terus diganti dengan senyuman nipis.

Oh, kakak bos ya Maaf kak saya tak tahu. Baru lagi kerja sini. Saya masuk panggil dia kejap, balasnya sebelum beredar.

Tidak lama kemudian Mukriz keluar. Alangkah terkejutnya dia melihat kami berempat di hadapan bengkelnya. Sudah macam drama Melayu.

Mukhriz menyuruh kami masuk ke dalam pejabat kecilnya. Sesi soal-jawab dimulakan. Banyak dijawab dan dicover oleh Mukhriz. Aku dan Niel lebih banyak diam. Mukhriz lebih bijak mengendali persoalanpersoalan kakak dan bakal abang iparnya. Apa yang penting penjelasan Mukhriz tidak mendedahkan aib keluarga Niel pada Munirah dan Faiz.

Aku dan Munirah ditinggalkan berdua di dalam pejabat kecil. Niel dan Mukhriz menyambung kerja di luar dan Faiz turut bersama mereka. Alkisahnya Munirah dan Faiz boleh muncul di sini kerana tayar kereta Faiz pancit akibat tercucuk paku. Hampir leper tayar Honda City miliknya. Mujur mereka lalu berhampiran kawasan ini.

Sambil menunggu kaum Adam selesaikan urusan mereka, aku dan Munirah makan tengahari. Faiz sempat belikan nasi bungkus di restoran berhampiran untuk kami.

Aku ajak Munirah balik ke pejabat denganku. Bimbang terlewat jika dia menunggu Faiz. Keluar sahaja dari pejabat kecil aku terus terpandang Niel. Kelihatan sedang berurusan dengan seorang pelanggan wanita. Cantik sekali orangnya walau sesuku wajahnya ditutup cermin mata hitam. Kelihatan seksi dengan skirt merah separas lutut. Tinggi pula alaala model. Memang ciri gadis idaman Niel jawabnya.

You ni tinggi dan kacak. Rugilah wajah cantik ni ditutup dengan minyak hitam. Sayang sangat. Sempat gegendang telingaku menangkap butir bicara wanita itu. Tidak tahu apa reaksi Niel kerana dia berdiri membelakangkan aku.

This is my card. In case you berminat nak cari rezeki lebih. Your face sangat laku untuk iklan komersil. Such a young and handsome boy. I gerenti you senangsenang boleh dapat banyak job. Masih belum berputus asa nampaknya. Satu kad kecil dihulurkan pada Niel. Tidak hairan aku apabila Niel mengambilnya. Mungkin Niel sudah merasakan kehidupan di bengkel kereta sangat sukar untuknya.

Baru selangkah wanita itu beredar, Niel terus menoleh ke arahku dan Munirah. Kad kecil tadi dihulurkan padaku. Dahiku dan Munirah sama-sama berkerut.

Do whatever you want with this card. I have no interest with it. Berbahasa Inggeris penuh pula Niel denganku.

Senyuman nipis terus terukir di bibirku dan dengan lurusnya aku ambil kad itu. Sempat isinya kubaca. Maria Emelyn Aziz dari MEA Modeling Agency.

Mun, tunggu aku dalam kereta boleh Spontan

aku meminta dan kunci Iriz aku hulurkan padanya. Munirah mengangguk sambil tersenyum.

Niel jaga diri baik-baik. Jangan nakal-nakal dan kerja elok-elok. Kawal emosi dan jangan cepat marah. Sudah gaya pesanan khidmat masyarakat.

Niel gelak dahulu sebelum membalas.

Mak cik betul-betul risaukan saya. Jangan sibuk risaukan saya. Kedut dekat muka tu dah bertambah tahu tak Mesti sepanjang dua hari ni mak cik asyik fikirkan saya, kan Datang dah modal mengusik Niel.

Jangan main-main boleh tak Nasi tadi jangan lupa makan. Biar lama-lama nanti tak elok pula. Lagi satu... Aku berhenti seketika. Tangan mula meraba ke dalam tas tangan. Baru sahaja telefon 80 ringgit hendak dikeluarkan, bunyi SMS kedengaran. Pastinya bukan dari Galaxy A milikku.

