Kamu perlulah berlaku jujur sebaik mungkin. Kejujuran mampu memikat hati sesiapa sahaja. Si dia yang kamu impikan pastinya akan terpikat dengan kejujuran yang kamu tunjukkan.
Si dia pasti menyukai kamu kerana kejujuran kamu terserlah pada wajah.
Namun, berhati-hatilah dalam menunjukkan kejujuran kamu padanya. Dikhuatiri si dia mengambil kesempatan atas dirimu.
Kamu harus memastikan yang kejujuran kamu bersesuaian dan tidak akan merosakkan hubungan kamu dengan orang lain. Pastikan juga kejujuran kamu itu adalah untuk kebaikan.
Walaupun kejujuran adalah sesuatu yang positif, malah ia juga mampu bertindak seperti magnet yang menarik orang mendekati kamu, namun ia juga sebenarnya boleh menjauhkan orang lain dari kamu. Pastikan apa yang kamu cakapkan atau tunjukkan adalah lahir daripada fikiran kamu, bukannya berdasarkan hati semata-mata.
Lelaki juga seperti wanita, mereka mementingkan kejujuran dalam perhubungan. Jika kamu berjaya membuktikan yang kamu adalah orang yang jujur, bermakna kamu sudah melangkah sedikit hampir dengannya.
Hebatnya kamu, gadis. Kerana kamu adalah kaum yang dapat menyembunyikan bermacam-macam watak dalam satu wajah. Gunakan ia untuk menyembunyikan kejujuran yang dipamerkan hanya bertujuan mahu memikat hati si dia. Ketahuilah, lelaki adalah kaum yang sukar melihat makna di sebalik wajah seorang wanita.