walaupun dia sebenarnya sedang sakit hati. Berharihari dia menunggu kelibat Imran mencarinya, hampir setiap minit telefonnya diperiksa kerana menunggu panggilan dari Imran dan beratus kali juga Adelia bertanya pada Puan Sri Munirah mengenai keadaan Imran yang langsung tidak menjengahnya selepas majlis pertunangan mereka.
Imran meninggalkan dia di dalam majlis mereka dalam keadaan tergesa-gesa dan langsung tidak mencarinya. Disebabkan hal itulah, Adelia akhirnya membawa diri ke sini. Dia mahu bertemu Imran.
You tak ketuk pintu ke tadi Tanya Imran.
Spontan soalan tersebut keluar apabila Imran memanggungkan kepala. Dia langsung tidak mendengar sebarang ketukan melainkan suara dan tubuh Adelia yang sudah terpacak di depan matanya. I tak ketuk pun. Malas nak ketuk. Jawab Adelia.
Setiausaha I tak ada dekat luar ke Dia sepatutnya beritahu I mengenai kedatangan you dan iring you masuk ke bilik I. Dia tak ada di luar ke
Dia ada. Tapi, I yang tak bagi dia buat semua tu. I nak bagi kejutan pada you. Ujar Adelia selamba.
You tak boleh buat macam ni. Tak bolehlah ikut suka hati you nak serbu bilik I, tak elok. Kenapa You tak suka I datang ke
Bukan tak suka, tapi I tengah bekerja sekarang. I sibuk. Imran tak sibuk. Dia sebenarnya berusaha sedaya upaya untuk menyibukkan diri demi mengelak bertemu dengan Adelia.
Takkanlah you langsung tak ada masa kot. Tak apalah nanti I cakap dekat Papa suruh bagi you lesser workload. Pujuk Adelia sambil mendekati, lantas mencium pipi Imran.
Adelia. Dont do that. Tak manislah. Tepis Imran sebaik sahaja dia tersedar yang bibir Adelia sudah pun singgah dipipinya.
Apa you ni kolot sangat It just a kiss. I bukannya buat apa pun. Adelia mengerutkan dahinya. Dia terkejut dengan reaksi Imran yang sedikit menolak tubuhnya. Langsung Adelia tidak menduga yang Imran adalah seorang yang begitu ketinggalan.
I tak suka. Hormat sikit. Sekarang ni bulan puasa tahu Imran mengerutkan dahinya. Adelia sungguh kurang sopan pada hematnya.
Bulan puasa aje pun. Tak ada beza pun puasa ke tak puasa ke... sama je. Adelia membentak.
Wajah Imran bertukar kelat mendengar kata-kata Adelia yang seolah-olah tak pernah belajar agama. Nak dikatakan kurang ilmu, tinggi juga tahap pendidikan Adelia ni. Imran sendiri tidak tahu sama ada dia bertuah atau tidak, dapat memiliki Adelia. Kalau dilihat pada kelakuan Adelia ini, banyak yang perlu Imran lakukan untuk mengubah Adelia.
I rindukan you. Takkanlah sentuh sikit pun tak boleh Lecehlah you ni. Adelia merungut dengan tingkah dingin Imran yang menolak ciumannya.
Bukan masanya lagi Adelia. Kita baru bertunang. Bukannya dah bernikah pun. Imran berterus terang.
I ingat you lupa yang I ni tunang you. I call you tak angkat, nak tunggu you call memang langsung taklah. Kali terakhir kita jumpa adalah masa you tinggalkan I dalam majlis kita. Adelia tarik muka, merajuk.
I sibuk. Boleh tak you balik dulu. Nanti bila I lapang kita luangkan masa bersama lagi.
I tak nak balik. I nak kita keluar date hari ni. I dah buat temujanji dengan wedding planner. Sekejap lagi kita keluar. Putus Adelia tanpa mendapatkan persetujuan Imran.
Hari ni tak boleh. Lain kalilah.
