Kristal Berdarah - 19
BAB 18

Sedangkan Salman, Suhaili dan Saoud begitu selesa dengan berpakaian ringkas. Mereka tidak menghiraukan orang yang akan mereka temui nanti. Malah Suhaili yang se ring berbangga dengan kedudukan dan tarafnya, kali ini sudah melupakan semua itu. Sepanjang perjalanan ke Gunung Kemuning, dia telah banyak diajar tentang peraturan semasa oleh alam sekeliling.

Kejanggalan itu tidak dihiraukan oleh Ramlan. Dia ada lah seorang peguam. Dia datang ke kaki gunung ini sematamata kerana tugas. Dia tidak peduli walaupun dia akan diketawakan oleh penghunipenghuni bangunan putih di seberang jurang sana.

aku tak yakin yang jambatan ni selamat untuk digu nakan. Tengoklah keadaannya yang begitu daif.

Tapi kebanyakan daripada orang yang ditemui me nga takan, mereka selalu menggunakan jambatanini.

Siapa Ramlan masih tidak berpuas hati.

Kaumkaum pribumi yang menghantar makanan ke pada penghuni bangunan putih tu.

Ramlan menancapkan seluruh pandangannya pada jam ba tan gantung tersebut. Mungkin untuk menguji ketab a hannya atau barangkali untuk menggambarkan keadaan sebenar kepada orang yang bakal menggunakannya, jam batan itu ditiup angin dan mula bergoyang.

Kuat nampaknya angin bertiup. Salman yang se men jak dari tadi hanya mendiamkan diri, kini bersuara. Dia memandang sekeliling.

Ramlan turut memandang sekeliling. Wajahnya begitu serius. Kemudian dia kembali melemparkan pandangan ke arah jambatan gantung yang terus berbuai itu.

Suhaili! Kau jangan harap aku akan gunakan jamba tan tu untuk ke bangunan putih tu.

Habis tu, kau nak ke sana macam mana Kau nak ter bang Suhaili seakan terhibur melihat kegementaran Ramlan. Dia tersenyum. Dendamnya terhadap Ramlan dua malam lepas, terbalas.

Keadaan jambatan ni tak selamat.

Ketika itulah beberapa orang lelaki dari suku pribumi yang tinggal di daerah itu menggunakan jambatan tersebut untuk menyeberang. Mereka nampaknya tidak kekok langsung. belakang mereka tergalas sebuah bakul yang berm ulut nganga. Muatannya sarat.

Mereka hanya mengambil masa beberapa saat sahaja un tuk sampai ke seberang sana. Kemudian mereka mele takkan bakulbakul yang mereka galas sebentar tadi di atas seketul batu yang agak mendatar. Mereka kembali menggunakan jambatan tersebut untuk menyeberang. Dan ketika mereka menjejakkan kaki ke tanah, mereka ters enyum seolaholah menyindir Ramlan kerana takut.

cuba kau tengok tu... Suhaili menjuihkan bibirnya.

Tali itu nampak macam dah berusia ratusan tahun. aku takut masa aku menyeberang nanti, tali tu putus dan aku... Ramlan tidak menghabiskan katakata tersebut. Dia terlalu gementar.

Kau perlu uji dulu, kemudian baru boleh buat conclusion, kata Suhaili.

betul cakap ibu aku tu. inilah masanya untuk kau menguji jambatan tu.

Ramlan memandang ke arah Suhaili dengan wajah suram seakan memohon simpati daripada wanita itu. Tak boleh ke kau cuba meyakinkan aku

Kau patut ikut aku ke Sabah. Jambatan gantung di sana lebih teruk dari yang ni.

Salman begitu serius. Seolaholah mempunyai penga la man menggunakan jambatan gantung bertali itu.

Mereka menghampiri kepala jambatan tersebut. Hanya mata Ramlan sahaja yang bergerak ke kiri dan kanan sed angkan seluruh anggota badannya yang lain, kaku.

aku bimbang.

alah! bukannya jauh sangat. Dua puluh kaki saja. Tak sampai setengah minit untuk sampai ke sana.

Salman sudah berdiri di pangkal jambatan bertali satu itu. Pemegangnya juga diperbuat daripada tali digen ggam dan digoyangkan sekuat hati. Debu dan habuk ber terbangan.

