DIAGNOSIS 3: MORTUARI - 19
Religion and race and skin color is all that matters to people nowadays. Each one wanting to make an impact on who is superior. Well the fact is nobody really know who goes to heaven and who goes to hell, so why all the drama. The last you will be seen is 6 feet down the ground or in ashes. Just live life simple, why complicate it. [Dr. Prasanth Bhujan, 1984-2014]

Aku tertanya-tanya akan diriku sendiri. Adakah aku rasis Sepanjang aku dibesarkan, tidak banyak interaksi antara aku dengan bukan Melayu. Dari kecil aku bersekolah di mana kesemua rakan sekelasku adalah Melayu. Melayu! Sama dengan aku! Tadika, sekolah rendah, sekolah menengah. Maklumlah, aku dulu belajar dalam aliran Arab dan tidak bercampur dengan bukan Melayu. Hanya apabila aku bersekolah di tingkatan empat dan lima, baru aku kenal rakan bukan Melayu. Tapi, itu pun persahabatan yang tidak tulus dan jauh sama sekali ikhlas. Maklumlah, cina pandai. Jadi jika ada kerja sekolah terutamanya Matematik tambahan yang tidak siap, maka aku akan tiru hasil kerja mereka.

Hurm, apa stigma aku pada bukan Melayu Tidak dinafikan, setiap dari kita dibesarkan dalam stigma. Bukan Melayu juga ada stigma terhadap orang Melayu. Kata mereka, Melayu itu pemalas, Melayu mahu kaya cepat, Melayu pengotor, Melayu kurang berdaya saing. Orang Melayu juga ada stigma terhadap bukan Melayu. Cina babi, cina kalau berniaga dan tak menipu maka tak untung dan cina berak tak basuh punggung. Aku juga mendengar cerita orang bahawa India itu pemabuk, kaki pukul dan kuat bohong. Kata mereka, kalau kau jumpa ular dan India di tengah jalan, maka kau pukul India. Aku tahu kenyataan ini nampak macam menghina tetapi itu yang telah ditanam dalam minda aku.

Aku juga membesar dengan ideologi skinhead. Pakai kasut Doc Marten bertali merah dan putih. Konon-kononnya kami mengambil inspirasi Neo-Nazi dan juga White power. Melayu adalah tuan tanah Malaysia jadi kita juga harus bangunkan ideologi Malay Power! Bukan Melayu adalah pendatang di bumi Malaysia. Dengar sahaja lagu Warisan yang diulang-ulang di Kem Biro tatanegara. Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi. Air mata darah, bercampur keringat. Bumi dipijak milik orang. Ia tidak langsung menyeru pada perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk.

Tapi, kita semua adalah pendatang. Tiada satu pun di antara kita merupakan penduduk asal bumi ini. Bumi ini milik Tuhan dan kita datang dari Tuhan. Dia yang hantar kita ke dunia ini. Roh kita ditiup ke dalam segumpal darah yang berkembang menjadi janin di dalam kantung amnion yang bersambung pada rahim melalui plasenta. Setiap dari kita lahir dari Bani Adam dan Hawa.

Aku bertanya tentang agama ku. Rupa-rupanya aku adalah Islam. Jadi kenapa aku buang apa yang agama aku ajar tentang bangsa. Dalam Quran kata, manusia itu dijadikan berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa agar kita saling kenal mengenal antara satu sama lain. Ia juga sebagai tanda betapa Allah maha berkuasa. Di zaman Nabi Muhammad, kau akan jumpa orang Parsi, orang Quraisy, orang Yahudi, orang Roman bersembahyang di dalam masjid. Islam telah menyatukan hati-hati mereka. Di saat Nabi Muhammad dibaling batu dan kayu sewaktu berdakwah, orang Nasrani yang membantu baginda. Nabi juga menghadiri jamuan yang dianjurkan oleh orang Majusi dan nabi juga membuat hubungan bisnes dengan orang Yahudi. Jadi, di mana ruang Islam mengajar umatnya untuk menjadi rasis

