Di atas ialah salah satu lirik lagu aku yang aku paling gemari. Apakah ceritanya Sebenarnya, ia berkisar dengan apa sahaja yang bermain di dalam kefahaman masing-masing pabila membaca atau mendengarnya. Bagi aku, ianya berkisar tentang penerokaan dan perhubungan kasih sayang antara roh dan jasad; jiwa dan minda. Roh itu dalaman kita, rahsia zat manakala minda itu jasad, pemikiran kita. Kita adalah anak cucu Adam (bukan Nabi Adam). Nabi Adam tidak ada tali pusat. Dia ditempa yakni manusia yang pertama di muka bumi ini. Dinyahkan dari sytirga kerana desakan Hawa yang tidak tertahan nafsunya untuk makan buah Kuldi. Jadi, kita tidak dapat menafikan bahawa kita ini memang anak cucu Adam sebab ada tali pusat, lahir dari perut ibu kita. Oleh sebab itu juga kita tidak dapat menafikan ibu yang melahirkan kita. Tetapi aku percaya perhubungan kasih sayang ini tidak ubah seperti ombak laut. Ada masa tenang dan ada masanya gelora. Itulah namanya kehidupan. Kalau dalam ilmu, usul yang dikaji sangatlah terperinci. Sempurna dan menarik. Bayangkan dalam dctik yang pertama benih kita terhasil kita telah bernama. Apa namanya tu Nama telah wujud. Cuma kita sahaja yang malas untuk mengambil tahu tentang usul. Antara sebab-sebabnya ialah mungkin takut, tidak berani menghadapi makna kebenaran, takut kehilangan dan banyak lagi. Namun, kalau tidak bersedia jangan dulu belajar ilmu hakikat. Kalau kefahaman tidak sampai atau kalau terlebih sampai boleh jadi gila. Ada kawan-kawan aku sudah mengalaminya. Ada seorang saudara sekampung aku yang asalnya seorang pentabligh yangmendalami ilmu agama di pondok sehingga sanggup mcnjadi hamba untuk gurunya. Sungguh ukhrawi. Dia beramal ibadat sehingga dahi hitam dan muka bercahaya. Bahagia sungguh. Tapi akhirnya Tidak tahu apa sebabnya. Sudah tentu ada yang tidak kena. Gila! 53 Satu malam pukul dua pagi datang ke rumah aku dengan kawan dia yang berpenvakit gila babi. Kawan aku ini makan ubat gigi kerana dia menganggap dia sedang bersugi. Semasa dia dalam keadaan normal, aku tanya dia bagaimana keadaan dia dalam keadaan gila tu. Dia kata macam melayang. Dia boleh nampak roh dia keluar masuk. Aku mempercayainya. Orang gila ini sebenamya bebas. Terlepas dari hukum. Cumanya keseimbangan sudah tidak ada. Hanya sifat yang dapat mengenal zat. Kalau hendak belajar, fahamkan betul- betul tenrang sifat 20 dahulu. Berjumpalah guru yang jujur untuk mengajar, bukan yang berkepentingan.