Mencari Kiblat Cinta - 193
Kes itu dianggap sangat berisiko dan boleh mendatangkan bahaya pada kerjaya Firdaus suatu hati nanti. Apakah dalam diam-diam Firdaus membelakanginya dan menyiasat kes tersebut Ya ALLAH! Apakah itu sebabnya Firdaus dibunuh

Evelyn bergegas masuk ke bilik Joshua yang sedang berbincang sesuatu dengan Umar. Melihat wajah Evelyn yang kelihatan tercungap-cungap, Joshua tertarik menunggu wanita itu membuka mulutnya. Umar juga turut menoleh ke arah Evelyn.

Kenapa Evy Tanya Joshua hairan.

Tuan Hanif baru call tadi. Dia kata pihak polis menemui mayat seorang lelaki terapung tidak jauh dari Pulau Tengah. Beritahu Evelyn.

Joshua dan Umar saling berpandangan. Mayat siapa

Tuan Hanif minta you dan Encik Umar ke bilik mayat hospital universiti sekarang. Katanya mungkin itu mayat suspek. Suspek mungkin dibunuh dan dicampakkan ke laut. Dia nak you all mengecam mayat tu.

Joshua terkejut. Dia mengerling ke arah Umar yang turut menunjukkan reaksi yang sama sepertinya. Betulkan mayat itu mayat Datuk Kahirul yang sedang diburu pihak polis Tapi bagaimana lelaki itu boleh meninggal Siapa yang membunuhnya

Kedua-dua mereka duduk di sebuah bangku putih di laman hospital, menghadap laluan pejalan kaki berhampiran. Hampir satu jam mereka di situ. Aliff sendiri meminta dibawa keluar untuk mengambil angin setelah bosan kerana asyik terperuk di dalam wadnya sahaja.

Sesekali Danira melemparkan pandangan ke arah Aliff yang kelihatan lebih ceria hari ni. Keadaan Aliff hari ini jauh lebih baik berbanding semalam. Sedikit sebanyak hatinya merasa lega melihat kesihatan anak muda itu beransur baik.

Aliff tiba-tiba berpaling. Namun melihat tatapan mata kakaknya menular ke arahnya, senyuman anak muda itu semakin lebar.

Kenapa kakak pandang Naufal macam tu Tanyanya.

Kakak nak tengok Naufal puas-puas. Akui Danira.

Anak muda itu ketawa kecil. Okey, kakak tengoklah puas-puas hari ni. Naufal izinkan, sebab hari ni Naufal cuma mahu habiskan masa Naufal dengan kakak. Hanya kakak seorang. Ujar Aliff.

Kepala anak muda itu tiba-tiba disandarkan ke bahu Danira. Danira hanya membiarkan. Kelopak matanya terasa hangat. Ya Allah! Kenapa perpisahan mereka semakin hampir dirasakannya Kalau Naufal dipenjarakan nanti, apa yang patut dilakukannya

Tolong jangan bersedih lagi kak. Naufal rasa lega sekarang. Meski ayah masih belum mahu berjumpa Naufal, tapi sekurang-kurangnya Naufal ada kakak, ada abang Filman, ada ma dan Najla. Naufal juga ada Pak Maidin dan Mak Minah. Bisik Aliff di telinganya.

Kelopak mata Danira semakin berat. Dia tidak betah menahan dirinya dari menangis lagi. Semakin banyak dia cuba menghabiskan masanya bersama Aliff sejak akhir-akhir ini, semakin dia merasakan dirinya kian hilang upaya.

Dan yang lebih penting, Naufal dapat jumpa kakak semula. Apa gunanya hidup bebas, sihat dan kaya kalau tanpa kakak. Terima kasih Kak Nira, sebab kembali dalam hidup Naufal. Maafkan semua salah Naufal pada kakak selama ini.

Kakak dah lama maafkan Naufal. Bisik Danira sebak.

Senyuman Aliff bertaut di bibir. Hatinya bertambah lapang,

Kakak kena jaga diri baik-baik kalau Naufal tak ada nanti. Jangan lupakan Naufal ya. Pesan anak muda itu tidak pernah habis.

Kenapa Naufal cakap macam lepas ni kita takkan jumpa lagi Kakak tak suka dengar semua ini. Kakak sayangkan Naufal. Kakak dan abang Filman akan tunggu Naufal biar selama mana pun. Tutur Danira tegas.

Aliff tersenyum lagi. Nama Filman muncul dalam agenda gadis itu. Ternyata kakaknya benar-benar mencintai Filman. Itu sudah cukup bermakna buatnya. Tiba-tiba Aliff terpandang sesuatu. Matanya bersinar-sinar.

Kakak tunggu sini ya. Naufal nak ke sana beli aiskrim. Dah lama kita tak makan aiskrim sama-sama. Ujar anak muda itu. Belum sempat Danira mahu melarang, anak muda itu sudah berlari-lari anak ke arah van aiskrim yang diparkir tidak jauh dari situ. Dia hanya mampu menggelengkan kepalanya. Namun senyumannya muncul tanpa disedari. Aiskrim Dahulu dia yang membelikannya untuk Naufal, dan kini adik lelakinya yang sudah besar membelikan untuknya. Aneh bagaimana dunia ini berputar!

Cik Danira Muncul satu suara di gegendang telinganya. Serta-merta tumpuannya pada anak muda itu beralih. Dia berpaling lalu terpandang sesusuk tubuh tinggi lampai seorang lelaki sedang memandangnya.

Ya Encik ni siapa Dahinya berkerut menatap lelaki itu.

Lelaki itu tunduk sedikit ke arahnya lalu menyeluk dan mengeluarkan sesuatu dari briefcase di tangannya. Danira terpinga-pinga melihat reaksi lelaki tak dikenali itu. Apabila sekeping sampul surat sederhana besar dikeluarkan dari dalam briefcase tersebut dan dihulurkan ke arahnya, dia semakin tidak mengerti.

Apa ni Tanya Danira bingung.

Saya cuma menyampaikan amanah Cobe untuk Cik Danira. Semuanya ada dalam sampul surat tu. Cik Danira tengoklah sendiri. Ujar lelaki itu.

bersambung

Bab akan datang :

Amanah Cobe Apa yang terjadi pada Cobe sekarang