Aku bersyukur kerana aku cepat sedar. Aku tak peduli akan ajaran ustaz yang mengatakan bahawa kita tidak boleh makan sepinggan dengan orang bukan Islam kerana air liur mereka adalah najis. Di mana sumbernya Aku akui, stigma yang aku tanam dalam diri aku adalah palsu dan aku mula menyedari akan keindahan persahabatan dengan bangsa bukan Melayu. Ini sebenarnya apa yang diajar oleh Islam. Cuma, sama ada kita mahu mengamalkannya ataupun tidak

Tulisan ini aku tujukan khas untuk semua pembaca. Aku tidak gunakan watak samaran dan aku juga tidak sembunyikan kisah yang berlaku kerana aku mahu satu dunia tahu tentang kisah ini. Aku mahu memberikan penghormatan pada dia. Kisah ini adalah tentang persahabatanku dengan seorang sahabat yang aku anggap seperti abang kandungku sendiri. Walaupun kami berbeza bangsa, agama, warna kulit dan bahasa tapi ia bukan penghalang untuk kami terus bersahabat. Aku pernah tulis tentang dia di blog peribadiku. Ia dibaca tidak kurang dari 25 ribu pembaca. Beratus manusia berkongsi artikel tersebut dan berpuluh komen tentang beliau masuk ke dalam peti e-mel dan ruangan komen blog ku.

Ya! Ini kisah tentang Dr. Prasanth Bhujan!

Aku menjalani latihan housemanship di Hospital Tawau. Posting pertama aku adalah Obstetric dan Gynecology. Ia adalah posting yang penuh dengan suka duka dan mencabar segala rasa yang ada pada diri aku. Kami ada seorang pakar, lima orang Medical Officer dan tidak sampai 12 orang houseman untuk memberi khidmat pada pesakit. Malah, kami tiada pilihan dan terpaksa melakukan beberapa tugasan yang sepatutnya dilaksanakan oleh Medical Officer. Prasanth adalah junior di tempat aku bekerja. Dia datang sebulan selepas aku mendaftar diri. Dalam erti kata lain, kedua kami adalah first poster. Hubungan kami bukanlah bermula dengan penuh warna-warna pelangi dan rama-rama. Dia baik dan banyak kali menghulur tangan untuk persahabatan. Ya, aku sambut! Tetapi tidak dengan keikhlasan. Aku tidak suka dia. Dia lembap dalam melakukan tugasan dia. Dia sangat lambat belajar. Dan dia selalu jatuh sakit. Dalam keadaan wad yang macam sardin, dia tidak datang kerja kerana cirit birit. Ada masa, aku sindir dia dengan bahasa sarkastik dan dia meminta maaf atas kesalahannya. Tapi aku seakan bertindak sebagai Tuhan. Aku labelkan dia sebagai bermasalah.

Mungkin, jodoh aku dengan dia panjang. Semua posting yang aku jalani, pasti dia ada. Orthopedic, surgical, medical, pediatric dan Emergency & Trauma. Aku seorang yang garang dan aku selalu memarahi dia. Tapi jauh di sudut hatiku, aku kasihan akan dia. Terdetik juga rasa kasihan sewaktu aku melihat dia dimaki pegawai perubatan dan dicaci serta dihina. Sejahat aku, aku tidak sampai ke tahap menghina. Bagi aku, kita tegur apa yang salah dan kita sanjung apa yang benar. Sehari demi sehari, kami semakin rapat walaupun tidak setahap isi dengan kuku. Aku saksikan dia mula berubah sedikit demi sedikit. Walaupun kayuhannya tidak selaju orang lain, tapi dia belajar untuk jadi seorang doktor yang selamat.

Kerana dia terpaksa dilanjutkan tempoh latihan houseman, maka aku berpindah dan meninggalkan dia. Aku mula berkhidmat di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Lahad Datu. Ternyata jodoh kami tetap utuh. Andai kami lelaki dan perempuan nescaya waris kami sudah bergenerasi lamanya. Maka beberapa bulan kemudian dia mula menyusuli perkhidmatanku.

