SEOUL LOVE STORY - 19
Malam itu, sekali lagi Abriel terpaksa menurut ajakan teman-teman untuk keluar berhibur. Mereka semakin pandai memujuk gadis itu. Abriel sudah menceritakan semua pada mereka. Kata mereka, keluar berhibur akan membuat dia lupakan lelaki bajingan yang telah melukakan hatinya.

Yoonmi dan Haegyo telah mendandannya dan memaksa dia memakai sehelai gaun pendek berwarna biru yang sarat bertatah manik dan labuci walaupun berkali-kali Abriel menolaknya. Kemudian Yongwung hampir mendukungnya keluar dari rumah agar dia mahu mengikut mereka keluar. Selepas pertengkaran kecil untuk beberapa minat, akhirnya Abriel mengalah.

Di dalam kereta, mereka menyanyi riang, membuatkan mood Abriel yang tadinya agak buruk berubah gembira. Dia memang bukan jenis yang akan marah untuk satu tempoh yang lama. Mereka berhenti di sebuah restoran hipster, sebelum dilanjutkan ke pusat karaoke bersebelahan dengan dengan restoran itu sebelum meluncur ke sebuah warung untuk membeli tteokbokki dan makan bersamasama.

Makan sudah, menyanyi sudah. Sekarang masa untuk menari! pekik Yongwung riang. Yang lain kecuali Abriel menjerit setuju. Setengah jam kemudian, mereka sudah memotong barisan untuk masuk ke dalam sebuah disko, terima kasih pada Yongwung dan orang-orang yang dikenalinya. Para pengunjung lain yang masih berbaris menjeling mereka dengan penuh jengkel. Haegyo melambai-lambai ke arah mereka sambil menjelirkan lidah. Dan sekali lagi Yongwung menggunakan pengaruhnya untuk mendapat tempat di meja VIP berhampiran lantai tari. Belum sempat duduk, Haegyo sudah menarik tangan Yoonmi dan Jongmin dan mengajak mereka menari.

Tak ada bilik soal Abriel pada Yongwung, separuh menjerit.

Semua ada orang. Tak ada yang kosong, jerit Yongwung kembali. Kenapa Kau tak suka di sini soalnya.

Abriel menggelengkan kepala sambil tersenyum. Kemudian dia menumpukan perhatian kepada teman-temannya di lantai tari. Yongwung pula berbual dengan seorang lelaki yang memanggil namanya sebentar tadi. Kemudian Yongwung mencuitnya. Jom! Naik atas!

Kau cakap tak ada bilik kosong jerit Abriel kembali.

Yongwung menuding ke arah temannya tadi. Kawanku

ada buat parti. Dia ajak kita sekali.

Abriel menoleh ke arah Hyeon, mencari persetujuan. Hyeon mengangguk. Nanti aku panggilkan mereka, ujarnya sambil menuding ke arah teman-teman di lantai tari.

Yongwung mengajak Abriel naik terlebih dahulu. Katanya nanti dia akan meninggalkan pesan pada penjaga pintu agar teman-teman lain boleh menyusul kemudian. Mereka menaiki lif ke tingkat atas. Pintu lif terbuka di depan sebuah pintu yang dijaga dua lelaki. Pintu itu mengarah kesatu ruang dansa yang lebih besar dan esklusif. Lagu Ne-Yo dan Pitbull berkumandang.

Abriel menjerit ke arah Yongwung. Macam mana kau kenal ramai orang dalam dunia ni

Yongwung tertawa. Ayahku ada tiga empat buah kelab di Korea Selatan, sahutnya santai.

Tiga empat atau tiga puluh empat Mungkin tiga puluh empat lebih tepat, fikir Abriel. Yongwung memang selalu merendah diri.

Lelaki itu mengajaknya duduk di sofa merah di satu penjuru. Agak tersorok tetapi mereka boleh memperhatikan para tetamu yang hadir. Perempuan-perempuan cantik dengan pakaian seksi dan lelaki-lelaki kacak kerap kali melintas di hadapannya. Ada yang dengan selamba bercumbuan di lantai tari.