I tak peduli. I nak kita keluar hari ni. I tak nak dengar alasan you tentang semua kerja-kerja you yang berbaki tu. I nak you teman I hari ni. Adelia sudah memuktamadkan keputusannya. Dia tidak akan bertoleransi jika Imran menolak permintaannya.
Adelia, lunch time nanti I ada meeting. I tak boleh nak senang-senang batalkan temujanji I just because you dah buat temu janji.
Itu you tak payah risau sangat. I dah uruskan semuanya untuk you. In fact, petang ni you free. I dah batalkan semua urusan-urusan tak penting you tu. I nak kita spend time bersama petang ni.
Yang you nak memandai urus jadual I ni kenapa Imran ternyata berang. Bibirnya diketap geram.
Sudahlah datang tidak diundang, masuk tanpa izin, mengarah itu dan ini. Baru lima belas minit Adelia berada di depan matanya, Imran sudah pun mulai bosan. Hidupnya seolah-olah disusun oleh Adelia tanpa pengetahuannya sendiri.
You cakap you sibuk sebab tu you tak boleh nak datang jumpa I. Jadinya I tolonglah applykan cuti untuk you. Yang you nak naik angin tak tentu pasal ni kenapa Adelia menjeling tajam. Dia sedikit terkejut dengan reaksi Imran yang keterlaluan. Sudahlah payah mahu berjumpa, bila berjumpa dia dimarahi pula.
Adelia, ini tempat kerja I. Tolong jangan masuk campur. You tak boleh nak atur hidup I sesuka hati you. I nak you faham tu. Imran memberi amaran kerana dia tidak suka jadualnya yang sudah kemas disusun untuk seminggu berkecamuk atas arahan Adelia.
You kena ingat I ni anak pemilik syarikat dan you tu bakal menantu Tan Sri Malik. Suka hati I lah nak buat apa pun. Kalau I nak suruh you cuti setahun pun, bukannya ada orang berani bantah. Semua orang di sini sepatutnya kena ikut cakap I. Adelia mula menyampah. Imran seolah-olah lupa yang dia adalah bakal menantu kepada pemilik Emerald Group.
I memang tunang you, tapi I bukan pekerja you. Yang you nak sibuk sampai mohon cuti untuk I tu kenapa Dia orang pun ada prosedur sendiri, bukannya senang-senang nak apply cuti macam tu aja.
Eh, I peduli apa! Yang penting I nak you ikut I hari ni. Siapa yang berani sangat tak luluskan cuti you tu
Oh god, you ni memang tak faham bahasa. You tak payah nak tunggu I. Kerja I dah banyak yang tertangguh disebabkan urusan pertunangan kita. I tak nak kerja tu semua bertimbun hanya kerana kita nak keluar dating.
You ni kenapa I bukannya suruh you buat apa pun. Kita keluar sekejap. Takkan tu pun tak boleh
Bukan tak boleh, masalahnya sekarang ni you memandai-mandai susun jadual I. I tak suka, nanti apa orang kata
Siapa yang nak kata apa-apa You cuba cakap dengan I siapa orangnya
I ada rakan sekerja. I ada pekerja bawahan. This kind of unprofessional attitude bukan sesuatu yang I lakukan. Ambil cuti membabi buta, bukan cara I.
Mungkin you lupa Imran. Ini syarikat Papa I, dia orang cuma kuli I aja, you pun sama. I cakap apa pun you ikut ajalah. Adelia jelas marah.
Dia tidak suka apabila Imran tidak mahu menurut katanya. Belum pernah setiap permintaannya selama ini ditolak mentah-mentah. Imran keterlaluan.
You are such a spoil brat, Adelia. I takkan ikut semua yang you minta. You balik dululah. I tak ada mood lagi dah nak keluar ke nak buat apa pun.
You juga yang nakkan anak manja ni jadi tunang you, kan Hadap ajalah. Adelia turut lancang bersuara.