Kami banyak bekerja dalam satu syif yang sama. Aku melihat dia sebagai orang yang berbeza. Dia bukanlah houseman yang aku kenal dulu. Sebaliknya, dia sedang mencapai usia kedewasaan dalam kerjayanya. Jujur aku katakan, dia berjuang dengan penuh tenaga untuk menjadi seorang doktor yang kompeten dan selamat. Antara ramai doktor yang aku kenali, dia adalah antara seorang doktor yang selamat dan berhati-hati dalam menjalankan tugasan seharian.

Bicaranya dengan pesakit sangat halus. Seakan bunyi bisikan bayu pantai yang membelai gegendang telinga. Nyaman dan menenangkan. Sedang aku, di sebalik kelembutanku ada juga suaraku berdentum seperti halilintar. Pernah aku mengamuk besar apabila seorang pesakit asma merengek ingin pulang sedangkan dia berada dalam keadaan nazak dan hampir mati.

Bergegar zon resusitasi dengan ketegasan suara ku.

Bro, chill la! Go and rest. I will handle this, kata Prasanth kepadaku sambil menepuk bahuku.

Saat aku keluar dari bilik resusitasi, dia berbicara dengan pesakit. Memberi nasihat yang baik dan akhirnya kedegilan pesakit tersebut berjaya dijinakkan.

Pernah aku tertidur di kaunter disebabkan terlalu penat. Jumlah kami tidak ramai dan beban kerja tugas pada ketika itu sangat memeritkan. Bekerja double shift, kurang cuti dan ditambah dengan tugasan jabatan membuatkan aku tewas. Dia menepuk bahuku dengan penuh lembut, mungkin mengalahkan sentuhan bidadari kayangan walaupun tangannya kasar menggerutu.

Bro, dont sleep here la. Go and rest in MO Room. Everything is under control. I can handle all the case, katanya padaku. Seakan dipukau, aku bangun dan menuju ke bilik MO.

Bro, I just take a short nap. Wake me up after 30 minutes. Ill be fine. Laungku dari jauh. Dia hanya tersenyum dan menyambung tugasannya melihat pesakit baru.

Aku tersedar saat syif hampir tamat. Bukan 30 minit aku tidur sebaliknya berjam-jam. Dihuni rasa bersalah, aku bergegas ke casualty. Dia hanya tersenyum dan mengucapkan selamat kembali.

Prasanth, why you never wake me up from my sleep

Chill la bro. you deserve some rest after hard work. I can handle the situation.

Kami serasi bertugas bersama. Tidak kisahlah sesibuk mana pun jabatan kami, pasti tidak pernah kami lupa untuk bergelak tawa dan membuat lawak. Dan, menjadi tabiat kami untuk mengusik jururawat bujang yang bertugas satu shift dengan kami. Pasti akan ada muka-muka jururawat yang merah padam dan casualty akan dipenuhi dengan gelak tawa. Ada masanya, aku padankan dia dengan jururawat wanita.

Prasanth mau masuk Islam sudah ni. Dia mahu kahwin dengan kau.

Dei Dei Macha! Dia mahu marah tetapi tidak jadi. Aku tidak tahu adalah ia disebabkan muka kasihan ku atau dia terlalu baik orangnya.

Ya! Dia terlalu baik hinggakan akan memperlahankan keretanya untuk menegur staf yang dikenalinya. Dia sanggup menghantar makanan untuk rakannya yang bekerja lebih masa di klinik yang terletak 70 km dari hospital kami. Dia sanggup menemani rakannya yang dalam kesusahan.

Dia sedaya upaya untuk menyiapkan tugasan dia walaupun syifnya sudah tamat. Malah, dia sanggup menunggu sehingga enam jam selepas tamat syif demi untuk membantu melihat pesakit seandainya jabatan kami dilanggar todak. Dia juga sebolehnya tidak mahu melakukan pass over tugasan kepada pegawai perubatan yang bertugas pada syif seterusnya. Never mind bro, once I settle everything I will go home.

