Abstrak Cinta Aku & Dia - 20
BAB 20

PENERBANGAN ke London sudah berlangsung lebih kurang tiga jam. Sedari tadi, Badli menahan rasa. Dia tahu, Farizah berada dalam kapalterbang ini. Ketika bertembung di pintu masuk tadi, jelas kelihatan wajah Farizah berubah riak. Cuba ditegur namun Farizah tidak berkata apa-apa, apatah lagi memberi senyuman. Jika tidak kerana Farizah itu gadis pujaan hati, sudah pasti saat itu juga, dia akan memaki-hamun kerana layanan kurang mesra yang diberikan. Maklumlah, harga tiket bukan main mahal, seharusnya dia dilayan dengan mesra bukan Saat ini, gadis itu seolah-olah sengaja menyembunyikan diri.

Excuse me, sir.

Teguran si pramugara tinggi lampai membuatkan Badli menoleh.

We are going to serve food. Sambung si pramugara penuh sopan.

Badli mengangkat kening.

I dont want you to serve me. Badli berkata, dingin.

Sorry sir

You dont understand what Im saying I said, I dont want you to serve me.

But sir

Call Farizah, now.

But sir

Look at my mouth and listen carefully. I said, I dont want you to serve me. Call Farizah Sidek.

Si pramugara mendiamkan diri.

You dont understand English Okey, aku cakap bahasa Melayu. Kau panggil Farizah Sidek sekarang. Suara Badli bertambah kuat.

Beberapa penumpang lain mula memberikan perhatian. Mujur saja di bahagian Business Class tidak ramai penumpang ketika ini.

Dua orang warga emas, mungkin berbangsa Inggeris duduk di bahagian depan. Seorang lelaki pertengahan umur sedang membaca majalah di bahagian tengah kanan. Seorang lagi pemuda dalam lingkungan awal dua puluhan pula tidak memberikan perhatian.

Telinganya disumbatkan dengan fon telinga.

Walaupun tak ramai, si pramugara tinggi lampai tetap terasa malu apabila diherdik begitu.

Aku tahu dia ada kat belakang. Panggil dia sekarang. Arah Badli lagi.

Tapi Encik

Jangan sampai aku buat kecoh dalam ni. Kata Badli disertai dengan beberapa ayat maki-hamun.

Alright Sir. Si pramugara akhirnya mengalah. Dia berlalu sambil dalam hatinya menyumpah seranah. Terpaksa menerima saja dengan sabar walaupun hati membengkak. Maklumlah, pekerja di bahagian servis sepertinya sentiasa terperangkap dengan slogan Pelanggan Sentiasa Betul. Betul sangat. Silap-silap, ada penumpang yang ditolak keluar dari pintu kapal terbang sebentar nanti.

Izzy!

Farizah yang sedang berdiri menikus dalam pantri kapal terbang mengangkat muka. Wajah cemberut Alvin dipandang simpati. Sudah pasti dia tahu apa yang terjadi. Jeritan Badli dapat dia dengar walaupun dalam pantri. Memang dia sengaja mengelakkan diri dari berjumpa dengan Badli, sejak dari mula Badli masuk ke dalam perut pesawat sehinggalah sekarang.

Sorry Alvin. Ucap Farizah sambil menggigit bibir. Tidak sangka pula Badli tergamak memarahi Alvin tak tentu pasal.

Boyfriend tengku-rak kau tu memang tak ada adab, kau tahu tak Nasib dalam flight. Kalau kat luar, aku bagi flying kick aje. Alvin melepaskan geram.

Farizah menarik nafas.

Sebelum dia naik angin lagi, baik kau pergi serve food pada dia. Arah Alvin.

Ala Alvin... aku tak naklah. Farizah menolak sambil membuat muka simpati.

Habis tu, kau nak biar dia terjerit-jerit macam monyet Balas Alvin.

Farizah mengeluh.

