Les Criaturas - 19
SOMEWHERE IN BETWEEN

Seorang budak perempuan leka bermain air di dalam tempayan. Rambutnya ditocang kemas. Dia memasukkan jarinya ke dalam air dan tersenyum melihat air yang berkocak. Dia kemudiannya mengambil ikan kembung yang sudah disiang oleh ibunya seraya memasukkan ikan tersebut ke dalam tempayan. Eh Mak, kenapa ikan ni tak berenang Seorang wanita muda menggeleng kepala melihat gelagat anak perempuan tunggal kesayangannya.

Wanny, ikan itu mak dah bersihkan. Sudah dibuang semua isi perutnya. Jadi, ikan ni tak boleh nak berenang lagi sebab dah mati. Masa mak beli kat pasar lagi ikan ni dah mati, kata wanita muda itu sambil menggosok lembut kepala anaknya.

Mati Mak tikam dia dengan pisau

Ya, sayang. Ikan ni dah mati. Sekarang, masuk bilik air lepas tu cuci tangan sampai wangi. Nanti ayah balik. Dia mesti nak peluk Wanny tapi Wanny bau ikan. Kesian dekat ayah.

Ibu muda itu memimpin anak perempuan tunggalnya masuk ke dalam bilik air.

Jangan main air lama-lama tau. Nanti kemolok datang mak tak tahu. Wanita itu mengusik anak perempuannya.

Wanny mengambil sedikit sabun dan menggosok keduadua belah tangannya dengan laju. Buih-buih kecil mula kelihatan.

Banyaknya buih.

Wanita muda itu tersenyum. Tiba-tiba, dia menekan perutnya. Wajahnya berkerut menahan kesakitan yang teramat sangat.

Ya Allah..

Darah merah laju menuruni paha wanita tersebut. Kain batiknya basah lencun. Lantai dapur basah bermandikan darah.

Pandangan wanita muda itu semakin gelap.

Mak, Wanny dah siap cuci tangan. Mak! Mak! Wanny menggoyangkan tubuh ibunya. Semakin lama semakin kuat. Ibunya tidak memberikan sebarang reaksi. Matanya tertutup rapat.

Ya, Allah! Ain! Ain!

Seorang lelaki memeluk jasad ibu Wanny yang tidak bernyawa sambil menangis. Dia mengucup dahi isterinya berulang kali. Wanny hanya memerhatikan perlakuan ayahnya.

Ayah, kenapa mak keluar darah Wanny cuba kejut mak tapi mak tidur.

Soalan daripada Wanny tidak berjawab. Lelaki itu terus mendukung jasad ibu Wanny dan berlalu meninggalkan Wanny sendirian.

Ayah nak bawa mak pergi mana

*****

Wanny duduk di bawah tangga rumah. Sesekali dia menguis-nguis tanah menggunakan batang lidi. Seorang wanita tua datang menghampirinya. Cucu opah buat apa tu

Hehe. Main pasir ni.

Pasir tu kotor, sayang. Pergi basuh tangan. Nanti atuk balik bawa mainan.

Yeay! Atuk beli mainan untuk Wanny

Iya, atuk beli mainan. Cepat basuh tangan. Wanny melompat-lompat kegembiraan. Dia terus berlari menuju ke arah sinki rumah tetapi berhenti separuh jalan.

Opah janji tak ada darah darah lagi Opah janji opah jaga

Wanny

Ya, opah janji. Pergi cepat.

Assalamualaikum. Suara lelaki tua memberi salam.

Wanny, atuk dah balik. Cepat basuh tangan.

Suaminya yang berkopiah duduk melepaskan lelah di tangga rumah. Perempuan tua itu mengengsot sedikit menghampiri suaminya. Dia mengurut-ngurut belakang badan lelaki tua tersebut. Tak habis lagi pasal darah ke, emaknya

Itulah, apaknya. Setiap kali suruh cuci tangan, mesti dia cakap pasal darah. Entah apalah musibah cucu kita masa tu. Dah seminggu, apaknya. Seminggu dia baring dekat depan bilik air tempat darah kering emaknya. Anak kita pula hilang entah ke mana. Nasib baik cucu kita tu hidup lagi. Kesian dia. Makan ikan busuk dengan roti atas meja, keluh wanita tua itu sambil mengelap air matanya.

