Company saya dah bagi medical cover, jadi rasanya tak perlu lagi lah Takaful apa segala bagai ni.
Pada yang bijak sikit, dia akan pastikan company dia bagi dia beberapa perkara, yakni:
- Coverage unlimited satu family.
-
- Coverage jalan untuk family walaupun dia dah tak kerja dengan company ataupun dia meninggal dunia.
-
- Coverage masih jalan walaupun dia dah pencen.- pampasan untuk keluarga dia dapat walaupun dia dah resign atau lepas dia pencen.
-
Kalau company yang dia kerja tu satisfy 4 keperluan seperti yang aku sebut kat atas, maka haram untuk dia ambil Takaful.
Tapi kalau sebaliknya, turunkanlah ego, rendahkan lah diri, tunduk lah pada hakikat bahawa hidup di dunia ini kita perlukan ilmu, keluarga, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan Takaful.
Ini aku nak kongsi, klien aku yang kerja Petronas dan seorang yang pandai. Petronas cuma cover setiap anak RM10,000 saja setahun untuk rawatan. Jadi dia tahu yang RM10,000 ini hanya lah gulagula pemberian syarikat untuk menggemukkan keuntungan mereka.
Jadi kawan aku ni dengan bijaknya ambil Takaful sebagai langkah berjaga jaga.
Takdir seorang anaknya diuji, warded di Gleneagles. Pakailah kat Petronas, sekali keluar bil dekat RM13,000.
Zasss!
Petronas menepati janji, cuma bayar RM10,000. Dan Takaful juga menepati janji, cover semula gap RM2800.
Persoalan,
Bayangkan pula kalau kos rawatan tu RM50,000
Ya, Petronas akan tetap dengan janjinya, bayarkan RM10,000.
Dan Takaful tetap juga dengan janjinya, patchkan gap lagi RM40,000.
Sebab itu, aku tekankan, jangan ghairah dengan gula-gula syarikat, sediakan back up Takaful supaya di kemudian hari kau tak maki hamun syarikat yang kau bekerja tu dengan tuduhan tak adil lah, tak ada peri kemanusiaan dan sebagainya.
Walhal, kau tu yang degil tak nak ambil Takaful dari mula.