KUNCI motosikal dicampak atas meja studi. Hatinya dah panas. Sepanas udara dalam biliknya sekarang ni. Pasang kipas sampai angka 5 pun belum mampu menyejukkan hatinya yang terbakar. Geram dengan sikap Lisa. Memang perempuan tu tak tahu malu!
Jai rebahkan tubuh atas katil. Siling direnung lama. Cuba mencari makna riak Seri tadi.
Kenapa suara dia sebak Kenapa dia macam tak suka Lisa buat macam tu Macam jealous pun ada..
Jai bingkas bangun. Duduk di kerusi. Termenung pula di situ.
Tapi takkanlahbuat apa dia nak cemburu, nampak terang dan jelas, dia dengan Acik tu macam couple..siap pegang tangan dan bahu lagi. Jai menongkat dagu.
Jadi memang betullah apa yang aku teka dulu..Seri memang dah ada istimewa..kawan aku sendiri pulak tu. Tak sangka kau Acik..diam-diam kau dah ada cinta hati. Tapi kenapa Seri Jai raup muka.
Jai buka foto Seri yang diambil secara curi masa projek NHES dulu dari telefon bimbitnya. Memang sejak hari pertama dia pandang Seri, hatinya dah lain. Saja dia tak nak tunjuk. Bukan senang nak jaga anak dara orang kalau kerja pun entah ke mana. Lagi pula, diri sendiri pun belum layak nak menikah kalau ilmu secetek air kat buku lali.
Jai menapak pula ke tepi tingkap. Dia selak langsir. Koci dan Acik masih belum balik.
Kenapa dengan aku ni..kenapa aku sibuk fikir pasal Seri ni Dia kan makwe Acik.. Jai luku kepala sendiri.
Dia jeling telefon bimbit atas meja. Dah nyaring lagu Its My Life.
Siapa pula yang call aku ni
Jai menapak ke meja studi.
Assalamualaikum. Alhamdulillah..ada apa mak Err..penting ke mak Baiklah mak..
Talian putus.
Hmm..apa mak aku nak beritahu sebenarnya. Penting sangat ke, sampai nak suruh aku balik kampungFoto Seri ditatap lama.
Nak delete ke tak nak...Delete..tak..deletetak..delete..
Apa yang kau tenung skrin tu Macam nak tembus aku tengok
Jai pantas menoleh. Koci dah tersengih di muka pintu.
Bila kau balik Jai cepat-cepat tutup telefon.
Baru je..tak ada orang kat ruang tamu, aku jenguk bilik kau. Dah solat Koci kenyit mata.
Jai senyum. Pertama kali Koci tanya pasal dah solat ke belum. Selalunya dia buat dek je.
Belum lagi..dah masuk maghrib ke Jai intai jam di atas meja studi.
Koci sengih. Tu la..berangan time macam ni! Setan banyak tau!
Banyaklah kau punya setan! Bukan kau ke yang setan Jai sengih.
Kalau aku setan, dah ramai perempuan dah tenggelam dalam pelukan aku. Koci kenyit mata lagi.
Kau ni..aku rasakan baik kau nikah cepat! Otak kau tu tak ada fikir lain! Jai bangun dari katil.
Memanglah aku nak nikah cepat tapi calon pun tak ada lagi, nak buat macam mana
Koci..Koci..kau tu dah jatuh hukum wajib nikah tau! Jai capai tuala dan menapak ke bilik air.
Koci senyum. Dia menapak ke biliknya. Pintu bilik Jai dibiarkan terbuka.
ACIK pandang Jai sedang khusyuk solat maghrib. Dia perlu berbincang dengan Jai. Lama dia menunggu Jai selesai solat.
Acik..bila kau balik Jai menegur Acik usai berdoa.
Baru je..
Kau dah solat
Dah..
Jai bangun. Sejadah disangkut pada hujung katil. Kopiah diletak atas meja studi.
Ada apa kau datang bilik aku ni
Jai..pasal siang tadi..aku minta maaf.. Acik duduk di sebelah Jai atas katil. Terjuntai kaki sebelah.
