Sebelum itu ibunya telah terbang ke sana seminggu lebih awal untuk menghadiri graduasi anaknya. Emak mertuaku menaiki pesawat Singapore Airline pada 30 Jun 1998 iaitu hari pertama lapangan terbang antara bangsa KLIA dibuka.
Suasana di lapangan terbang agak huru hara kerana sistem penerbangan jem dan pengendalian di situ agak kecoh. Panduan-panduan pergerakan penumpang mengelirukan. Tambah memburukkan keadaan ialah apabila sistem komunikasi tidak dapat berfungsi dan penerbangan Ibu mertuaku dan banyak lagi jadual penerbangan ditangguhkan.
Seorang pelancung Switzerland merungut kerana terpaksa menunggu hampir 12 jam di sebabkan jadual di pinda beberapa kali.
Aku sendiri menjadi kurang yakin dengan pengendalian oleh staf-staf Lapangan terbang yang kelihatan tidak ceria. Aku hampiri pegawai yang bertugas tentang jadual penerbangan ke London.
Dia tidak dapat beri jawapan. Aku minta agar dia mendapatkan maklumat tersebut. Tapi tiba-tiba dia meninggikan suara macam-macam nak tahu cik, system tengah down nie.. Jangan salahkan kami.. salahkan Mahathir, hendak sangat airport nie beroperasi segera. Tengok apa dah jadi
Aku segera beredar bagi mengelakkan keadaan menjadi bertambah teruk. Tersenyum lebar aku melihat telatahnya. Marah lah tu..! Apa pasal Mahathir pulak nak disalahkan Salahkanlah orang yang bertanggungjawab mengendalikan systemlah.
Namun aku tetap faham situasi demikian memang memberi tekanan kepada sesiapa sahaja. Apatah lagi kerana melibatkan penumpang dari dalam dan luar negara.
Penerbangan ditangguhkan hanya selama 3 jam.1bu mertuaku selamat sampai ke lapangan terbang Heathrow. Hampir seminggu di sana akhirnya isteriku pulang dengan kejayaan Ijazah kelas ke dua Kejuruteraan Kimia. Aku bangga di atas kejayaannya.
Bangga kerana pertama sedikit sebanyak aku juga ada sumbangan terhadap kejayaannya. Aku banyak memberi sokongan moral serta menguatkan semangatnya sepanjang beliau menuntut di luar negara dan yang ke dua aku memang gemar bergaul dan insan yang bijak serta berwawasan.
Pepatah whent you find someone say negatif, just just say next adalah rumusan sikapku terhadap orang lain. Lama juga dia nak sesuaikan cuaca di Malaysia kerana musim sejuk di sana tentunya berbeza dengan cuaca panas di Malaysia. Nasib baik rumah ku ini dibuat dari batu bakar yang sentiasa sejuk.
Aku sendiri pening dengan rumahku yang terlalu besar tapi hanya didiami oleh kami berdua sahaja. Kalau aku di bahagian hadapan, panggilan dari dapur pun tidak dapat aku dengar. Tak apalah. Biar kami lalui pengalaman ini. Aku berjiran dengan komandan di tempat kerjaku (kolonel Ramli). Senang nak bincang jika ada apa-apa perkara penting.
Hampir setahun menganggur, isteriku mulai gelisah apalagi apabila dia terima surat dari penaja pengajiannya dulu agar membayar balik jumlah biasiswa yang telah dikeluarlan oleh mereka.
Jumlah yang perlu dibayar adalah RM 300.000.00. Walaupun dia lega menerima surat kedua dari Majlis Amanah Raya (MARA) iaitu selepas kami memajukan rayuan beserta dengan keputusan peperiksaan, namun beliau tetap gelisah kerana masih mengganggur. Surat kedua MARA mara menjelaskan jumlah yang perlu dibayar adalah RM 0.00.
Kegawatan ekonomi benar-benar memberi kesan kepada peluang pekerjaan baru. Walaupun banyak iklan yang menawarkan kerja, namun ia tidak begitu sesuai kerana agak lasak dan banyak melibatkan kerja luar. Aku sendiri tidak selesa aktiviti lasak untuk wanita kerana ia lebih banyak buruknya dari kebaikan yang bakal diperolehi.
Satu hari isteriku ingin melanjutkan pelajaran di UPM dalam bidang sarjana kejuruteraan alam sekitar. Ia adalah tajaan kementerian alam sekitar. Biasiswa National Sains Fellow (NSF) tersebut adalah peluang yang sangat baik kerana di samping pembiayaan penuh oleh penaja, kursusnya pula ada kaitan dengan kelulusan isteriku.
Permohonan beliau diterima dan satu proses temuduga berjalan. Isteriku diterima untuk melanjutkan pelajaran ke UPM. Tetapi dalam masa yang sama dia ditawarkan untuk melanjutkan pengajian sarjana di Oxford University of London dalam bidang yang berkaitan, dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat kedoktoran (P.H.D).
Namun timbul sedikit masalah kerana beliau mestilah menjadi pensyarah di universiti Putra Malaysia. Satu lagi dilema yang beliau hadapi. Namun demikian setelah berfikir panjang beliau menolak tawaran tersebut dan nekad meneruskan pelajaran di Malaysia.
Seperti sireh pulang ke gagang. Kembali ke alam universiti memberi satu sinar kegembiraan buat isteriku. Dia melalui proses pembelajaran dengan penuh ceria. Apatah pula pengajiannya hanya perlu membuat penyelidikan sahaja dan tidak perlu hadir kelas.
Aku uruskan asrama untuknya agar tidak banyak pergerakkan ulang alik. Pengajian tersebut hanya selama 2 tahun dan aku fikir ia masih tidak terlewat kerana usianya baru mencecah 22 tahun.
Alaf baru yang lebih dikenali Y2K merupakan detik yang cukup mendebarkan termasuk pihak universiti dan terutama sekali yang melibatkan system komputer. Namun demikian ia berlalu dengan baik sekali tanpa kejadian pelik belaku.
Berbagai peristiwa berlaku pada alaf baru yang mencatat sejarahnya sendiri. Aku sendiri mendapat cahaya mata pertama pada 31 oktober 2000.
Anak bertuah ini yang juga di panggil anak millennium, aku namakan Qistina Saffwah. Dia memberi sinar kepada kami setelah penantian selama 4 tahun (termasuk 2 tahun isteriku di luar negeri). Empat tahun bebfuhhh!
Kata orang sesuatu yang berlaku ada sebab dan munasabahnya ia tidak berlaku secara kebetulan. Apa yang kami lalui ada hikmahnya keadaan ekonomi yang tidak stabil ketika isteriku mengganggur dan emosinya yang masih muda sebenarnya tidak mempersiapkan diri untuk kami menimang cahaya mata.
Walaupun ada keinginan kuat, tetapi ia hanya satu tuntutan naluri sahaja. Hanya Allah mengerti apa yang baik dan yang tidak untuk kita. Semoga kita menjadi orang yang bersyukur InsyaAllah. Bertambahlah nikmat bagi orang-orang yang bersyukur.