Abriel menoleh ke tempat lain, sedikit malu melihat aksi yang sepatutnya hanya dibuat di dalam bilik yang tertutup. Namun Yongwung hanya selamba. Kau nak minum soalnya pada Abriel sambil menggamit seorang pelayan.

Abriel mengangguk. Orange juice, ujarnya.

Non alkohol teka Yongwung. Abriel mengangguk.

Selepas pelayan beredar, Yongwung menoleh ke arah Abriel. Kau okey Kenapa sejak kebelakangan ni kau jadi pendiam

Abriel tersenyum. Bukan aku memang selalunya pendiam

Yongwung mencebik. Ya, tapi tak seperti sekarang. Jadi

Abriel cuma diam. Tidak tahu apa yang mahu dikatakan. Yongwung menatap wajahnya lama. Pasal lelaki

Abriel mengangguk mengiakan. Mata Yongwung membulat.

Wow!

Kenapa Pelik bila orang macam aku ada masalah dengan lelaki soal Abriel dengan nada bergurau.

Tak.. bukan Cuma.. Wow! Aku perlu masa untuk menghadamkannya, ujar Yongwung dengan ekspresi yang tiba-tiba berubah.

Abriel berkerut kehairanan. Maksud kau.

Aku kecewa

Abriel mencebik lagi. Dia tahu lelaki ini bukan bergurau. Tapi apa yang harus dia katakan Kalau melawak mungkin lelaki itu kecil hati. Ah, jangan merepeklah. Kau tak pernah menunggu aku jadi tak ada sebab untuk kau kecewa, ujarnya. Fikirkan barisan perempuan yang pernah kau tayangkan di hadapanku.

Yongwung menggeleng. Aku cuma mahu buat kau cemburu. Supaya kau sedar aku ini seorang lelaki yang layak dimiliki.

Oh, macam tu ke logik lelaki Abriel cuma bersuara di dalam hati. Mereka saling berpandangan untuk beberapa ketika sebelum ketawa terbahak-bahak bersama-sama.

Lelaki itu mesti hebat sebab dia berjaya menakluki kau, ujar Yongwung, kali ini lebih lembut.

Boleh tahan. Walaupun sebenarnya aku tak suka perkataan menakluki, sahut Abriel.

Kacak soal Yongwung.

Sangat, sahut Abriel.

Baik hati

Yup. Juga peramah, baik hati dan bijak.

Kaya

Mungkin. Aku lupa bertanya. Tapi rasanya tak ada yang kurang.

Boleh diharap

Mestilah!

Jadi kenapa dia membuat kau menangis

Abriel terdiam. Ya, kenapa Dia juga ingin bertanya soalan yang sama kalau boleh. Ah, andai saja Jaejoong mahu memberikan kesempatan untuk dia menjelaskan semuanya, adakah hasilnya akan berbeza Mungkin.

Bukankah cinta memang begitu sahut Abriel akhirnya.

Ah, cinta! Memang tak boleh menang dengan logik cinta. Kalau dari dulu lagi kau ceritakan siapa lelaki itu mungkin aku boleh tolong kau.

Memperbetulkan keadaan soal Abriel bingung.

Yongwung menggeleng. Tak. Mematahkan tulangnya sampai dia sedar, sahutnya selamba.

Abriel ternganga mendengarnya. Tetapi beberapa saat kemudian, mereka kembali ketawa berdekah-dekah.

Yongwung menatap gadis itu lama. Kau cantik saat kau diam, tetapi menakjubkan masa kau ketawa. Kau tahu kan Ataupun sebenarnya kau memang sedang menggoda aku soal Yongwung kembali bergurau.

Hish! Merepek! ujar Abriel sambil memukul lengan Yongwung. Kemudian mereka tertawa lagi.