Never mind bro, this is a simple case la, I will discharge him.

Bro, this case is for admission but I did not manage to contact the respective team. Never mind la, I will call and admit the patient. Di mana kamu mahu cari doktor yang begitu berdedikasi seperti ini

Pernah suatu hari, tidak ada orang yang tahu bahawa itu adalah hari lahir ketua jururawat di jabatan kami. Dan dia telah mengatur satu kejutan dengan membeli kek dan makanan. Lantas kami membuat sambutan hari lahir secara mengejut. Ternyata, ia cukup untuk memancarkan kegembiraan di wajah rakan sekerja itu.

Aku masih ingat lagi akan sayangnya dia terhadap aku. Sekiranya terdapat mana-mana staf yang mengumpat tentang aku di hadapannya, maka dia akan berdiri teguh untuk memegang maruahku. Pasti dia akan pertahankan aku. Betapa aku benarbenar terhutang budi padanya.

Masih terngiang-ngiang di telingaku situasi di mana dia akan mengajar rakan-rakan yang baru dikenali untuk menyebut namanya. Dia akan ajar mereka seperti kelas membaca budakbudak sekolah tadika. Pra-santh! Tapi, ramai yang sukar untuk menyebut namanya itu. Air mata aku juga mengalir sewaktu melihat nota-nota pesakit yang ada tulisannya. Kecil dan seolaholah dia menggigil sewaktu menulis.

Kami ke gim bersama-sama. Tanpa dia, aku sudah malas untuk ke sana! Biasanya selepas senaman, kami akan berehat di bilik sauna ataupun stim. Di sana, kami berbual tentang banyak benda. Dia ceritakan kepadaku pengalamannya dibuli di Ukraine oleh pelajar yang sebangsa dengannya. Pistol di acu di kepala dan mereka mengugut untuk membunuhnya sematamata tidak mahu tunduk akan perlakuan buli. Dia juga tidak henti-henti bercerita tentang betapa buruknya pengalaman dia di Indonesia. Kisah di saat sentimen orang Indonesia begitu tinggi terhadap Malaysia dan pelajar kita di sana diancam untuk dicederakan dan dimaki herdik. Kesemua itu tidak henti-henti mengganggu ketenteraman hidup mereka.

Di bilik yang sama, kami berkongsi cerita tentang gadis idaman kami, siapa yang pernah menjadi pacaran. Sudah menjadi tabiat orang lelaki, mungkin perempuan juga begitu. Kami akan berbicara tentang gadis yang kami rasakan menarik dan bertukar pandangan tentang gadis tersebut. Kata dia pada aku, kita tak perlu jadi seperti lelaki lain, bermanis kata dengan perempuan dengan niat untuk meragut maruah mereka. Carilah yang betulbetul sesuai dengan jiwa kita dan kahwinlah dengan dia.

Ah, aku tahu ketika itu dia sebenarnya kecewa dengan wanita tetapi cuba untuk berfikiran positif. Betapa dia mempunyai kisah cinta yang penuh dengan duka. Mencintai seorang gadis dengan sepenuh hati dan berkorban segalanya hanya untuk dipermainkan hati dan perasaan. Hingga pecah berderai hatinya dan terbuang jiwanya. Dan ia berlaku lebih dari sekali. Tapi untuk sahabatnya ini, dia masih lagi berlakon sebagai seorang yang tabah.

Satu persatu rancangan kehidupannya diceritakan padaku. Rancangan dia untuk berniaga, untuk melancong, untuk membawa keluarganya ke Sabah. Ah! Sayangnya itu semua hanya menjadi cita-cita yang terkubur bersama jasadnya.

