Ibu bapa tercinta, yang jadi pertanyaan menarik buat kita adalah bagaimana ibu Thomas boleh menjadikan anaknya seorang ilmuwan yang luar biasa dengan lebih dari 1,000 penemuan yang dipaten.
Sayangnya, tidak banyak yang tercatat dalam sejarah tentang riwayat ibu yang luar biasa ini dalam membimbing anaknya hingga dewasa. Akan tetapi, yang jelas Thomas membesar menjadi orang yang penuh percaya diri, bekerja keras dan selalu berfikir positif. Nancy Alliot adalah ibu Thomas yang penuh cinta kasih. Dia bukanlah seorang pakar psikologi apatah lagi pakar pendidikan. Nancy hanyalah suri rumah biasa, seperti kebanyakan ibu-ibu pada zamannya, bahkan dia juga dikatakan seorang ibu tunggal.
Nancy Alliot, Sang Guru Sejati adalah ibu yang selalu memotivasi anaknya. Dia selalu mendorong Thomas untuk melakukan apa sahaja perkara yang disukainya. Setiap kali Thomas mengalami kesukaran, ibunya selalu berkata, Thomas, kamu anak hebat, nak. Kamu pasti boleh menemukan jawapannya! Ibu percaya itu, nak!
Setiap kali Thomas menemukan jawapan dari masalahnya, Nancy selalu dengan bersemangat mendengarkan cerita anaknya. Dia selalu bersemangat bertanya bagaimana sehingga Thomas berjaya menemukan jawapannya. Nancy juga selalu memeluk Thomas apabila dia berjaya melakukan sesuatu sambil mengucapkan, Kamu memang anak kebanggaan ibu, nak.
Suatu ketika, Thomas sedang mempelajari campuran kimia yang dibuatnya dan dia tidak tahu nama bahan-bahannya. Lalu, dia bertanya kepada ibunya. Dengan jujur Nancy berkata, Thomas sayang, ibu tidak tahu semua yang kamu tanyakan tapi ibu tahu siapa orang yang boleh menjelaskan semua ini kepada kamu. Dibawa Thomas yang masih kecil bertemu seorang ahli kimia di kotanya.
Begitulah kejadian yang serupa berlaku berulang kali. Ibu Thomas selalu jujur mengatakan keterbatasannya tetapi dia selalu memberi jalan keluar bagi anaknya. Termasuklah ketika soalan Thomas yang tidak boleh dijawab oleh sesiapapun, Nancy sibuk menghantar Thomas mencari buku atau rujukan yang boleh menjelaskan seluruh perasaan ingin tahu anaknya.
Sayangnya, setelah berusaha selama berbulan-bulan, buku yang dicari tidak juga ditemukan. Namun, Nancy tidak pernah patah semangat, melainkan membakar semangat anaknya dengan katakata yang begitu menginspirasi, Thomas anakku sayang, kita telah membuktikan bahawa tidak seorangpun boleh menjawab semua ini dan tak ada satu bukupun yang pernah ditulis orang tentang hal ini. Thomas sayang, kamu tahu apa ertinya Ya... Itu ertinya kamulah yang diminta oleh Tuhan untuk mendapatkan jawapan bagi orang lain. Ayuh nak! Kamu cuba dan terus cuba, ibu yakin suatu hari kamu pasti berjaya! Thomas begitu terinspirasi dengan setiap ucapan ibunya. Cara-cara mendidik inilah yang membuatkan Thomas menjadi manusia luar biasa.
Cuba bayangkan, suatu ketika Thomas berjaya menghasilkan mentol lampu, setelah dengan susah payah melakukan percubaan hingga 999 kali. Perkara ini sampai kepada surat khabar setempat dan esoknya muncul pada muka hadapan dengan judul, Thomas Alfa Edison, akhirnya berhasil membuat mentol lampu yang tahan selama berhari-hari setelah dia mengalami 999 kali kegagalan menemukan logam yang sesuai untuk digunakan dalam mentol lampunya.
Thomas terkejut membaca headline berita itu. Segera mendatangi pejabat redaksinya dan melayangkan protes atas berita yang tidak tepat. Bukan main terkejut para editor. Di mana letaknya kesalahan berita itu Esok paginya, pada surat khabar yang sama keluarlah ralat yang berbunyi Thomas Alfa Edison, akhirnya berjaya membuat mentol lampu yang tahan berhari-hari setelah dia berjaya menemui 999 logam yang tidak sesuai digunakan untuk mentol lampunya.
Ibu bapa dan guru yang berbahagia, apakah anda dapat menangkap perbezaannya
Thomas kamu anak hebat, nak. Kamu pasti boleh menemukan jawapannya! Ibu percaya itu, Nak!