TOK NGAH DARUS berkeluh kesah. Sarapan yang disediakan oleh isterinya tidak dijamah. Begitupun, semenjak lepas bersolat Subuh di masjid tadi, Tok Ngah Darus tidak ke mana-mana pun sekalipun pelbagai rancangan bermain-main di dalam kepalanya. Tok Ngah Darus masih lagi menantinanti isyarat yang paling sesuai untuknya memulakan kerjanya. Tok Ngah Darus tahu, Imam Tua yang sedang terkedang di rumahnya bukan sakit biasa. Hanya disebabkan Tok Melah, Tok Ngah Darus tidak melawat sepupunya itu biarpun dia terus didesak oleh hati kecilnya untuk ke sana. Tok Ngah Darus tahu dia tidak akan dialu-alukan oleh Tok Melah, terutama selepas Imam Tua menghadiahkan tanah pusaka bergeran besar itu kepadanya. Sebenarnya Tok Ngah Darus pun tidak menyangka yang Imam Tua akan berbuat begitu. Selama ini pun, Imam Tua banyak dipengaruhi oleh isterinya yang kuat cemburu dan berhasad dengki itu.
Aku kena cari Angah Soyah. Angah Soyah saja yang tahu apa yang sedang berlaku dalam kampung ni,
Tok Ngah Darus bersuara memberitahu dirinya. Sudah agak lama Tok Ngah Darus tidak berjumpa dengan Angah Soyah. Sudah lama juga Angah Soyah tidak merayau-rayau sehingga ke seberang sungai di belakang rumahnya. Selalunya, kalau Tok Ngah Darus tidak menegur Angah Soyah, Angah Soyah yang terlebih dahulu menegur dengan sengihannya yang mengalahkan kerang busuk bersama barisan giginya yang kuning karat kerana tidak pernah digosok. Kalaupun Angah Soyah tidak menegur, hidung Tok Ngah Darus sendiri akan memberitahu kehadiran Angah Soyah, cucu gemulah Tok Som yang sangat dibenci oleh Melah, bini Imam Tua yang cukup menyombong kerana arwah bapanya dahulu adalah guru agama.
Takkan aku nak pergi rumahnya
Tok Ngah Darus bertanya lagi. Berkali-kali Tok Ngah Darus menjenguk ke arah jalan dan kemudian memanjangkan leher berpaling ke arah sungai di belakang rumahnya. Namun kelibat Angah Soyah tetap tidak kelihatan.
Ke mana pula dia pergi Lateh hilang, dia pun hilang sekali.
Tok Ngah Darus tiba-tiba teringatkan Ah Seong. Ah Seong bukan sahaja menjadi tumpuan kepada Pak Syuaib dan Mak Limah kerana apek itu adalah pemborong utama telur-telur ayam mereka, tetapi juga Angah Soyah yang sering membekalkan burungburung yang berjaya diracik dan digetahnya. Pernah juga Tok Ngah Darus terfi kir, apa yang dibuat oleh Ah Seong dengan burung-burung yang digetah dan diracik oleh Angah Soyah. Kalau hendak dikatakan Ah Seong makan kesemua burung-burung tersebut, Tok Ngah Darus tidak terfi kir langsung selera Ah Seong begitu ganjil. Kalau sekali dua, mungkinlah berselera tetapi kalau sudah berhari-hari, malah bertahun-tahun makan burung yang ditangkap oleh Angah Soyah, kalau dia, mungkin akan muntah terjeluak. Apatah lagi sewaktu singgah ke kedai Ah Seong di pekan, Tok Ngah Darus tidak pernah menemui walau seekor burung pun. Jangankan tubuh badan burung atau sangkar, bunyi kicauan burung pun tak kedengaran. Yang kerap didengar oleh Tok Ngah Darus hanyalah salakan anjing yang sengaja dipelihara oleh Ah Seong untuk menjaga kedainya terutama pada waktu malam.
Ada baiknya kalau aku ke ladang ayam Syuaib. Mungkin pagi ni, Ah Seong ke sana untuk mengambil telur-telur ayam Syuaib dan Limah. Boleh jugalah aku bertanya kepada Ah Seong tentang Angah Soyah,
Tok Ngah Darus terus bercakap seorang diri. Tanpa menghiraukan sarapan pagi yang telah disediakan oleh isterinya dan terhidang di hadapan mata, Tok Ngah Darus terus mencapai kunci motosikal cabuknya. Sehelai cuking disangkut ke bahunya. Kemudian Tok Ngah Darus mencapai goloknya yang bersarung di palang beranda lantas turun mendapatkan motosikalnya yang berembun sepanjang malam di halaman.
Nak ke mana tu
isteri Tok Ngah Darus yang muncul di muka pintu segera menyapa.
Aku nak ke ladang ayam Syuaib.
Buat apa
Adalah kerja sikit.
Awak tak pernah pergi lawat Imam Tua ke
Tok Ngah Darus menggeleng.
Awak sajalah yang pergi. Kalau aku pergi nanti, lain pula jadinya. Takkan awak tak tahu perangai si Melah tu.
Lambat balik
Tengoklah. Aku nak cari Angah Soyah.
Buat apa cari budak tu
Adalah sebabnya.
Yalah, kalau macam tu, saya saja yang ziarah Imam Tua. Nanti saya siapkan makanan tengah hari. Awak balik nanti, kalau saya tak ada, awak makanlah.
Tok Ngah Darus tidak perlu menjawab atau memberikan tindak balas kepada kata-kata isterinya. Tok Ngah Darus sebaliknya hanya perlu menghidupkan enjin motosikal cabuknya dan kemudian segera dipacu ke ladang ayam Pak Syuaib yang letaknya hampir tiga kilometer dari Kampung Sungai Teja. Tidak ramai orang kampung yang ditemuinya sepanjang perjalanan ke ladang ayam Pak Syuaib. Sekitar waktu pagi, kebanyakan daripada orang kampung, masing-masing berada di tempat kerja. Golongan muda bekerja kilang, manakala golongan tua yang sudah tidak laku untuk bekerja di kilangkilang pula, mengambil kesempatan daripada harga getah yang tinggi untuk berada di kebun getah masing-masing. Ada juga yang berlagak macam orang kaya, duduk di rumah dan mengharapkan anak-anak memberikan belanja. Satu perkara yang sangat ketara dan tidak disenangi oleh Tok Ngah Darus ialah jumlah kehadiran jemaah di masjid terutama pada waktu subuh. Jumlah jemaah tidak pernah sampai setengah saf. Asyik-asyik muka yang sama. Tidak kiralah sama ada pada bulan-bulan biasa, mahupun pada bulan Ramadan. Sekalipun ramai yang datang sampai tidak celus masjid pada sembahyang sunat tarawih dan sunat hari raya, namun keperluan berjemaah untuk solat-solat waktu, nampaknya tidak terisi.
Tok Ngah Darus sudah tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan untuk mengimarahkan masjid di Kampung Sungai Teja. Nasihat baik-baik sudah dibuat. Gertakan dan ugutan pun sudah dibuat. Sindir sudah, cakap berterus-terang pun sudah namun jumlah jemaah pada waktu subuh tetap tidak berubah. Malah semakin berkurangan. Cuma yang paling rajin datang ke masjid ialah Angah Soyah, Haji Karia dan Lebai Mudin. Imam Tua pun dah lama tidak mengepalai solat jemaah terutama selepas jawatan imam diambil alih oleh imam yang ditugaskan oleh pejabat agama. Tidak ramai yang tahu mengapa setiap manusia yang beragama Islam perlu bersolat dan berjemaah. Mereka tidak faham fungsi sebenar solat jemaah. Tidak ada sesiapa pun yang menerangkan kepentingan solat jemaah dan mengapa ia menjadi fardu kifayah. Kalau ada pun yang berani menjawab soalan itu, kata mereka, bersolat untuk mendapatkan pahala, bukan kerana kewajiban seorang hamba kepada Khaliq. Mereka tidak nampak dan tidak faham mengapa solat menjadi tiang agama. Bukan tidak ada ustaz yang cuba mengajar mereka tetapi orang kampung tidak pernah memberikan perhatian atau memandang berat tentang pembelajaran solat. Bagi mereka, asalkan boleh lafaz bacaan di dalam solat, tidak tertinggal rukunnya, tidak tertinggal zikir dan wiridnya, maka sahlah solat tersebut. Solat bagi mereka setakat itu sahajalah. Bukan sekali dua Tok Ngah Darus berasa marah dengan sikap orang kampung. Mereka bersolat tetapi solat mereka masih tidak menghalang mereka daripada membuat pergantungan selain daripada Allah Taala. Contoh paling ketara ialah Tok Tom.
