TRAVELOG FAGHUZI - 19
Bali, Indonesia

If you want to bring an end to long-standing conflict, you have to be prepared to compromise.

- Aung San Suu Kyi

Tanah Bali dijejaki. Perjalanan memakan masa seharian juga. Dari Probolinggo ke Jeti Bayuwangi memakan masa 5 jam termasuk berhenti rehat dan makan. Sampai di Bayuwangi kami bertukar kenderaan kepada bas awam dan menaiki feri menyeberang samudera. Dari Pulau Jawa ke Pulau Bali pula memakan masa 1 jam. Usai meredah samudera, kami perlu menaiki bas mengharungi perjalanan selama 3 jam pula ke Denpasar. Di Bali, aku menyelaraskan jam kepada waktu Bali. Sama dengan waktu Malaysia. Kini cuma tinggal aku dan Haeri, dua gadis Sepanyol, pasangan Sepanyol dan pasangan Mexico yang menuju ke Bali dari kontinjen yang menyinggah Bromo. Semua kelihatan penat. Haeri kembali berasa tidak sedap badan. Aku juga begitu. Mungkin kerana tidak cukup tidur. Dah lama juga tak dapat tidur yang berkualiti. Meritxell pula sudah tertidur di dalam bas dan kelihatan pucat. Yang lain ada yang memejam mata saja dan mengadap smartphone masing-masing. Akhirnya kami tiba di terminal bas Denpasar. Aku dan Haeri turun mendapatkan beg. Begitu juga mereka yang lain. Masing-masing muka tak larat. Jam sudah pukul 11 malam. Mengikut perancangan Haeri, mahu saja terus ke Ubud. Haeri menghampiri seseorang yang menawarkan perkhidmatan teksi manakala kontinjen Sepanyol dan Mexico pula mahu ke Kuta. Sedang mereka berbincang di dalam bahasa Sepanyol, aku dan Haeri berbincang dengan seorang supir untuk dibawa ke Ubud. Pelik pula muka supir ni bila mendengar kami mahu ke Ubud. Kemudian kami ditegur oleh Luis yang bertanya ke mana arah tuju kami. Terus kami khabarkan mahu ke Ubud. Luis sebelum ini juga mahu ke Ubud tapi seperti bertukar fikiran dengan mahu menyertai mereka ke Kuta. Mendengarkan kami mahu ke Ubud, Meritxell seakan terkejut. Mungkin dia menyangka kami akan turut serta bersama mereka. David dan Beatriz juga terkejut kerana menyangka kami akan mengikut mereka. Entahlah. Aku dan Haeri memang nak ke Ubud kerana suasananya dikatakan lebih tenang. Lagipun kontinjen Sepanyol dan Mexico ini berbincang sesama mereka saja tentang perancangan di sini. Bersembang pun dalam bahasa Sepanyol, bagaimanalah kami nak faham. Bunyi macam merajuk pulak!

Maka, kami berdua pun berpisah dengan kontinjen Sepanyol dan Mexico. Memang beginilah kehidupan. Suatu hari nanti kita dan rakan-rakan akan mengikut haluan hidup masing-masing. Namun, haluan hidup yang berbeza tidak bermakna kita akan melupakan mereka. Haluan berbeza harus dihormati atas dasar persahabatan. Tidak semestinya perkara yang sama sahaja berhak mendapat penghormatan dan penghargaan.

Hidup ini macam kita gunakan lif. Ada masa kau guna lif seorang diri, ada masa lif dipenuhi orang ramai. Setiap orang dalam lif ada tingkat hendak dituju. Sampai masa, kita kena biarkan beberapa orang keluar dari lif dan teruskan perjalanan ke tingkat yang nak dituju. Kita terpaksa melepaskan beberapa orang keluar agar ada ruang untuk orang lain masuk ke dalam hidup kita.

Kerana hari sudah lewat malam, kami tiada pilihan lain kecuali menaiki teksi ke Ubud. Sampai ke teksi, terasa fucked up pula apabila teksi yang dinaiki ini bukan Blue Bird. Risau harga tambang mahal disebabkan penipuan. Tapi kami dalam keadaan yang terlalu penat. Sukar untuk membuat keputusan, kami naik saja teksi ini.

Kenapa kalian mau ke Ubud Orang muda seperti kalian selalunya ke Kuta, tanya supir kehairanan.

Mau dikit kelainan, Haeri menjawab pendek. Waduh! Di Ubud enggak meriah. Kalian mau menanam padikah Hahaha! supir itu berseloroh dan seakan membahan kami kerana mahu pergi ke Ubud. Aku tahu Kuta adalah kawasan hiburan di mana kaki-kaki parti boleh berparti sepanjang malam. Manakala Ubud adalah kawasan kampung yang berada jauh ke dalam dan terkenal dengan tanaman padi serta kehijauan mereka. Perbualan Haeri dan supir ini sudah sayup-sayup kedengaran di telinga. Mata aku terkebil-kebil menahan ngantuk. Baring ni confirm terlelap terus.

Setelah 30 minit perjalanan, kami tiba di Ubud. Suasana gelap gelita. Sekali-sekala kelihatan sebuah bar masih beroperasi. Itupun tidak ramai pengunjung. Selebihnya banyak kedai-kedai yang tutup. Homestay yang bersepah di Ubud pun semuanya gelap. Satu persatu homestay dan tempat penginapan kami kunjungi. Banyak tidak berjawab. Yang berjawab pula sudah penuh.

