MY DARLING ANGEL - 19
KAK, ini kafe Brian sendiri ke kafe keluarga dia Lyn sudah memulakan misinya untuk

mengorek rahsia berkenaan Brian.

Kafe dia sendiri. Family dia tak ada tolong apa pun walaupun mereka kaya. Dekat London tu Daddy Brian ada Diners sendiri. Mummy dan Daddy Brian jarang balik Malaysia sebab jaga business dekat sana. Cuma Brian yang tiap-tiap tahun balik sini. Tiap kali balik mesti jenguk atuk dan nenek dia di Perak. Brian tu lahir kat Malaysia cuma dari kecil dia dengan family dia duduk dekat London tu, cerita Lisa panjang lebar.

Lyn seperti teruja berlebihan. Hesy, nampak sangat memang dia sengaja memilih kafe ini tadi dengan tujuan untuk bertembung Brian. Elzaara pula hanya mendengar dan memberi peluang kepada Lyn untuk mengorek rahsia daripada kakaknya.

Seriously Tipulah kak.

La, akak kawan dengan dia, akak taulah.

Adik ingatkan Brian tu memang mat saleh yang petah cakap Melayu. Ingatkan dia memang belajar bahasa Melayu untuk senang berkomunikasi dengan orang Malaysia. Oh my goodness! Tak sangka betul dia orang Malaysia.

Sebab rupa dia rupa mat saleh Itulah adik, dont judge a book by its cover! Brian tu mat saleh celup!

Lyn ketawa mendengar kata-kata Lisa, Lyn tertipulah ni...

Nasiblah. Rupa Brian tu banyak waris Daddy dia. Patutlah!

Mummy dia orang Perak, kahwin dengan Daddy dia yang sememangnya orang UK dan mereka menetap dekat sana sampailah sekarang. Tapi, Mummy dengan Daddy Brian tu jarang balik sini. Cuma Brian lepas dia habis study je dia terus kena hantar balik Malaysia.

No wonderlah Brian tu handsome! Mix blood ruparupanya dia tu.

Siapa yang mix Suara garau macho Brian tibatiba menyampuk menyebabkan Lyn terkedu lidah.

Muka Lyn panas dan kemerahan apabila Brian muncul secara tiba-tiba di hadapan mereka. Di sisinya kelihatan Haziq yang sedang menjilat aiskrim kon tinggi dan mukanya sudah berubah wajah dari sugul ke gembira. Haziq terus mengambil tempat duduk yang pada asalnya tempat Elzaara.

No onelah Brian. Mana you kidnap anak saudara I yang handsome ni Lisa terus menukar topik kerana dia tidak mahu Brian perasan kalau-kalau dia tahu mereka sedang membahaskan soalnya tika itu.

Kitchen! I bawa dia pergi tengok aiskrim pusing and he got a chance to make it himself. Siap buatkan untuk customer lagi tu... jawab Brian dengan bangga. Kepala Haziq diusap lembut.

Wow! Bestnya Haziq dapat buat aiskrim sendiri. Untuk acik Lisa tak ada ke Haziq Lisa memuji Haziq. Dia sudah mengagak bahawa Brian pasti dapat memujuk hati Haziq yang sedang rawan dan buktinya adalah aiskrim buatan sendiri ditangan Haziq.

Erm, acik Lisa tanyalah uncle boleh tak Haziq buatkan. Kalau uncle bagi nanti Haziq buatkan untuk Acik, jawapan polos daripada Haziq membuatkan mereka tersenyum.

Brian memandang Haziq dengan senyuman lebar, Of course you can dear. Haziq boleh buatkan untuk Acik Lisa juga. Nak buat untuk pelanggan uncle macam tadi pun boleh. Nanti Haziq selalulah datang sini ya Ajak Acu sekali.

Yeah! Sayang uncle! Haziq menghadiahkan kucupan di pipi Brian secara tiba-tiba dan Brian merangkulnya dengan erat. Dalam beberapa minit sahaja mereka boleh begitu menjadi mesra. Mungkin kerana Brian seorang yang ramah dan pandai memujuk kanak-kanak dan Haziq pula seorang kanak-kanak yang senang bergaul dengan orang ramai meskipun orang itu tidak dia kenali.