Salman kembali melemparkan pandangan ke wajah Ramlan.

Jambatan ni masih kuat.

Dahlah tu! Ramlan memegang tangan Salman.

Jangan buat macam tu. aku rasa seram semacam je.

Suhaili mendekati. Dia turut memeriksa keadaan jam ba tan gantung itu. Jurang direntangi oleh jambatan itu kelihatan begitu kelam. Yang terdengar hanyalah deruman air. Dan deruman itu tentunya datang dari air sungai yang terjun dari tebing di tepi mereka.

Ramlan.... Kau selalu cakap kat aku tentang upah yang tinggi untuk satu kerja berisiko. Sekarang, kau kena lah berusaha lebih sikit.

Ramlan merenung tajam. Saoud tersenyum seolaholah ingin mengatakan, Kita ni hanyalah orang suruhan orang kaya saja.

Satu rangkuman perasaan terbentuk dalam jiwanya. Katakata Suhaili sebentar tadi benarbenar membuatkan dia melupakan ketakutan dan kengerian yang bersarang sebentar tadi.

Perlahan dan berhatihati, Ramlan mula meniti jam batan tali yang menghubungkan antara dua dataran itu. namun hanya beberapa langkah sahaja dia di atas jam batan gantung tersebut, Ramlan berpatah balik secara kelamkabut.

Salman, Suhaili dan Saoud memandang Ramlan de ngan hairan. Tetapi apabila mereka tahu apa yang mem buatkan Ramlan berpatah balik, mereka tersenyum.

Ramlan mengikat briefcase ke badannya. Dia tidak mahu nanti, ketika dia menyeberangi jambatan tersebut, briefcase itu terjatuh ke jurang tersebut. Dan apabila ked udukan briefcase itu sudah diyakini selamat, dia mula berdiri di jambatan gantung itu.

Dia memandang ke hadapan sebelum benarbenar me langkah. Di dalam langkahnya, dia mula mengharapkan agar lelakilelaki kaum pribumi tadi kembali dan meniti jambatan itu. Jikalau harapannya menjadi kenyataan, tentulah dapat melengahkan perjalanannya.

Jikalau keadaan ini berlaku, tentu Suhaili mengubah fikiran dan memintanya agar menghentikan perjalanan nya. Tetapi segala harapannya bagaikan dibawa angin lalu. Semuanya tidak berlaku dan dia masih terus meniti jambatan tersebut. Hatinya kecut. Tidak seperti dia berada di tengah mahkamah menghadap Tuan Hakim dan para juri.

Jambatan itu terbuai seperti ditiup angin. Tetapi sebe narnya, ia bergoyang bukanlah kerana angin. ia bergoyang kerana Ramlan menggigil. buat sementara waktu, Ramlan hanya tegak berdiri. Sedangkan tali yang digunakan untuk meregang, dipegang sekuat hati.

Kau nak buat apa pun, buatlah. Tapi jangan sesekali tengok ke bawah! jerit Suhaili.

namun itulah yang dilakukan oleh Ramlan. Dia tidak berupaya menahan kehendak hatinya, biarpun dia tahu gayat adalah kelemahannya yang utama.

Sayupsayup di tengah jurang itu, dia terpandang kege lapan dan bunyi yang sayupsayup menerjah telinganya. Di tepi tebing kelihatan batubatu yang menjulang tajam, menunggu mangsa yang malang.

Ramlan panik. Tangannya terus mencengkam tali yang dipegangnya. Mujurlah briefcasenya terkepit dan ter ikat pada badannya. nafasnya berlari kencang. Jantung nya berdegup kuat. Matanya terpejam rapat. Hatinya ber doa agar dia segera ke seberang sedangkan kakinya tidak bergerak kecuali menggigil.

Jambatan bergoyang semakin hebat. Talitali itu sudah berkeriut seolaholah akan putus pada bilabila masa sahaja.

akhirnya Ramlan tiba juga walaupun dengan langkah perlahan dan degupan jantung yang kencang. Setibanya di hujung jambatan, Ramlan menarik nafas lega.

Briefcase yang terikat pada badannya kini kembali ke tangannya.

Selamat petang encik.

Ramlan terkejut. Dia langsung tidak menyedari ada orang yang menyambut ketibaannya.