Mesti SMS dari nombor prabayar. Abang Riz pinjamkan saya telefon dia. Nanti saya miss call mak cik ya. Sekarang ni saya kena sambung kerja dulu. Terus terbantut niatku saat Niel memberitahu. Mukhriz lebih pantas dariku nampaknya.

Okeylah, akak pergi dulu. Tolong ingat semua nasihat akak tu. Peringatanku dibalas dengan anggukkan serta senyuman manis Niel.

PANDANGANKU ralit pada kemeriahan di hadapan. Bibir menguntum senyuman hampir setiap saat. Seronok sekali mata dijamah oleh buih-buih kecil dan besar. Sesekali buih kecil yang datang dekat denganku, aku sentuh dah pap ia menghilang.

Padang menghijau ini dipenuhi oleh keluarga. Anak-anak kecil dibawa keluar ketika cuti umum ini. Antara ramai-ramai ini nun beberapa meter di hadapanku ialah Munirah dan Faiz. Pasangan merpati dua sejoli itu nampak cukup gembira bermain dengan giant bubble.

Nampak jelas sinar bahagia di sebalik senyuman lebar mereka. Hanya menanti detik untuk diijabkabulkan. Kurang tiga bulan lagi. Aura cinta dapat kurasakan mengelilingi mereka. Entah bilalah aku akan melalui saat-saat begini bersama dia yang jantungku pilih.

Aaaaa! Jeritanku yang spontan memusnahkan aura-aura positif yang bertandang tadi. Pipi yang sedikit basah kulap dengan tapak tangan dan aku menoleh. Tiru akaklah tu. Renungan kutajamkan memanah ke wajah Niel. Yalah, dahulu aku pernah halakan cawan minuman berais ke pipinya.

Eleh, siapa suruh berangan. Senyum sampai nak tembus Kak Mun dengan Abang Faiz tu Niel mengambil tempat di sebelahku. Milo ais dihulurkan padaku. Aku terus menyedut dan wah lega sekali saat kedinginannya menuruni tekak.

Seronok tengok kebahagiaan orang lain. Rasa bahagia juga walau bahagia itu bukan milik akak. Lagi senyuman terukir di bibirku.

Wah bermadah macam penulis novel pula. Niel tergelak kecil.

Aku terus ketuk lengan Niel dengan Galaxy A. Suka betul mengusik. Geramku tidak lama kerana aku teringat sesuatu yang cukup penting.

Niel, esok nak ambil ummi dekat KLIA tak Wajah Niel kerenung. Niel turut memandangku.

Tak sebab ummi bagitahu hari tu yang sampai aje dia akan terus check in flight ke Kedah. Tenang sahaja Niel memberitahu.

Kedah Buat apa pergi sana Dengan lurus aku menyoal.

Balik kampung. Lagipun minggu depan Kak Inayah ada bengkel dekat sana. Alang-alang tu balik teruslah sana.

Oh, Niel ada atuk dan nenek lagilah dekat Kedah Rugilah tak ikut. Ummi Niel mesti tak tahu lagi keadaan Niel sekarang. Niel akan bagitahu ummi juga, kan Aku buat andaianku sendiri.

Niel punya sebab yang kukuh untuk merahsiakan perkara ini dari umminya. Bimbang umminya risau di sana sedangkan pemergiannya ke sana untuk beribadah dan mendekatkan diri pada Yang Maha Esa. Jika hati tidak tenang susah juga.

Apalah yang mak cik merapu ni Niel kerutkan dahinya. Jelas hairan dengan apa yang kukatakan tadi.

Mana satu yang merapunya

Semuanya. Ummi balik kampung dia dan memanglah dia masih ada mak dan ayah di sana, tapi itu bukan atuk dan nenek saya. Penjelasan Niel membuatkan dahiku berkedut sejuta.

Pelik betul.

Dahi tu tolonglah kawal sikit. Berlapis-lapis dah saya tengok. Niel gelakkan aku siap jari telunjuk dihalakan ke wajahku. Eh, orang tengah pelik boleh pula dia gelak. Memang muka minta penampar percumalah.