Ke tepi! Suara serak yang kasar itu membuat mereka berhenti ketawa dan menoleh ke arah sumbernya. Mata Abriel terbeliak, tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Begitu kecil kah Seoul ini sampai mereka harus terserempak di mana-mana

Ke tepi Kau nak aku tolong kau ke tepi soal Jaejoong sekali lagi, peuh dengan nada mengancam. Yongwung menoleh ke arah Abriel. Reaksi di wajah gadis itu cukup membuktikan yang lelaki yang mereka bicarakan tadi sudah berada di depan mata mereka. Dia kembali memandang Jaejoong, cuba bersikap biasa walaupun seluruh sel di dalam tubuhnya seakan bergetar dilanda emosi.

Mabuk ke kawan soalnya pada Jaejoong.

Tak, sahut Jaejoong singkat.

Jadi apa masalah kau sampai menyuruh aku ke tepi soal Yongwung sambil berdiri. Gerakannya terhenti saat Abriel menarik tangannya.

Jom kita pergi. Jangan rosakkan majlis orang, ujarnya lalu menarik Yongwung pergi.

Saya tak suruh awak pergi! Saya suruh dia pergi! tempik Jaejoong keras. Emosinya semakin terganggu saat melihat Abriel memegang tangan lelaki itu.

Tadi dia fikir dia berkhayal saat melihat Abriel melintas di depannya. Dia cuba mengingat berapa gelas minuman yang diminumnya, baru segelas. Tak mungkin dia mabuk secepat itu. Dia mengikut pergerakan gadis itu. Memang dia. Dan Jaejoong tersenyum sendiri, bersyukur kerana akhirnya dia dipertemukan dengan gadis itu. Namun dahinya berkerut melihat Abriel datang bersama seorang lelaki. Senyuman di bibirnya hilang saat melihat mereka duduk berduaan di suatu sudut dan tanpa disedari dia menghampiri pasangan itu saat gadis itu mula ketawa. Adakah semudah itu Abriel melupakannya Memadam semua kenangan mereka bersama. Secepat itu dia menemui pengganti

Kau tak ada hak menghalang aku! getus Abriel. Hilang sudah panggilan hormat dan suara manjanya selama ini. Yang ada cuma kebencian di matanya. Gadis itu menoleh pada Yongwung dan menarik tangannya. Jom

Namun secepat itu tangannya dicengkam Jaejoong dan secara refleks, Yongwung mencengkam kembali tangan Jaejoong.

Entah dari mana dia datang, Yoohwan sudah berdiri di sebelah Jaejoong. Hyung! Itu cuma kawan sekelasnya! Kawan sekelas! bisiknya ke telinga Jaejoong yang masih merenung Abriel.

Abriel membeliakkan mata ke arah Yoohwan dengan perasaan kesal. Yoohwan menggeleng, mengisyaratkan yang Jaejoong tidak main-main.

Yongwung, tolonglah. Aku nak cakap dengan kau sekejap, ujar Yoohwan pada teman baiknya yang menoleh ke arahnya dengan pandangan tidak percaya.

Aku tak boleh tinggalkan dia di sini, sahut Yongwung.

Boleh. Dia bukan urusan kau! sergah Jaejoong.

Aku urusan kau protes Abriel sinis. Kemarahannya memuncak.

Mestilah, sahut Jaejoong selamba.

Abriel mengeluh keras. Lelaki ini memang tak tahu malu! Aku nak pulang, ujarnya kasar.

Aku hantar! Dua suara serentak berkata. Jaejoong melirik Yongwung.

Terpulang pada kau. Tapi kalau kau bawa dia pergi, jangan harap kau boleh pergi dengan aman.

Yongwung tersenyum mengejek. Kau ingat aku takut

Abriel mengetap bibir. Kekecohan itu sudah menarik perhatian beberapa orang. Dia tidak mahu publisiti sebegitu. Lepaskan tangan aku! jeritnya pada Jaejoong.

Mujurlah bunyi muzik yang kuat membuat suaranya cuma didengar oleh beberapa orang.

Saya akan lepaskan awak kalau dia lepaskan awak juga.