Pergi. Sekarang.

Suruh orang lain, tak boleh ke

He wants you.

Ala Alvin

Izzy, aku tak tahu apa masalah kau dengan dia dan aku tak nak tahu. Yang aku tahu, kau pergi pada dia sekarang. I dont care what you do or how you do it but just make sure dia tak bising-bising lagi. Mengganggu passenger lain, tau tak Alvin memberi arahan sekali lagi.

Ala Alvin

Sshhh! Stop Ala Alvin with me. Pergi. SE - KA - RANG.

Dengah berat hati, Farizah menurut.

FARIZAH menolak troli makanan secara perlahan ke arah tempat duduk Badli. Di sebelah tempat duduk itu, dia berhenti.

Hai. Badli menegur.

Farizah kekal memasamkan muka.Tanpa memandang Badli dan tanpa bertanyakan menu pilihan, makanan diletakkan di hadapan Badli. Seboleh mungkin, Farizah mengawal tindak-tanduknya. Jika diikutkan hati, mahu saja dulang makanan dihempuk ke atas kepala Badli.

Izzytunggu. Badli memegang lengan Farizah apabila Farizah hendak berlalu pergi.

Anything else, Tengku Badli Soal Farizah.

Since when you bertengku-tengku dengan I Badli menjawab dengan soalan.

Farizah menghembus nafas kasar. Saya sedang bekerja Tengku Badli. Boleh tak lepaskan tangan saya

Tak boleh. Kalau saya lepaskan awak, awak akan terus lari dari saya. Balas Badli, juga bersaya-awak.

Farizah mendiamkan diri.

Kenapa you tak jawab bila I call Badli menyoal.

Perlu ke I jawab Farizah menjawab dengan soalan.

Izzy, tell me. Whats wrong Soal Badli. Lengan Farizah dilepaskan.You dah berubah sejak rapat dengan Aaron. You memang ada apa-apa ke dengan dia

Aaron I tak ada apa-apa pun dengan Aaron. Jawab Farizah.

Then, kenapa you langsung tak nak layan I lagi

Farizah menggeleng dan menghembus nafas kasar.

Izzy, please. Kenapa ni You tahu takI betul-betul sayangkan you. You buat I macam nak gila

Sayang Farizah tertawa kecil. Tell that to your fianc, honey. Sambung Farizah.

Muka Badli berubah.

Siapa ya, nama fianc you tu Tengku Nadirahkan Eloklah tu. Tengku dengan Tengkubaru sekufu.

Aaron yang beritahu you pasal ni

Farizah tak menjawab.

Look Izzy. I bertunang sebab permintaan keluarga. I pun.tak pernah tau siapa Tengku Nadirah tu. I tak pernah jumpa. Jawab Badli, jujur.

Memang dia tak pernah berjumpa dengan Tengku Nadirah. Apa yang dia tahu, Tengku Nadirah itu saudara jauh. Bersaudara di sebelah bapa. Kini, sedang menyambung pengajian di Malaysia setelah pengajian di Jordan tertangguh akibat perang.

Pernah belajar di Jordan. Sudah pasti penampilan Tengku Nadirah juga lengkap bertudung litup menutup aurat. Hendak dibandingkan dengan dirinya, memang jauh panggang dari api. Macam mana nak kahwin Tak sanggup rasanya hendak mendengar ceramah agama setiap hari.

Dalam masa yang sama Badli yakin, tak mungkin Tengku Nadirah itu mahu bersuamikan lelaki seperti dia.

Bohonglah kalau you kata tak pernah jumpa. You kan pantang nampak perempuan cantik Farizah menyoal balas.

SeriusI tak pernah jumpa. And Im sure shes not as beautiful as you Dalam memujuk, Badli selitkan sedikit pujian.

Farizah memutarkan biji mata.

Izzy, tolonglah. Jujur I cakap dengan you, ini bukan kehendak I. Tak mungkin I nak kahwin dengan orang yang I tak kenaltak sayang.