Kenapa pula mak dan ayah ummi Niel tu bukan atuk dan nenek Niel Ke itu mak dan ayah angkat ummi, Niel Ke macam mana Agak gelojoh aku menyoal. Keriangan buih-buih tadi makin pudar dek kerana persoalan-persoalan ini.

Mak cik ni kan memanglah sejak awal saya kenal sampai ke detik ni, suka sangat buat andaian yang merapu. Dengar saya nak cerita ni. Niel herotkan sedikit badannya ke arahku. Milo aisnya diletakkan di antara kami.

Aku menanti dengan penuh sabar.

Ummi bukan ibu kandung saya. Cukup perlahan dan ringkas Niel nyatakan.

Mataku serta-merta membulat. Hampir lima saat aku merenungnya bagai hendak ditelan.

Apa yang Niel merapu ni Tak faham. Tapi, Niel selamba aje dengan Mak Cik Ruqayyah dan Inayah. Harapnya Niel faham maksud selamba itu. Mak Cik Ruqayyah orang yang cukup alim, menjaga batas yang disyariatkan. Pastinya dengan anak angkat batas itu tetap wajib ada.

Niel tersenyum nipis sebelum membalas.

Ummi adalah ibu susuan saya, jadi Kak Inayah adalah adik-beradik susuan saya. Mak cik sendiri mesti lebih arif dari saya tentang konsep ibu susuan, hukum dan batas yang terkandung. Jawapan Niel bagaikan satu kelegaan untukku.

Spontan bibirku menguntum senyuman. Ya Allah, kenapa aku langsung tidak terfikir tentang hakikat ini. Berbagai teori telah aku hasilkan sebelum ini dan semuanya terpesong.

Ini juga membawa maksud yang ummi Niel bukan bekas isteri daddy, Niel Sengaja aku soalkan perkara ini. Niel alihkan pandangannya dariku.

Dia diam hampir seminit. Nafas ditarik lama dan dihembus. Kemudian rambutnya diraup sebelum dia kembali memandangku.

Ummi sebenarnya kawan baik arwah mummy. Cukup perlahan dan berat Niel luahkan. Aku bagaikan terkesima. Rupa-rupanya Niel anak yatim tanpa ibu.

Nama Fitri tu pun adalah permintaan arwah mummy sendiri. Permintaan ni arwah sampaikan pada ummi sejak dari awal disahkan mengandung. Arwah nenek pun tahu tentang keinginan mummy ni. Mummy suka sangat dengan nama Fitri. Ada segaris senyuman nipis terukir di bibir Niel.

Tapi, kenapa tak terus bagi nama Fitri lepas Niel lahir Soalku dengan dahi berlapis.

Ceritanya terlalu panjang mak cik. Tapi, saya akan cuba pendekkan supaya tak ada salah faham antara kita dah lepas ni. Lembut sekali suara Niel. Aku mengangguk patuh. Perhatian sepenuhnya pada Niel.

Mummy meninggal lepas lahirkan saya. Melalui cerita arwah nenek, daddy tak boleh terima hakikat tu. Hampir sebulan saya dibiarkan tanpa nama dan daddy sendiri yang tak mahu nama Fitri. Kata nenek, daddy tak nak sebab semua tu akan buatkan dia ingat pada arwah. Lagilah dia sedih. Saya disusukan oleh ummi sebab masa tu ummi pun masih menyusukan Abang Irfan. Bukan setakat disusukan, malah saya dijaga sepenuhnya oleh ummi. Daddy tak mampu buat apa-apa dalam tempoh dia masih berduka dengan pemergian mummy. Arwah nenek pula tak mampu nak jaga saya sebab faktor kesihatan. Penerangan Niel meruntun hatiku.

Tidak kusangka dia yang sentiasa ceria ini ruparupanya tidak pernah dapat menatap wajah ibu sendiri. Banyak dugaan yang terpaksa ditanggung Niel namun dia tetap nampak kuat dan tabah.

