Mencari Kiblat Cinta - 198
Tolonglah kami cari Danira, Filman. Mak Minah pohon pada kamu. Bawalah dia balik semula ke mari. Rayu Mak Minah sedih.

Filman sekadar mengangguk. Insya Allah Mak Minah, saya akan cari Danira. Saya rasa dia cuma nak tenangkan fikirannya. Dalaman Danira lebih kuat dari luarannya. Kita berdoa sahaja dia tak apa-apa dan tak pergi jauh. Pujuk Filman cuba meleraikan kebimbangan wanita tua itu. Sejurus dia termenung panjang. Geran rumah yang masih di tangan Pak Maidin direnung sejenak. Jangan-jangan anak gadis itu berada di situ, di rumah lamanya. Entah kenapa, Filman berfikir sedemikian dan dia tidak mahu menunggu lama untuk meleraikan tanggapannya.

Rumah itu kosong kini. Kosong seperti hatinya jua yang tidak ada erti lagi. Dia menolak daun pintu lalu melangkah masuk ke rumah banglo dua tingkat yang sudah lama tidak dijejakinya. Kali terakhir dia datang ke situ, ialah selepas dia dibebaskan dan mahu mencari Naufal. Tapi pengakhirannya, dia dihalau seperti anjing kurap oleh pak ciknya sendiri.

Dan kini pencariannya berakhir. Naufal berjaya ditemuinya, tapi ternyata dia diuji lagi. Dia hanya diberi kesempatan hanya sebentar untuk menatap wajah Naufal sebelum Naufal menghilang buat selama-lamanya. Pemergian Naufal adalah kehilangan terbesar yang pernah dirasakannya.

Kakak kena jaga diri baik-baik kalau Naufal tak ada nanti. Jangan lupakan Naufal ya. Suara anak muda itu tergiang-giang di fikirannya sejak semalam. Kata-kata itu seolah petanda bahawa Naufal akan pergi jauh darinya. Hilang dari sisinya seperti debu di awangan.

Naufal sayangkan kakak. Tapi kakak kena sayangkan diri kakak sendiri. Kakak kena hidup bahagia kalau kakak nak Naufal bahagia. Bisikan anak muda itu terus meranapkan setiap emosi yang cuba dipertahankannya.

Apa gunanya bahagia kakak kalau Naufal tak ada di samping kakak Sebab kebahagiaan kakak adalah Naufal adik kakak. Tutur Danira sebak. Titis air yang jatuh ke pipinya sekadar dibiarkan kerana tidak ada sesiapa pun yang melihatnya di situ. Dia ke situ untuk melepaskan segala kesedihan yang dirasakannya. Dia tidak mahu Pak Maidin dan Mak Minah risau, maka sebab itu dia menghilangkan dirinya buat sebentar. Dia mahu menangis sepuas-puasnya agar airmatanya kering di majlis tahlil arwah Naufal nanti. Dia tidak ingin lagi menangis di majlis tahlil adiknya sendiri. Tidak!

Kita pernah kehilangan rumah ni Naufal. Rumah di mana kita berdua pernah membesar bersama dan hidup bahagia bersama ayah dan umi. Kakak pernah berhasrat, selepas kakak temui Naufal, kakak mahu berjuang untuk dapatkan semula rumah ni dari tangan Pak Long. Tapi selepas rumah ini jatuh ke tangan kita semula, impian kakak berkecai lagi. Naufal, macamana kakak nak terus hidup tanpa Naufal Selama ini kakak hidup sebab Naufal. Tapi kakak tak pernah menduga akan kehilangan Naufal secepat ini buat selama-lamanya. Tolonglah beritahu kakak bagaimana caranya untuk kakak terus hidup sayang Bisik Danira seraya teresak-esak di atas sofa di ruang tamu.

Mulai sekarang, hiduplah untuk diri kakak sendiri dan bukannya kerana Naufal. Naufal selalu dengar kakak cakap yang kakak tak boleh hidup tanpa Naufal. Salah tanggapan kakak itu. Kakak harus perbetulkan semua tanggapan kakak yang salah itu. Danira Quratul Ain bukan jenis yang akan cepat mengalah. Dia akan hidup walau di mana sahaja dia berada. Dia akan disayangi sesiapa sahaja yang mengenalinya. Dia akan menjadi cahaya untuk semua kegelapan di dunia ini. Itulah kakak yang Naufal kenal selama ini.

******

Danira bingkas bangun. Dia terkejut. Suara yang didengarinya membuatkan nafasnya berlagu kencang. Dia masih mengecam suara itu. Itu suara Naufal! Tapi bagaimana suara itu boleh hadir di saat-saat seperti ini Apakah dia bermimpi Apakah suara itu dari alam lain yang mahu menenangkan hatinya yang pedih terluka

Bunyi derap langkah dari arah belakang membuatkan dia berdebar-debar. Siapa Naufalkah Entah kenapa dia mengharap begitu walau ianya gila dan mustahil. Sekalipun Naufal muncul sebagai hantu, dia tetap akan menanti adiknya di sini. Dia takkan sesekali lari meninggalkan Naufal.

Selepas beberapa ketika, dia memberanikan diri bertentang mata dengan kelibat yang baru muncul di situ. Namun sebaik dia mengecam wajah di hadapannya, hatinya hampa. Bukan Naufal seperti yang diharap-harapkannya. Tapi Filman yang sedang tercegat memerhatikannya. Di tangan Filman, dia melihat lelaki itu memegang telefon bimbit milik Naufal yang dicari-carinya tempohari.

Filman menekan-nekan keypad telefon itu. Lalu telinga Danira menangkap suara yang sama. Bicara Naufal yang sama seperti tadi.

Aliff ada rakam beberapa mesej di dalam telefon dia untuk Nira beberapa hari yang lalu. Katanya dia tak boleh menulis pada Nira sebab Nira mungkin takkan percaya.

bersambung

Bab akan datang:

Apakah pesanan yang Aliff tinggalkan untuk Danira