Dia menoleh sejenak ke arah Salman, Suhaili dan Saoud. Mereka seperti ingin dia menjawab teguran ter sebut.

err... selamat petang.

Saya nak ambil barangbarang ni. Kebetulan pula en cik sampai ke seberang sini. encik bukan orang tempa tan, kan

Ramlan tidak tahu berbuat apaapa kecuali meng angguk. Sedangkan pandangannya tidak lekang daripada wajah wanita yang jauh lebih muda daripada Suhaili itu.

Syukurlah... saya berjaya juga menyeberang dengan selamat, katanya.

Kenapa encik gunakan jambatan ni Jambatan ni dah tak selamat lagi. Kami pun dah lama tak gunakan jamba tan gantung ni. nasib baiklah encik tak apaapa.

Ramlan tertarik dengan katakata wanita itu. Dia ingin bertanya sesuatu tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Dia mahu tahu apakah yang ingin diperkatakan oleh wanita itu lagi.

Kenapa pakai macam ni ini, kan kawasan gunung

Dan kali ini Ramlan terasa dia benarbenar diperbo doh kan dengan pertanyaan itu. Keazamannya tadi, ber kecai halushalus bagaikan serpihan kristal yang ter hempas ke batu.

Wanita itu hanya ketawa. Sesekali dia mengecilkan ke lopak mata untuk memastikan mereka yang masih bera da di seberang jurang.

boleh kita bincang tanya Ramlan sambil meman dang ke arah bangunan yang kelihatan dari tempat dia berdiri. Dia tidak mahu membuang masa. Orang yang di cari sudah pasti berada di bangunan tersebut. Dan wanita yang menyambut kedatangannya itu, tentu sekali tahu tentang orang yang dicaricarinya.

Ya... marilah.

Mereka meninggalkan kepala jambatan. berjalan se cara beriringan.

Kenapa tempat ni terpencil sangat Siapa pula yang bodoh buat bangunan jauh ke tengah hutan

Tempat ini dibina sejak zaman pemerintahan Raja brooke yang pertama lagi. Dulu bangunan ni digunakan sebagai tempat istirehat raja tu saja. Tapi sekarang, ia dah dijadikan sebagai pusat kerja seni.

Mereka berjalan di sebalik batu besar di tepi jurang. beberapa orang wanita tua dan muda memandang mereka dengan pelbagai reaksi. Semua yang ada di sini wanita saja Wanita itu tersenyum. Mengangguk.

berapa orang

50 orang.

bumiputera

campurcampur.

Mereka tiba dan berhenti di hadapan sebuah bilik yang agak besar. buat seketika, mereka hanya berdiri di kaki lima bangunan itu.

Ramlan merenung persekitaran tempat itu. bangunan ini hanya satusatunya yang tegak di kaki Gunung Kemuning. Dan keseluruhan bangunan ini adalah bercat pu tih. Ramlan hairan. Hairan kerana tempat yang ditujuinya tidaklah sehebat yang tergambar di fikirannya sebelum itu.

Seluruh bangunan ini dilengkapi dengan keperluan asas. ada bekalan elektrik dan paip air pula melintang di halamannya yang begitu sempit. Kebanyakan tingkap di bangunan ini diperbuat daripada kaca.

Khadijah hanya tersenyum melihat gelagat Ramlan. Kenapa hairan dengan tempat ni

er... Ramlan berpaling. Terasa seperti dipukul oleh soalan tersebut.

encik ni siapa sebenarnya wanita itu bertanya lagi.

nama saya Ramlan. Saya peguam Puan Suhaili, seo rang jutawan. Puan Suhaili adalah anak kedua Tan Sri Wan Hasyim, juga seorang jutawan yang dikenali di bi dang carigali minyak, Ramlan memberitahu wanita itu.

Khadijah sekadar menganggukangguk tanpa menun jukkan sebarang reaksi.

Mereka telah masuk ke bilik tersebut. Ramlan bagaik an tidak berpuas hati dengan pemandangan yang dilihat nya sekarang. ia terlalu indah. Sukar untuk diterjemahkan dengan katakata. cuma Ramlan merasakan inilah pe man dangan terindah yang pernah disaksikan di dalam hidupnya.