Lisa membelek jam tangannya dia menyedari bahawa dia sudah kelewatan untuk bertemu dengan kekasih hatinya. Dicapai handphone dari dalam tas tangannya dan mendial nombor buah hatinya.

Okeylah, times up. Zahar dah tunggu dekat sana.

El, Lyn, nanti kau orang ada nak pergi mana-mana ke

Tak ada kot. Lepas ni Lyn nak kena masuk pejabat semula. Kenapa Elzaara menjawab pantas sebelum apa-apa terjadi.

Oh tak ada apa-apa. Saja tanya. Okeylah akak gerak dulu. Brian, I gerak dulu. Thanks for a lovely lunch here. Nanti apa-apa, as usual tweet I atau pun PM FB I okey Lisa sudah bersedia untuk megatur langkah untuk bertemu dengan buah hati kesayangannya.

No problem. Datanglah sini selalu, bawa Zahar. I pun dah lama tak jumpa dia. Kirim salam, okey

Okay! Will do, Lisa mengangkat tangannya.

Bye kak, jumpa dekat rumah nanti.

Lisa mengangguk. Haziq terus menyalami tangan Acik Lisanya selepas giliran Lyn dan juga Elzaara. Lisa bergegas turun tanpa menoleh ke belakang lagi. Setelah kelibat Lisa menghilang di balik dinding, suasana mula menjadi senyap semula.

Elzaara buat-buat sibuk melayan Haziq yang sudah kembali ceria dan Lyn pula sibuk menyusun kata mencari idea untuk bersembang dengan Brian. Tetapi, belum sempat idea timbul, Brian sudah memecah kesunyian di antara mereka.

So, apa pendapat you tentang dekorasi kafe ni Is there anything yang I boleh tambah apa-apa ke untuk mencantikkan lagi kafe ni Soalan yang sering Brian tanyakan pada pelanggan-pelanggannya.

Namun, tidak bagi Lyn. Terasa seperti jantungnya mahu terkeluar dari badan bila Brian mengajukan soalan tersebut padanya. Dia merasakan sesuatu yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Hatinya terus sahaja berdebar-debar bagaikan tiada pengakhirannya.

Brian menatap wajah Lyn sebelum mengalihkan pandangannya ke wajah Elzaara. Brian sedar bahawa sedari tadi Elzaara lebih banyak membisu daripada bercakap. Dia mengharapkan supaya Elzaara sudi memberikan pandangannya terhadap kafenya itu walaupun gadis itu telah menyatakan pendapatnya semalam.

Just nice. As I said yesterday, a very simple interior, yet looks very exclusive, terlontar pandangan spontan Elzaara yang membuatkan Brian tersenyum lebar.

Walaupun komen yang diberikan nadanya hanya bersahaja tetapi cukup ringkas dan dia sememangnya mengharapkan komen daripada Elzaara. Hatinya sudah berbunga-bunga mekar mendengarkan suara Elzaara.

Lyn, what do you think

Errr, kafe ni cantik sangat. Pandai awak cari ilham untuk hias kafe ni, Lyn tergagap-gagap memberikan komen setelah direnung oleh Brian, lebih-lebih lagi jantungnya masih lagi bergendang hebat. Wajahnya yang masih lagi kemerah-merahan menandakan bahawa dia masih lagi tidak ammpu mengawal perasaan malunya terhadap Brian.

Err, awak dekat universiti ambil course apa ya Lyn memberanikan untuk bertanya.

Business administration. Memang lain dan jauh sangat dari course Lisa.

I see... terangguk-angguk kepala Lyn mengiakan.

Uncle, nanti boleh Haziq datang sini lagi tak Haziq sukalah datang sini sebab best! Haziq menggoncangkan tangan Brian yang berada disebelahnya.

Boleh. Haziq datang je bila-bila pun, uncle mesti ada tunggu Haziq. Kalau Haziq datang lagi uncle ajar Haziq buat benda lain pula nak tak

Yeah! Acu, Acu, nanti boleh kita datang sini lagi tak uncle ni best sangat. Dia nak ajar Haziq macammacam. Boleh ya Acu, kita datang sini lagi Haziq memujuk Elzaara tetapi Elzaara tidak memberikan sebarang respon. Haziq sudah mula membuat muka seposennya cuba meraih simpati Elzaara.