Topik kegemarannya sewaktu bercerita adalah tentang keluarganya. Dia sayang akan keluarganya dan boleh dikatakan dia akan menelefon keluarganya berkali-kali dalam sehari. Katanya, mana mungkin dia tidak sayang akan keluarganya kerana mereka telah berkorban segalanya untuk dia. Bapanya bukanlah orang kaya tetapi akan melakukan apa sahaja untuk memenuhi kehendak anak-anak. Pernah dia begitu suka dengan kasut Nike dan bapanya bertegas untuk membeli kasut tersebut sebagai hadiah tetapi dia menolak semata-mata tidak mahu membebankan keluarganya. Akhirnya dia memilih untuk membeli kasut yang paling murah dan hanya mendapat kasut impiannya itu sewaktu dia menerima gajinya sebagai doktor.

Sayang betul dia pada keluarganya. Untuk bapanya, dia belikan sebuah kereta Honda yang elegan dan untuk dirinya, dia hanya memandu kereta Putra second hand. Tapi, dia benar-benar sayang dan suka akan keretanya itu. Aku hanya melopong sewaktu mendengar cerita beliau tentang kereta. Maklumlah, aku bukan jenis yang suka mengetahui tentang spesifikasi kereta. Walaupun keluarganya bukanlah miskin tegar, tetapi dia tetap bekerja keras untuk memberi kemewahan pada keluarganya. Dia bekerja keras melakukan tugasan lebih masa demi untuk mendapatkan wang. Pernah aku bertanya pada dia,

Adakah kau tidak tahu penat Pertanyaan itu hanya dibalas dengan senyuman.

Dont worry, Im as strong as titanium. Nothing can break me.

10 Jun

Bro, I akan balik semenanjung. Kawan baik I kahwin. I akan jadi pengerusi majlis perkahwinan tersebut. Lagipun, I nak bawa bapa pergi jumpa doktor. Ucapnya pada ku suatu hari.

Lama ka kau balik

Tak lama. Jangan risau, nanti aku balik, kita locum sampai pengsan.

Ish kau ni, ada ke macam tu.

18 Jun

Bro, can arrange a locum slot to me Once I come back, I will do it. Need to get extra cash. Ujarnya di telefon padaku sewaktu dia berada di semenanjung. Hows your dad and the wedding

Fantastic Bro. When I meet you, we will talk more on that ok.

Well, that sounds like a solid plan. Roger that!

20 Jun

Kereta sahabatku memacu laju membelah kesibukan trafik bandar raya Kota Kinabalu. Keheningan pagi tidak ditemani kicauan burung tetapi dibingitkan dengan bunyi hon dan deruan enjin motosikal dan motokar. Penghawa dingin yang gagal berfungsi menimbulkan resah pada badan apatah lagi tingkap yang terbuka membenarkan asap dari luar masuk ke dalam kereta dan seterusnya menusuk hidung. Bunyi radio juga seakan dengar tidak dengar. Telefon dalam poketku bergetar. Ada mesej masuk bertandang. Sesuatu yang menggetarkan jiwa!

Prasanth kemalangan jalan raya dan sedang berada di Hospital Kunak. Polytrauma. Kemungkinan besar ada kecederaan dalam kepala, kecederaan dalam rongga abdomen dan juga tangannya patah.

Aku tersentap dan lantas meminta radio diperlahankan. Pagi itu, aku dalam perjalanan untuk menghadiri conference di Hotel TH Kota Kinabalu. Aku menekan punat telefonku menghubungi rakan-rakanku di Hospital Kunak tetapi hampa kerana masingmasing tidak bekerja pada ketika tersebut. Ada yang tidak menjawab panggilan. Mungkin masih dalam perjalanan untuk ke tempat kerja. Aku tidak berputus asa dan mendail lagi sehinggalah panggilanku dijawab Dr. Ad.

Yes, he involved in road traffic accident. His car crashed while avoiding a bus in his way back to Lahad Datu. His GCS is 13/15, confuse but vital signs still holding up. He sustains multiple open fracture and suspected head injury as well as to rule out intra abdominal injury. We will transfer him to Tawau after radiology investigation.