Abriel menjerit kesal. Dua-dua! Lepaskan aku!

Yongwung dan Jaejoong melepaskan pegangan mereka pada Abriel hampir serentak. Gadis itu menjeling marah. Aku nak balik! Balik sendiri!

Dengan pantas Abriel meninggalkan ruangan itu, menuju ke lif. Tidak dipedulikan suara-suara yang memanggil namanya. Dia hanya mahu pergi jauh dari situ.

Namun memang nasibnya sial malam itu. Di luar hujan lebat. Dia berdiri di depan pintu sambil memandang keadaan sekeliling yang basah dan sunyi. Di belakangnya dia mendengar suara Jaejoong memanggilnya. Sial! Rupanya lelaki itu masih tidak putus asa.

Tanpa berfikir panjang, Abriel merempuh hujan yang lebat itu. Fikirannya hanya satu. Menahan teksi dan pergi dari situ. Tanpa mempedulikan jeritan Jaejoong yang semakin kuat, Abriel separuh berjalan dan separuh berlari menuju ke jalan utama. Sedar-sedar Jaejoong sudah di sebelahnya, menudung tubuhnya dengan menggunakan jaket kulitnya. Hujan. Nanti awak sakit

Abriel menepis jaket itu sampai jatuh ke tanah. Merasa langkahnya agak perlahan, dia menanggalkan kasut tumit tingginya dan lari berkaki ayam. Jaejoong menjerit melihat perbuatannya.

Abriel! Nanti kaki awak luka! Berhenti!

Abriel cuba menepis tangan Jaejoong namun ternyata kudratnya tidak dapat melawan kekuatan lelaki itu. Jaejoong mencempung tubuh gadis itu dan dengan mudah membawanya ke kereta. Abriel menjerit sekuat-kuat hati, berharap agar lelaki itu akan pekak mendengar jeritannya. Dia memukul, menumbuk dan menampar sepuas hati. Inikah yang dirasakan oleh watak-watak utama dalam novel yang harus merasakan kemarahan yang dirasakannya sekarang

Jaejoong menurunkan Abriel di sebelah keretanya, bahagian penumpang. Dia menekan tubuhnya, menahan gadis itu daripada lari sebelum mematikan penggera kereta dan membuka pintu. Dia kemudian menyuruh Abriel masuk ke dalam.

Jangan cuba nak lari! Kalau awak lari, saya tak ada masalah untuk tangkap awak dan buat benda yang sama berulang kali! ancam Jaejoong agak keras. Abriel menjerit marah.

Hey, kalau tak nak masuk, kita boleh berdiri di sini sampai esok. Kita tengok daya tahan badan siapa yang lebih kuat. Saya tak ada masa menjaga awak kalau awak sakit dan awak tak perlu risau saya jatuh sakit.

Dia mendorong Abriel agar masuk ke dalam. Selepas gadis itu masuk, dia menutup pintu dan berlari menuju ke pintu sebelah pemandu. Dengan kesabaran yang luar biasa, dia memasang tali pinggang keledar gadis itu dan mula memandu. Pemanas dipasang pada suhu maksimum.

Aku nak balik, ujar Abriel agak kasar namun Jaejoong tidak menjawab. Dia terus memandu dalam hujan lebat itu. Suhu kereta yang agak hangat membuat mata Abriel terasa mengantuk. Lama-lama dia tertidur.

Jaejoong melirik ke arah gadis yang sudah terlena itu. Dia memandu menuju ke apartmennya, dengan harapan gadis itu tidak terbangun sebelum mereka sampai di rumah. Dari tempat letak kereta bawah tanah bangunan apartmennya, dia mendukung Abriel naik lif ke tingkat atas tanpa mengejutkan gadis itu.

Mata Abriel terbuka pintu rumah Jaejoong tertutup. Serta merta matanya disajikan pemandangan sebuah apartmen mewah yang didominasi warna perang. Ini di mana soalnya dengan nada mengantuk.