Emaknya, saya rasa ada orang buat khianat dekat anak menantu kita. Masakan darah keluar macam tu sekali. Kalau saya jumpa orang yang buat khianat tu, saya bunuh dia. Nasib baiklah hati saya tergerak nak ke rumah Hilman tempoh hari. Kalau tak, entahlah. Wanny satu-satunya waris kita, maknya.

Atuk, mana mainan

Ala cucu atuk, semua kedai dah tutup. Tak sempat beli mainan. Ni atuk beli payung merah. Cantik ada corak bunga-bunga. Suka tak

Payung Nak buat dengan payung Wanny tak suka payung, rengek Wanny. Bibirnya dimuncungkan.

Lelaki tua itu merangkul mesra cucu kesayangannya dan diletakkan di atas ribaan. Dia mencium ubun-ubun Wanny sambil membuka payung merah tersebut. Terserlah corak bunga yang kontra dengan warna merah.

Tengok. Payung ni sifat dia melindungi. Apa sifat payung, Wanny

Melindungi. Tapi, melindungi tu apa, atuk Ha, jawablah apaknya. Saya nak ke dapur tanak nasi dengan buat gulai ikan. Awak layan dia sekejap.

Perempuan tua itu mengambil masa yang lama untuk

bangun. Dengan keadaan fizikal yang sudah tua, kebanyakan uraturat sendinya sudah tidak sekata. Tulang pun sudah banyak yang lari dan longgar. Terhenjut-henjut perempuan tua itu berjalan menuju ke dapur.

Atuk, cepatlah. Melindungi tu apa

Melindungi tu macam apa yang atuk buat ni. Macam apa yang opah buat. Menjaga Wanny sampai Wanny besar. Menjaga Wanny daripada orang jahat. Menjaga Wanny kalau Wanny sakit, terang lelaki tua tersebut.

Oh, macam tu! Macam yang mak kucing jaga anak dia, kan

Pandai cucu atuk. Nah, ambil payung merah ni. Sesuai dengan Wanny. Kalau hujan atau panas, payung ni boleh buat apa

Melindungi Wanny.

Pandai cucu atuk.

*****

Wanny, jangan main jauh sangat! Dah senja ni. Opah Wanny menjerit dari dalam rumah. Wanny yang sudah meningkat remaja hanya mengangguk. Wajahnya bertambah ayu.

Wanny tak pergi jauh. Wanny ada kat depan ni je. Beberapa minit kemudian, dia mengunci pagar hadapan dan naik ke atas rumah. Tangan kirinya setia memegang payung pemberian arwah atuk. Wanny duduk bersimpuh lantas menolong neneknya menyiang ikan bilis.

Opah.

Wanny nak apa Opahnya masih sibuk menyiang ikan bilis. Wanny membetulkan rambutnya yang kusut sedikit dengan anak rambut yang terjuntai menutup matanya.

Esok Wanny nak pergi tengok kambing Pak Mail, boleh Ish kamu ni. Opahnya seperti tidak senang dengan permintaan cucunya.

Ala, boleh la. Wanny dah lama tak main dengan kambingkambing kat situ, pujuk Wanny.

Tapi, kamu tahu kan yang Pak Mail itu kaki minum. Nanti dia meracau-racau masa kamu kat sana macam mana Opah jangan la fikir macam tu. Wanny kan selalu main dengan kambing kat situ

Kamu tu anak dara. Kena jaga diri elok-elok. Rumah Pak Mail tu kat hujung kampung. Nanti apa kata jiran-jiran dia. Wanny memeluk tubuh neneknya.

Payung merah yang arwah atuk bagi ni kan ada. Kalau jadi apa-apa, Wanny pukul Pak Mail pakai payung ni, kata Wanny sambil menghayun payung merah kesayangannya.

Amboi, berani cucu opah ni! Cepat tolong opah siang ikan bilis ni. Nanti nak masak sambal. Boleh kirim sikit dekat Pak Mail esok.