Tok Tom wujud kerana pergantungan orang kampung kepadanya. Tok Tom bermaharajalela kerana orang kampung mensyirikkan Allah Taala. Tok Tom dan jejawi tua di pangkal kampung, menjadi ketakutan kepada orang kampung, melebihi takutnya mereka kepada azab seksa Allah Taala yang disediakan untuk golongan yang menyengutukan-Nya. Namun siapalah Tok Ngah Darus untuk menghalang orang kampung daripada membuat dua ibadah kepada dua Tuhan yang berlainan. Dia tidak berketayap, tidak berjubah, tidak berserban dan tidak berjanggut panjang sambil mencelakkan kelopak matanya. Cakap-cakapnya jarang sangat berbaur bahasa Arab. Bukan Tok Ngah Darus tidak tahu, usaha perlu dilakukan dengan tenaga dan selemah-lemah tindakan ialah bantahan terhadap kemungkaran di dalam hati. Tok Tom terlalu menguasai penduduk Kampung Sungai Teja! Dua orang pemuda yang sedang mengatur langkah di tepi jalan dan berjalan bertentangan dengan motosikalnya, menarik perhatian Tok Ngah Darus. Dia memperlahankan luruan motosikal cabuknya dan kemudian berhenti di sisi kedua-dua orang anak muda itu yang turut berhenti melangkah.
Eh, kamu nak ke mana pagi-pagi ni, Rosman
Pertanyaan Tok Ngah Darus tidak seiring dengan hala biji matanya. Pandangannya lebih terarah kepada anak muda yang berdiri di sebelah Rosman Rosman segera menghulurkan salam. Tok Ngah Darus menyambut huluran tangan Rosman. Anak muda yang tidak dikenali oleh Tok Ngah Darus turut sama menghulurkan salam.
Ini Kamil, kawan baik saya. Dia berkunjung ke kampung kita sebab nak merasai kehidupan di sini,
Rosman bagaikan tahu apa yang sedang bermain-main di fikiran Tok Ngah Darus.
Bila datangnya
Semalam.
Rosman tersenyum.
Kalau ada jodoh, ada rezeki, jadilah dia orang kampung kita.
Tok Ngah Darus mengerutkan kedua-dua keningnya sehingga pangkal keningnya saling bercantum.
Apa maksud kamu
Dia dah berkenan dengan Salmiah.
Ohhhh!!!
Panjang suara Tok Ngah Darus sambil memuncungkan bibirnya.
Tok Ngah nak ke mana pagi-pagi ni
Rosman pula bertanya tanpa menjawab pertanyaan awal Tok Ngah Darus.
Nak ke ladang ayam bapa kamulah. Yang kamu berdua ni nak ke mana pula
Ingat nak cari nasi lemak.
Ooo, pagi-pagi macam ni, kalau kamu lambat, susah sedikitlah kamu nak dapat nasi lemak tu. Tapi tak mengapalah, pergilah ke kedai makan tu. Harapharap ada lagilah nasi lemak yang kamu cari tu.
Tok Ngah nak pergi ke ladang ayam ayah saya Buat apa
Nak cari Sahak atau Sudin.
Tok Ngah Darus memilih untuk tidak bercakap benar.
Sudin saya tak pasti, tapi rasa-rasanya Sahak ada di ladang tu.
Hah, ke mana pula perginya anak Cik Leh tu
Rosman angkat bahu.
Entahlah, kata ayah, dah dua hari dia tak datang kerja. Sahak ada pergi ke rumahnya.
Habis tu, apa pula kata Sahak
Sahak kata, Sudin tak sihat. Mukanya pucat lesi. Jalan pun terhinggut-hinggut.
Sakit apa pula budak tu
Tok Ngah Darus berbisik.
Eh, kami minta diri dululah, Tok Ngah. Nanti habis pula nasi lemak di kedai makan tu.
Rosman ternyata tidak bernafsu untuk meneruskan perbualan dengan Tok Ngah Darus di tepi jalan itu.
Yalah....
Tok Ngah Darus terus menendang penghidup enjin motosikal cabuknya. Tiga empat kali tendang, belum sekalipun enjinnya hidup sekalipun asap enjin membobos putih. Dan pada saat itulah, Tok Ngah Darus teringatkan sesuatu.
Rosman!
Anak lelaki Pak Syuaib dan Mak Limah terus berhenti serta berpaling ke arahnya. Tok Ngah Darus ingin memperkatakan sesuatu tetapi entah mengapa, tiba-tiba sahaja kata-kata yang hendak dilafazkannya, tidak keluar dari kerongkong.
Errr... tak apalah. Mak kau dah sihat
Nampak macam dah sihat. Dah boleh bangun. Dah boleh bersolat subuh.
Baguslah kalau macam tu. Nanti petang, aku ke rumah kamu.
Yalah.
Tok Ngah Darus cuba menghidupkan enjin motosikalnya sekali lagi. Rosman dan Kamil meneruskan perjalanan mereka ke kedai makan yang terletak di tengah-tengah kampung serta menjadi tempat mesyuarat penting penduduk Kampung Sungai Teja.
Jadah betullah motor ni. Tadi elok-elok hidup, sekarang susah pula!
rungut Tok Ngah Darus. Tok Ngah Darus sempat berpaling ke arah Rosman dan Kamil tetapi kelibat kedua-dua orang pemuda itu sudah tidak kelihatan. Sekali lagi Tok Ngah Darus menendang penghidup enjin dan kali ini, tendangannya berjaya. Telinga minyak dipulas. Menderum enjin kenderaan itu. Bergegar-gegar seluruh tubuh Tok Ngah Darus. Gear satu ditekan, motosikal itu sedikit melompat sebelum meluru membelah hawa sejuk pagi di perkampungan yang belum terdedah sepenuhnya kepada kemajuan yang menggila. Namun tidak sampai beberapa saat kemudian, Tok Ngah Darus memberhentikan motosikalnya secara mendadak. Dia segera berpaling ke arah laluan Rosman dan Kamil tadi.
Siapa pula yang aku jumpa sekejap tadi Rumah Syuaib arah sana. Dari mana pula si Rosman dan kawannya tu datang Takkan pusing satu kampung semata-mata nak beli nasi lemak
Tok Ngah Darus menggaru-garu kepalanya. Kali ini, dia benar-benar cuak.
Takkan aku pun nak dikacaunya
Biarpun tidak berpuas hati, Tok Ngah tidak bercadang hendak mengejar Rosman dan Kamil. Dia ada kerja lain yang perlu dibuat. Petang nanti, dia akan ke rumah Pak Syuaib dan mendapatkan kepastian daripada Rosman. Lagipun dia yakin, anak lelaki Pak Syuaib dan Mak Limah itu pasti berada di kampung itu memandangkan sudah menjadi kewajipannya untuk pulang pada hujung minggu. Perjalanannya ke ladang ayam Pak Syuaib tetap dipenuhi dengan tanda tanya. Kalau hendak dikatakan Rosman dan Kamil dari arah ladang ayam itu, lagilah mustahil. Takkan mereka sanggup berjalan kaki berkilometer jauhnya walaupun alasan yang boleh diberikan ialah berjogging. Hanya orang gila sahaja yang akan berjogging di dalam kampung pada waktu pagi! Entah mengapa ketika sampai ke satu simpang yang sangat dikenalinya, Tok Ngah Darus tiba-tiba sahaja melencongkan motosikalnya daripada laluan ke ladang ayam Pak Syuaib. Sebaliknya Tok Ngah Darus menggunakan laluan menuju ke tempat yang sangat ditakuti oleh penduduk Kampung Sungai Teja.
Lorong ni tak pernah semak. Ada orang yang selalu datang ke sini rupa-rupanya,
Tok Ngah Darus bersuara perlahan sambil memerhatikan keadaan lorong berkenaan. Suatu masa dahulu, lorong itu adalah jalan utama. Namun setelah cerita tentang jejawi tua yang menakutkan tersebar dari mulut ke mulut, jalan itu ditinggalkan. Pun begitu, berdasarkan daripada pengamatannya, lorong itu kerap dilalui, apatah lagi dengan kesan yang masih baru tertancap pada permukaan jalan yang tidak berumput.