Seorang gadis datang dan menyajikan minuman ke pada mereka.

Saya perlu bertemu dengan seseorang di bangunan ini bagi menyempurnakan sebuah wasiat.

Wanita itu mengerutkan dahinya. barangkali tidak menyangka Ramlan datang dengan satu berita besar. Walau bagaimanapun dia kelihatan cukup berminat dengan cerita Ramlan.

ada apaapa lagi

ada sedikit masalah tentang wasiat yang ditinggalkan.

Oh! Wasiat bapanya atau suaminya

begini... Puan Suhaili bukanlah anak tunggal kepada Tan Sri Wan Hasyim. Dia ada seorang kakak lagi... Salimah. Kakaknya telah menghilangkan diri lebih ku rang dua puluh tahun lalu. Kami dah berusaha mencarinya di merata tempat. Harta Tan Sri Wan Hasyim tak boleh dituntut oleh Puan

Suhaili selagi kakaknya tak ditemui atau dah terbukti meninggal dunia. Hartaharta tu masih ada di sana. Masih tak ditukar nama termasuklah sahamsaham Syarikat Setia Jaya.

Oh, itu masalahnya, ya Takkan perkara sekecil tu tak boleh diselesaikan

Perkara ni hanya boleh diselesaikan jika kami ada mak lumat tentang kakaknya.

Mahkamah tentu boleh mengisytiharkan yang dia dah mati

Tak boleh! Wasiat tu terlalu spesifik. ia memerlukan bukti. Kalau tak ada bukti yang dia dah meninggal selama sepuluh tahun, semua hartaharta itu kecuali saham di Syarikat Setia Jaya akan diserahkan kepada badan amal.

Wanita itu memandang keluar jendela.

Saya rasa Salimah dah lama mati.

Saya perlukan bukti.

Kalau tak ada

Kita kena cari.

bukan di sini.

Peguam dah dilatih untuk mempercayai fakta sahaja, puan. Separuh daripada kerja kami ialah menunaikan ama nah pelanggan.

Khadijah menatap mata Ramlan. Ramlan tidak ber kerdip.

Salimah adalah seorang designer untuk balai Seni. Selepas kehilangannya pada tahun 1974, dia masih lagi seorang designer arca yang baik. ayahnya sangat merin duinya. Dia membeli semua hasil karya seni anaknya... semua yang boleh... dan menjadi salah satu daripada har tanya yang amat bernilai.

Wanita itu mengambil fail yang dikeluarkan oleh Ramlan dari briefcasenya. Menatapnya sebentar kemudian mencampakkannya ke atas meja.

Dia bangun dan berjalan perlahanlahan ke arah jende la yang terbuka luas. Ramlan mengerutkan keningnya. Jikalau diturutkan daripada pengalamannya sebagai peguam, dia mengesyaki ada sesuatu yang mengganggu fikiran wanita itu.

Sayalah Salimah Wan Hasyim. Saya tak tahu bapa saya begitu mengambil berat diri saya. Suhaili sebenarnya ada lah kakak saya, bukannya adik.

Ramlan terkejut dan merenung Khadijah. Dia benarbenar terperanjat dengan maklumat yang baru dite rima nya. Dia benarbenar tidak menyangka. Sekarang, sahlah bahawa maklumat yang diterima tentang tempat tinggal Salimah, adalah benar.

Suasana bertukar menjadi sepi. Sungguh sepi. Ramlan kematian bahasa. Khadijah atau Salimah bagaikan tidak bernafsu untuk meneruskan katakatanya.

Saya... kami memang mengharapkan... Salimah... err... Puan Khadijah... ada di sini... dan sekarang... tapi...

Tapi apa encik Ramlan

Kami sangka Salimah telah meninggal dunia.. er.. maksud saya Puan Salimah.

Oh... Khadijah kembali ke kerusi rotan di sebelah Ramlan, mengangkat cawan dan menghirup air di da lam nya kemudian meletakkannya kembali sambil menguntumkan senyuman.

Sangka atau mengharap

Ramlan menarik nafas panjang. Dia berasa dirinya sedang disindir, baik secara senyuman mahupun dengan katakata.

Siapa sangka dia masih ada di sini, di kawasan ter pencil ni. Jauh dari masyarakat bandar. Jauh dari

kehi dupan moden.