Insya-Allah Haziq. Kalau ada masa kita datang lagi ya

Elzaara memberi jawapan selamat supaya Haziq tidak begitu mengharapkan sekiranya dia berjanji macam-macam kepadanya. Takut tak tertunai di kemudian hari. Sekurang-kurangnya sekarang ini dia dapat melihat Haziq kembali ceria dan dia amat berterima kasih kepada Brian yang sudi melayan kerenah Haziq. Mungkin ada juga hikmah disebalik dia melepak di sini bersama Lyn dan juga Haziq.

Setelah hampir dua jam setengah mereka melepak di kafe tersebut, akhirnya Elzara membuat keputusan untuk pulang. Dia sebenarnya tidak betah berada di situ lama-lama dengan kehadiran Brian walaupun Brian adalah merupakan pemilik kafe tersebut. Dia resah dan tidak selesa apabila sepasang mata biru milik Brian asyik merenungnya. Elzaraa mencuit bahu Lyn dan mengajaknya pulang dan Lyn teranggukangguk bagaikan burung belatuk. Tindakannya yang sedikit kalut mengundang tanda tanya kepada Brian.

Kenapa Tegurnya.

Kami rasa kami nak balik dululah. Rasa macam dah lama sangat dekat sini. Takut ibu dekat rumah risau pula... Elzaara dengan segera menjawab pertanyaan Brian kerana dia tahu Lyn pasti tidak akan menjawab. Kalau jawab pun mesti tergagap-gagap.

Hailah, buat malu kaum wanita jelah minah ni! Cubalah cover line sikit kalau kot iya pun nak gelabah tak tentu pasal. Getus Elzaara dalam hati.

Lagipun Lyn kena masuk pejabat, kan

Lyn mengangguk pantas, Ya, ya... kena masuk pejabat.

Eh, sekejap! Jangan pergi mana-mana sampai I datang balik sini, Brian bergegas bangun dan melangkah turun ke tingkat bawah.

Elzaara hanya mengangkat bahu manakala Lyn sudah seperti ayam berak kapur keadaannya. Haziq sudah tersengih-sengih melihat gelagat Lyn yang tercengang-cengang.

Brian kembali dengan membawa dua buah beg plastik dan diletakkan di atas meja.

This is for both of you. Ambillah seorang satu. Just a small token from this kafe. Jawapan Brian menjawab segala pertanyaan yang bertandang di benak Elzaara. Dua kotak pizza yang berbeza inti untuk mereka.

Susah-susah je awak ni. Terima kasihlah ya, Lyn senyum simpul lalu mengucapkan terima kasih atas kebaikan Brian.

Tak ada apa-apalah. Terima kasih sebab sudi menceriakan hari I hari ini dan sudi singgah makan di sini. By the way, bill you all dah settle ya. Nah, ni duit you all bayar tadi. Pengakuan Brian menyebabkan Lyn dan Elzaara terkedu.

Err, Brian...

Its okay. I belanja hari ini. Special untuk Haziq, Brian mengusap rambut lebat Haziq.

Erm, kalau macam tu tak apalah. Sorry again sebab dah banyak menyusahkan awak pula. Terima kasih sebab sudi melayan kerenah Haziq. Kami balik dululah ya Lyn sudah bangkit dai kerusi dan bersedia untuk beredar.

Elzaara cuma membisu apabila Lyn sudah boleh bercakap tanpa gagap lagi.

Haziq, salam uncle. Ucap terima kasih dengan uncle, Arah Elzaara.

Terima kasih, uncle!

Sama-sama sayang. Nanti datang lagi tau.

Okey!

Haziq menghulurkan tangan dan kucupan mesra dihadiahkan di pipi Brian sebagai balasan.

Brian sempat lagi berbisik ke telinga Haziq menyebabkan Haziq terkekeh-kekeh ketawa. Brian menghantar mereka sehingga ke luar pintu Kafe dan melambaikan tangannya kepada mereka sehingga kedua-dua buah kereta mereka hilang daripada pandangan matanya. Bibirnya masih lagi menguntum senyuman walaupun kelibat Elzaara sudah pun menghilang.