Memang ada lagi orang yang menyembah pokok puaka tu!
getus Tok Ngah Darus, marah. Satu-satunya orang yang Tok Ngah Darus tahu, tidak pernah takut dengan jejawi tua mahupun makhluk yang menjadikan pokok itu sebagai sarang mereka ialah Angah Soyah. Pun begitu, agak mustahil Angah Soyah menggunakan laluan yang akan mendedahkan dia kepada masalah yang lebih besar jikalau terserempak dengan Pak Long Lateh, Pak Su Cik Leh, Man Bewak dan Mat Ajib yang diketahui sangat membencinya. Kalaupun perlu menggunakan laluan tersebut, mustahil Angah Soyah menggunakannya sebagai laluan wajib sebab pokok jejawi tua itu bukanlah satusatunya tempat dia meracik dan menggetah burung. Angah Soyah menjelajah hampir di seluruh kampung itu, terutama di tempat-tempat yang menjadi tarikan kepada burung-burung untuk hinggap mencari makan dan tidur. Tidak lama menunggang di lorong itu, Tok Ngah Darus sudah nampak julai jejawi tua yang merimbun. Tatkala semakin dekat dengan pokok yang akarnya berjerumbai bagaikan janggut si tua gila, Tok Ngah Darus bagaikan dapat meneka apa yang sedang menantinya di perdu pokok itu. Tok Ngah Darus memperlahankan luruan motosikal cabuknya. Bau kemenyan dan setanggi berbaur dibawa angin pagi terus ke lubang hidungnya, sekali gus memberitahu Tok Ngah Darus, jejawi tua itu tidak pernah sunyi. Penunggu jejawi tua mempunyai daya tarikan yang jauh lebih kuat berbanding azan subuh dari masjid.
Apalah nak jadi dengan orang kampung ni Patutlah dia datang dan mula mengganggu. Ada orang yang membesar-besarkannya. Ada orang yang mengagung-agungkannya!
Tok Ngah memberhentikan motosikalnya dan kemudian mematikan enjin. Golok bersarung yang diletakkan di dalam bakul motosikal segera diambil dan talinya diikat ke pinggang. Sambil menyimpul tali golok, Tok Ngah Darus terkumat-kamit bagaikan membaca mantera dan jampi serapah. Tok Ngah Darus membetulkan kedudukan bahunya dan memulakan langkah dengan langkah kanan. Tangan kirinya tergenggam kemas seolah-olah Tok Ngah Darus sudah bersedia untuk menumbuk apa-apa sahaja makhluk yang bakal keluar dari perdu jejawi tua. Suasana menjadi hening seketika. Puputan bayu pagi yang menggersikkan daun-daun tumbuhan yang menyerkup membentuk semak di sekitar jejawi tua dan kiri kanan lorong kecil, seolah-olah dihentikan. Daun-daun jejawi pun tidak berkocak. Akar-ajar yang berjuntaian sampai mencecah tanah, tidak bergoyang.
Tok Ngah Darus terus terkumat-kamit membaca sesuatu. Tatkala sampai ke perdu jejawi tua, Tok Ngah Darus sekadar menarik nafas panjang. Terlalu banyak benda yang terdapat di perdu jejawi tua itu, menandakan kegiatan membesar-besarkan Tok Tom dan cubaan mendapatkan bantuannya tidak pernah berhenti sekalipun Tok Ngah Darus tidak pernah tahu siapakah mereka. Ada kalanya, terfi kir juga Tok Ngah Darus, orang yang disyaki itu ada kaitan rapat dengan Angah Soyah. Apatah lagi, dialah satu-satunya manusia yang diketahui tidak pernah takut dengan jejawi tua itu mahupun penunggunya yang dikatakan berpuaka. Angah Soyah diketahui merupakan satusatunya penduduk Kampung Sungai Teja yang berani memanjat jejawi tua untuk memasang lidi-lidi bersalut getah di tempat yang dijangkakan bakal ditenggek burung yang bermalam di atas pokok itu. Tiada sesiapa pun yang dapat meneka daripada manakah datangnya keberanian Angah Soyah untuk mendatangi pokok jejawi tua itu. Malah tiada sesiapa pun yang boleh menjawab, adakah Angah Soyah pernah berhadapan dengan makhluk yang mendiami jejawi tua. Namun, Tok Ngah Darus mendapat jawapan apabila melihat Angah Soyah sewaktu bersolat jemaah subuh. Dari situ, Tok Ngah Darus tahu mengapa Angah Soyah tidak langsung gentar dengan jejawi tua mahupun makhluk yang dikhabarkan terlalu berpuaka di julai tersebut. Bahkan Angah Soyah tidak pernah takutkan apa-apa. Mungkin bagi sesetengah orang yang membenci anak yatim piatu itu, mereka akan melihat Angah Soyah dengan pandangan menghina.
Seperti yang dilakukan oleh Tok Melah terhadap Angah Soyah, malah oleh sepupu-sepupu tirinya yang tamakkan dan halobakan harta pusakanya. Imam Tua pernah bercerita tentang Angah Soyah, tentang tawakalnya, tentang iktikadnya, tentang pegangannya, bahkan tentang sandarannya yang sangat kukuh. Namun Imam Tua yang suatu ketika begitu sayangkan Angah Soyah, akhirnya memilih untuk menuruti segala kehendak Tok Melah, biarpun dia sendiri tidak bersetuju dengan sebarang kezaliman mahupun penghinaan yang dilemparkan kepada anak muda itu. Dek kerana itulah, Tok Ngah Darus kerap menyindir Imam Tua dengan kitab-kitabnya. Dek kerana kemegahan Tok Melah jugalah, Tok Ngah Darus menyindir-nyindir dan memperkecilkan keilmuan Imam Tua. Tok Ngah Darus kerap bersinis dengan Imam Tua bahawa ilmu yang menggunung tidak berguna walau sezarah pun apabila tidak selari dengan amalan. Dan mungkin kerana menyedari Tok Ngah Darus benar dalam hal itu, Imam Tua tidak pernah menyanggah. Kecuali Tok Melah yang melentinglenting bagaikan pinjal yang berpindah dari seekor kucing ke badan beruk, Imam Tua tidak pernah mahu berdebat dengannya tentang hal itu.
Untung betul engkau ni, Tok Tom. Makhluk sama makhluk... kau pandai membuatkan manusia di Kampung Sungai Teja ini meletakkan kau setaraf dengan Tuhan Rabbul Jalil. Kau tak takut ke Sedangkan Iblis sendiri pun kagum dengan Firaun yang berani mengaku dirinya sebagai Tuhan sedangkan dia sendiri sekadar mampu menyesatkan manusia tetapi tidak berani menamakan dirinya sebagai Tuhan.
Tok Ngah Darus berjalan perlahan-lahan mengelilingi perdu jejawi yang bersih daripada daunJejawi Tua5 daun kering dan rumput-rumput meliar. Sesekali dia terpaksa menyelak akar-akar yang berjerumbai itu dan berjalan menerusinya dengan langkah gagah. Cuma sesekali, dia bergerak berawas dan kemudian berhenti bagaikan burung ruak-ruak yang sedang mencari makanan untuk mengisi tembolok. Kelibat Tok Tom tidak kelihatan. Malah tandatanda kewujudannya di perdu jejawi tua itu mahupun di persekitarannya juga tidak ada. Seolah-olah jejawi tua itu sekadar tertonggok di situ dan hanya menerima kedatangan para musyrik dan kemudian menjadi objek sembahan mereka sebelum musyrik-musyrik yang tinggal di Kampung Sungai Teja berambus pulang ke rumah masing-masing. Semakin lama Tok Ngah Darus mengelilingi jejawi tua, semakin banyak bukti yang menandakan penghuni jejawi tua itu menjadi tempat pergantungan harapan oleh sebahagian penduduk Kampung Sungai Teja.
Bekas-bekas berisi kemenyan, sama ada yang sudah lama dibakar mahupun yang masih baru, berselerak dan bersusun-susun di tepi perdu jejawi tua. Begitu juga dengan colok-colok yang beraneka jenis dan bentuk. Tidak kurang juga lingkaran setanggi yang biasanya hanya terdapat di tokong Cina, turut tergantung di selaan jerumbai akar jejawi tua. Tidak jauh dari tempat bersusunnya bekas-bekas kemenyan, terdapat pula dulang yang kotor dan ada sesetengahnya menakung air danur. Tok Ngah Darus sekadar menggeleng-geleng penuh kekesalan. Dia tahu apa yang terdapat di dalam dulang yang digunakan sebagai persembahan kepada jejawi tua. Sudah tentulah pulut kuning berisi seekor ayam goreng yang tidak dipotong-potong. Mungkin juga terdapat telur-telur ayam yang telah direbus dalam hidangan tersebut. Sayangnya, dek kerana faktor masa, makanan tersebut menjadi habuan kepada biawak dan segala macam haiwan yang lain.