*****

Assalamualaikum, Pak Mail. Lembut suara Wanny memberi salam. Dia tercegat di hadapan tangga rumah Pak Mai. Pintu rumah dibuka lambat-lambat. Seorang lelaki tua berpelikat dan tidak berbaju muncul. Rambutnya yang beruban nampak berserabai. Matanya digosok berkali-kali supaya pandangannya menjadi lebih jelas.

Hoi, kau Wanny! Apa kau nak

Pak Mail, Wanny nak pergi belakang rumah sekejap. Nak main dengan anak kambing. Ni opah kirim sambal bilis. Pak Mail boleh makan cicah roti nanti.

Yelah. Kau pergi la dulu kat belakang. Aku nak basuh muka. Bak sini bekas sambal tu. Setelah bekas sambal bertukar tangan, Wanny terus laju berlari menuju ke kandang kambing. Payung merah dikepit pada lengan kirinya.

Comelnya! Wanny duduk mencangkung sambil mencuit dagu kambing betina.

Dah makan Anak kau mana Perlakuan Wanny diperhatikan dengan penuh ghairah oleh Pak Mail. Sesekali dia membetulkan rambutnya. Dia mula menghampiri Wanny. Wanny dah makan Pak Mail mencuit pinggang Wanny perlahan.

Err.. Dah. Wanny makan sebelum datang sini. Wanny menjarakkan tubuhnya. Dia tidak selesa dengan tindakan Pak Mail. Seingatnya, Pak Mail tidak pernah datang ketika dia sedang asyik bermain dengan kambing-kambing itu. Namun, hari ini Wanny dapat rasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena. Wanny dah ada kekasih Wanny dah cantik macam ni mesti ramai suka. Pak Mail tersengih menampakkan giginya yang kekuningan.

Sesekali dia meraba-raba celah kelangkangnya untuk membetulkan sesuatu. Wanny bertekad mahu pergi dari situ. Wanny pulang dulu, Pak Mail. Opah dah pesan.. Ala, sekejap la. Meh duduk kat riba Pak Mail ni. Kita main dengan anak kambing sama-sama. Tangan kasar Pak Mail menarik lengan Wanny.

Apa ni Pak Mail! Lepas! Lepas! Wani menjerit sambil cuba melepaskan lengannya daripada cengkaman lelaki tua tersebut. Ala, sekejap je. Bukan lama pun. Tengah hari nanti kau balik la. Pak Mail menguatkan cengkaman tangannya.

Aduh!

Pak Mail tersungkur. Terketar-ketar tangan Wanny memegang payung merah pemberian arwah atuknya. Pertama kali dia menggunakan payung itu sebagai senjata.

Wanny pulang dulu.

Wanny mempercepat langkahnya menuju menuju ke arah pagar. Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dilihat. Pagar kandang sudah kemas terkunci. Dia menggoyangkan pagar itu sekuat hati.

Pak Mail, tolong bukakan pagar ni. Tolonglah, rayu Wanny. Air matanya bergenang.

Pak Mail, to.. Pandangan Wanny menjadi gelap.

*****

Wanny membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Dia berada di dalam hutan tidak jauh dari kawasan kandang kambing Pak Mail. Pak Mail sedang menyandar pada sebatang pokok kapas sambil mengurut-ngurut dagunya sambil memegang payung merah milik Wanny.

Pak Mail, tolonglah lepaskan Wanny. Kenapa Pak Mail ikat Wanny

Pak Mail ketawa terkekeh-kekeh mendengar permintaan anak gadis itu. Pak Mail berjalan menghampiri Wanny seraya melibas payung merah itu tepat ke mukanya. Wanny tersembam ke tanah.

Kau betul-betul nak cabar aku! Aku dah cakap, tunggulah sekejap. Kau degil. Aku bukan nak buat apa pun. Aku nak ajak kau main je.

Tolong lepaskan Wanny. Kesian opah mesti risau Wanny tak pulang lagi. Wanny menangis teresak-esak. Pesanan opah berlegar-legar di mindanya.

Sebelum aku lepaskan kau, kau kena lepaskan aku dulu. Boleh tak, Wani sayang Pak Mail mendekatkan bibirnya ke pipi mulus Wanny.

Wanny tiada pilihan lain. Dia mengangguk tanda setuju. Bagus! Kan senang kalau kau ikut cakap aku dari mulamula tadi

Pak Mail nak suruh Wanny main apa

Wanny main ni.