All right bro, do your best. Stabilize the fracture and give tranxenamic acid. Get the blood product ready! Sempat aku berbicara pada temanku.

Aku berdiam diri di dalam kereta. Sahabatku semakin pelik dan cuba untuk berbicara. Aku lemah dan menjawab pendek.

Sahabat baikku kemalangan dan sedang terbaring dalam ruang resusitasi.

Lantas aku membuat panggilan kepada rakan kami, Sasi. Aku meminta agar dia segera ke Kunak. Sasi ketika itu baru sahaja menghabiskan on call nya. Ku katakan padanya agar bersabar dan berhubung dengan keluarga Prasanth. Bawa mereka ke Tawau.

Lima belas minit berlalu, telefon berdering kembali. Tertera nombor telefon Dr. Ad.

Bro, his BP flactuating. GCS still maintain at 13/15.

Get a blood product and transfuse him. At a mean time, maintain with fluid resuscitation.

Dan lantas aku berhubung dengan doktor pakarku dari Hospital Tawau. Prasanth mesti di hantar ke Tawau dengan segera. Sementara itu, pakar ku dari Lahad Datu berusaha untuk mendapatkan helikopter bagi membawa Prasanth ke Kota Kinabalu. Sayangnya, terlampau banyak yang perlu diperbaiki dengan sistem kesihatan di Sabah. Negeri ini luas tetapi akses kesihatannya sangat menyedihkan. Pakar bedah otak hanya terdapat di Kota Kinabalu dan begitu juga team pembedahan yang hebat juga berkumpul di sana. Perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu menggunakan ambulans adalah selama 6 jam.

Hospital terdekat iaitu Lahad Datu dan Sandakan juga tidak mempunyai Pakar Bedah Otak. Tanpa disedari, air mata menitis dari kelopak mataku. Aku cuba untuk menggagahkan diri agar ia tidak kelihatan pada sahabatku.

Aku sering berlakon seperti lelaki maco di hadapan dia. Tidak sedikit pun riak ku selama ini menunjukkan bahawa aku lelaki yang emosional. Jika ada pun hanyalah puisi-puisi ku di Facebook. Itu pun tersembunyi dari pengetahuannya kerana dia tiada akaun laman sosial.

Aku mendaftar diri dan terus masuk ke bengkel konferensku. Perhubunganku dengan rakanku di Kunak terputus. Aku hampa, resah dan gelisah. Fokusku pada isi ceramah terganggu biarpun penceramahnya merupakan doktor terkenal.

Satu panggilan telefon masuk selepas hampir satu jam. Keadaan Prasanth bertambah buruk. Tahap kesedarannya semakin menurun dan mereka terpaksa melakukan intubation dengan memasukkan tiub endotracheal ke dalam saluran pernafasannya.

Ya Allah! Adakah aku sedang bermimpi Aku berdoa agar dia diselamatkan. Aku mula menangis. Aku memilih satu sudut di hotel tersebut dan duduk di sana. Aku tidak berhenti dari memegang telefonku.

Setengah jam kemudian, Dzu menelefonku. Suaranya tersekatsekat. Dia menangis. Katanya,

Naim, his Blood pressure crashed and he coded . CPR done for 20 minutes and just now we able to revive him.

Damn. Hey, dont cry. You can do your best. I have faith in you. Dont give up yet. Not now! Transfuse more blood for him, start the vasoppressor, please look for other cause of hypotension. Exclude tension pneumothorax, cardiac temponade. Make sure you stabilize all his fracture. Aku cuba untuk menenangkan sahabatku. Dia hanya mengiakan dengan penuh lemah.

Aku menunggu dan terus menunggu tetapi langsung tiada maklumat terkini. Aku sangkakan sahabatku sudah selamat dan sudah di hantar ke hospital Tawau.

Satu jam kemudian telefonku berdering. Tiada bicara kecuali tangisan Dzu yang merimaskan telingaku. Aku tidak mahu mendengar suara tangisan tapi aku mahu tahu yang sahabatku sudah selamat.

