Mata Aliff menular ke suatu arah. Memandang ke arah Najla yang turut memandangnya. Mata anak gadis itu merah menyala.
Naj pun tentu bencikan Aliff kan Tanya Aliff tak disangka-sangka.
Najla terpanar. Selama ini dia tidak pernah terfikir akan berhadapan dengan perkara seperti ini. Benci Semua itu tidak pernah wujud di hatinya yang inginkan perhatian dan cinta Aliff. Namun dia hanya manusia biasa, yang masih tidak mampu mempercayai apa yang sudah berlaku dalam keluarganya.
Naj boleh marah dan maki Aliff. Aliff rela kalau itu mampu menenangkan Naj. Sambung Aliff lagi.
Jangan cakap macam tu Aliff. Semuanya dah jadi cerita lama. Memang ma terkejut mendengar semua ni. Tapi lepas ma solat, ma mohon petunjuk ALLAH, hati ma sedikit tenang. Kematian Firdaus sudah ditakdirkan begitu. Dan ma juga percaya, Aliff dihantar pada ma ada sebabnya. Selama Firdaus tiada, Aliff yang menjadi ganti rindu ma pada dia. Tutur Tengku Saida sebak.
MaAliff tak mampu bendung rasa bersalah Aliff pada ma dan ayah. Apa patut Aliff buat ma Bisik Aliff sambil menitiskan airmata kesedihan.
Tengku Saida mengetap bibirnya rapat-rapat. Kata-kata Aliff membuatkan hatinya menjadi walang. Dia benar-benar tidak mahu Aliff merasa begitu. Dia tidak mahu segala-galanya berubah antara Aliff dan dirinya.
Ma sayangkan Aliff. Sejak dulu begitu, dan sekarang juga sama. Ma tak sanggup berpisah dengan Aliff, jadi hentikan rasa bersalah Aliff tu. Pinta Tengku Saida turut sebak. Tubuh Aliff segera dirangkul lalu dipeluknya sekuat hati. Tanda kasihnya tidak pernah berubah untuk anak muda itu. Takkan!
Khayalan Filman terputus saat telinganya mendengar bunyi troli yang dibawa seorang atendan melintas di belakangnya. Dia merenung sekali lagi ke arah bilik di hadapannya. Aliff masih tidur sama seperti tadi.
Jangan banyak menganggu pesakit. Bagi dia berehat. Pesan doktor yang merawat Aliff. Mengenangkan kata-kata doktor itu, perlahan-lahan dia beredar dari situ. Aliff harus dibiarkan berehat. Namun sebaik dia mahu beredar, wajah Danira terpamer di hadapan matanya. Gadis itu sedang tercegat di suatu sudut sedang memerhatikannya.
Filman segera mendekati anak gadis itu. Sudah beberapa hari dia tidak menemui Danira. Rindunya selalu membuak-buak. Tapi Danira seolah-olah seperti sengaja membina benteng di antara mereka.
Josh baru call saya tadi. Dia bagitahu saya yang pihak polis dah dapat maklumat di mana Datuk Kahirul berada. Mungkin tak lama lagi mereka akan berjaya menangkapnya. Lelaki yang bernama Cobe itu pun, dalam tahanan pihak polis. Dia yang beri maklumat pada pihak polis. Ujar Filman sekadar mahu memaklumkan pada gadis itu.
Saya tak mahu tahu apa-apa. Semua itu tak penting bagi saya. Bagi saya, hanya Naufal yang penting dalam hidup saya. Dan sekarang awak dan Joshua mahu merebut semula Naufal dari sisi saya. Getus Danira dengan suara meninggi. Sampai sekarang dia merasa sukar mahu memaafkan Filman.
Filman terdiam. Danira jelas masih marah terhadapnya. Apa yang patut dilakukannya untuk meleraikan kemarahan gadis itu
Dan saya bagaimana Apa saya tak cukup penting berbanding Naufal Soal Filman ingin tahu.
Danira mendongak memandang lelaki itu. Tatapan mata Filman kini serius melata di wajahnya. Dia terkedu!
Apa cinta saya tak cukup besar berbanding dengan Naufal Soal Filman lagi.
Jangan tanya saya soalan macam ni Filman. Ini tak adil untuk saya. Jangan suruh saya memilih antara awak dengan Naufal. Jangan!
Kalau begitu, jangan bandingkan antara kasih Nira pada Naufal dengan kasih kami pada Aliff. Ma saya menangis semalaman bila tahu Aliff nak serahkan dirinya pada pihak polis. Najla langsung tak mahu makan apa-apa bila dengar berita ni. Kami semua sayangkan Aliff, Nira. Apa yang dah lepas biarlah berlalu. Tapi Aliff tetap fikir, ini sahaja satu-satunya jalan untuk dia hilangkan rasa bersalahnya pada kami. Kenapa Nira tak faham-faham isi hati Aliff sendiri Herdik Filman sedikit berang.
Sebab saya tak boleh hidup tanpa Naufal. Sebab itu! Balas Danira lantang. Hatinya terdera cukup parah kali ini.
Selama ini saya bersendirian. Kalau Naufal tak ada nanti, saya akan terus bersendirian. Saya tak ada ahli keluarga lain macam awak. Sebab itu saya tak boleh kehilangan Naufal. Saya boleh serahkan nyawa saya, tapi saya takkan serahkan Naufal kalau itu yang awak semua mahukan. Getus Danira dengan suara meninggi.
Filman terdiam. Matanya hanya mampu merenung lesu pada wajah di hadapannya. Mata Danira merah menyala dan digenangi air. Dia tahu hati Danira perit.
bersambung
Bab akan datang :
Adakah Danira akan menerima Filman dalam hatinya