Minta maaf pasal apa
Ya lapasal siang tadi tu..kat restoran tadi tu.. Acik serba salah.
Kenapa Jai duduk bersila.
Tak sangka pulak Lisa muncul .. Acik jeling Jai yang tunduk.
Dan aku tak sangka jugak yang kau buat surprise kat aku.. Jai turut jeling Acik.
Surprise Surprise apa pulak Acik dah berkerut dahi.
Kura-kura betul kau ni. Kau kan species yang suka berahsia..macam makwe kau tu.. Jai senyum kelat.
Rahsia Makwe Acik garu kepala.
Jai angguk.
Aku tak faham..
Jadi dialah yang kau sorok selama ni Jai senyum walaupun jauh di lubuk hati dia sebak.
Dia Siapa Eh, apa yang kau cakap niAcik dah bingung. Betul-betul keliru.
Tak apa la.. Jai tunduk. Dia capai buku hadis dari atas meja studi.
Jai..cuba kau cakap biar jelas sikit. Ni..aku nak tanya. Lisa tudia memang kekasih kau ke Acik tenung Jai.
Pantas Jai mendongak.
Kau percaya kata-kata Lisa tadi Jai dah sentap. Memang benarlah..mulut perempuan macam Lisa macam racun. Macam bakteria Geobacillus stereothermophilus, sukar dilenyapkan! Kena rebus dalam suhu melebihi 100 celcius baru boleh lenyap!
Tak ada la..tapi..macam ya je.. Acik turut tunduk.
Acik..kau sendiri tahu siapa Lisa tu. Dia akan buat apa saja untuk dapatkan sesuatu.
Jadi..kau tak ada apa-apa la dengan Lisa tu
Berapa kali aku nak cakap. Terpulanglah kat kau. Aku dah tak larat cerita hal perempuan ni. Sesak otak aku. Jai dah merengus. Hal Seri lagi..
Ok, okaku tak tanya dah. Acik sengih. Muka Jai dah lain macam.
Err..jadi ke kau nak jumpa adik aku esokAcik cuba ungkit hal perjumpaan dengan Seri. Mana tahu, Jai sudi jumpa nanti.
Esok Jai garu kepala. Dahi dah berkerut.
Acik angguk.
Ya Allah! Aku lupa la Acik.. Jai tepuk dahi.
Jadi tak Ulang Acik lagi. Nak kepastian.
Aku rasa tak dapat la..aku ada hal sikit. Sorry la.
Acik lega. Dia masih berfikir macam mana nak temukan mereka berdua lagi.
Emm..jadi esok atau lusa kau ke mana Acik cuba korek aktiviti Jai.
Aku..kalau tak lepak kat kedai buku, aku joging. Kenapa
Joging kat mana
Tempat biasa.
Acik angguk-angguk. Memang dia tahu tempat yang Jai selalu joging.
Kenapa Kau nak join sekali Jai sengih.
Tengoklah. Kalau aku rajin, aku join. Lagipun setiap hujung minggu aku kena balik rumah ma. Errsyarat kau berkuat kuasa lagi tak Acik pandang Jai yang dah mula belek buku hadis tadi. Di rak buku, berderet buku agama.
Syarat Jai menoleh.
Ya! Syarat yang kau nak makan apa yang adik aku masak! Acik senyum penuh makna.
Oh..itu ke. Kau tak kesian ke kat adik kau tu Paksa dia masak untuk aku Dia tak curious ke..kenapa dia kena masak tiap minggu Jai mula sangsi. Acik macam sembunyikan sesuatu yang dia sendiri masih mencari jawapan.
Eh..tak. Dia ada tanya..aku jawab la macam biasa. Takkan aku nak makan sorang bila tapau. Mesti aku nak bagi sikit kat kawan serumah. Acik gelak.
Pandai kau ek! Jai ketawa mengekek. Kalaulah aku pun ada adik macam Acik. Boleh suruh masak macam tu jugak. Ni..aku hanya ada seorang abang dan seorang kakak yang masing-masing dah berkeluarga. Beza umur pun jauh sangat.