Naim.. kami sudah melakukan CPR kepadanya selama 50 minit. Dia masih lagi asystole dan tidak ada langsung tanda kehidupan.

For god sake. Stop telling me that. Hes young. He can make it. Go find the reversible cause. Insert bilateral chest tube, give more blood, correct the acidosis and make him warm. You can do it! Aku seakan menjerit padanya. Aku tahu yang aku hanya mementingkan diriku sendiri. Aku tahu bahawa ia adalah hampir mustahil untuk mendapatkan dia kembali. Bukan sehari dua aku bekerja sebagai doktor yang terlibat dalam usaha resusitasi pesakit. Aku tahu sama ada pesakit tersebut mempunyai harapan ataupun tidak. Aku cuma menafikan. Aku yakin, Dzu juga tidak mahu bergaduh denganku dan dia hanya menjawab dengan penuh lemah dan mematikan telefon.

We will try!

Tidak lama kemudian, dia menghubungi ku kembali. Aku cuba untuk merasionalkan fikiranku.

Naim. We have tried our best. Unfortunately, we could not save him. We are pronouncing his death now!

Aku menangis, Dzu menangis dan kami sama-sama menangis. Beberapa orang peserta yang keluar ke tandas melihat ke arahku. Mungkin mereka pelik mengapa aku menangis.

Its ok Dzu. I know all of you have tried very hard. It is just that, God loves him more. Kalau aku berada di tempat kamu, aku juga tidak tahu sama ada aku dapat gagahkan diri aku untuk menghadapi semua ini. Aku juga tidak tahu sama ada aku sanggup melakukan intubation dan CPR ke atasnya.

Lantas, filem dari Grey Anatomy menerjah imaginasiku. Adegan di mana George terbaring di atas katil resusitasi menerpa fikirku. Mungkin itu perkara yang sama dihadapi oleh Ad dan Dzu. Kisah dari cerita E.R sewaktu Dr. Pratt menemui ajalnya sambil rakan-rakannya di Jabatan Kecemasan melakukan resusitasi juga memenuhi bayangan akalku. Aku sedar, itu semua bukan benda yang mudah.

Beberapa minit kemudian, seseorang menghantar gambar keretanya yang hampir hancur lebur kepadaku. Aku menangis lagi. Aku bayangkan betapa menderitanya dia terperangkap dalam kereta tersebut. Aku yakin, dia menangis kesakitan sambil menanti pasukan penyelamat datang untuk mengeluarkannya. Darah yang mengalir dari tubuhnya pasti menghilangkan lagi tenaganya. Dia kepenatan, dia kehilangan semangat dan dia juga takut untuk berdepan dengan kematian.

Tapi itu hakikat yang terpaksa kami semua telan. Dia sudah tiada buat selamanya. Ternyata, pemergiannya meninggalkan kesan yang amat mendalam buat kami semua. Sewaktu aku melangkah masuk ke Jabatan Kecemasan Hospital Lahad Datu sebaik sahaja aku pulang dari konferensku, keadaan sudah tidak sama. Ia seakan satu tempat yang asing buatku. Masing-masing diam dan diselubungi kesedihan. Tidak ada jenaka, tidak ada bunyi muzik, tidak ada suara orang menyanyi.

Prasanth berbohong kepadaku. Katanya padaku, dia ingin bercuti selama lima hari tetapi dia tidak pulang-pulang. Dia bercuti buat selamanya. Katanya, dia mahu locum sehingga pengsan, tetapi dia terlebih dahulu berehat di alam kematian. Katanya, dia mahu bercerita dengan ku tentang kisah dia di semenanjung, tetapi itu tersimpan dalam lipatan kenangannya.

Kenangan yang dia bawa pergi bersama dan tidak dia kongsikan bersamaku. Aku menghela nafas panjang. Aku mesti belajar untuk menjadi tabah.

Berehatlah sahabatku di atas sana. Aku tahu engkau penat! Dr. JackNaim.