Ramlan terdiam.

Kenyataannya saya memang dah mati, encik Ramlan. nama Salimah sudah berkubur. Yang ada seka rang ialah Khadijah. Salimah sudah mati dari kenikmatan dunia.

Khadijah tersenyum. Ramlan yakin senyuman itu adalah sindiran.

Puan masih hidup. itulah masalahnya. Ramlan berterusterang.

Tidak pada saya. Tidak juga pada tempat ini.

Ramlan merasakan, masa untuk dia bertindak sudah sampai. Sekeping borang dikeluarkan dari briefcasenya dan diserahkan kepada Khadijah.

Kalau macam tu... bolehkah puan... tandatangan bo rang ni untuk tidak menuntut hartaharta yang dah diwasiatkan tu

itukah yang Suhaili mahukan Khadijah tersenyum lagi.

Tak! Dia pun tak tahu yang puan ada di sini.

Saya tak akan menurunkan sebarang tandatangan, encik Ramlan.

Maknanya Puan Salimah... Khadijah... akan ikut kami ke Kuala Lumpur

itu yang encik Ramlan fikirkan

Jadi...

Wasiat itu mahukan puan mengambil bahagian puan atau memberikan terus kepada Puan Suhaili. Dan jangan lupa satu lagi, badan amal. Ramlan memandang jam di tangannya.

Kita dah terlalu lama berbincang.

Saya tahu. Saya juga ada kerja lain yang perlu dibuat.

Oh! Saya tak mahu ganggu kerja puan. Tapi sukalah saya nasihatkan puan, eloknya puan ambillah duit sembi lan puluh juta ringgit tu. Sebahagian daripada saham itu, lepaskanlah kepada Puan Suhaili. itu lebih mudah. Mudah bagi puan, mudah bagi kerja saya.

Di tengahtengah rimba ni, apa yang boleh dibuat dengan duit sembilan puluh juta ringgit

Kalau kita dah ada duit, jangankan rimba, kalau du duk di dalam laut pun, kita boleh lakukan banyak perkara, puan.

Tak payahlah! Sebenarnya encik Ramlan dah tersa lah sangka. Saya dah lama buang kemewahan dari hidup saya. Kekayaan atau kemewahan bagi saya langsung tak ada makna.

Ramlan tidak menyangka Khadijah akan memberi jawapan itu.

Dan satu lagi, encik Ramlan sebenarnya dah pilih jalan yang salah.

Maksud puan Kening Ramlan bertaut.

Kenapa pilih jalan susah, sedangkan di belakang sana ada jalan raya yang bertar cantik hasil pembangunan yang kerajaan berikan. Gunung ini bukanlah tembok batu. ada susur keluar yang lebih memudahkan. Kenapa ambil ri siko dan lalu ikut jalan balak yang dah lama tidak digun akan

Ramlan terdiam lagi. Kepetahannya mematahkan hujah sebagai peguam, hilang begitu sahaja.

Khadijah melangkah ke pintu bilik itu. Ramlan menge maskan fail yang terbuka di meja, memasukkannya ke briefcase kemudian bergegas mengekori Khadijah yang sudah keluar.

Saya tak sangka dapat mendengar khabar dari ke luarga lagi. Lebihlebih lagi dalam keadaan macam ni. Saya langsung tak ada kenangan manis hidup bersama ke luarga saya. Masa saya keluar dari rumah, arwah bapa saya sering tak berlaku jujur dalam perniagaannya. Saya dan kakak saya... kami sebenarnya taklah terlalu rapat macam adikberadik yang lain...

Khadijah berhenti di tepi pagar yang membentengi ha laman sempit dan jurang dalam di mana sebatang sungai mengalir deras.

Saya tak tahu apa yang harus saya buat sekarang. bagilah saya masa untuk berfikir dulu.

Ramlan mengangguk. Tangannya terhulur dan mereka berjabat mesra.

Gembira dapat berjumpa dengan encik Ramlan.

encik Ramlan mengingatkan saya kepada seseorang.

Shariman Mustapha

Khadijah terkejut. Tetapi dia nampaknya tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang Shariman Mustapha.

Satu lagi encik Ramlan.

Ya

Suhaili lebih tua dari saya.

Oh! Uh Ya!