Eh, kalau tak kerana Mama dan Papa I kemaruk nakkan you jadi menantu dia orang, tak ada maknanya I sudi nak bertunang dengan you! Tanpa disedari Imran membalas kata-kata Adelia dengan nada yang cukup kuat.
Ini adalah ungkapan paling tulus yang pernah diluahkan Imran dek kerana terlalu marahkan Adelia. Sudahlah dia kecewa dengan Nadhirah, kini dia terpaksa pula mengasuh anak manja ini. Kesabarannya yang senipis kulit bawang mula terhakis sedikit demi sedikit dengan kedegilan Adelia.
Eh, tak kiralah siapa pun yang jodohkan kita. Masalahnya sekarang ni, kita dah bertunang. Tak lama lagi dah nak kahwin. Takkan nak bersama sekejap pun nak kena tunggu you sampai 3-4 bulan
I rasa I nak kena berterus terang dengan you Adelia. Kita bertunang hanya kerana persahabatan keluarga. I tak cintakan you dan I tahu yang you pun tak cintakan I. Terang Imran dengan penuh hati-hati.
So
I rasa tak perlu kita nak berusaha sangat untuk beritahu satu dunia yang kita ni dah bertunang dan bakal berkahwin. Imran mahu Adelia faham akan hakikat ini. Sehingga kini dia masih gagal memujuk hati menerima Adelia dengan ikhlas dalam hidupnya.
Cinta boleh dipupuk, kan I akan berusaha untuk mencintai you. Masalah kita sekarang adalah you. You yang tak nak bagi peluang pada hubungan ni. You jauhkan diri. Macam ni ke kita nanti bila dah berkahwin Adelia yang pada mulanya terkedu dengan permintaan Imran mulai tidak berpuas hati.
I am not sure dan I tak berminat pun nak membayangkan macam mana kehidupan kita lepas kahwin. Imran menjawab acuh tidak acuh.
You are such a jerk. Gumam Adelia geram. Katakata Imran terus mematikan niatnya untuk terus bersikap sopan pada tunangnya ini.
Yes I am dan pada pendapat I, apa kata kita buat kerja masing-masing. I takkan masuk campur urusan you dan I harap you pun takkan masuk campur urusan I. Satu demi satu perkara yang keluar dari mulut Imran mula menebak segala isi hatinya. Dia enggan membiarkan Adelia berharap pada dirinya lebih-lebih.
Are you telling me to stop trying Adelia meninggikan suaranya.
I cuma tak nak terus biarkan you mengharap pada I. Hubungan kita sekarang terjalin disebabkan kehendak parents kita. Ive my own choice, tapi kami putus sebab pertunangan ni. Jangan terlalu menaruh harapan tinggi, I tak nak you kecewa. Imran cuba menghirup nafasnya dalam-dalam. Sekarang, satusatunya benda yang I boleh tawarkan pada you adalah kebebasan you. Buatlah apa yang you suka. You pergilah ke mana pun you nak pergi I tak halang.
Tak payah nak berlakon baik sangatlah Imran.
I rasa lebih baik you cakap je terus terang yang you sebenarnya nak I jauhi you. Kan senang macam tu. I pun bukannya hadap sangat nak berkahwin dengan you. Getus Adelia. Matanya mula berair. Dia langsung tidak menyangka akan jodoh yang dicari oleh mamanya begini teruk sekali.
Kita tak ada pilihan lain. Suka atau tidak, kita dah pun terikat dengan pertunangan ini. Cuma I tak suka you datang sini sesuka hati you dan I tak suka bila you memandai nak susun hidup I. Imran menuturkan setiap permintaannya dengan jelas. Dia mahu Adelia faham segala-galanya.
You ni memang tak guna. I akan pastikan your parents tahu macam mana you layan I. You tengoklah nanti Imran. Adelia lantas menyambar beg tangannya. Dia diselubung marah mendengarkan kata-kata Imran yang menyakitkan hati. Dia enggan lagi menatap wajah tunang kurang ajarnya ini. Benci.