Rumah saya, sahut Jaejoong selamba.

Abriel membuka mata. Dia menolak tubuh Jaejoong dan turun dari pangkuannya. Aku kata aku nak balik! jeritnya pada Jaejoong yang masih selamba. Lelaki itu membuka salah satu almari di tepi pintu dan mengeluarkan dua helai tuala.

Kan awak dah balik, ujarnya sambil menghulurkan tuala itu pada Abriel.

Balik rumah aku sendiri, bodoh! tengking Abriel. Tuala di tangan Jaejoong ditepis. Pertama kali Jaejoong melihat Abriel benar-benar marah sehingga memaki hamunnya.

Rumah saya kan rumah awak juga, ujar Jaejoong sambil mengutip tuala itu dan meletakkannya di atas kepala Abriel. Abriel mengelak. Dia berpusing untuk beredar namun Jaejoong lebih pantas darinya. Lelaki itu menolaknya ke tepi dinding dan menghimpit tubuhnya. Semakin kuat Abriel meronta, semakin kuat Jaejoong menekan tubuhnya pada tubuh Abriel.

Bahaya! Itu yang Abriel fikirkan. Jaejoong cuba menciumnya tetapi Abriel menolak. Dia memalingkan kepalanya berkalikali. Jaejoong tidak putus asa. Dia berusaha lagi sehingga akhirnya berjaya. Kemudian dia melepaskan ciuman itu sebelum berbisik di telinga Abriel. Saya minta maaf. Saya minta maaf sebab tak percayakan awak. Saya minta maaf kerana sudah mengkhianati awak. Berjauhan dengan awak buat saya jadi gila. Tolonglah kembali pada saya. Kalau awak tak cintakan saya, anggaplah ini pertolongan awak untuk bantu saya keluar daripada kegilaan dan kemungkinan bunuh diri. Saya cintakan awak. Saya cintakan awak.

Rayuan Jaejoong begitu menyentuh hati. Abriel mengetap bibir. Perlukah dia memaafkan gadis ini Hatinya ingin percaya pada kata-kata Jaejoong, namun otaknya melarang dia tunduk. Dia bodoh kalau dia tunduk pada lelaki ini. Tapi apa lagi yang kau nak Lelaki ini sudah merangkak untuk merayu kau kembali padanya

Mata Jaejoong dan Abriel bertemu. Kembalilah pada saya, bisik Jaejoong lagi. Saya berjanji akan buktikan bahawa saya lelaki paling setia. Saya tak akan ungkit tentang gambar itu lagi. Saya akan tunggu sampai awak jelaskan semuanya pada saya bila-bila yang awak mahu. Tolonglah Chaekyong kata-kata Abriel terputus di situ.

Itu salah saya. Kerana alkohol dan mengikutkan perasaan. Tapi yang terjadi tidak seperti yang dilukiskan oleh tabloid, awak tahu kan tukas Jaejoong pantas.

Abriel terdiam. Walaupun hatinya mula goyah, dia tidak mahu mengalah secepat itu. Entahlah, keluhnya.

Baiklah, kita tak perlu terburu-buru. Awak perlu tukar baju. Saya risau awak sakit, ujar Jaejoong sambil mengeringkan rambut Abriel dengan lembut. Dia lega kerana gadis itu tidak lagi melawan. Dia menyuruh Abriel mandi air panas dan membawakan gadis itu sepasang kemeja-T dan seluar pendek sebagai gantinya. Seluar itu agak labuh untuk Abriel yang kecil molek namun gadis itu menyarungnya tanpa banyak soal.

Jaejoong menyuruh Abriel duduk sementara dia memasak spageti untuk gadis itu. Kemudian mereka makan bersama. Jaejoong menuangkan sedikit jus anggur putih untuk Abriel agar tubuh Abriel lebih hangat dan tidak akan dijangkiti demam.