Sampai bila sebenarnya orang kampung ini akan sedar bahawa perbuatan mereka hanya sia-sia dan tidak lebih daripada sekadar menjerumuskan diri ke lembah neraka
Kau cemburu, Darus
Tok Ngah Darus sedikit tersentak. Dia berpusing kalut ke arah datangnya suara yang menegurnya sebentar tadi. Sesusuk tubuh yang sangat dikenalinya dengan rambut putih mengerbang bagaikan kapas dibusar bersama sebatang tongkat bengkang bengkok yang aneh bentuknya, berada lebih kurang 5 meter dari tempat dia berdiri. Dan serentak dengan itu, hidung Tok Ngah Darus tercium bau kohong yang sesekali seperti bau nanah pekat yang keluar dari lubang telinga.
Ada rupa-rupanya kau di sini.
Tok Ngah Darus menggertap bibir sambil hulu golok yang bersarung di sisi pinggangnya digenggam kemas. Tok Tom sekadar ketawa. Wanita tua yang sering menjadi ketakutan kepada sebahagian musyrik yang datang menyembah jejawi tua itu, langsung tidak terkesan dengan kehadiran Tok Ngah Darus di tempat dia bersarang. Namun setiap kali Tok Ngah Darus melangkah untuk cuba mendekatinya, Tok Tom pasti berundur dengan langkah yang sama. Dia sebolehboleh mungkin cuba mengekalkan jarak antaranya dan Tok Ngah Darus.
Apa yang kau janjikan dengan orang yang datang ke sini menyembah engkau
Tok Ngah Darus bersuara perlahan Tok Tom masih lagi mengekeh kecil. Entah apa yang menggelikan hatinya, sukar untuk Tok Ngah Darus atau sesiapa sahaja yang ada di situ meneka.
Engkau nak jadi Tuhan
Tok Ngah Darus menyoal lagi.
Aku tak pernah minta sesiapa pun berdoa kepada aku. Aku tak pernah suruh sesiapa pun patuh kepada perintah aku. Aku tak pernah suruh sesiapa pun buat pergantungan kepada aku,
Tok Tom akhirnya menjawab sambil menggoyang-goyangkan tongkat berbentuk aneh itu.
Kau memang tak suruh tapi kau hasut mereka supaya mereka keluar daripada jalan benar dan mengikut jalan sesat kau!
Tok Ngah Darus menekan suaranya.
Kalau mereka dah datang ke mari, apa aku boleh buat untuk menegah mereka Lagipun kalau bukan kerana mereka, macam mana aku nak menzahirkan diri Kalau aku tak menzahirkan diri, macam mana kau boleh nampak aku
Tok Tom bernada sombong.
Dasar makhluk terlaknat! Apa yang kau lakukan dan upaya yang ada pada kau, bukan milik kau!
Itu kata kau dan kata-kata orang bodoh!
Tok Ngah Darus menggertap bibir menahan geram. Kalaulah dia turut-turutkan hati, mahu sahaja dia menerkam dan membelasah makhluk yang berwajah serta bertubuh badankan wanita tua itu. Namun, Tok Ngah Darus segera sedar, Tok Tom sengaja membangkitkan kemarahannya. Apabila dia naik angin, matlamat Tok Tom tercapai. Malah tidak mustahil juga, dia akan menjadi sebahagian daripada empayar kemenangan Tok Tom.
Aku pelik dengan kau ni, Darus. Kau selalu bertahan-tahan. Sebab itulah kau tak pernah tenang. Sebab tu jugalah kau tak pernah senang. Tak salah kalau kau turutkan kata hati kau sesekali. Lagipun Nabi engkau pun pernah naik angin juga.
Tok Tom tersengih menyindir dan sengihannya itu menaikkan kemarahan Tok Ngah Darus.
Kau boleh kata apa sahaja kepada aku tapi kau jangan sesekali sentuh Nabi aku.
Kau marah nampaknya
Aku marah kerana Allah dan Nabi aku.
Tok Tom mengisar-ngisarkan tongkak bengkoknya. Ternyata jawapan yang diberikan oleh Tok Ngah Darus tidak menyenangkannya.
Aku bagi amaran kepada kau, lebih baik kau berambus dari sini dan tidak mengganggu mana-mana penduduk kampung ni.
Kau tak boleh perintah aku!
Kau dah lupa siapa aku berbanding kau Bukankah kerana kejadian moyang aku dahulu menyebabkan moyang engkau dilaknat Engkau terlupa akan taraf bangsa kami berbanding engkau Engkau lupa rahsia Allah Taala yang ada pada kami
Tok Tom ternyata mati hujah. Tok Ngah Darus merapatai Tok Tom. Namun seperti tadi, Tok Tom turut berundur. Apabila bibir Tok Ngah Darus terkumat-kamit, wajah Tok Tom yang penuh dengan senyuman menyindir, berubah. Dahinya kelihatan berkerut. Merah matanya semakin ketara. Seluruh tubuhnya bergegar-gegar bagaikan dibungkus bersama-sama ketulan ais.
Jangan cabar aku, Darus! Kau takkan dapat bertahan kalau aku balas balik.
Tok Ngah Darus tersenyum. Giliran dia pula untuk membalas sindiran Tok Tom sebentar tadi. Giliran dia pula untuk mencabar kejaguhan Tok Tom.
Balaslah balik. Aku pun nak merasa juga balasan kau. Aku pun nak tahu juga sejauh dan sejuah mana kebolehan kau. Hebat sangat kau ni kalau berdasarkan apa yang aku dengar.
Tok Tom semakin resah. Segala kesombongannya tadi, punah. Tok Tom terus berundur tanpa tersandung akar mahupun tunggul kayu di sempadan antara kawasan tidak berumput dengan kawasan semak di luar lingkungan teduhan jejawi tua.
Kau memang bedebah, Darus! Kau memang bedebah!
Tok Tom cuba melarikan diri namun kakinya seperti terantai ke bumi. Dia cuba mengangkat kakinya, namun seolah-olah ada tangan ghaib yang menyekat perjalanannya, Tok Tom gagal.
Lepaskan aku, Darus! Aku tak pernah kacau kau, jadi jangan kacau aku! Jangan halang aku!
Tok Tom masih bersuara sombong sekalipun dia tidak mempunyai sebarang kelebihan. Tok Ngah Darus cuba melangkah mendapatkan Tok Tom. Tok Tom begitu gelisah. Lebih tepat lagi Tok Tom sangat gementar.
Tolong aku, Darus. Tolong jangan dekati aku! Tolong jangan seksa aku.
Akhirnya Tok Tom tidak mampu menahan dirinya daripada merintih mengemis simpati Tok Ngah Darus. Tok Ngah Darus tersenyum kecil. Mulutnya masih tidak lekang-lekang daripada bacaan tidak terzahir dan tidak bersuara. Resah dan ketakutan Tok Tom bagaikan satu kegembiraan yang tidak terhingga kepada Tok Ngah Darus. Sreeeekkk.... Bunyi ranting kering patah dan lalang dilendap, membuatkan Tok Ngah Darus berpaling. Pun begitu, palingannya cukup singkat. Dia kembali memandang Tok Tom. Namun Tok Tom sudah pun tiada di tempatnya berdiri terketar-ketar sebentar tadi.
Tok Ngah buat apa di sini
Tok Ngah Darus mencecap bibirnya sendiri. Dia tidak menjangkakan akan bersua dengan Angah Soyah di kawasan jejawi tua itu. Pun begitu, Tok Ngah Darus sempat memikirkan sesuatu. Dia tidak mahu tertipu seperti mana dia terserempak dengan Rosman dan kawannya yang bernama Kamil di pertengahan jalan tadi. Kali ini, dia akan lebih berhati-hati.
Tok Ngah cari kamulah,
Tok Ngah Darus merenung tepat ke anak mata Angah Soyah yang berjalan rapat dengannya. Bau busuk badan Angah Soyah menyerbu ke lubang hidungnya. AngahSoyah seperti sudah bertahun-tahun tidak mandi. Di tangannya terdapat secekak lidi kelapa sawit yang telah dikerat-kerat sepanjang 8 inci. Di pinggang Angah Soyah, ada golok bersarung. Di sisi pinggangnya di sebelah kiri, tergantung sebotol air kopi.
Buat apalah Tok Ngah cari saya sampai ke sini. Kan elok kalau Tok Ngah ke rumah saya sahaja.
Tok Ngah Darus masih tidak melarikan pandangannya daripada tubuh Angah Soyah. Dia cuba mengesan sebarang kelainan pada Angah Soyah yang berada di hadapannya. Sedangkan Angah Soyah pula terlenggak-lenggak seperti sedang mencari tempat yang cukup sesuai untuk meletakkan lidi-lidi getahnya di atas jejawi tua. Angin bertiup perlahan. Daun jejawi menari-nari dan mengeluarkan bunyi bagaikan kibasan kain. Suara unggas kembali kedengaran.
