Mencari Kiblat Cinta - 197
Filman berkeluh-kesah mendengar perkhabaran yang dibawa ibunya. Ya Allah, jangan anak gadis itu berbuat yang bukan-bukan cukuplah. Dia tidak mampu lagi mendengar khabar malang buat kali kedua dalam tempoh ini.

Fil tunggu apa lagi Pergilah jumpa Danira. Suara Wirda muncul mencelah. Filman teragak-agak sambil memandang ibunya dan Wirda silih berganti. Tengku Saida sekadar mengangguk memberi restu. Wirda pula tersenyum memandangnya.

Melihat kedua-duanya mengharapkan dia pergi, Filman tidak membuang masa lagi lalu terus mencapai kunci kereta dan mendapatkan keretanya di parkir garaj.

Cobe meletakkan gagang telefon yang diterimanya. Sesudah itu dia diiringi seorang warden ke selnya semula. Khabar yang dibawa Tim pada mulanya khabar baik, tapi sejurus kemudian dia menerima pula khabar duka dari lelaki itu. Itulah yang menjemput muram di wajahnya kini.

Dengan pertolongan Tim yang enggan melarikan diri ke luar negara, geran rumah milik Profesor Adnan yang dirampas oleh Kamal dan isterinya Musliha berjaya dikembalikan pada Danira. Dari dulu dia mahu melakukannya namun dia bimbang berita itu singgah ke telinga Mr. Kay dan Faruk. Dengan sedikit ugutan dari profesional seperti Tim, dengan mudah lelaki pengecut seperti Kamal dengan rela hati menyerahkan kembali geran rumah itu kepada yang berhak. Lelaki itu juga menghilangkan dirinya bersama anak isterinya kerana takut dibunuh.

Sekarang tidak ada apa-apa lagi yang boleh mengancam dirinya lagi lantaran Faruk sekarang di dalam tahanan dan sedang menunggu perbicaraan. Mr. Kay pula menerima habuannya sendiri di laut. Mengenangkan lelaki itu, dia diterpa perasaan hairan. Siapa sebenarnya yang membunuh Mr. Kay Meskipun berita kematian Mr. Kay adalah berita yang melegakan hatinya, namun mengenangkan berita kedua yang Tim bawa sebentar tadi, dia merasa dirinya turut dilanda kesedihan. Kematian Naufal dapat sama dirasainya meskipun dia terkurung sepi di tembok besi ini. Naufal dan Danira. Kedua-duanya ingin dilindunginya saat dia berikrar mahu membersihkan dirinya dari dosa-dosa lalu. Malangnya anak muda itu pergi dahulu dijemput ILAHI. Lalu apa yang tinggal untuk Danira yang selama ini mencari adiknya

******

Berkali-kali dia mengetuk pintu bilik itu namun tiada sahutan kedengaran dari dalam bilik. Dia berpaling ke arah Pak Maidin dan Mak Minah yang nampak gelisah.

Dah lama ke dia macam ni Pak Maidin Tanya Filman ingin tahu.

Sejak balik dari kubur tadi. Sampuk Mak Minah sebelum sempat suaminya mahu menjawab. Pak Maidin hanya mengangguk, sekadar mengiyakan kata-kata isterinya.

Filman terus mengetuk pintu bilik tersebut seraya melaung nama Danira berkali-kali. Tapi semuanya tidak berhasil.

Filman, kalau perlu kamu robohkan aje pintu tu. Usul Pak Maidin. Filman mengangguk. Mujur belum sempat dia mencadangkan begitu, Pak Maidin sudah bersuara memberi lampu hijau. Maka tanpa berfikir panjang, dia segera menggunakan seluruh kudrat dirinya untuk membuka pintu kayu di hadapannya. Hanya dengan sekali cubaan, usahanya berhasil. Ketiga-tiga mereka segera menjenguk ke dalam, namun bilik yang kosong membuatkan wajah ketiga-tiganya bungkam. Ternyata Danira tidak ada di dalam bilik tersebut.

Danira mana ni bang Wajah Mak Minah sudah pucat lesi. Dia benar-benar terkejut melihat isi bilik yang kosong itu.

Sabar Minah, mungkin dia keluar ke mana-mana agaknya. Pak Maidin cuba berfikiran positif.

Dia nak ke mana dalam keadaan dia yang macam tu Saya bimbang bang. Saya takut Danira buat benda-benda bodoh. Ujar Mak Minah melahirkan kebimbangan. Pak Maidin hanya mampu mengeluh panjang. Dia melontarkan pandangan ke arah Filman, namun lelaki itu sedang membelek-belek sesuatu di atas katil Danira.

Apa tu Filman Tanya Pak Maidin.

Filman menoleh. Entahlah Pak Maidin, macam geran rumah. Ujar Filman.

Pak Maidin segera mendekati lelaki itu lalu turut membelek-belek kertas tersebut. Eh kalau tak silap, ini geran rumah Danira. Alamat rumah lama dia memang macam ni la. Tapi kalau tak salah rumah tu dah lama dapat kat bapak saudara dia yang tak guna tu. Rungut Pak Maidin.

Filman tercengang. Maksud Pak Maidin

Kamu tak tahu Filman Lepas mak bapak si Danira ni meninggal, si Kamal dengan isterinya Musliha tu rampas rumah ni dan halau budak berdua tu sehelai sepinggang. Tak cukup dengan itu, dibalunnya si Danira dengan Naufal tu hari-hari. Duit belanja langsung tak diberi. Pak Maidin kenal dengan Danira sebab dia pernah bekerja di warung Pak Maidin untuk sara diri dia dan Naufal dua beradik. Dia benar-benar sayangkan Naufal, jadi Pak Maidin boleh faham bagaimana perasaan Danira ketika ini. Dia tentu sedih sekarang. Keluh Pak Maidin sebak.

Filman terdiam mendengarnya. Dia benar-benar tidak menyangka begini rupanya sejarah hidup Danira dan Aliff selama ini.

bersambung

Bab akan datang:

Adakah Filman berjaya memujuk Danira untuk ke kenduri tahlil arwah Aliff