Selesai makan, Jaejoong menyuruh Abriel tidur di dalam biliknya manakala dia sendiri tidur di bilik tamu. Namun Abriel gagal melelapkan mata. Dia sukar tidur di tempat yang asing. Lebih sepuluh minit dia duduk sendirian dalam cahaya samar-samar sehingga Jaejoong membuka pintu bilik.

Kenapa tak tidur Tak selesa soalnya. Dia sebenarnya masuk untuk mengambil selimut di dalam almari.

Abriel menggeleng. Selesa

Jadi Takut tidur seorang soal Jaejoong dengan senyuman. Nak saya temankan

Hampir gugur jantung Jaejoong saat gadis itu mengangguk setuju. Dia menghampiri katil dan menyelinap ke bawah selimut bersama Abriel. Untuk beberapa saat, mereka hanya baring sebelah menyebelah dan diam membisu.

Nyanyikan aku satu lagu, ujar Abriel tiba-tiba. Jaejoong menoleh ke arah gadis itu dalam samar-samar lampu tidur. Wajahnya serius. Jaejoong memeluk gadis itu dan mula menyanyikan sebuah lagu. Lembut dan merayu.

jjj

Abriel merasa dia sukar untuk bernafas. Ada sesuatu yang berat menghempap perutnya. Perlahan-lahan dia cuba menolak lengan yang menghempap tubuhnya tetapi gagal.

Dia membuka mata.

Itu bukan biliknya. Itu perkara pertama yang difikirkannya. Dia melirik ke sebelahnya dan melihat Jaejoong yang sedang tertidur nyenyak tanpa baju. Dengan panik, dia memeriksa dirinya sendiri. Berpakaian lengkap seperti semalam. Syukur! Mujurlah Jaejoong tidak bertindak yang bukan-bukan dengannya walaupun malam tadi dia seakan sudah menyerah dengan mengajak lelaki itu tidur bersamanya.

Abriel masih berfikir saat Jaejoong membuka mata. Walaupun dalam keadaan baru bangun tidur, wajah gadis itu tetap cantik. Kenapa pagi-pagi ni muka awak dah susah hati soal Jaejoong.

Abriel menoleh ke arahnya, agak terkejut. Tak ada apaapa, ujarnya. Kenapa

Jaejoong tersenyum. Dia merangkul tubuh gadis itu erat walaupun gadis itu cuba menepisnya. Buatlah apa yang awak suka. Saya tak kisah.

Walaupun saya mengikis harta awak sampai habis soal Abriel. Dia sudah kembali menggunakan panggilan yang sopan untuk Jaejoong.

Harta saya takkan habis kalau awak beli pulau sekalipun, ujar Jaejoong dengan senyuman. Dia senang Abriel sudah kembali tenang dan berlembut dengannya.

Abriel ketawa. Wah, untungnya saya dapat lelaki kaya! ujarnya separuh mengejek.

Jaejoong merapatkan pelukannya pada Abriel. Tangannya mula menjalar, membuat Abriel mula panik. Dia tidak selesa. Ini terlalu cepat.

Tunggu!

Jaejoong yang sedang mencium leher Abriel terhenti.

Apa

Saya lapar!

Kedengarannya bodoh tetapi itulah satu-satunya cara untuk dia menghentikan tidakan Jaejoong yang tidak diingininya itu. Padahal semalam dia begitu benci dan marah pada lelaki itu. Dia tidak mahu menyerah begitu mudah.

Jaejoong terdiam sejenak, menikmati ekspresi panik di wajah Abriel. Dia tertawa sebelum bangun dari katil. Dia mahu menyediakan sarapan untuk gadis yang paling dicintainya.

Sepeninggalan Jaejoong, Abriel menepuk dahi. Aduh! Apa yang baru terjadi Apa yang perempuan lain akan lakukan dalam keadaan macam ni Abriel bingkas bangun dan menuju ke bilik air. Dia mencuci muka dan memberus gigi. Itu penting, kalau tiba-tiba nanti Jaejoong akan menciumnya lagi. Tapi tadi kan dia dah cium aku soalnya pada diri sendiri. Ah! Mengarutlah!