Tok Ngah dah jangka yang kamu akan datang ke sini. Itulah sebabnya Tok Ngah datang ke mari,
Tok Ngah Darus memberikan alasan.
Tok Ngah nak tolong saya ke
Angah Soyah tersengih menampakkan barisan giginya yang serba kuning dan serba menjijikkan. Angah Soyah terus ke perdu jejawi tua. Dia tidak menghiraukan Tok Ngah Darus malah Angah Soyah juga tidak mengendahkan barang-barang serta perkakas-perkakas sembahan yang terdapat di perdu pokok yang akarnya berjerumbai itu. Sebaliknya Angah Soyah menepuk-nepuk batang jejawi tua seperti sedang menyeru semangat pokok itu agar membantunya menangkap sebanyak mungkin burung yang bertenggek di ranting dan dahannya.
Kau tak nampak apa yang berlaku tadi
tanya Tok Ngah Darus. Angah Soyah tidak menjawab. Sebaliknya dia sudah berkira-kira untuk memanjat pokok tersebut. Selipar getah yang sudah karat warnanya, ditanggalkan.
Saya nampak macam-macam Tok Ngah. Saya dah tak hairan lagi.
Tok Ngah Darus mengangguk-angguk. Memang sah! Jasad yang ada di hadapannya itu ialah Angah Soyah yang sebenar-benarnya. Sebabnya ujian kebatinan yang dibuatnya, tidak memberikan sebarang kesan kepada Angah Soyah.
Habis tu, kau tak buat apa-apa
Nak buat apa
Kau mungkin boleh tolong orang kampung. Kau tahu kan, sekarang ini kampung kita ada banyak masalah.
Saya tahu, masalahnya tidaklah sebesar mana pun. Cuma yang jadi penghalang adalah sikap orang kampung sendiri. Kalau bukan kerana pokok ini adalah asbab kepada pencarian saya, dah lama saya bakar atau racun pokok ni.
Kau tak pernah berjumpa dengan dia
Siapa Tok Tom
Pertanyaan Angah Soyah bagaikan menyindir Tok Ngah Darus.
Ya, dialah....
Dia bukannya boleh buat apa-apa pun. Orang kampung yang suka menipu diri mereka sendiri.
Tapi....
Tok Ngah pun tahu, jumlah mereka kalau dibandingkan dengan manusia adalah 1 kepada 10, kan Jadi, apa nak dihairankan.
Kamu tak takut
Nak takut apa
Tok Ngah Darus terdiam seketika. Angah Soyah juga tidak jadi memanjat jejawi tua itu. Sebaliknya dia kembali mendapatkan Tok Ngah Darus dan kemudian berdiri di sebelah Tok Ngah Darus sekalipun dia mungkin sedar, bau busuk badannya akan mengganggu hidung Tok Ngah Darus.
Tok Ngah nak tahu satu perkara
Apa
Kisah kejadian Mak Limah jatuh sakit.
Apa ceritanya
Lateh dan Cik Leh dah meninggal.
Hah!
Tok Ngah Darus terperanjat.
Cik Leh mati sebab jatuh dalam telaga buta. Lateh pula mati sebab dicerut dan ditelan ular sawa batik.
Dari mana kamu tahu
Saya dah jumpa kedua-duanya. Tapi itu bukanlah perkara besar.
Apa perkara besarnya
Perkara paling besar ialah, Tok Tom sedang cuba melarikan mayat Rohani.
Wajah Tok Ngah Darus benar-benar berubah.
Rohani dah mati
Sudah... dah beberapa minggu.
Di mana mayatnya sekarang
Dalam rumah dialah.
Hah!
Selagi mayat Rohani tidak diselamatkan, selagi itulah Tok Tom akan bermaharajalela dan mengganggu semua orang yang pernah buat perjanjian dengannya.
Tok Ngah Darus terdiam lagi.
Tok Ngah tahu apa yang berlaku kepada Imam Tua
Kamu tahu
Tok Melah dah sihir dia.
Astaghfi rullah....
Tok Ngah tahu kenapa Imam Tua disihir
Kamu tahu
Sebab Tok Melah halobakan harta pusaka Imam Tua.
Tok Ngah Darus renung dalam-dalam anak mata Angah Soyah. Angah Soyah yang sering mendatangkan kebencian kepada sebahagian besar penduduk kampung, ternyata mempunyai kebolehan yang tersendiri. Sekali gus, apa yang dinyatakan oleh Angah Soyah sebentar tadi telah menjawab misteri keberaniannya mendekati pokok jejawi tua itu.
Kalau macam tu, Tok Ngah nak minta tolong kamu hari ni.
Saya tahu... tunggu lepas saya letakkan getah-getah racik ni dulu. Lepas tu, saya akan tolong dan ikut Tok Ngah. Saya janji.
Angah Soyah kembali mendapatkan perdu jejawi tua. Kali ini dia tidak lagi menepuk-nepuk batang pokok tersebut, sebaliknya terus memanjat. Angah Soyah sangat tangkas. Memanjat jejawi tua itu langsung tidak mendatangkan sebarang masalah kepada Angah Soyah. Malah dia bagaikan seekor kera yang dicipta oleh Allah Taala dengan kebolehan untuk memanjat pokok. Ngeri Tok Ngah Darus apabila melihat keberanian Angah Soyah meniti dahan-dahan jejawi tua sampai ke hujung julai sebelum meletakkan beberapa batang lidi raciknya. Angah Soyah tidak meletakkan kesemua lidi raciknya di tempat yang sama, sebaliknya dia bergerak dari satu dahan ke satu dahan yang lain, kemudian meniti dari satu ranting ke satu ranting tanpa bimbang, ranting itu akan patah dan dia terjunam ke tanah. Tok Ngah Darus sudah beberapa kali mengerutkan keningnya dan mendoakan agar Angah Soyah tidak ditimpakan sebarang petaka. Pun begitu, apabila fikirannya terganggu dek lintasan gambaran, cepatcepat Tok Ngah Darus memerhatikan persekitaran jejawi tua itu. Manakalah tahu kalau-kalau Tok Tom muncul dan kemudian melakukan sesuatu yang tidak elok terhadap Angah Soyah semata-mata untuk membalas dendam terhadap pemuda itu. Ternyata Tok Tom tidak berani langsung menunjukkan diri.
Kenapa puaka tu takut sangat dengan Angah Soyah Apa rahsia Angah Soyah yang aku tak tahu
Tok Ngah Darus bertanya kepada dirinya sendiri. Hendak dikatakan Angah Soyah seorang yang alim, berilmu tinggi dan hebat dalam amalan, Tok Ngah Darus tidak pernah melihat ciri-ciri itu pada tubuh badan Angah Soyah. Cuma seperkara sahaja yang boleh disahkan iaitu kerajinan Angah Soyah datang ke masjid untuk bersolat jemaah terutama sekali pada waktu subuh. Angah Soyah tidak pernah datang lewat. Biarpun Tok Ngah Darus tidak pernah tahu sama ada Angah Soyah boleh menghafaz ayat-ayat al-Quran atau sebaliknya, namun Angah Soyah sentiasa ada di masjid sewaktu dia sampai. Angah Soyah tidak akan bersandar di dinding ataupun berkeliaran di sekitar masjid seolah-olah pesakit di wad hospital mencari tempat untuk menghisap rokok. Angah Soyah juga tidak pernah bersuara, bercakap, bergelak tawa mahupun bergurau senda dengan para jemaah sekalipun Haji Karia dan Lebai Muin kerap menggiatnya.
Sebaliknya Angah Soyah yang berpelikat kusam dengan baju Melayu yang sudah singkat pada bahagian lengan serta terangkat sedikit pada bahagian perut, akan bersila kukuh sehinggalah iqamat. Kebiasaan yang berlaku di Masjid Kampung Sungai Teja apabila waktu subuh ialah, solat jemaah akan dilambatkan sedikit daripada waktunya bagi memberi peluang kepada orang kampung yang ingin berjemaah di masjid dapat menyertai pada takbiratulihram pertama. Sementara menunggu itulah, Angah Soyah akan tertunggang tonggek bersolat sunat. Tok Ngah Darus tidak pernah bertanya, solat sunat apakah yang dibuat oleh Angah Soyah. Dia tidak pernah teringin hendak bertanya pun. Angah Soyah datang ke masjid untuk bersolat jemaah pun, sudah dikira bagus walaupun beberapa orang jemaah akan cuba mengelak Angah Soyah daripada berdiri di sisi mereka. Namun satu perkara yang begitu ketara pada perhatian Tok Ngah Darus ialah pada sujud keempat, Angah Soyah akan berlama-lama menyentuhkan dahinya ke lantai. Terkumat-kamit mulutnya membaca ayat entah apa-apa. Tenang sungguh Angah Soyah apabila melakukan sujud. Tidak pernah tergesa-gesa untuk bangun dan bertahiyat sebelum berpaling ke kanan dan kiri. Sujudnya langsung tidak bergerakgerak kecuali bibirnya sahaja.