Saya bahagia dengan keluarga ummi. Ada ummi, arwah abi, Kak Inayah dan Abang Irfan. Walau kami tak ada ikatan darah, tapi mereka tak pernah anggap saya orang asing. Saya tinggal dengan mereka hingga umur 3 tahun. Kemudian daddy bawa saya balik ke rumah dan upah orang gaji untuk jaga saya sepenuh masa. Tapi, setiap hujung minggu saya akan habiskan masa dengan keluarga ummi. Semuanya manis bersama keluarga ummi hinggalah arwah abi pergi buat selamalamanya. Waktu tu saya baru lepas UPSR. Wajah Niel ditundukkan.

Aku hanya mampu memerhati.

Setahun selepas arwah abi meninggal, ummi dapat surat pertukaran tempat kerja sebab naik pangkat. Masa tu fasa kesedihan saya makin memuncak. Saya nak ikut ummi, tapi waktu tu juga daddy menuntut sepenuhnya hak sebagai seorang ayah. Disebabkan kedegilan saya nak ikut ummi, daddy sampai sanggup melamar ummi semata-mata tak nak ummi pindah. Tapi, ummi tak terima. Kasihnya pada arwah abi terlalu mendalam. Dalam tangisan dan raungan saya terpaksa tengok ummi pergi tinggalkan saya. Waktu tu hanya Allah yang tahu apa perasaan saya. Sedih dan kecewa. Tapi, saya tahu ummi perlu pergi untuk masa depan yang lebih cerah. Abi dah tiada untuk tanggung mereka sekeluarga. Hidup saya jadi tak tentu hala. Hanya nenek tempat saya mengadu. Tapi, dia juga diambil oleh Allah waktu saya tingkatan empat. Seorang demi seorang yang saya sayang diambil. Saya.. Niel terhenti di situ. Bibirnya diketap kuat dan dari sisi aku nampak matanya mula berair.

Kali ini aku tahu aku tidak boleh tinggal diam.

Niel, akak tahu berat sangat semua dugaan yang Niel lalui ni. Tapi, ingatlah satu perkara. Hanya yang terpilih diberi peluang untuk diduga. Dugaan untuk menguji tahap kesabaran Niel, meningkatkan keimanan pada yang Maha Esa. Ketika kita dalam kesusahan, teraba mencari pertolongan, hati dan jiwa akan sentiasa mengingati Allah. Allah ingin kita dekat dengan-Nya. Manusia tak akan dibebankan dengan sesuatu yang tak mampu dipikulnya. Alhamdulillah Niel mampu harungi semua pahit dugaan tu. Sentiasa berdoa untuk selalu tabah dan reda. Akak yakin Niel mampu. Diharapkan kata-kata ini mampu sampai pada Niel. Perlahan-lahan dia mendongak ke arahku semula. Matanya kelihatan tidak berair seperti tadi. Tapi, saya bukannya baik sangat. Mak cik pun tahu saya macam mana. Banyak yang kurang. Banyak yang buruk berbanding baik. Saya rasa saya jauh dari-Nya. Luahan yang benar-benar telus dari insan bernama Daniel Izdihar.

Kalau kita tahu kita jauh dari-Nya, kenapa kita tak cuba untuk dekatkan diri dengan-Nya Satu senyuman nipis aku hadiahkan untuk Niel sebelum menyambung. Akak sendiri pun banyak yang kurangnya. Perlu sentiasa diingatkan. Kalau tidak, pasti akan tersasar. Pegang pada hati dan jiwa yang positif. Jangan biarkan emosi kita menguasai diri. Jauh di sudut hati Niel sebenarnya banyak yang positif, tapi Niel sendiri yang sembunyikan semua tu. Suaraku dilembutkan sehabis daya.

Niel merenungku dengan pandangan yang cukup dalam. Sukar untuk aku selami. Akhirnya aku tertunduk. Berdosanya aku kerana bermain panahan mata dengan lelaki bukan mahram.

Sha, Fitri tak mahu main ke Soalan Munirah yang tiba-tiba menyedarkanku dan Niel. Kami samasama mendongak. Kelihatan Munirah dan Faiz sedang tersenyum lebar sampai ke telinga. Bahagia benar nampaknya.

Tak apa, kita orang duduk sini aje borak-borak. Dah habis main ke nak main lagi Aku terus menyoal sambil tersenyum manis. Walau Munirah tidak menjawab, tapi aku faham benar maksud di sebalik wajahnya. Ala, pergi aje beli yang lain. Kita orang suka tengok buih-buih ni, balasku sambil tergelak kecil.

