MOLOTOV KOKTEL - 19

Aku masih terjaga pagi ini. Atas meja asbak penuh dengan abu-abu duit. 70% isi dalam asbak itu adalah cukai yang aku bayar kepada sebuah kumpulan manusia dipanggil pemerintah. Aku tak tahu bagaimana mereka ini boleh perintah aku. Tak pernah pula aku pilih mereka. Tak apa, abaikan dulu, akan ku ajar seekor demi seekor nanti. Bila sampai waktunya.

Aku cangkung depan rak buku-buku. Masih ada yang belum habis ditelaah. Patut aku baca tulisan mereka, atau patut aku baca tulisan sendiri Entah.

Diluar, anjing-anjing liar masih berkeliaran. Salak-menyalak. Rancak! Entah apa yang dibincangkan. Harga minyak naik lagi kot. Tak, aku bukan bermetafor. Itu betul-betul anjing. Ye, yang ekornya berbulu dan kakinya empat. Bukan anjing kaki dua. Anjing berkaki dua mungkin sudah tidur, kenyang lepas sehari kutip hasil haram. Lagi pun tak mungkin anjing kaki dua bincang pasal harga minyak. Mereka tak pernah bayar pun harga tu. Ah! apa yang aku tgh fikirkan ni Bodoh.bodoh.

Lupa dah aku nak baca apa. Biarlah. sekarang aku duduk depan papan kunci dan skrin komputer riba ni. Gamit jari-jari aku untuk tulis apa yang korang tengah baca ni. Apa Apa yang aku nak tulis Kejaplah.

Sabar. Baca yang atas tu dulu. Faham ke tak

Jiwa-jiwa lain dalam pondok ni tengah sibuk berperang dalam alam maya.

Canggih sangat!

Aku capai lagi gulungan kertas dan tembakau tu. Bakar. Hmm...lega! Kejap. Aku nak cari apa yang boleh diminum.

Air sejuk je yang ada. Malas nak bancuh kopi palsu.

Okay, aku sambung balik. Aku tak tau apa yang aku tengah rasa sekarang. Kau orang tahu ke Pernah tak kau orang rasa kau orang mampu untuk buat semua benda seorang diri, tapi akhirnya kau orang sedar kau orang cuma tipu diri sendiri. Mana mungkin!

Ada lelaki yang egonya tinggi, konon mampu! Bila tanya macam mana tu

Alah..aktiviti tambahan dalam bilik air tu tak payah perempuan pun boleh buat sendiri, kata beliau. Bodoh, macam lah aku tak tahu, dalam otak beliau fikir jugak sosok perempuan berpeha gebu, baru boleh buat. Kalau fikir peha sendiri mana mampu buat! kan Ciss. Bantuan pihak kedua dan ketiga dan keempat masih diperlukan. Oops!

Macam tu lah jugak aku. Tak! Haha. Aku tak cakap pasal benda tu lah bongok! Aku tengah cakap tentang kerja, tanggungjawab, amanah, tugas, usaha, prinsip, dan cita-cita.

Cita-cita aku besar, dan banyak! Aku pernah rasa konon aku boleh buat seorang diri. Itu sebelum aku dipukul realiti. Realiti tak setuju dengan ego diri aku tu.

Bila aku perlukan kasih sayang dan cinta, aku cari jiwa itu (terima kasih cinta). Bila aku jatuh, aku nak orang tolong aku.Sikit pun jadi. Bila aku nak lontarkan isi cair dari otak aku yang bersimpul neuron berarus deras ni, aku cari telinga untuk dengar, supaya aku tak dipanggil GILA. Bila aku nak buktikan sesuatu, aku buat depan orang, bukan depan cermin. Bila aku lapar, aku terpaksa merangkak ke toko untuk cari bahan yang boleh dihadam. Dan bila aku mula rasa diri aku semakin sunyi, aku cari Tuhan untuk mengadu. Mana mungkin aku buat seorang diri.

Dulu aku tolol. Ego bodoh makan diri. Semua nak buat sendiri. Padan muka! Bila tulang dan otak dah mula letih, terpaksa aku rayu mintak tolong orang lain.

Sama lah kau orang. Jangan berlagak sangat lepas ni. Kau orang memang hebat, memang bagus. Tapi korang rasa dunia ni kau orang saja ke yang hinggap Janganlah sombong sangat. (samalah diri aku sendiri.)

Makanya, akhir-akhir ni, aku akur dengan hukum dunia. Dunia ni aku tak mampu hidup seorang diri. Bukan juga berdua atau bertiga. atau berempat. Aku perlukan beribu orang. Beribu orang yang aku boleh percaya, dan percaya pada aku.

Okay..aku dah mula jadi sewel. Asbak tu bertambah lagi abu-abu duit cukai. Rasanya aku dah lepaskan dah cairan otak aku. tak..tak sepenuhnya. Aku masih perlukan tempat ni. Apa tempat ni takde orang Gila! yang tengah baca ni bukan orang

Kan aku dah cakap, aku perlukan kau orang lah. Supaya aku tak gila.

Dah, cukup.

Sekarang waktu untuk aku dan diri aku je. Ini je waktu yang betul-betul aku seorang diri.

Ye ke Laa...tak jugak!

Dalam mimpi aku tak nak duduk seorang diri. Aku tak nak mimpi diri aku sendiri. Aku taknak mimpi peha sendiri!

Sekian terima kasih. Tak faham Tak apa, cuba kau orang pulak tulis balik.

Mungkin kau orang boleh faham.