Punggungnya juga bagaikan tidak berkutik walau sekerat beras pun. Apabila para jemaah berbaris di saf hadapan, Angah Soyah tidak pula berebut-rebut untuk berada di situ. Sebaliknya dia lebih senang berada di saf paling belakang. Mungkin Angah Soyah menyedari perasaan tidak senang para jemaah yang lain apabila dia berada di sisi atau di celah-celah mereka. Kalau waktu Jumaat pula, Angah Soyah akan bersolat di luar masjid bersama-sama jemaah yang datang lambat sekalipun Angah Soyah tidak pernah datang lewat. Mungkin tiada sesiapa yang memberitahunya tentang keafdalan berada di saf paling hadapan pada solat Jumaat, membuatkan Angah Soyah memilih untuk tidak berebut-rebut dan langkah melangkah seperti kebanyakan jemaah yang lain. Yatim piatu seperti Angah Soyah dan kebencian tahap melampau orang kampung kepadanya, tidak memungkinkan Angah Soyah mendapat pendidikan formal. Berdasarkan perbuatan dan amalan yang dibuat oleh Angah Soyah di hadapan matanya, Tok Ngah Darus boleh menjangkakan bahawa Angah Soyah memperoleh kebanyakan daripada pengetahuannya tentang ibadat solat daripada gemulah neneknya, Tok Som.
Panjang menung, Tok Ngah Tok Ngah tengah fikirkan apa
Tok Ngah Darus benar-benar terkejut dengan sapaan itu. Dia terus berpaling dan mengerutkan keningnya apabila wajah Angah Soyah dengan sengihan lebar di bibirnya berada di hadapannya. Dia melenggak. Tiada sesiapa pun di atas pokok tersebut.
Apa yang Tok Ngah pandang lagi ke atas tu Kerja saya dah selesai. Tok Ngah kata nak minta tolong saya.
Ternyata Angah Soyah sudah dapat meneka apa yang bersarang di fikiran Tok Ngah Darus pada waktu itu.
Dah habis pasang
Sudah... cadangnya tadi, sebahagian nak saya pasang di pokok besar di seberang sungai di belakang rumah Tok Ngah. Disebabkan Tok Ngah minta tolong saya, saya tahan sahaja semuanya di jejawi ni.
Aku dah menyusahkan kau.
Tok Ngah Darus bernada kesal.
Tak apalah, sesekali.
Angah Soyah tersenyum.
Lagipun, inilah kali pertama ada orang minta saya tolong.
Kalau macam tu, kita ke rumah Ma Pah dululah. Kita tengok mayat Rohani tu dan uruskan pengkebumiannya.
Saya rasa elok kalau kita ke rumah Cik Leh dulu.
Tok Ngah Darus kerutkan keningnya sekali lagi.
Kenapa pula.
Si Sudin.
Pendek sahaja jawapan yang diberikan oleh Angah Soyah.
Kenapa dengan Sudin
Kita selamatkan Sudin dulu. Pindahkan dia dari rumah tu. Kalau tidak, dia pun sama macam Rohani.
Tok Ngah Darus tidak faham apa sebenarnya yang cuba diberitahu oleh Angah Soyah namun dia memilih untuk menurut sahaja kehendak pemuda itu. Lagipun Tok Ngah Darus percaya, Angah Soyah lebih tahu apa yang dikatakannya.
Jom naik motor aku.
Errr....
Jangan menolak!
Nanti orang kampung kata apa pula bila saya tumpang Tok Ngah.
Pedulikanlah apa orang kampung nak cakap. Mulut orang kampung tak boleh ditutup kalaupun kamu buat kebaikan. Dah memang semula jadinya mereka begitu.
Tok Ngah tak kisah
Buat apa aku nak kisah.
Kalau macam tu, jomlah.
Tok Ngah Darus berjalan ke arah motosikalnya. Angah Soyah berjalan di belakangnya. Sesekali, Tok Ngah Darus berpaling. Bimbang juga kalau-kalau Angah Soyang menghilangkan diri ataupun orang yang dilihat dan diyakininya sebagai Angah Soyah itu sebenarnya bukanlah Angah Soyah, sebaliknya Tok Tom yang menyamar.
Kamu tahu, telaga buta mana yang Cik Leh jatuh
Tok Ngah Darus perlu berbual dengan Angah Soyah. Setidak-tidaknya dia tahu Angah Soyah masih berada di belakangnya apabila Angah Soyah menjawab pertanyaannya itu.
Tahu.
Kalau macam tu, nanti kita ajak beberapa orang kampung ambil mayatnya.
Keadaan mayatnya tak berapa elok.
Macam mana kamu tahu
Dia datang ke rumah. Dia temankan saya meracik burung di seberang sungai di belakang rumah Tok Ngah.
Tok Ngah Darus terdiam. Namun daripada kerut mukanya, jelas Tok Ngah Darus sedang menganalisis kata-kata Angah Soyah sebentar tadi. Kata-kata Angah Soyah tidak bernada jenaka. Malah Tok Ngah Darus juga tahu, Angah Soyah tidak pernah bergurau dengan sesiapa pun. Kalau orang kata bendul itu lurus, Angah Soyah berkali-kali lebih lurus berbanding bendul. Kalau dia kata dia nampak hantu, bermakna betullah Angah Soyah nampak hantu. Kalau Angah Soyah kata, dia nampak bidadari turun bertenggek di tepi gelegar pelantar reput rumahnya, betullah ada bidadari yang bertenggek di situ. Dek kerana itulah, Tok Ngah Darus memilih untuk tidak menyanggah kata-kata Angah Soyah. Enjin motosikal cabuk Tok Ngah Darus hidup dengan sekali tendang sahaja. Sempat juga Tok Ngah Darus berpaling ke arah Angah Soyah namun Angah Soyah berwajah selamba seperti tidak hairan dengan keanehan itu. Tok Ngah Darus memulas telinga minyak. Menderum-derum bunyi enjin motosikal itu. Bergegar-gegar seluruh motosikal tersebut bagaikan tubuh jantan tua yang baru dapat bini muda.
Jom!
Tok Ngah Darus memberikan isyarat kepada Angah Soyah agar membonceng motosikal cabuknya. Angah Soyah kelihatan serba salah.
Marilah cepat! Lagi cepat kita pergi, lagi cepat urusan ni selesai.
Angah Soyah melangkah malas sebelum mengangkang di belakang Tok Ngah Darus. Tok Ngah Darus menghela nafas panjang seolaholah cuba menghindarkan bau badan Angah Soyah yang melekat di lubang hidungnya. Perjalanan ke rumah Pak Su Cik Leh tidaklah sesukar mana, namun dengan Angah Soyah membonceng di belakangnya, Tok Ngah Darus pasti orang kampung akan merenungnya dengan tajam kalau tidak pun menyindir seolah-olah dia membawa anak dara orang yang dijadikan gundik.
Ikut jalan sebelah sana, Tok Ngah. Sana lebih cepat,
kata Angah Soyah sambil menuding ke arah yang dimaksudkannya. Tok Ngah Darus tidak bertanya panjang. Dia akur sekalipun jalan itu menimbulkan sedikit kesangsian di hatinya. Seingat-ingatnya jalan atau lorong tersebut biasanya hanya digunakan oleh orang kampung yang memiliki dusun di sebelah darat untuk berulang-alik terutama pada waktu musim buah-buahan. Lagipun tiada rumah orang di kiri kanan lorong tersebut kecuali pokok-pokok getah dan semak samun.
Kamu selalu jalan di sini
Inilah laluan saya, Tok Ngah. Saya kena sedar diri.
Lirih sahaja kata-kata Angah Soyah.
Sedar diri apa
Orang kampung tak suka saya. Imam Tua pun dah tak pernah tegur saya lagi.
Angah Soyah bagaikan mengadu masalahnya kepada Tok Ngah Darus.
Ah, dia tu takut dengan bini. Apa yang bini dia cakap, semuanya dia dengar.
