Ais yang biasa kita lihat mempunyai suhu paling tinggi pun 00C. Rendah-rendah pun lebih kurang -200C hingga -400C. Yang pastinya, apabila suhu mula melepasi 00C, katakanlah 20C , ais akan mula mencair. 00C adalah takat-lebur (melting point) untuk ais melebur. Ketika proses pencairan, tenaga haba yang kita bagi pada ais yang sedang melebur ini tidak akan mengubah suhunya. Lihat graf di bawah.
Walaupun kita memanaskan ais ini dengan tenaga 20 kcal hingga 100 kcal, suhu tetap 00C. Kenapa Kerana tenaga yang kita berikan pada ais telah dimaksimumkan untuk membantu proses peleburan atau pencairan. Jadi, haba ini tidak dilepaskan ke luar yang mampu mengubah suhu.
Apabila tenaga 100 kcal hingga 200 kcal disalurkan, barulah suhu mula meningkat. Ais sudah mula cair sepenuhnya. Haba pendam mempunyai pembahagiannya. Haba yang diperlukan bagi proses penukaran bahan daripada pepejal kepada cecair dipanggil haba pelakuran (heat of fusion).
Sewaktu dalam keadaan cecair, selagi mempunyai haba, proses penyejatan akan berlaku. Cuma lambat atau cepat saja. Kalau suhu ditingkatkan, proses penyejatan akan lebih cepat. Proses penyejatan adalah proses penukaran air dari fasa cecair kepada fasa gas, iaitu fasa wap-wap air. Haba yang diperlukan bagi proses penukaran bahan daripada cecair kepada gas dipanggil sebagai haba pengewapan (heat of vaporization).
Bagi fasa penukaran daripada pepejal kepada cecair, dan cecair kepada gas telah berlaku penyerapan haba. Tetapi untuk penukaran daripada gas kepada cecair, dan cecair kepada pepejal telah berlakunya pembebasan haba. Proses ini bukan saja bergantung pada jumlah haba, tetapi juga pada jisim bahan tersebut. Jisim yang lebih besar memerlukan haba yang lebih tinggi.
Terdapat satu lagi konsep tenaga yang dipanggil sebagai haba spesifik (specific heat). Haba specifik adalah sejumlah haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu sebanyak 10C. Setiap bahan mempunyai haba spesifik yang berbeza. 1Kg air memerlukan sejumlah tenaga haba sebanyak 4186 J untuk menaikkan suhu sebanyak 10C. 1Kg aluminium memerlukan 900 J untuk menaikkan suhu sebanyak 10C. 1 Kg plumbum (lead) hanya memerlukan tenaga haba sebanyak 128 J untuk meningkatkan suhu sebanyak 10C.
Bahan yang mempunyai pengaliran (conduction) haba yang bagus mempunyai haba spesifik yang rendah. Lantas, bahan ini mudah meningkat suhunya walaupun diberikan tenaga haba yang rendah. Haba spesifik akan meningkat selaras dengan jisim bahan. Bahan yang mempunyai jisim yang tinggi mempunyai haba spesifik yang tinggi.