DOC & ROLL - 19
Setiap daripada kita mempunyai perjalanan hidup dan dugaan yang tersendiri. Perkongsian catatan dan cerita-cerita di dalam buku ini adalah kisah peribadi tanpa sebarang niat untuk meninggi diri.

Bagi pembaca yang masih di alam persekolahan ataupun universiti, sentiasalah berfikir dengan rasional dan fahami tanggungjawab sebagai seorang anak dan seorang pelajar.

Bagi yang pernah gagal, bangkitlah. Gagal sekali tidak bermakna akan terus gagal selama-lamanya. Tiada apa yang mustahil dalam hidup ini. Jangan sekali-kali menoleh ke belakang dengan kekecewaan tapi pandanglah ke hadapan dengan usaha dan harapan.

Semoga kita bertemu lagi, dengan izin Allah.

Salam hormat,

Firdaus Hariri