Munirah tersengih lebar sambil mengangguk. Kawanku yang seorang ini bila datang perangai budakbudak dia memang susah hendak dikawal.

Mak cik betul tak mahu main Niel pula menyoal apabila Munirah dan Faiz sudah beredar ke gerai buih.

Aku balas dengan gelengan berserta senyuman nipis.

Tunggu sini kejap, saya pergi beli. Tiba-tiba Niel bangun dan terus beredar. Aku hanya mampu ternganga. Tidak sempat untuk melarangnya.

Dari jauh aku lihat Niel, Munirah dan Faiz berbual. Mereka nampak begitu cepat mesra. Kami keluar ini pun disebabkan permintaan Faiz yang sudah agak lama tertangguh. Faiz ingin belanja orang yang telah mengembalikan cik tunangnya semula.

Alang-alang hari ini cuti umum jadi malam semalam terus Munirah suarakan hasrat tunangnya. Apabila aku beritahu Niel, dia setuju sahaja kerana bengkel ditutup hari ini. Selepas solat Zuhur tadi kami ke Setia City Mall. Makan tengahari dahulu di Papparich sebelum keluar ke laman padang ini.

Teringat pula ketika Munirah memberitahu siapa Niel kepada Mukhriz.

Mak cik. Panggilan Niel menghapuskan ingatanku pada peristiwa di bengkel.

Ish suka membazir. Niel baru aje kerja berapa hari. Tak perlulah membazir. Aku mulakan bebelan.

Dah beli pun mak cik. Janganlah membebel. Bukannya saya ni langsung tak ada duit. Dah jom join Kak Mun dengan Abang Faiz. Niel terus mengajak dan aku bangun. Kami berhenti dengan jarak satu meter dari Munirah dan Faiz.

Niel hulurkan batang plastik yang terikat tali. Aku menggeleng dan buat isyarat agar Niel mulakan dahulu. Manalah aku reti main buih gergasi. Ini kali pertama. Niel celupkan tali tadi ke dalam air sabun. Perlahan-lahan dikeluarkannya dan ditarik ke tepi. Wah, buih berbentuk lonjong mula terhasil. Aku bertepuk tangan sambil tersenyum lebar.

Sikit lagi Niel. Biar dia keluar lagi besar. Aku pandai-pandai mengarah. Kalau sendiri yang buat langsung tidak keluar buih rasanya. Niel terus gerakkan batang plastik itu dan buih yang lebih besar keluar. Wah cukup cantik walau ianya tidak sebesar buih yang dihasilkan oleh team Munirah dan Faiz. Yalah, Niel beli tali yang berdiameter lebih kecil.

Mak cik cuba pula. Niel hulurkan batang plastik padaku. Kali ini aku ambil.

Celup biar sampai rata kena pada tali. Okey, angkat perlahan-lahan dan biar sampai tali ni terjuntai. Jangan kena tanah. Lepas tu bawa batang pemegang ke tepi. Okey, nak jadi dah buih tu. Terus buat jangan berhenti. Sudah gaya coach pula si Niel.

Aku akur dengan semua arahannya dan wah buih besar terhasil. Ketawa riang aku dibuatnya persis kanak-kanak Ribena. Seronoknya. Rasa bagai kembali ke zaman kanak-kanak.

Mari telefon mak cik. Saya ambil gambar masa mak cik tengah buat buih, pinta Niel dan terus tanganku mengambil Galaxy A di dalam tas tangan.

Celupan kedua aku buat, buih terhasil dan klik Niel mengambil gambarku. Kemudian giliran Niel pula menghasilkan buih dan aku pula yang mengambil gambarnya. Semua ini berlaku secara semulajadi tanpa ada sedikit pun rasa teragak-agak. Satu perasaan gembira bersama dengannya. Senyuman tidak putus di bibir kami. Walhal baru tadi Niel ceritakan kisah hidupnya yang penuh dengan dugaan. Tapi, sekarang kesedihan itu bagai dibasuh dengan kegembiraan ini.