Sudahlah Bad. I tak terkilan pun kalau you dah bertunang and then, kahwin. Kalau kita tak ada jodoh, nak buat macam mana.

No, please dont say that. I sayangkan you. Badli terus memujuk. Farizah tersenyum menyindir.

Okey..okey. I mengaku, you bukan orang pertama yang dengar I cakap macam tu. Mungkin you orang yang ke lima ratus tujuh puluh tigatapi Badli menarik nafas. I betul-betul sayangkan you, Izzy. I sanggup buat apa saja untuk you.

Kalau I nak you putuskan pertunangan you, sanggup Farizah sengaja menduga.

Badli tergamam.

I thought so. Sudahlah Bad. You dah nak kahwin. Kita pun, bukannya betul-betul bercinta. Kata Farizah setelah Badli terdiam lama.

Izzy, I dah beritahu banyak kali. I bukan nak sangat bertunang dengan perempuan tu.

Bad. You ingat, ini novel Melayu ke You tahu tak, selalunyadalam novel Melayuhero dengan heroin kena kahwin paksa sebab family suruh. Lepas tu, menyelitlah watak perempuan jahat yang nak rosakkan their marriage. Kalau you ingat I akan jadi watak perempuan jahat yang nak rosakkan hubungan hero dengan heroin tu, you silap besarlah. I dont give a damn about you. Suara Farizah meninggi.

You ni, banyak sangat baca novel... Tegur Badli, hampir ketawa.

Farizah kekal serius.

Badyou dah tunang. Tolonglah. You dengan I memang tak

Dont say it.

Tak akan ada jodoh.

Badli menarik nafas panjang.Izzy, you betul-betul nak I putuskan tunang

You sanggup kekena buang dengan keluarga You sanggup hilang harta pusaka tujuh keturunan you tu Sindir Farizah.

Izzy. I love you. Dan atas permintaan you, I akan putuskan pertunangan I." Jawab Badli dengan penuh keyakinan.

"Now, I nak tanya you. Kalau I dibuang keluarga dan kalau I tak dapat harta pusaka tujuh keturunan tu, you sanggup ke kahwin dengan I Tanya Badli.

Farizah terdiam kali ini.

Are you serious Soal Farizah perlahan.

I am.

Farizah hampir saja mempercayai kata-kata Badli apabila kenangan silam tiba-tiba saja menerjah mindanya. Nama Shah muncul dan otaknya terus memberi peringatan.

Sudah! I tak percaya. Infact, I tak akan percaya lagi pada lelaki. Sotak payah nak buat janji dengan I Bad, sebab I takkan percaya. Balas Farizah. Dia hendak pergi tetapi lengannya dipegang lagi.

Lepas! Farizah berkata keras.

Nope.

Bad, I tengah kerja ni. Suara Farizah meninggi semula.

Stay. Kalau tak, I buat kecoh dalam ni. Ugut Badli.

Farizah ingin melawan tetapi pandangan tajam Alvin dari pintu pantri mematikan niatnya.

Bad..please. Next time, kita bincang pasal ni. Mahu tak mahu, Farizah terpaksa berlembut. Alvin telah memberi amaran secara telepati.

Nope. Lets discuss now.

Bad..tolonglah. Bila kita touch down nanti, kita bincang lagi.

Janji Badli meminta kepastian.

I janji. Farizah berkata, separuh rela.

I tak percaya.

Bad! You nak I buat apa

Sampai London nanti, I nak you keluar dengan I.

Farizah mendiamkan diri.

So..

Okey. Jawab Farizah sambil menjeling Alvin.

Good girl. Lengan Farizah dilepaskan. Badli tersenyum melihat Farizah berlalu pergi. Dia yakin, tak lama lagi, Aaron akan memanggilnya dengan panggilan Sir setiap hari.