Mencari Kiblat Cinta - 199
Cara terbaik ialah dia mahu Nira mendengar pesanan dan mendengar suaranya tiap-tiap hari. Dalam telefon ni, dia tinggalkan banyak mesej untuk Nira. Katanya ini hadiah terakhirnya untuk kakaknya. Aneh kan Aliff seolah-olah tahu yang dia akan pergi meninggalkan kita semua. Ujar Filman lalu menghulurkan telefon itu ke arah gadis itu.

Terketar-ketar Danira mahu menyambut telefon milik Naufal itu. Dia menekan salah satu senarai rakaman yang terpapar di dalam skrin tersebut. Sejurus, telinganya mendengar lagi suara Naufal.

Abang Filman lelaki yang baik untuk kakak. Naufal tak mahu kakak kehilangan cinta kakak disebabkan Naufal. Naufal tahu selama ini kakak elakkan diri dari dia sebab kakak bimbangkan Naufal. Sekarang tidak perlu lagi. Kakak tak payah fikir apa-apa lagi fasal Naufal. Kakak kena balas cinta abang Filman pada kakak. Dia akan jaga kakak sepertimana dia pernah jaga Naufal dulu. Terimalah dia kak!

Danira menekup mulutnya. Kelopak matanya kembali basah. Dadanya berbahang hangat. Suara Naufal adalah hadiah terakhir anak muda itu untuknya. Apakah bermakna dia akan dapat mendengar suara Naufal bila-bila masa sahaja dia mahu Ada sekurang-kurangnya hampir seratus rakaman di dalam telefon itu. Bolehkah dia mendengar setiap satu dari rakaman-rakaman itu untuk mengubat rindu yang dirasakannya Bolehkah

Aliff tak pernah berenggang dengan telefonnya selepas dia selesai pembedahan tu. Tapi saya tak sangka rupa-rupanya ini yang dia lakukan selama ini. Dua hari lepas dia serahkan sepucuk surat untuk ayah saya dan telefon dia untuk Nira. Katanya kalau apa-apa jadi pada dia, dia nak saya serahkan telefon ni pada Nira. Dan saya sepatutnya lakukannya sejak awal-awal lagi kalau saya tahu Nira akan sesedih ini. Bisik Filman muram. Matanya merenung sepasang mata milik Danira yang indah tapi suram. Luka di hati gadis itu benar-benar ketara di wajah yang dahulunya selalu tersenyum.

Dulu saya pernah tanya apakah saya juga penting di hati Nira berbanding Aliff. Tapi jawapan itu sebenarnya tidak perlu lagi dijawab. Soalan itu juga sebetulnya tidak perlu disoal. Naufal Benjamin hanya seorang di hati Nira kan Kasih sayang Nira pada Aliff langsung tak boleh dibandingkan dengan cinta saya pada Nira. Mengenangkan apa yang Nira dan Aliff lalui semua ini, saya mengerti semua ini sekarang. Ujar Filman. Bukan dia mahu beralah, hanya dia tidak mahu terus memaksa gadis itu. Biarlah masa yang menentukan hubungan mereka samada akan berkembang atau akan layu sebelum masanya.

Danira terdiam. Kata-kata Filman ditelan dengan wajah sukar. Dia mahu mengatakan sesuatu, namun entah kenapa, wajah Filman yang suram membuatkan lidahnya kelu.

Abang Filman lelaki yang baik untuk kakak. Naufal tak mahu kakak kehilangan cinta kakak disebabkan Naufal. Suara Naufal terhimbau-himbau di telinganya. Itukah hasrat Naufal untuknya Anak muda itu mahu dia merebut kebahagiaannya sedangkan dia cuba menolak Filman pergi dari hidupnya.

Macam mana awak tahu saya ada kat sini

Filman tersenyum hambar. Saya ke rumah Pak Maidin tadi. Mereka kata Nira asyik berkurung dalam bilik. Lepas tu kami jumpa geran rumah yang Nira tinggalkan atas katil. Saya agak Nira pasti ada kat sini. Dan tekaan saya betul kan

Danira mengeluh panjang. Bodohnya dia kerana meninggalkan petunjuk begitu. Tapi jika bukan kerana geran rumah itu, belum tentu dia akan menemui Filman di sini. Belum tentu dia akan dapat mendengar suara Naufal lagi. Belum tentu dia dapat mendengar pesanan Naufal untuknya.

Fil

Kita kena balik sekarang. Ma minta saya bawa Danira balik untuk kenduri tahlil arwah. Kita balik ya Pintas Filman sebelum sempat Danira mahu mengatakan sesuatu. Mahu tak mahu Danira terpaksa mengangguk. Dia segera mengekori langkah Filman dengan wajah kesal.

Di luar pagar rumah itu, sebuah teksi berhenti betul-betul di hadapan rumah itu. Seorang wanita keluar dari perut teksi. Danira terpaku memerhatikan wanita itu.

Siapa tu Danira kenal dia tanya Filman ingin tahu. Namun melihat anak gadis itu menggelengkan kepala, Filman tercengang. Wanita itu tiba-tiba berpaling ke arah mereka. Wajah Danira terus berubah. Wanita yang berpakaian agak bergaya itu ditatap tidak berkelip. Tak mungkin!

Aunty! jerit Danira hampir tak percaya melihat wanita itu.

Nira Soal Zaharah seperti mahu memastikan. Namun Danira terlebih dahulu berlari ke pelukan wanita itu lalu memeluknya sekuat hati. Filman yang menyaksikan adegan itu tercengang. Dia langsung tidak mengenali wanita yang sedang berpelukan dengan Danira.

******

Filman pulang ke rumah dengan wajah suram. Meski berat hatinya mahu melepaskan Danira pergi bersama wanita itu namun dia terpaksa. Hendak tak hendak dia terpaksa pulang dahulu.

bersambung

Bab akan datang:

Kemana Danira pergi dengan wanita itu