Mataku yang ralit dengan buih tiba-tiba tertancap pada sepasang pengantin yang sedang menjalankan pre-wedding atau mungkin post-wedding photoshoot. Betul-betul di jambatan kecil yang terletak di hujung padang. Cantik sekali gaun pengantinnya berwarna putih dan lelaki memakai sut hitam.

Mak cik tengok pengantin ke baju pengantin

Niel cepat sahaja mengacau.

Dua-dualah, balasku sedikit kasar.

Ish, ish... kes berat dah ni. Saya rasa mak cik ni kena kahwin dah. Wajib kahwin dah ni. Kepalanya siap dianggukkan.

Spontan aku ketuk lengan Niel yang terdedah dengan batang plastik buih. Niel hanya balas dengan tawa dan sempat pula tu jelirkan lidahnya. Geram betul dengan Niel. Memang hebat buat mood orang berubah-ubah secara drastik.

Sha, Mun! Jeritan itu mencuri perhatianku. Wajah terus kutoleh pada sumber suara dan entah kenapa graf hati ini jadi merudum saat terlihat pemilik suara.

Eh, Kak Rozi. Sorang aje Munirah yang ramah menegur. Bukannya aku jahat hingga tidak sukakan kehadiran rakan sekerja kami ini, tetapi tidak sedap hatiku apabila dia turut di sini.

Dengan kawan. Tu ada dekat sana. Jari telunjuknya dihalakan pada seorang gadis berambut panjang perang yang berdiri sedikit jauh dari kami.

Wah seronoknya cuti ni main giant bubble. Masing-masing dengan pasangan sendiri. Kak Rozi buat-buat mesra. Aku hanya balas dengan senyuman tawar. Memang hobinya buat andaian salah.

Kak Rozi, ini tunang saya. Faiz, ni rakan sekerja kita orang. Munirah kenalkan mereka.

Saya adik angkat Kak Sha. Niel tiba-tiba bersuara. Geram sahaja aku hendak cucuk dia dengan batang plastik ini.

Wow hari tu adik yang lain, hari ni adik yang lain Kan sudah keluar perlian Kak Rozi.

Adik lain yang dimaksudkan ialah Mukhriz. Aku malas hendak menjawab dan masih dengan senyuman tawar. Munirah juga sudah nampak tidak selesa dengan Kak Rozi. Niel dan Faiz pula berpandangan sesama sendiri sambil jongketkan kening. Bahasa orang lelaki agaknya.

Tak apalah akak pergi dulu. Tak mahu ganggu kamu berempat. Bye. Kak Rozi akhirnya sedar yang dirinya tak diperlukan di sini. Dia terus mendapatkan kembali kawannya.

Itu mesti kakak kepoh yang suka masuk campur hal orang. Lepas tu sebarkan cerita tak betul pasal orang, luah Niel saat Kak Rozi sudah menjauh.

Mindaku terus digamit dengan peristiwa yang berlaku lebih kurang seminggu yang lepas. Ketika itu aku di dalam tandas dan telingaku dijamah dengan kata-kata yang tidak enak.

Mak cik! Jeritan kecil Niel menyentakku dari ingatan itu. Wajah Niel kukerling.

Haish, tak adalah Niel. Dia okey aje. Baik dengan akak dekat pejabat. Aku sambung menjawab walau sudah agak basi.

Niel kecilkan matanya sambil memegang dagu.

Mak cik, saya nak pergi tandas kejap. Niel memberitahu sambil berjalan mengundur. Tangannya dihalakan ke bangunan Setia City Mall.

Aku angguk sahaja sebelum kembali mencelupkan tali ke dalam bekas air sabun. Tetapi, belum sempat tali diangkat keluar, mataku membulat. Jantung mula tidak duduk diam. Bukan boleh percaya sangat dengan Niel. Terus aku tinggalkan batang plastik dan buih sabun pada Munirah dan Faiz. Mereka berdua langsung tidak ambil kisah dah. Seronok sangat bermain.

Kakiku laju melangkah ke dalam mall. Mata mula melilau ke sekeliling mencari kelibat Niel. Agak mudah untuk menjejakinya dengan bantuan t-shirt merah menyala yang dipakai dan tinggi yang hampir setaraf galah. Langkahku laju dan ketika aku hanya dua meter di belakangnya, dia masih belum sedar akan kehadiranku.

