DIAGNOSIS: PRESKRIPSI - 19
Ada seorang mamat Bangla. Umur baru 38 tahun. Dah setahun lebih duduk kat tinggal di Malaysia. Sejak awal tahun ini dia sering datang ke klinik aku. Macam-macam masalah dia. Yang utama, berat badan makin susut dan kurang bertenaga. Aku suruh dia balik Bangla sahaja. Aku juga sering marah dia sebab dia pemalas. Tapi dia memang sakit. Dia jarang ambil MC dengan aku. Pagi itu dia datang awal dan terserempak dengannya di depan klinik. Aku ajak dia breakfast sekali dengan aku di warung mamak. Sambil sarapan dia keluarkan senarai masalahmasalah dia. Dia kata takut terlupa. Dia kata di Malaysia dia takda siapa-siapa. Dia kata dia ada aku sahaja. Terkejut juga aku bila dia cakap begitu.
Entah kenapa tergerak hati aku nak check paras gula dia. Siapa sangka dan aku memang langsung tak menyangka, paras gulanya 18.8 mmol/L. Berat badan dia baru 48kg. Tetapi simptomsimptom dia menuju ke arah penyakit kencing manis. Aku minta maaf dengan dia. Aku rasa bersalah. Aku terlalu percaya kepada stigma bahawa Mamat Bangla selalunya pemalas. Aku rasa sangat malu dengan diri aku sendiri. Enam bulan dia kompelin macam-macam pada aku, tapi aku buat tak tahu je.
Semoga dia kembali sihat.