Semuanya penuh. Ini musim liburan. Kalau di Kuta masih bisa mendapat penginapan, ujar supir itu lagi.

Aku mengubah pandanganku kepada Haeri dan dia juga memandang aku. Lalu aku bertanya, Camne Banyak tutup. Banyak owner homestay tidur kot. Nak dok Kuta je dulu pastu nanti cari tempat kat sini, Haeri yang ternyata keletihan melampau setuju dengan aku. Lalu supir membawa kami kembali ke Kuta. Celaka apa ini. Membazir masa dan ini ternyata membazir wang kami

Akhirnya kami tiba balik ke Kuta. Jam sudah mencecah pukul 1 pagi. Kami dibawa ke satu hotel di Kuta. Kelihatan buruk. Supir itu meninggalkan kami di hotel ini. Tak tahu pula nama hotel ini. Tambang berjumlah Rp600,000 kami bayar. Ternyata itu satu jumlah yang mahal. Kami menghampiri receptionist dan bertanya harga biliknya. Paling murah Rp350,000 semalam. Aduh, mahalnya. Terasa macam kena tipu. Muslihat yang biasa melibatkan pemandu teksi. Mereka menyatakan bahawa tempat penginapan kebanyakannya penuh dan membawa ke tempat penginapan di mana mereka mendapat habuannya. Hmmm...

Ok ke nak dok sini Haeri yang keletihan bertanya kepada aku.

Aku OK je, aku membalas dan jawapan yang diberi ini membuatkan riak wajah Haeri berubah. Kau ni asyik OK je, buatlah decision! suara Haeri sedikit meninggi.

Aku tak kisah. Aku penat wey! Kau pun penat! Buat masa ni macam takde pilihan, kita lepak je mana-mana! aku kembali berteriak pula. Sedikit perbalahan berlaku mencuri tumpuan mereka yang berada di receptionist. Tak boleh haraplah kau ni! Aku penatlah asyik aku je buat decision! Macam menyesal pulak ajak kau! Haeri sudah hilang punca dan mengatakan sesuatu yang membuatkan aku bengang.

Ah fuck ar! Kalau bukan pasal kau nak gi Ubud takde kita buang masa macam ni! Dahlah teksi mahal, ni hotel entah apa lancau mahal gila babi! Semua pasal ikut perancangan kaulah ni! giliran aku meninggi suara. Kami mula bertelagah. Aku umpama mencurah minyak petrol ke atas motor Haeri yang sudah terbakar.

Buto ah! Mamposlah kau! Skang kau buat hal kau, aku buat hal aku! Buang masa je kawan ngan orang tak guna macam kau! Haeri menghamburkan makian kepada aku sambil berlalu pergi membelakangi aku.

Pundek apa! Aku tak heranlah, tak lepak ngan kau pun aku boleh hiduplah sial! aku balas cacian dengan rasa marah yang telah menguasai diri dan melangkah mengambil jalan berlawanan dengan Haeri. Kami membawa haluan masing-masing di bumi asing.

Tak sangka hari ini akan berpisah dengan ramai orang termasuklah dengan Haeri. Perasaan marah masih meluap-luap dalam diri. Segera aku mengeluarkan sebatang rokok untuk dihisap agar hati kembali tenang. Terasa kepala berdenyut kuat kerana amarah yang menghantui diri ditambah dengan badan yang terlalu penat dari segi fizikal dan mental. Aku segera mengatur langkah mencari tempat tinggal untuk malam ini. Jika tiada yang kosong, aku tidur saja di jalanan seperti sebelum ini.

Mata aku sudah berpinar-pinar lalu aku masuk ke sebuah hotel yang buruk di Kuta dengan harapan harga biliknya murah. Bertanya harga dan kekosongan, nasib aku agak baik. Hotel ini punya kekosongan namun harga bilik termurahnya adalah Rp250,000. Cilake! Mahal jugak! jeritku dalam hati. Tapi memikirkan yang aku sudah tak larat nak berjalan dan mahu tidur saja, aku setuju mengambil bilik itu. Itupun untuk malam ni saja. Esok akan check out dan cari tempat yang lebih selesa dengan harga yang berpatutan.

Setelah pendaftaran dan pembayaran dibuat, aku diberikan kunci bilik. Aku menyusuri tangga ke tingkat atas di premis tersebut yang hanya mempunyai dua tingkat saja. Sampai di pintu bilik, kunci dijolok dan pintu dibuka. Celaka apa bilik tersangat buruk tidak kena dengan bayaran.

Panas pula hati. Keadaan hotel boleh diumpamakan seperti rumah pelacur buruk. Backpack aku campakkan ke tepi katil. Air di tandas seakan hidup segan, mati tak mahu. Memang celaka dan aku tak jadi berak. Aku dah terlalu penat nak marah, terlalu penat untuk berfikir. Aku cuma mahu berehat sepuasnya, itupun selepas aku hisap rokok. Kemudian aku didatangi kakitangan hotel tersebut yang menawarkan khidmat pelacur dengan harga bermula dari Rp250,000. Melihatkan keadaan bilik yang tak kena dengan harga, terus aku tolak tawaran. Aku yang masih belum reda rasa marah membuang puntung rokok ke atas bumbung dan masuk ke dalam bilik untuk melelapkan mata. Esok pagi, atau tengahari aku nak blah dari sini. Rasa fucked up malam ini boleh pergi mampus dalam lena.