Itulah sebabnya saya sedar diri. Saya tak macam orang kampung yang lain.
Simpati benar Tok Ngah Darus apabila mendengar luahan perasaan Angah Soyah. Tok Ngah Darus tahu, dalam hal itu, dia juga ada saham. Dia juga tidak pernah memberikan perhatian, mengambil tahu mahupun pernah bertanya Angah Soyah sama ada sudah makan atau sebaliknya. Tok Ngah Darus seperti tidak berasakan kewujudan Angah Soyah di Kampung Sungai Teja. Dia hanya menyedari kepentingan kewujudan Angah Soyah apabila kemelut berlaku membabitkan hampir kebanyakan orang kampung dan jejawi tua.
Suatu hari, keadaan akan berubah, Angah. Kau tak perlu risau.
Hanya itu sahaja yang mampu dilafazkan oleh Tok Ngah Darus. Motosikal cabuk Tok Ngah Darus terus bergerak menyusuri lorong berkenaan. Sesekali, Tok Ngah Darus terpaksa memperlahankan luruan motosikal itu apabila wujud akar-akar yang terbonggol di permukaan lorong. Ada kalanya dia terpaksa masuk ke sisi lorong bagi mengelakkan becak dan selut berdanur.
Kuat betul ribut malam tadi, kan
Tok Ngah Darus kembali memulakan perbualan dengan Angah Soyah selepas terdiam seketika. Suaranya berbaur dengan bunyi enjin motosikal cabuknya.
Mujur rumah saya tak tercabut bumbungnya,
ujar Angah Soyah dan kata-katanya bersambung dengan tawa kecil.
Aku pun risau juga.
Tok Ngah Darus ketawa sama.
Kau tak apa-apa
Saya baik-baik sahaja. Rumah tak roboh, saya tak mati dalam telaga. Saya tak mati dalam perut ular.
Mana kamu tahu Lateh mati dicerut dan ditelan ular sawa batik
Ular tu ada di rumah saya lagi.
Sekali lagi, Tok Ngah Darus kehilangan katakata. Dia cuba membayangkan ular sawa yang telah mencerut dan menelan Pak Long Lateh. Pastinya ular itu bersaiz besar. Kalau tidak, masakan ular tersebut boleh menelan Pak Long Lateh. Tentu perut ular itu besar. Tentu juga ular itu tidak boleh bergerak ke mana-mana selagi Pak Long Lateh tidak reput di dalam perutnya.
Macam mana pula ular tu boleh ada di rumah kamu
Saya tak tahu. Masa saya balik, semuanya dah selesai. Ular tu ada di dapur rumah saya.
Habis tu, macam mana kamu tahu yang ular tu telan Lateh.
Pak Su Cik Leh yang bagitahu.
Tok Ngah Darus terdiam. Dia cuba menumpukan perhatian kepada jalan yang dilalui. Sehingga setakat ini, dia tidak melihat sebarang cabang pada lorong tersebut yang boleh menghala ke rumah Pak Su Cik Leh.
Di sana ada lorong kecil yang lalu di tepi kebun getah Cik Kiah. Tok Ngah lalu ikut situ. Pak Long Lateh, Pak Su Cik Leh, Man Bewak dan Mat Ajib selalu gunakan jalan tu kalau hendak ke pekan selepas bermain judi,
terang Angah Soyah. Penjelasan ringkas yang diberikan itu sudah cukup untuk memberikan gambaran yang jelas kepada Tok Ngah Darus. Sekalipun Tok Ngah Darus jarang-jarang menggunakan jalan tersebut, namun Tok Ngah Darus tahu ke mana jalan itu berakhir. Tok Ngah Darus juga tahu, cabang mana laluan tersebut yang perlu dihalanya. Hampir sepuluh minit kemudian, mereka sampai ke pekarangan rumah Pak Su Cik Leh. Angah Soyah segera turun dari motosikal cabuk Tok Ngah Darus. Kalut sungguh seolah-olah dia bimbang ada orang yang melihat dia membonceng Tok Ngah Darus dan kemudian terpaksa mempertahankan dirinya bahawa dia tidak bersalah apabila sekadar membonceng. Tok Ngah Darus pula menarik nafas panjang apabila perjalanan mereka sudah sampai ke penghujung. Sempat juga dia memandang sekeliling. Manalah tahu kalau-kalau ada orang kampung yang lalu di sekitar rumah Pak Su Cik Leh itu. Manalah tahu kalaukalau Pak Su Cik Leh balik pula untuk melawat anak terunanya yang bekerja dengan Pak Syuaib itu, seperti mana Pak Su Cik Leh mendatangi Angah Soyah di rumahnya. Namun tiada sesiapa pun di sekitar rumah limas tersebut. Malah rumah limas itu juga kelihatan seperti tidak berpenghuni meskipun tingkap di salah satu bilik terbuka. Malah sepasang selipar kelihatan lintang pukang tergeletak di kaki tangga, menandakan ada seseorang yang berada di dalam rumah tersebut.
Dia belum datang lagi,
Angah Soyah bersuara perlahan.
Siapa
Tok Tom... dalam bentuk Rohani.
Haa
Tok Ngah Darus jelas terkejut besar.
Tok Tom perlukan orang muda. Tok Tom perlukan manusia yang terus menyembahnya dan menggantung harapan kepadanya.
Tok Ngah Darus mengangguk-angguk. Dia faham benar helah makhluk yang bernama Tok Tom itu. Cuma, penjelasan ringkas yang diberikan oleh Angah Soyah menambahkan lagi pengetahuannya tentang Tok Tom. Selama ini, dia hanya mendengar cerita, bukan secara langsung daripada orang yang terlibat menyembah Tok Tom sebaliknya sekadar khabarkhabar angin.
Jangan dulu!
Angah Soyah segera menarik lengan Tok Ngah Darus sewaktu Tok Ngah Darus baru berkira-kira hendak melangkah ke tangga rumah Pak Su Cik Leh. Tok Ngah Darus terus berhenti melangkah.
Kita tunggu sampai Rohani datang.
Tok Ngah Darus menelan air liur. Dia mendongak dan memerhatikan kedudukan matahari di celah-celah selaan daun-daun pokok di hadapan rumah Pak Su Cik Leh.
Lambat lagi....
Tok Ngah Darus menggaru-garu dagunya. Beberapa ekor nyamuk lapar berterbangan di atas kepala.
Tak lambat. Sekejap lagi dia akan datang. Matahari rembang, itulah waktunya,
beritahu Angah Soyah.
Takkan nak duduk kat sini sampai waktu rembang
Kalau Tok Ngah tak larat tunggu, jomlah kita racik burung dulu.
Tok Ngah Darus tidak tahu sama ada Angah Soyah bergurau atau sebaliknya. Cuma yang pastinya, dia tidak berasa lucu langsung dengan cadangan Angah Soyah. Angah Soyah terlenggak-lenggak bagaikan sedang mencari sesuatu. Bunyi orang berjalan tidak jauh daripada mereka, membuatkan Tok Ngah Darus dan Angah Soyah berpaling serentak. Sahak sedang berjalan terhegeh-hegeh ke arah rumah Pak Su Cik Leh. Ada buah tangan yang turut dibawanya sekali. Namun sewaktu dia berada hampir dengan motosikal Tok Ngah Darus, dia berhenti dan mengamat-amati motosikal tersebut. Pun begitu, hanya seketika kemudian, dia terlenggak-lenggak sambil menarik nafasnya dalam-dalam dan kemudian melepaskannya kalut. Sahak seperti sedang mengesan sesuatu. Angah Soyah segera berlari dan bersembunyi di belakang sebatang pokok durian. Tok Ngah Darus pula mendapatkan Sahak.
Awal kamu datang, Sahak. Kamu tak kerja ke hari ini
Sapaan Tok Ngah Darus mengejutkan Sahak. Namun apabila dilihatnya Tok Ngah Darus tersenyum, Sahak kembali tenang biarpun tangannya mengurutngurut dada.
Tok Ngah rupa-rupanya. Tok Ngah buat apa di sini
Sahak segera bertanya.
Aku ingat nak ziarah Sudin. Kata Syuaib, dia dah beberapa hari tak datang kerja.
Mata Tok Ngah Darus melorot pada bungkusan yang dibawa oleh Sahak. Sahak menghela nafas panjang.
Itulah, dia memang tengah sakit. Saya dah bagitahu Pak Syuaib.
Bila sakitnya
Malam Mak Limah jatuh sakit.
Baru tiga malamlah
Tok Ngah Darus bagaikan cuba mendapatkan kepastian daripada Sahak. Sahak mengangguk laju bagaikan tekukur diagah.