Nak hidup.. Acik turut ketawa.
Kali ni..boleh tak aku nak makan kerabu jantung pisang Jai menelan liur. Rasanya dah lama dia tak makan. Kali terakhir masa Acik bawa balik dulu.
Boleh!
Jai jeling Acik. Huih! Cepat je jawab!
Acik sengih.
Aku rasa aku nak kenal la adik kau tu.. mana tahu kan..dia terpikat kat aku yang macam pelakon Korea tu Siapa tu.. Jai petik jari beberapa kali. Cuba ingat nama pelakon tu. Dia bukan peminat setia drama Korea pun. Nak ingat nama apatah lagi!
Lin Min Ho!! Acik tolong jawab. Teringat drama Korea bertajuk Boys Over Flower lakonan pelakon terkenal tu yang selalu ditonton Seri. Siap rakam lagi kalau tak sempat tengok.
Ha!! Jai senyum.
Acik sengih. Perasan mamat ni!
Jadi betul kau nak kat adik aku Acik dah teruja. Pertama kali Jai cakap macam tu.
Jai senyum hambar. Dia sebenarnya dah kecewa dengan Seri dan Acik. Rupanya Seri milik Acik. Dia cakap macam tu..semata-mata nak sedapkan hati yang dah luka. Kecewa!!!
Jai angguk. Mana tahu jodohnya dengan adik Acik.
Tapi Jai pandang Acik.
Tapi apa
Err..kau tahu ke Koci suka kat adik kau Jai teringat Koci yang beria nak kenal adik Acik. Siap cakap dah jatuh hati.
Koci suka adik aku Bila dia cakap
Semalam..dia mengaku dia suka kat adik kau tapi belum sampai tahap jatuh cinta lagi. Jai berterus terang. Biar terang dan jelas. Dia tak nak nanti, ada perselisihan faham kerana seorang perempuan.
Oh Suara Acik dah lemah. Parah ni
Jadi..elok kau bagi peluang pada Koci. Aku tengok dia pun dah banyak berubah. Jai turut tunduk. Nadanya dah kendur.
Habis kau
Kenapa dengan aku
Kau tak nak rebut adik aku dari Koci
Jai ketawa mengekek.
Kenapa kau ketawa
Kau ingat ni perlawanan ke Nak rebut perempuan
Oi! Adik aku berharga tau! The best man win!! Acik luku kepala Jai yang dah terkekek-kekek ketawa.
Ok,ok. Maaf! Jai masih ketawa.
Macam ni la..aku dapat rasa kerabu jantung pisang tu pun jadi la.. Jai masih menahan ketawa.
Sekali lagi Acik sekeh kepala Jai. Ingat adik aku ni tukang masak dia ke
Kau ni..suka mengalah. Macam aku cakap tadi. The best man win!!
Jai sengih.
Oh ya..lupa pulak. Adik aku nak jumpa kau.
Buat apa
Tanya lagi..dia nak minta maaf sebab dah buat muka kau tu penuh dengan kek! Acik mencebik.
Aku tak marah pun. Maaf diterima. Tak payahlah jumpa-jumpa ni. Kalau aku jatuh cinta betul, melopong pulak Koci nanti. Jai ketawa lagi.
Acik diam.
Dahlah! Cakap kat adik kau tu..aku tak terasa apa-apa pun. Aku dah maafkan dia.
Acik senyap. Jai ni..ada je alasan dia.
Aku masuk bilik dulu. Malam ni aku tidur sini. Esok aku balik. Nanti aku bawa kerabu jantung hati kau tu! Acik bingkas bangun.
Kerabu jantung hati
Mulai sekarang..kalau kau order kerabu tu..aku akan cakap kat adik aku..nama menu tu..kerabu jantung hati. Aku nak adik aku tahu yang ada orang suka kat dia.. Acik sengih sebelum berlalu pergi.
Whatever.. Jai turut sengih. Aku suka Seri la Acik oi!