Adik yang pakai tudung merah. Sayup-sayup kudengar suara, Niel. Eh, siapa pula yang dipanggilnya. Apabila orang itu menoleh baru kutahu dia Kak Rozi. Cepat-cepat aku menyorok di sebalik rak jualan produk kosmetik.

Eh, adik angkat Sha tadi, kan Kak Rozi menegur mesra. Kawannya ditinggalkan di belakang ketika dia mendekati Niel.

Ya, saya. Sebenarnya saya nak tanya sesuatu. Tadi malu nak tanya. Lembut sedikit suara Niel.

Aku jadi hairan bin ajaib. Tak akan Niel syok dekat Kak Rozi pula.

Apa dia ya Bukan main ceria suara Kak Rozi.

Kalau ada orang nak ajak awak keluar makan, awak sudi Niel buat suara menggoda. Gatal betul.

Tanpa kusedari bibir kuketap.

Aku cemburu Oh, haruslah tidak!

Siapa orangnya Mestilah boleh. Kak Rozi pun sama melayan.

Tapi, rasanya orang tu tak jadilah sebab awak macam terlalu mudah. Tak ada challenge langsung. Suara menggoda Niel bertukar jadi senada pula.

Awak jangan main-main dengan saya. Nasib baik handsome, kalau tak memang dah kena tampar. Kak Rozi cepat sahaja naik angin.

Kedengaran tawa sinis Niel. Aku tidak tahu riak wajahnya kerana dia berdiri membelakangkanku.

Saya nak pesan satu perkara. Jangan suka buat andaian negatif pada orang kalau tak tahu hujung pangkal keadaan. Saya tak mahu kerana mulut awak yang tak ada insurans tu, seorang perempuan yang baik di anggap jahat. Terlopong aku saat mendengar peringatan Niel pada Kak Rozi.

Hei apa yang awak merepek ni Kak Rozi jelas berang.

Saya rasa awak faham. Jangan usik kakak angkat saya lagi. Niel kelihatan mengherotkan sedikit kepalanya.

Wajah Kak Rozi merah menahan marah. Sesaat kemudian dia berlalu pergi dengan kasar. Tarik tangan kawannya juga dengan kasar. Aku hanya mampu menggaru dahi. Aduhlah, Niel oh Niel.

Ya, miss mahu cari apa Seorang pekerja wanita berbangsa Cina tiba-tiba menegurku dari belakang.

Ha Aku menoleh dengan muka blur. Dia tersenyum manis ke arahku dan aku pula senyum kelat.

Oh, mungkin boyfriend you boleh tolong pilihkan. Kulit boyfriend you cantik, jadi mesti you juga mahu kekalkan kulit yang cantik. Boleh cuba produk terbaru kami. Sibuk dia mengambil foundation cream di atas rak.

Terima kasih miss, tapi kami ada date di tempat lain. Next time kami singgah beli. Niel laju sahaja mengelak. Berubah sedikit raut wajah petugas tadi. Kasihan pula aku dengannya tapi apa boleh buat.

Jom, sayang. Panggilan Niel membuatkan dahiku berkerut sejuta. Niel tersenyum lebar sambil mengherotkan kepalanya. Isyarat ajak aku beredar pergi. Walau mata tajam merenungnya namun aku tetap akur.

Sejak bila jadi penyiasat tak profesional ni Tibatiba Niel menyoal.

Oh sejak bila jadi penyelamat tak profesional ni Aku soal dia kembali.

Ayat mak cik tu bermaksud terima kasih ke Niel masih bermain perang soalan nampaknya.

Aku tambahkan ketajaman renunganku.

Okey, sama-sama. Kata-kata Niel kali ini buatkan aku tertanya-tanya. Saya tahu mak cik cakap terima kasih dalam hati. Selamba sahaja suara Niel. Dia sempat senyum senget padaku sebelum berjalan laju meninggalkanku.

Entah kenapa aku tergelak kecil. Ada-ada sahaja si Niel. Senyumanku menghiasi bibir saat aku terus mengekorinya dari belakang.