Pak Mail mengangkat kain pelikatnya tinggi-tinggi. Wanny memejamkan mata. Air matanya mengalir laju.

Kau main sekejap je. Cepat! Pak Mail memegang kemas kepala Wanny.

Wanny mengangguk perlahan. Kelopak matanya masih tertutup rapat.

Buka mata kau. Baru la seronok, arah Pak Mail. Mimik mukanya yang tidak sabar jelas terpancar.

Kelopak matanya dibuka. Bibirnya diketap-ketap menahan perasaan marah dan benci. Wanny tidak berhenti-henti menyumpah seranah Pak Mail di dalam hati.

Bagus! Buka mulut kau besar sikit. Haa, macam tu la. Nah. Kau dah boleh hi..

Argh! Jeritan Pak Mail bergema memenuhi kawasan hutan. Wanny menghentak kemaluan Pak Mail menggunakan batu. Dia bernasib baik kerana ternampak batu berhampiran kakinya. Batu tersebut dikuis dan disimpan di dalam genggaman telapak tangannya. Wanny leka membuka ikatan tali pada kakinya. Dia tidak sempat untuk memerhatikan keadaan sekeliling.

Bangsat! Mampus kau! Mampus!

Payung merah basah dengan darah. Tubuhnya rebah ke tanah. Pak Mail memusingkan tubuh Wanny. Wanny tidak memberikan reaksi. Dadanya tidak berombak tanda dia tidak bernafas. Pak Mail mencampakkan payung merah ke tepi. Dia memeriksa pergelangan tangan Wanny. Pak Mail tidak mahu membuang masa. Dia menyelak kain batik yang dipakai anak gadis itu. Dia sempat menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum mula meratah tubuh Wanny semahunya. Tubuh Pak Mail basah bermandikan peluh. Dia bersandar pada sebatang pokok sambil mengurut pahanya yang lenguh.

Sia-sia kau mati macam ni, bisik Pak Mail sambil mengemaskan ikatan kain pelikatnya. Dia berjalan meninggalkan mayat Wanny.

Prap!

Bunyi seperti ranting patah itu mengejutkan Pak Mail. Cepat-cepat dia menoleh ke arah semak samun disekelilingnya. Dadanya berombak kencang. Dia bimbang seseorang memerhatikan perbuatan terkutuknya.

Keluar sekarang kalau kau anak jantan! Cabar Pak Mail.

Peluh jantan mula membasahi pipinya.

Mayat Wanny masih lagi terbaring di lantai hutan. Tibatiba, daun-daun dari pohon mula gugur dan menutup mayat Wanny.

Mulut Pak Mail ternganga melihat kejadian luar biasa itu.

Hantu!

Pak Mail membuka langkah seribu. Malangnya, kaki kanannya tersadung dek akar pokok kapas yang terkeluar.

Aduh! Sial!

Pak Mail lekas-lekas bangun. Dia membetulkan ikatan kain pelikat yang mulai longgar.

Aku tak bersalah! Perempuan tu yang paksa aku bunuh dia!

Prap!

Bunyi itu datang dari arah belakang. Pak Mail berpaling. Mulutnya terlopong melihat akar daripada pokok kapas di belakangnya bergerak-gerak. Pak Mail tidak berganjak dari kedudukannya. Kakinya seolah-olah disimen. Dia hanya mampu melihat akar pokok itu menembusi tubuh keringnya. Pak Mail akhirnya mati tergantung dengan mata terbeliak dan mulut ternganga. Akar pokok tersebut bergerak sedikit sebelum mencampakkan mayat Pak Mail jauh ke tengah hutan. Akar itu kemudiannya bergerak menuju ke arah mayat Wanny dan melilit tubuhnya. Mayatnya diangkat perlahan-lahan dan dirapatkan ke pokok kapas. Akar-akar kecil turut melilit payung merah. Akhirnya, mayat Wanny bersama-sama dengan payung merah kesayangannya masuk ke dalam tanah.

Keadaan kembali normal namun di tengah hutan belantara, sepasang mata kuning sedang menghampiri mayat Pak Mail sambil menjelirkan lidahnya.