Apa yang kau beli
Bihun goreng.
Sahak masih lagi terlenggaklenggak.
Kenapa
Macam bau Angah Soyah.
Tok Ngah Darus terus ketawa terbahak-bahak.
Baunya ada.
Hidung kamu asyik bau tahi ayam dengan tahi kambing. Mana kamu boleh bezakan antara bau badan Angah Soyah dengan binatang-binatang tu.
Sahak masih tidak berpuas hati. Ternyata anak muda itu yakin benar yang Angah Soyah ada di sekitar tempat itu.
Kamu kata nak hantar makanan kepada Sudin Pergilah,
saran Tok Ngah Darus. Sahak masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Sebaliknya direnungnya wajah Tok Ngah Darus atas ke bawah bagaikan ingin memastikan Tok Ngah Darus yang berdiri di hadapannya itu benar-benar Tok Ngah Darus, bukannya orang yang menyamar.
Tok Ngah buat apa di sini
akhirnya Sahak bertanya.
Aku saja jalan-jalan. Dah lama sangat aku tak nampak Cik Leh. Aku pun dah lama tak nampak Sudin.
Tok Ngah Darus hampir sahaja mendedahkan rahsia besar tentang Pak Su Cik Leh.
Sudin memang ada dalam rumah tu. Dah puas saya suruh dia berubat, dia tak mahu. Saya kata dia sakit, dia kata tak tapi mukanya pucat lesi. Jalannya pun lain macam,
beritahu Sahak. Tok Ngah Darus mendengar dengan penuh perhatian. Setidak-tidaknya ada saksi yang pernah melihat Sudin masih hidup.
Jom kita tengok dia.
Sahak tercegat.
Kenapa
Saya tak berani rapat dengan rumah Sudin.
Kenapa pula
Kali ini Tok Ngah Darus pula digamit kehairanan.
Ada orang tua....
Sahak tidak menghabiskan katakatanya.
Orang tua
Sahak seperti susah benar hendak menelan air liur.
Nantilah saya terangkan. Tok Ngah tengok sendirilah keadaan Sudin,
beritahu Sahak.
Macam mana nak tengok Sudin kalau kamu tak berani dekat dengan rumah tu
Tok Ngah Darus cuba menduga.
Saya biasanya panggil dia.
Dia turun
Dia mesti turun sebab daripada saya saja dia boleh makan. Saya tak berani datang ke mari pada waktu malam,
Sahak berterus-terang. Tok Ngah Darus mengangguk-angguk seperti faham dengan penjelasan yang diberikan oleh Sudin.
Kalau macam tu, panggillah dia.
Sudin melangkah setapak. Arahnya ke rumah Pak Su Cik Leh.
Sudin! Sudin!
laung Sahak.
Ni akulah. Aku bawa makan untuk kau!
Tok Ngah Darus cuba mengesan sebarang pergerakan di dalam rumah itu. Namun kelibat Sudin tidak kelihatan.
Sudin! Sudin!
laung Sahak. Kepala Sudin terjengol di tingkap yang terbuka. Rambutnya kusut-masai. Dia terjengah-jengah, barang kali mencari kelibat Sahak.
Apa lagi yang kau terjenguk-jenguk tu Marilah ambil makanan kau ni. Nanti kau juga yang lapar,
kata Sahak sambil mengunjuk-unjukkan bungkusan yang berisi bihun goreng kepada Sudin bagaikan mengacan beruk yang terikat tengkuknya.
Kau datang dengan siapa tu
Sudin bertanya dengan nada orang baru bangun tidur.
Dengan Tok Ngah Darus.
Tok Ngah Darus Buat apa pula Tok Ngah Darus datang
Sudin jelas tidak senang dengan kehadiran lelaki tua itu.
Entah, kau tanyalah dia sendiri.
Kau letaklah kat amben tu dulu. Kejap lagi aku ambil.
Nanti dimakan semut.
Sudin menggaru-garu kepalanya yang berserabut itu bagaikan tengah memikirkan sesuatu.
Yalah, aku turunlah. Kau beli apa
Bihun goreng.
Kepala Sudin yang terjengol, hilang. Derap lantai menandakan Sudin sedang berjalan untuk mendapatkan makanan yang dibawa oleh Sahak.
Tok Ngah tengok tu,
unjuk Sahak. Tok Ngah Darus mengecilkan matanya. Sudin kelihatan sukar untuk berjalan secara normal. Dia terkengkang-kengkang. Badannya agak melengkung dengan rambut berserabut tidak terurus.
Kenapa dengan Sudin tu
Tok Ngah Darus bertanya lagi.
Tok Ngah tengok sendirilah.
Susah sungguh Sudin berjalan menuruni tangga. Dia kelihatan benar-benar kesakitan. Namun permintaan perut, membuatkan dia terpaksa melangkah turun dari rumahnya.
Seperkara lagi, dia tak bagi saya naik ke rumahnya,
Sahak berbisik kepada Tok Ngah Darus seolah-olah dia bimbang Sudin akan mendengar dan terasa hati.
Kenapa pula dia tak bagi naik
Sahak mengangkat bahu.
Tak naik pun tak mengapa, Tok Ngah. Saya takkan berani naik ke rumahnya kalaupun dia ajak saya naik.
Kenapa, kau takutkan orang tua tu
Tok Ngah Darus menduga. Sahak tidak menjawab tetapi reaksi yang ditunjukkan oleh Sahak sudah cukup untuk memberikan jawapan kepada Tok Ngah Darus. Sudin masih terkengkang-kengkang mengatur langkah mendekati Tok Ngah Darus dan Sahak. Sesekali dia berhenti sambil memegang belakang pinggangnya. Kerut mukanya sudah cukup menggambarkan betapa sengsaranya Sudin untuk terus melangkah. Namun tatkala begitu hampir dengan Sahak dan Tok Ngah Darus, Sudin berhenti melangkah. Dia mendongak. Hidungnya kembang-kempis bagaikan sudah tercium sesuatu.
Kau datang dengan Angah Soyah sekali
tanya Sudin sambil terlenggak-lenggak.
Taklah!
Cepat sahaja Sahak menafi kannya.
Tapi bau ni, bau badan Angah Soyah,
kata Sudin, tegas.
Aku pun terbau benda yang sama tapi Tok Ngah kata, dia datang seorang diri.
Tok Ngah Darus sempat menjeling ke arah pokok yang menjadi tempat berlindungnya Angah Soyah. Tubuh badan Angah Soyah langsung tidak kelihatan. Jauh di dalam hatinya, Tok Ngah Darus kagum dengan kebolehan yang ada pada Angah Soyah. Tidak hairanlah mengapa orang kampung jarang dapat bertemu dengan Angah Soyah dalam keadaan biasa. Angah Soyah bijak menyembunyikan dirinya sekalipun bau badannya tidak dapat dihilangkan, sekali gus memberi tanda bahawa dia hadir di tempat tersebut.
Jangan mengarutlah! Aku tak bau apa-apa pun!
Tok Ngah Darus segera bersuara. Sudin renung muka Tok Ngah Darus dalamdalam. Kata-kata Tok Ngah Darus jelas mengganggu fikirannya.
Sudahlah, Sudin. Mari makan. Aku tahu, kau tak makan dari semalam,
Sahak segera menarik tangan Sudin. Sudin kelihatan begitu gelisah. Sahak kerutkan keningnya. Mungkin dia kehairanan melihat perubahan sikap Sudin secara tiba-tiba.
Kenapa dengan kau ni
Biarkan, Sahak! Dia dah banyak dipengaruhi syaitan tu.
Syaitan
Sahak berpaling ke arah Tok Ngah Darus.
Syaitan apa pula ni
Tok Ngah Darus tidak menjawab sebaliknya merenung tajam Sudin yang sedang menggeletar di hadapan mereka. Mulut Sudin berbuih-buih. Biji mata Sudin bagaikan ditarik ke atas sedangkan keduadua belah lututnya pula terbengkok dengan kedua-dua belah tangannya terkulai.
Tok Ngah! Apa ni Kenapa dengan Sudin ni
Dia bukan Sudin yang kau kenal!
Habis tu, kalau bukan Sudin, siapa pula dia
Kamu tengok sajalah, Sahak!
Tok Ngah Darus bersuara keras. Sahak ingin bertanya lagi tetapi matanya tiba-tiba sahaja menjadi buntang. Terbeliak besar bagaikan telur ayam yang terjojol keluar dari soket matanya.
Itu kan Angah Soyah!
Sahak menuding ke arah pokok yang digunakan oleh Angah Soyah untuk bersembunyi. 23