Murad tidak akan dimaafkan!
Sepi hati sang kembara, sepi lagi jiwanya. Hiba hati sang pujangga, hiba lagi perasaannya. Mahkota yang sekian lama tidak pernah disentuh, roboh menimpa cadar, tewas di sudut ranjang. Orang yang merenggutnya bukan pula perogol yang ganas, atau tentera di sempadan tetapi lelaki yang paling disayangi dan dipercayai.
Dia telah diperkosa tunangnya sendiri! Bagi dirinya - hidup tidak lagi bererti. Sudah dirancang di dalam hati, membina mahligai impian bersama suami tercinta dan anak-anak yang salih. Kini, belum sem130
pat bersanding di persada, dia telah berkahwin di ranjang celaka.
Pagi menjelma, dan Ayu seperti biasa menghias diri. Dia melewati katil yang menjadi saksi sebentar tadi. Kelibat Murad tiada, lelaki durjana yang pernah dipuja.
Selepas berpakaian dia turun seperti biasa. Menikmati sarapan yang telah pun disediakan oleh bibi.
Murad tiba di meja makan, berbau harum dan tidak langsung tersiar riak kesal di wajah. Murad tersenyum - menambah lagi sakit di hati.
Ayu... abang cinta....
Ayu bingkas, meletakkan cawan berisi kopi yang sedang dipegangnya.
Ayu... what happen
Ayu memaling muka.
Ayu... please talk to me, I'm sorry for what I did last night! I have reasons...
Ayu terus berialu deras. Dia tidak lagi mahu mendengar suara Murad. Hatinya hancur berkeping-keping. Dia terus melangkah ke luar menuju kereta.
Murad tergesa-gesa mengejar, tidak langsung menjamah sebarang juadah.
Ayu... abang tak sangka Ayu marah sampai macam ni. Abang tak berniat jahat, cuma abang ingin pastikan Ayu adalah milik abang sepenuhnya. After all, Ill marry you soon, even now or tomorrow.
Tak perlu! You have just destroyed everything! Ayu mengetap bibir. Tak apalah, Ayu nak cepat ke kelas, kita discuss kemudian!
Murad menarik nafas dan kekesalan merajai hati.
KATHY... I ada problem sikitlah... nak kasi tahu you!"131
Apa dia Nampak macam serius aje!
Memang serius! I cadang nak tumpang tidur di rumah you untuk few days, boleh
Hm... taklah serius sangat problem you tu! Kathy tersenyum. Ingatkan hal apa!
Bukan tumpang tidur saja!
Ha Serius jugak kalau macam tu! What's happening" Kathy membulatkan mata kemudian tersen-gih.
I'm not joking, Kathy! Please listen to me!"
Okay... okay... Im sorry!"
Well... I rasa I terpaksa tinggal untuk beberapa hari... and also... boleh tak I pinjam baju, make-up, kasut if possible."
My underwear, bra pun boleh, Ayu. No problem asalkan jangan nak pinjam my boyfriend sudahlah!
Oh God, I don't know how to thank you! Ayu memeluk Kathy.
Eh... kenapa you thank God, then peluk I" Kathy sengih, cuma untuk bergurau.
Ayu turut tersengih.
MURAD mundar-mandir dan yang pasti tiada lagi pramugari pelatih yang tinggal. Dia melirik jam, melewati hampir 45 minit daripada waktu yang dijanjikan.
Murad hampa, melangkah lesu ke kereta, menyeluk kedua belah tangannya ke dalam kocek sambil menunduk. Dia terpaku di hadapan Kereia, mengingati saat manis sebelum kejadian hitam itu terjadi. Dia mengutuk dirinya sendiri - yang bertindak rakus bagaikan seekor binatang.
Dia kembali ke rumah, menyepi diri di dalam bilik. Warna riang tidak datang, sunyi tanpa Ayu. Malam menjelang, membawa kegelapan yang sama gelitanya dengan apa yang dirasakan oleh Murad saat ini.132
Telefon berdering dan Murad bergegas mencapai gagang. Dia mengharapkan agar suara Ayu yang kedengaran.
Hallo!
Abang Murad... ini Ayu!
Ah, suara itu amat dirinduinya.
Ayu di mana sayang Why aren't you at the airport this afternoon
Sorrylah abang sebab Ayu tak inform awal- awal. Er... malam ni Ayu tidur di rumah kawan. Ayu cuma nak beritahu abang jangan bimbang. Ayu selamat, okey itu saja.
Ayu... please sayang. I want to say sorry... please come back. I promise I wont hurt you again!
Tak apalah, nanti... bila mak cik balik, Ayu balik!
Ayu...
Tetapi... gagang telah pun diletakkan!
Murad terduduk bisu. Tubuhnya terasa lemah dan longlai. Semangatnya hancur dihempas sebentar tadi. Jika deringan telefon adalah pengharapan, gagang yang diletakkan adalah pemusnahnya.
Murad kini semakin resah. Harapan untuk berbaik semula dengan Ayu semakin tipis. Lalu, diramasnya rambut di kepala seperti ingin dicabut akar umbinya. Namun, persoalan yang dihadapinya masih kusut dan belum terungkai133